Pada hari Rabu bersamaan 28 Februari 2018,
Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan
Jaulah Imtiyaz buat kali yang ke-4. Seperti biasa, peserta yang terpilih adalah murid yang cemerlang dan terbaik dalam peperiksaan Bahasa Arab melalui
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun tahun lepas (2017) serta beberapa kriteria
yang telah ditentukan. Penganjuran Jaulah Imtiyaz 4.0.kali ini memilih lokasi sekitar Negeri Sembilan Darul Khusus merangkumi
empat buah tempat yang telah dipilih iaitu:
- Masjid Negeri Sembilan
- Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Muzium Negeri Sembilan
- Kilang Yakult
Penganjuran Jaulah Imtiyaz 4.0 ini adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kecemerlangan Pendidikan Bahasa Arab di peringkat global di samping
menyuntik motivasi murid-murid agar lebih berusaha gigih untuk mengaplikasikan
Bahasa Arab dalam kehidupan seharian dan profesion.
Para peserta Jaulah Imtiyaz 4.0 bergambar kenangan sebelum bertolak ke destinasi yang pertama
Guru pengiring mengedarkan sarapan pagi kepada para peserta
Para peserta telah berkumpul di Laluan
Patriotik SK Taman Putra Perdana pada jam 7.00 pagi. Setelah kesemua peserta dan kelengkapan mencukupi, rombongan Jaulah Imtiyaz sebanyak 2 bas telah bergerak
ke lokasi yang pertama iaitu Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Ketibaan peserta pada jam 8.45 pagi telah disambut oleh para pelajar
USIM dan dibawa ke Dewan Mesyuarat Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah. Pihak USIM
mengalu-alukan kedatangan peserta rombongan ke tempat pengajian mereka.
Pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama iaitu Dr. Norkhamimi bin Zainuddin
telah memberikan ucapan yang dilihat lebih kepada membentuk minat pelajar agar
menyukai Bahasa Arab.
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana pihak sekolah mempunyai inisiatif membuat lawatan sambil belajar yang mana ianya sangat bagus dalam membentuk minda yang positif sejak awal usia lagi dan boleh melihat hala tuju selepas ini secara praktikal. Perkongsian yang disampaikan oleh beliau sangat menarik sehinggakan para pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah tersebut di mana para pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh beliau dengan baik. Antara perkongsian yang dinyatakan oleh beliau ialah:
Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana pihak sekolah mempunyai inisiatif membuat lawatan sambil belajar yang mana ianya sangat bagus dalam membentuk minda yang positif sejak awal usia lagi dan boleh melihat hala tuju selepas ini secara praktikal. Perkongsian yang disampaikan oleh beliau sangat menarik sehinggakan para pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah tersebut di mana para pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh beliau dengan baik. Antara perkongsian yang dinyatakan oleh beliau ialah:
- Bahasa Arab membantu kita untuk memperbetulkan sebutan huruf
- Bahasa Arab membantu kita memahami Al-Quran dan Hadith dengan lebih baik.
Peserta lelaki sedang memberikan tumpuan semasa ucapan daripada Dr. Norkhamimi
Jelas keterujaan peserta sewaktu berada di Dewan Seminar
Peserta perempuan Jaulah Imtiyaz sewaktu penerangan dan ucapan berlangsung
Suasana di dalam Dewan Seminar
Dr. Norkhamimi Bin Zainuddin sedang memberikan ucapannya kepada para peserta
Selepas Dr. Norkhamimi memberikan ucapannya,
program diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ketua Dekan Fakulti Pengajian
Bahasa Utama iaitu Profesor Dr. Norazizi Bin Ismail yang mengucapkan tahniah
dan terima kasih kerana memilih USIM sebagai lokasi jaulah. Beliau turut
memberi cadangan agar kolaborasi perkongsian dalam Pengajaran Bahasa Arab dapat
disusun dengan lebih banyak supaya Bahasa Arab akan terus diminati oleh semua
lapisan umur.
Selepas itu, Ketua Panitia Bahasa Arab, Ustaz Zurilazman Bin Abdullah telah memberikan ucapan penghargaan kepada pihak USIM atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Selepas itu, Ketua Panitia Bahasa Arab, Ustaz Zurilazman Bin Abdullah telah memberikan ucapan penghargaan kepada pihak USIM atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Rombongan Jaulah Imtiyaz diteruskan lagi dengan
sesi lawatan ke Perpustakaan USIM. Para pelajar dilihat sangat seronok dan
teruja dibawa melawat sekitar kawasan perpustakaan yang terdiri daripada empat
tingkat keseluruhannya. Para peserta telah diiringi oleh petugas perpustakaan
dan pelajar dari universiti itu sendiri.
Penyampaian cenderahati daripada pihak perpustakaan USIM
Gelagat guru pengiring sewaktu berada di perpustakaan
Guru pengiring bergambar kenangan di dalam perpustakaan
Peserta Jaulah Imtiyaz bergambar di hadapan Perpustakaan USIM
Destinasi Jaulah Imtiyaz yang seterusnya ialah
Muzium Negeri. Muzium Negeri terletak di Seremban. Rombongan ini telah disambut
baik oleh petugas di sana. Peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu
kumpulan memulakan lawatan di dalam bangunan muzium yang menempatkan sejarah
Negeri Sembilan, pembentukan Negeri Sembilan, senjata tradisional Melayu,
koleksi zaman British yang dijumpai di Negeri Sembilan dan banyak lagi. Manakala
satu kumpulan lagi telah dibawa melawat ke kawasan sekitar muzium yang
menempatkan Rumah Diraja Negeri Sembilan, Rumah Negeri Sembilan, perahu dan
batuan yang ditemui pada zaman batu.
Monumen Rumah Negeri Sembilan
Informasi berkaitan Rumah Negeri Sembilan
Papan Tanda Rumah Negeri Sembilan
Ustaz Zurilazman, Ketua Panitia Bahasa Arab membawa peserta melihat rumah contoh
Informasi pembentukan Negeri Sembilan
Zaman Pra-Sejarah di Negeri Sembilan
Replika batu yang ditemui pada masa dahulu
Senjata tradisional Melayu
Replika basikal yang digunakan pada zaman tersebut
Koleksi zaman British
Dasar pendidikan yang digunakan
Bangunan Muzium Negara
Peserta Jaulah bergambar kenangan di hadapan Muzium Negeri
Selepas lawatan ke Muzium Negeri, rombongan
seterusnya bergerak ke Masjid Negeri untuk rehat, makan tengah jari dan solat
zohor. Setibanya di masjid, peserta jaulah telah dijamu dengan hidangan makanan
tengah hari. Ahli jawatankuasa masjid bergotong royong untuk menyediakan juadah
makan tengah hari yang sangat lazat.
Selepas makan tengah hari, peserta jaulah menunaikan solat zohor berjemaah dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Nizar Bin Noor Muhammad dan diteruskan lagi program dengan sesi taklimat yang dijalankan di ruang solat utama. Ustazah Norhafizah telah memberi penerangan berkaitan dengan sejarah pembinaan Masjid Negeri dan keperluannya kepada penduduk Islam di sekitar kawasan tersebut. Seni bina masjid itu yang lain daripada yang lain meningkatkan rasa teruja semua peserta rombongan yang turut serta.
Selepas makan tengah hari, peserta jaulah menunaikan solat zohor berjemaah dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Nizar Bin Noor Muhammad dan diteruskan lagi program dengan sesi taklimat yang dijalankan di ruang solat utama. Ustazah Norhafizah telah memberi penerangan berkaitan dengan sejarah pembinaan Masjid Negeri dan keperluannya kepada penduduk Islam di sekitar kawasan tersebut. Seni bina masjid itu yang lain daripada yang lain meningkatkan rasa teruja semua peserta rombongan yang turut serta.
Peserta sedang menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh Masjid Negeri
Petugas masjid sedang memberikan hidangan kepada peserta
Sedikit sejarah berkaitan Masjid Negeri:
- Ia telah dibina pada tahun 1966 di atas tapak yang telah dikurniakan oleh kerajaan negeri. Memandangkan Negeri Sembilan pada masa itu belum mempunyai masjid negeri, maka kerajaan Negeri Sembilan di bawah pempinan YAB Tan Sri Dr. Mohd Said bin Muhammad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu telah bersetuju supaya Masjid Negeri dibina di kawasan seluas lebih kurang 2 hektar bagi menggantikan Masjid Jamek Bandar Seremban yang tidak dapat menampung para jemaah yang semakin bertambah. Ia telah dirasmikan oleh Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari jumaat bersamaan 24 November 1967.
- Reka bentuk Masjid Negeri yang dibina ini begitu simbolik. Sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung tambahan yang dibina menggambarkan struktur politik negeri di mana Negeri Sembilan yang satu ketika mempunyai 9 daerah pentadbiran. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Seremban di pusat bandar. Bekas Bangunan Sekretiat Negeri Sembilan berbentuk zaman kolonial juga terletak berhampiran. Masjid ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri iaitu Wisma Negeri, Wisma Persekutuan, Dewan Undangan Negeri serta Istana Hinggap.
- Reka bentuk masjid ini sangat unik dan menarik di mana ia merupakan senibina moden bercampur elemen tradisional iaitu senibina Minangkabau. Masjid ini mempunyai 3 aras. Aras pertama terletaknya bilik air, bilik wuduk, bilik kuliah, Perpustakaan Islam dan juga Pejabat Pentadbiran Masjid. Aras kedua terletaknya dewan solat utama dan juga ruang solat sisi. Di ruang solat sisi, pengunjung boleh melihat keindahan Taman Tasik Seremban yang terletak bersebelahan masjid. Aras ketiga adalah ruang solat tambahan yang terletak di setiap diameter dewan solat utama serta ruang legar di setiap sisi. Selain itu, sebuah menara terletak bersebelahan masjid.
Peserta berkumpul di ruang solat utama untuk mendengar taklimat daripada pihak masjid
Peserta perempuan memberikan perhatian semasa taklimat dijalankan
Tayangan slaid dipaparkan untuk memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan Masjid Negeri
Guru pengiring turut sama mendengar taklimat
Imam Besar Masjid Negeri sedang memberikan ucapan
Peserta Jaulah Imtiyaz 4.0 bergambar kenangan dengan pihak urusetia Masjid Negeri
Akhir sekali, rombongan Jaulah Imtiyaz tiba ke destinasi yang terakhir iaitu kilang Yakult. Di sana, peserta jaulah telah dibawa melihat kilang yang mana proses Yakult dihasilkan telah ditunjukkan oleh petugas bertauliah. Taklimat dan pencerahan juga dilakukan di dalam Dewan Seminar. Setiap peserta telah diberikan sebotol Yakult sambil menyaksikan tayangan video yang disediakan oleh pihak kilang. Peserta juga diberi peluang untuk membeli air Yakult dan cenderamata yang dijual di bahagian hadapan kilang.
Peserta mendengar taklimat dan pencerahan tentang minuman Yakult
Peserta Jaulah Imtiyaz 4.0.bergambar kenangan di hadapan kilang Yakult yang merupakan lokasi terakhir jaulah
Tepat jam 6.00 petang, rombongan Jaulah Imtiyaz telah selamat tiba di sekolah. Kelihatan ibu bapa telah ramai menanti kepulangan anak-anak mereka daripada jaulah ini. Diharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi motivasi buat semua untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Tahniah.
ReplyDelete