Tarikh : 5 April 2019
Masa : 3.00 pm
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Berikut adalah gambar kenangan semasa sesi ceramah dan aktiviti kuiz yang telah dijalankan.
Masa : 3.00 pm
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Sekolah (Sesi Petang) bagi Tahun 2019, anjuran Panitia Pendidikan Islam. Program ini dimulai dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saiffol Bin Ngabiah yang bertajuk Perjalanan Rasulullah dalam Peristiwa Isra' Mikraj. Sesi ceramah ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Antara pengisian ceramah ialah mengenai perjalanan Nabi s.a.w dari Mekah ke Jurusalem dan ia disambut pada setiap tahun oleh umat Islam pada hari ke-27 di bulan Rejab. Penceramah bukan saja menyampaikan fakta-fakta mengenai Isra' Mikraj, malahan menekankan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang Islam khususnya kepentingan solat dalam kehidupan.
Selain itu, kuiz juga diadakan untuk menarik minat dan perhatian murid-murid untuk mendengar dan menghayati bersungguh-sungguh apa yang disampaikan oleh penceramah. Kuiz ini telah dijalankan bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 sebanyak 3 pusingan yang dikendalikan oleh Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdul Halil. Murid yang berjaya menjawab kuiz diberi hadiah saguhati.
Selain itu, kuiz juga diadakan untuk menarik minat dan perhatian murid-murid untuk mendengar dan menghayati bersungguh-sungguh apa yang disampaikan oleh penceramah. Kuiz ini telah dijalankan bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 sebanyak 3 pusingan yang dikendalikan oleh Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdul Halil. Murid yang berjaya menjawab kuiz diberi hadiah saguhati.
Berikut adalah gambar kenangan semasa sesi ceramah dan aktiviti kuiz yang telah dijalankan.
Murid Tahun 1 dan 2 sedang khusyuk mendengar ceramah
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saiffol Bin Ngabiah
Murid Tahun 3 sedang khusyuk mendengar ceramah
Saat kuiz dijalankan
Hadiah saguhati yang berikan kepada murid yang tepat menjawab soalan kuiz
Wajah-wajah guru SKTPP
Suasana Sambutan Isra' Mikraj
Semoga dengan perlaksanaan sambutan ini, murid dapat menghayati dan mengambil iktibar peristiwa perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah.
Disediakan oleh:
Salmi Binti Adnan
No comments:
Post a Comment