Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah
mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi
kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan
untuk meneruskan konsep dan budaya cinta
Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, majlis ini diadakan untuk meraikan
kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang bulan
Ramadhan di sekolah.
Oleh itu, pada hari ini 25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan
1435, berlangsungnya program Khatam Al-Quran, penutupan Ihya' Ramadhan, penyampaian sumbangan anak yatim, dan majlis bersalaman menyambut Hari Raya 'Idulfitri. yang melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini merupakan acara kemuncak kepada program-program yang telah berlangsung sepanjang Ramadhan. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKTPP adalah tadarus Al-quran, tazkirah dan kuiz Ramadhan.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis:
Semoga aktiviti ini dapat menanam sikap cinta terhadap program-program keagamaan di samping memantapkan bacaan Al-Quran dalam kalangan para pelajar dan
guru-guru.
Ucapan ribuan terima kasih daripada warga SKTPP kepada semua ibubapa, guru-guru dan murid-murid yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.
Ucapan ribuan terima kasih daripada warga SKTPP kepada semua ibubapa, guru-guru dan murid-murid yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari semua warga SKTPP.
No comments:
Post a Comment