Monday, February 26, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-9 (Sesi Petang)

Tarikh                  : 26 Februari 2018
Hari                     : Isnin
Masa                   : 1.20 - 1.50 Petang
Tempat                : Dewan Perdana
Pengacara Majlis: Puan Maizara Binti Mahat


Guru Bertugas:

1. En. Hariz Safwan Bin Yaccob
2. En. Ahmad Junaidi Bin Abdullah
3. Pn. Yani Binti Mohammad Sharif
4. Pn. Rozimah Binti Yaakob
5. Pn. Nora Binti Sabihi
6. Pn. Nurazlin Binti Mat Nor
7. Pn. Roslelawati Binti Ibrahim
8. Pn. Maizara Binti Mahat

Laporan Perhimpunan

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah, lagu Aku Negaraku.

2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas iaitu adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.

3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Maizara Bt Mahat.

4. Bacaan Ikrar Murid yang dketuai oleh pengawas bertugas iaitu Damia Batrisya Bt Ibrahim.


5. Laporan guru bertugas minggu lepas iaitu Puan Nik Rosmaliza Bt Nik Hussain.


  • Puan Nik Rosmaliza mengingatkan tentang larangan berlari di kawasan sekolah. Perbuatan berlari boleh meyebabkan kecederaan kepada murid.
6. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini:


7. Tema minggu ini:

Sayangi Buku Teks
  • Semua murid dibekalkan buku teks yang mencukupi.
  • Sebagai murid yang bertanggungjawab: 
          1. Balut buku teks dengan meminta bantuan dari ibu atau bapa.
          2. Diminta menjaga buku teks dengan baik iaitu tidak mengoyak atau menconteng buku teks.
          3. Membawa buku teks mengikut jadual yang telah ditetapkan.

8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu : Melumur - Menyapukan / memalit-malitkan
  • Bahasa Inggeris : Pure - Tulen
  • Bahasa Arab : Ainun - Mata
9. Keceriaan kelas

Tahun 1
  • Tempat Pertama : 1 Neffos
  • Tempat Ke-2 : 1 Lenovo
  • Tempat Ke-3 : 1 Oppo

Tahun 2
  • Tempat Pertama : 2 Ibnu Khaldun
  • Tempat Ke-2 : 2 Ibnu Thufail
  • Tempat Ke-3 : 2 ibnu Battuta

Tahun 3
  • Tempat Pertama : 3 Jujur
  • Tempat Ke-2 : 3 Intelek
  • Tempat Ke-3 : 3 Dedikasi

10. Majlis penyampaian hadiah kepada Olahragawan dan Olahragawati Harapan 2018
  • Olahragawan Harapan 2018 : Aqeel Jibril Bin Ahmad Fairus dari kelas 1 Oppo (Rumah Kuning)
  • Olahragawati Harapan 2018 : Nur Alyaa' Batrisya Bt Azhari dari kelas 2 Al Farabi (Rumah Merah)
11. Majlis diteruskan dengan ucapan PK Petang; Puan Jumilah Bt Ahmad.


  • Pas keluar: Apabila hendak keluar dari kelas samada ke pejabat, bilik guru atau ke tandas pastikan memakai pas keluar. Murid yang memakai pas keluar menandakan mereka keluar dengan kebenaran guru.
  • Pas solat: Apabila hendak solat juga, pastikan memakai pas solat. Murid yang memakai kad pas, menunjukkan mereka keluar dengan kebenaran.
  • Dilarang berlari: Perbuatan berlari adalah dilarang sama sekali. 
  • Sumbangan PIBG : Beliau memohon supaya menjelaskan sumbangan PIBG kepada yang belum membayarnya.
  • PKSR 1: bermula 12 Mac hingga 15 Mac 2018.
Perhimpunan rasmi minggu ke-9 tamat pada jam 2.10 petang.

Disediakan Oleh:
Nora Binti Sabihi

No comments:

Post a Comment