... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 14, 2014

Laporan Perhimpunan Minggu ke-26 (sesi petang)

Tarikh                  :  14 Julai 2014
Masa                  :  1.20 – 1.50 Petang
Tempat               :  Dewan Perdana

Guru Bertugas
1. Pn. Yusnita bt Yunus
2. Pn. Norhafizan bt Che Abd Rahman
3. Pn. Shurhama bt Ahmad
4. Pn. Suriyana bt Salim
5. Pn. Julaili bt Onian
6. En. Rusydan b. Ismail

Laporan, ulasan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar
a). Nyanyian dipimpin oleh Pn. Salmi bt Amir
b). Bacaan doa diketuai oleh Najwan Danish Danial b. Izwan Fazli
c). Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya : Pn. Norhafizan bt Che Abd Rahman
d). Ikrar Murid : Hurin Batrisya Amani bt Ahmad Junaidi Doiniljalalaini

Ikrar murid

Laporan guru bertugas minggu lepas : Pn. Malisha bt Omar
1. Masalah pelajar yang tidak mengemaskan semula telekung selepas digunakan. Oleh itu semua
    pelajar yang menggunakan telekung surau diminta mengemaskan semula telekung selepas  
    digunakan.
2. Masalah pelajar yang sering menggunakan laluan dataran untuk pulang. Murid tidak dibenarkan
    menggunakan laluan Dataran Perhimpunan sebagai laluan untuk pulang atau hendak kemana-
    mana. Murid perlu menggunakan laluan koridor.

Laporan guru bertugas minggu lepas: Pn. Malisha bt Omar

Penyampaian Hadiah Kecerian Kelas.

Tahun 1        Tempat   1   : Bonang
                                    2   : Gambus
                                    3.  : Nafiri

Tahun 2        Tempat   1   :  Kardiologi
                                    2   :  Surgeri
                                    3   :  Respiratori

Tahun 3         Tempat  1  :  Uranus
                                    2  :  Musytari
                                    3. :  Zuhrah

Penyampaian kecerian kelas

Ucapan guru bertugas Pn. Norhafizan bt Che Abd Rahman
1. Guru mengingatkan kepada murid yang ingin menyertai pertandingan mencipta logo PPDa agar
    menghantar hasil ciptaan mereka kepada guru-guru berikut :
            Tahun 1            :  Wan Sarinah bt Wan Ibrahim
            Tahun 2            : Pn. Malisha bt Omar
            Tahun 3            : Ustazah Norlida bt Othman
2. Peringatan kepada murid, Selasa adalah cuti umum Nuzul Al-Quran.


Ucapan guru bertugas : Pn. Norhafizan bt Che Abd Rahman

Penyebaran PPDa disampaikan oleh guru bertugas Pn. Norhafizan bt Che Abd Rahman

Misi PPDa
Melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepdu dan menyeluruh daripada aspek Pengurusan  Kepimpinan, Kurikulum dan Ko-Kurikulum dan Pengurusan Sahsiah

Visi PPDa
Sekolah bebas Dadah, Negara bebas Dadah 2015

Ucapan Penolong Kanan Petang
1. Peringatan kepada murid agar berhati-hati semasa mengambil wuduk di surau supaya keadaan di
    bilik wuduk itu tidak dilimpahi air.
2. Peringatan kepada murid agar meminta ibubapa mengambil mereka lebih awal sewaktu pulang dari
    sekolah di bulan ramadhan ini. Sekiranya murid diambil lewat oleh ibu bapa, mereka diminta
    menunggu ibu bapa mereka di pondok pengawal atau di lobi.
3. Peringatan kepada murid agar tidak terlalu aktif, memandangkan cuaca sangat panas dan boleh  
    menjejaskan kesihatan mereka.

No comments:

Post a Comment