Tuesday, February 20, 2018

Majlis Pelancaran Jaulah Imtiyaz 4.0, 2018

Majlis telah diadakan pada :
Hari: Selasa
Tarikh: 20 Februari 2018
Masa: Jam 7.30 - 8.00 pagi (Perhimpunan Sesi Pagi)
         : Jam 1.20 - 2.00 petang (Perhimpunan Sesi Petang)

Majlis yang gemilang ini dijadikan tradisi atau aktiviti tahunan Lajnah Al-Lughah Al- Arabiyyah / Panitia B. Arab SKTPP bagi meraikan murid-murid cemerlang B. Arab. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Hjh. Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.

Hari ini merupakan hari penuh debaran murid-murid mendengar pengumuman secara rasmi nama peserta yang terpilih sebagai murid cemerlang B. Arab. Semestinya murid-murid amat gembira dan teruja apabila nama mereka diumumkan sebagai murid pilihan. Syabas!

Guru-guru B. Arab bersepakat menilai murid-murid cemerlang seramai 80 orang sahaja. Pilihan adalah berdasarkan markah cemerlang B. Arab dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2017, Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 serta adab mithali murid.

Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun keempat Program Jaulah Imtiyaz dijalankan. Sambutan amat menggalakkan dari kalangan murid-murid serta sokongan ibu bapa dan guru. Ini jelas terbukti objektif Panitia B. Arab melahirkan murid cemerlang pangkat A dalam subjek B. Arab telah mencapai bilangan yang amat menakjubkan. Jelaslah, Program Jaulah Imtiyaz ini menjadi sumber motivasi dan inspirasi murid-murid berlumba-lumba meningkatkan prestasi B. Arab dan mencintai bahasa Syurga ini.

Insha Allah, pasti gembira dan seronok mengikuti Program Jaulah (Lawatan) ini nanti iaitu pada 28 Februari 2018.  Semoga dengan izinNya, kali ini murid-murid akan dibawa melawat:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
Akan dibawa melawat dan mendengar perkongsian ilmu di Fakulti B. Arab dan Perpustakaan USIM.
- Muzium Negeri Sembilan, Seremban.
Murid akan menyaksikan tinggalan sejarah, barangan dan alat-alat tradisional masyarakat di Negeri Sembilan.
- Masjid Negeri Sembilan.
Murid akan mendengar taklimat, lawatan masjid, makan tengah hari secara percuma dan solat Zuhur di masjid ini.
- Kilang Yakult.
Pastinya murid akan melawat kilang, cara penghasilan air Yakult serta sukakan minuman ini.

Gambar-gambar kenangan istimewa murid-murid cemerlang B. Arab ketika Majlis Perasmian Jaulah Imtiyaz 4.0 seperti di bawah:

Majlis disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali, Mudeerah (Guru Besar) SKTPP.

Semua muallim dan muallimah juga menerima cenderahati.

Ucapan oleh Puan Mudeerah SKTPP.

Syabas murid- murid yang terpilih. Mumtaz!

Kenangan para muallim dan muallimah bersama murid-murid  sesi pagi seramai 59 orang yang diraikan.

Gimik Perasmian oleh Mudeerah.

Mudeerah juga menerima cenderahati sebagai kenangan.

Tahniah, hanya murid yang terpilih memiliki t. shirt Jaulah Imtiyaz 4.0

Murid-murid sesi petang, tahun 2 dan 3 seramai 21 orang yang terpilih.

Cenderahati (key chain) 

Mudeerah menyarungkan t-shirt kepada murid yang terpilih sebagai tanda perasmian.


Tahniah.. murid sesi petang tahun 2 - 3.

Tahniah dan syabas pada semua yang terlibat.
Semoga Lajnah Al-Lughah Al-Arabiyyah SKTPP berjaya melahirkan murid-murid yang mencintai dan menghayati bahasa al-quran dan bahasa syurga ini.
Insha Allah.


Disediakan oleh;
Puan Norziani Zubir.
Muallimah Al-Lughah Al-Arabiyyah SKTPP.

No comments:

Post a Comment