Februari merupakan bulan ke-2 untuk tahun 2016 Amalan Guru Penyayang dilaksanakan. Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dijalankan secara berterusan dan telah menjadi budaya di sekolah ini.
Kesannya, mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid dan memupuk perasaan suka hadir ke sekolah. Ucapan-ucapan positif seperti Tahniah Kerana Hadir Ke Sekolah menjadikan murid semakin bersemangat bermula daripada pagar lagi.
Guru-guru yang telah ditugaskan akan berada di pagar A & B 20 minit sebelum waktu persekolahan. Semoga usaha murni ini dapat membantu agar murid-murid lebih seronok hadir ke sekolah.
Berikut gambar-gambar semasa aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid dijalankan....
|
Murid tersenyum disambut oleh guru-guru yang penyayang |
|
Tahniah...
|
|
Guru-guru sentiasa bersedia menanti murid-murid |
|
Senyuman positif Ustazah Ummu memberi kesan kepada emosi murid |
|
Mesra......jelas kelihatan antara murid dengan guru |
|
Murid-murid disambut dengan penuh kasih sayang |
|
Murid Tahun 4 bersalam dengan Cik Roslinda mohon keberkatan |
|
Murid disambut dengan penuh senyuman oleh guru-guru yang bertugas
|
Disediakan oleh,
Arzah Hussin
No comments:
Post a Comment