Monday, February 12, 2018

Sambutan Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Sepang 2018

Setiap tahun, ahli-ahli Pandu Puteri di seluruh dunia mengadakan sambutan Hari Peringatan Sedunia termasuk di Malaysia. Oleh itu, Sambutan Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Sepang tahun 2018, telah dilaksanakan pada tanggal 12 Februari 2018 (Isnin). Sambutan ini  telah diadakan di SMK Dato' Abu Bakar Baginda bermula jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Sambutan yang sangat bermakna ini dihadiri oleh Tunas, Renjer, Remaja dan Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Daerah Sepang.

   Acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah;

Mewarna
Andaman
Public Speaking
Kolaj
Hafazan
Gubahan bunga
Reka bentuk bahan terbuang
Cabaran mini gajet
Seni anduh
Cross Stitch

   Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Taman Putra Perdana, telah menghantar wakil untuk menyertai acara Andaman, Mewarna, Kolaj dan Hafazan. Alhamdulillah, semua pertandingan yang telah disertai mendapat tempat ketiga.

   Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang sambutan pada hari tersebut;













Disediakan oleh:
Ustazah Faridatul-Akmal binti Ismail

No comments:

Post a Comment