Tarikh : 4 April 2019
Hari : Khamis
Masa : 7.30 - 9.30 pagi
Tempat : SK Taman Putra Perdana
Pada tanggal 4 April 2019, Unit Keselamatan telah bergabung tenaga bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Ujana Ilmu, SKTaman Putra Perdana mengadakan program “JOM ELAK BAHAYA” dan pelancaran Papan Infomasi PPS dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya mengelakkan bahaya yang boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Program ini juga turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohamad Suffian
Koperal Adienan bin Rani merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari IPK Sepang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bersesuaian dengan tema program ini. Selain dari ceramah yang diberikan, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan toleransi dengan pasukan polis.
Terlebih dahulu, Koperal Adienan telah mengingatkan murid-murid agar lebih peka dalam menjaga keselamatan dan mengelakkan daripada terlibat dalam mana-mana perkara yang tidak diingini. Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti peraturan dan disiplin sedia ada untuk menjamin murid-murid berada dalam keadaan yang selamat. Gurauan yang tak sepatutnya perlu dielakkan kerana sering kali salah laku dan keterancaman keselamatan berlaku tanpa disedari. Membuli dan dibuli hendaklah dielakkan kerana ia memberi impak yang negatif kepada kedua-dua pihak.
Ponteng sekolah juga boleh memberi kesan yang tidak elok kepada murid-murid dan seterusnya akan membuka peluang untuk terjerumus ke kancah tidak sihat yang boleh mencacatkan masa depan mereka. Aktiviti merokok dalam kalangan murid-murid juga turut disentuh. Murid-murid diingatkan supaya menjauhi perbuatan merokok kerana ia bukan saja merosakkan kesihatan malah boleh mendedahkan mereka kepada jenayah yang lebih berat. Merokok juga adalah salah satu aktiviti yang merugikan diri sendiri. Sebagai sebuah sekolah yang menjalankan aktiviti PPDa, murid-murid seharusnya tahu bahaya dan menjauhi perbuatan menghisap rokok.
Murid-murid turut diingatkan tentang keselamatan semasa pergi dan balik sekolah. Mereka diingatkan agar tidak mengikuti mana-mana individu yang tidak dikenali untuk mengelakkan diri dari diculik oleh penjenayah. Penjenayah akan senantiasa mengambil peluang yang ada untuk menjalankan aktiviti jahat mereka.
Koperal Adienan juga mengingatkan murid-murid supaya memastikan keselamatan semasa menunggu dan menaiki bas, van atau kereta. Mereka hendaklah memastikan kenderaan yang dinaiki berhenti terlebih dahulu. Mereka juga hendaklah berbaris dan menaiki bas dalam keadaan teratur dan tidak bertolak -tolakan antara satu sama lain. Sampah pula tidak dibuang keluar dari kenderaan kerana ia boleh membahayakan apabila terkena orang lain dan juga mengotorkan kawasan. Sampah yang ada hendaklah disimpan terlebih dahulu dan dibuang apabila telah sampai di destinasi.
Kemuncak program “Jom Elak Bahaya” adalah acara memotong reben pada Papan Infomasi PPS.
Buku Program "Jom Elak Bahaya".
Puan Rohaidah bersama Pengerusi PIBG dan tetamu undangan
Ucapan aluan daripada Pn. Rohaidah selaku Guru Besar SKTPP
Koperal Adienan b. Rani selaku Pegawai Perhubungan Sekolah memberikan ucapan.
Murid-murid sedang khusyuk mendengar ceramah PPS
Pn. Arzah dari Unit Bimbingan dan Kaunseling bersedia untuk acara perasmian Papan Informasi PPS
Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid
Barisan guru yang mengikuti ceramah.
Papan Infomasi PPS
Perasmian Papan infomasi PPS
Mengabadikan kenangan sempena program Jom Elak Bahaya
Penyerahan cenderamata kepada Koperal Adienan
Disediakan oleh : Pn. Norsiah Mohd Noor
No comments:
Post a Comment