... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, April 18, 2019

Taklimat Pentaksiran Psikometrik (PPsi) 2019

Taklimat ringkas kepada semua murid Tahun Enam mengenai Pentaksiran Psikometrik Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) telah dijalankan pada hari ini.
Kecerdasan Pelbagai merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang mereka hadapi. Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu kecenderungan kecerdasan individu. Menurut beliau, kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang dinilai (dihargai) oleh satu atau pelbagai budaya.
Semua murid Tahun Enam akan menjalani ujian psikometrik. Ujian psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Ucapan oleh Penyelaras Tahun 6, Pn Zailezah Sardi


Taklimat PPsi oleh Pn Juli Mahbah

Sesi taklimat ringkas

Taklimat dijalankan di Dewan Perdana SKTPP
Lagi laporan berkaitan Taklimat Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam blog Kaunseling Sekolah Taman Putra Perdana di sini

No comments:

Post a Comment