Wednesday, February 28, 2018

Taklimat Kawad Kaki Dan Tunjuk cara Unit Beruniform 2018

Alhamdulillah dan syukur akhirnya pada 28 Februari 2018 (Rabu) Unit Beruniform Kokurikulum SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Taklimat Kawad Kaki & Tunjuk cara oleh Kapten (KRS) Irwan Effendy bin Abd Rani dari SMK Putra Perdana. Beliau merupakan Jurulatih Utama TKRS Negeri Selangor. Beliau turut dibantu oleh 7 orang fasilitator yang merupakan pelajar SMK Putra Perdana. Para fasilitator ini mewakili setiap unit beruniform iaitu Pengakap, BSMM, TKRS, Pandu Puteri, Kadet Polis dan Kadet Bomba.

Taklimat Kawad Kaki & Tunjuk cara ini dimulakan pada jam 2.30 petang setelah guru-guru penasihat setiap unit beruniform menanda kehadiran murid-murid.  Kapten (KRS) Irwan Effendy bin Abd Rani telah memberi penerangan ringkas tentang tatacara asas kawad kaki yang betul diikuti simulasi kawad kaki oleh para fasilitator yang terlibat.

Seterusnya, jam 3.30 petang, murid- murid berkumpul mengikut unit masing- masing untuk tunjukcara dan simulasi dalam pasukan. Setiap unit beruniform akan bersama dengan seorang fasilitator bagi sesi asas tunjukcara yang jelas dan lebih efektif.

Aktiviti pada hari ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada Kapten (KRS) Irwan Effendy bin Abd Rani dan para fasilitator. Cenderahati ini telah disampaikan oleh En. Shahrizal bin Ya'am, PK Kokurikulum SK Taman Putra Perdana. Murid-murid telah mendapat ilmu asas kawad kaki yang betul dan menjadi satu bekalan bagi mempersiapkan diri dan pasukan untuk pertandingan kawad kaki peringkat sekolah dan daerah yang akan diadakan kelak.

Aktiviti telah berakhir tepat jam 4.00 petang.

Murid- murid SKTPP seronok mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Irwan Effendy, Kapten (KRS)

Murid- murid SKTPP dilatih asas kawad kaki dan tunjuk cara oleh fasilitator.
Majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah dan fasilitator
yang terlibat dalam taklimat kawad kaki dan tunjuk cara.
Terima kasih daun keladi.. Mudah-mudahan kita bekerjasama lagi...

Sesi bergambar bersama penceramah & fasilitator kawad kaki dan tunjuk cara.

Laporan disediakan oleh;

Pn. Umi Nazrah binti Saharoni
Penyelaras Unit Beruniform SKTPP 2018

No comments:

Post a Comment