... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 21, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-11(Sesi Pagi)

Hari                  : Isnin
Tarikh               : 21 Mac 2016
Masa                : 7.30 pagi - 8.00 pagi
Guru bertugas  : Encik Mahadir bin Midun
                           Puan Nurliza binti Ab Rahman
                           Puan Parimala Vengadaslam
                           Puan Julaili binti Onian
                           Puan Rafidah binti Salleh
                           Puan Nurzainon binti Mohd Razalli
                           Puan Nurul Iman binti Ilyas
                           Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman

Laporan :

1)  Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian 3 buah lagu : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang diketuai oleh Puan Nurul Iman binti Ilyas
  • Ikrar murid diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah, Mohd Ashraf Fazmie

  2)  Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Norazian binti Mat Anuar)
  • Murid-murid tidak perlu datang ke sekolah apabila demam atau sakit dari rumah. Murid perlu mendapatkan rehat secukupnya dan datang semula ke sekolah apabila telah sembuh sepenuhnya.
  • Murid juga dinasihati supaya menjaga kelakuan semasa peperiksaan sedang berlangsung. Murid tidak dibenarkan bercakap dan perlu menggunakan masa secukupnya untuk menjawab kertas peperiksaan.
  • Murid juga diingatkan agar menggunakan tangga yang telah ditetapkan mengikut tahun terutama ketika waktu balik.
  • Keputusan pertandingan keceriaan kelas ditangguhkan pada minggu ini kerana minggu peperiksaan (sebelum cuti yang lepas)

 3)  Ucapan Guru Bertugas (Puan Nurul Iman binti Ilyas)
  •   Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini (rujuk senarai nama di atas)
  • Tema Mingguan: Mengamalkan Budaya Hidup Yang Sihat Untuk Kesihatan 

  1. Murid digalakkan melakukan senaman atau melakukan aktiviti riadah. Tujuannya agar dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
  2. Murid juga digalakkan meminum air yang mencukupi setiap hari terutama ketika cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
  3. Antara faedah bersukan ialah menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, membina tulang yang sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit dan meningkatkan kecerdasan otak
  4. Perkataan Lawad minggu ini;
Bahasa Malaysia  – menyusul
Bahasa Inggeris   – market
Bahasa Arab        – maktabun

4) Ucapan GPK HEM (Puan Jamilah binti Arifin)
  • Memaklumkan kepada semua murid berkaitan mural yang baharu disiapkan di beberapa dinding bangunan sekolah.
  • Mural ini telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar Kolej The One Academy (TOA), Bandar Sunway dengan dibantu oleh sebelas orang murid Sahabat PPDa. Tahniah kepada semua.
  • Murid-murid dinasihatkan agar menjaga dengan baik semua mural yang telah dihasilkan dan elakkan daripada melakukan vandalisme terhadap mural tersebut.
  • Kebersihan dan keceriaan kelas perlu diteruskan. Kelas yang telah lengkap perlu dijaga kebersihan dan menjaga kelengkapan yang telah disediakan terutama semua bahan yang telah disumbangkan/disediakan oleh para ibu bapa.
  • Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah sudi memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan fizikal demi menjadikan kelas bertambah ceria, selesa dan kondusif.

Bacaan Ikrar Murid
Ucapan guru bertugas minggu lepas
Ucapan guru bertugas minggu ini
Ucapan GPK HEM

5) Perasmian Program JAULAH IMTIYAZ 2



















Laporan disediakan oleh : Puan Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman

No comments:

Post a Comment