Pada 3 Mac 2016 telah diadakan Program
Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 6 2016 di Dewan Perdana SK Taman Putra
Perdana. Program ini anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit
Peningkatan Tahun 6 2016. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi
pendedahaan awal mengenai kemahiran yang bersesuaian dengan pendidikan masa
kini. Program ini juga memberi pendedahan yang berguna kepada murid yang
memberi fokus kepada teknik pembelajaran yang lebih baik.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa
program berlangsung adalah :
Slot 1 - Membuka
Minda & Mengenal Pasti Kesilapan
Slot 2 –
Kreativiti & Penulisan Berkesan
Slot 3 –
Mengenal Peta Minda
Slot 4 - Teknik Menghafal
Menggunakan Peta Minda
Slot 5 –
Muhasabah Diri ” Menjadi Johan”
Semoga murid-murid dapat mengaplikasikan
teknik yang dipelajari bagi meningkatkan pencapaian dalam UPSR nanti.
Dr. Abdol Aziz Sahat selaku penceramah dari Akademi Minda Bistari memperkenalkan diri kepada murid-murid. |
Murid berjaya menghafal perkataan tanpa melihat skrin |
Murid-murid khusyuk mendengar taklimat yang diberikan. |
Ujian Minda |
Murid-murid bersemangat untuk menjawab soalan. |
Murid-murid menyelesaikan tugasan yang diberi |
Disediakan oleh :
Roseniza Binti Setapa
Norliza Binti Ali @ Yasim
Roseniza Binti Setapa
Norliza Binti Ali @ Yasim
No comments:
Post a Comment