Friday, October 13, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-27 (Sesi Petang)

Tarikh    : 09 Oktober hingga 13 Oktober 2023
 Masa    : Isnin hingga Jumaat

 Senarai Nama Guru Bertugas
1. Saifullah bin Mat Saupi
2. Amalina binti Abd. Hamid
3. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain 
4. Nazahiyah binti Ab. Rahman
5. Sidratul Ayuni binti Aris
6. Nor Farhani binti Mukhtar
7. Khairiah binti Razali
8. Fadhilah binti Talib
9. Nurul Hanani binti Mohamad Kamal
10. Adneen Nasuha binti Ahmad Rizal

Barisan Guru Bertugas (Kumpulan C)

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh: 09 Oktober 2023

Hari: Isnin

Masa: 1.00 hingga 1.30 petang

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis: Sidratul Ayuni binti Aris

Tema warna: Biru

Tema ucapan: Keceriaan

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar.

Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara, bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan bacaan Ikrar Murid.

 2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-26 disampaikan oleh Ustazah Nor Saadah binti Abdul Halim

2.1 Bergurau dengan kawan hendaklah berpada-pada

2.2. Tindakan merosakkan kenderaan guru - jaga harta benda sekolah

2.3. Cuaca jerebu - minum air masak dengan banyak

2.4. Jangan keluar kelas sesuka hati

3.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Sidratul Ayuni binti Aris

Tema : Keceriaan

Murid-murid sentiasa digalakkan membersihkan kelas supaya kelas nampak ceria dan bersih. Murid juga mesti menjaga penampilan diri supaya kelihatan kemas dan cantik.

LAWAD pada minggu ini:

Bahasa Melayu : Buku Teks
Bahasa Inggeris :Text Book
Bahasa Arab : Kitabun - Buku Teks

Majlis perhimpunan tamat pada jam 1.32 petang.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu:-

Bacaan Ikrar

Waktu murid datang di Pagar A dan B

Murid-murid Prasekolah

Pada minggu ini diadakan Pertandingan Basikal Tua sempena Bulan Pusat Sumber Sekolah. Pertandingan ini diadakan pada hari Jumaat, pukul 3.50 petang. Ia merupakan aktiviti bagi guru-guru kategori lelaki dan perempuan. Syarat-syarat Pertandingan Basikal Tua ini mengambil kira dari segi siapa yang paling lambat sampai ke garisan penamat.

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti :-

Aktiviti Kategori Lelaki

Aktiviti Kategori Perempuan

Antara barisan hakim

Guru-guru beraksi dengan basikal masing-masing

Tempat Pertama Pertandingan Basikal Tua (Kategori Guru Lelaki)
Cikgu Ahmad Musrizuan bin Daud

Tempat Kedua Pertandingan Basikal Tua (Kategori Guru Lelaki)
 Cikgu Nor Azuad bin Md Yusof

Tempat Ketiga Pertandingan Basikal Tua (Kategori Guru Lelaki) 
Cikgu Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

Tempat Pertama Pertandingan Basikal Tua (Kategori Guru Perempuan)
 Cikgu Nor Arzah binti Hussin

Tempat Kedua Pertandingan Basikal Tua (Kategori Guru Perempuan)
Cikgu Nor Maziah binti Abdul Malik

Tempat Ketiga Pertandingan Basikal Tua (Kategori Guru Perempuan) 
Cikgu Wan Mahani binti Wan Hassan

Pemenang-pemenang Pertandingan Basikal Tua



Pada minggu ini juga diadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah. Ia berlangsung pada hari Jumaaat (13 Oktober 2023) iaitu selepas Pertandingan Basikal Tua. 
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah diisi dengan aktiviti senamrobik yang berjalan selama satu jam 30 minit. Ia untuk memastikan setiap warga sekolah mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang diraikan di seluruh pelosok tanah air.
  
Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti :-

Senamrobik dipimpin oleh Cikgu Amirul

Murid-murid teruja dan seronok 


Wajah-wajah yang riang gembira dapat senamrobik bersama guru-guru mereka

Antara aksi guru-guru bersama murid-murid
Dengan senamrobik ini menjadi warga yang sihat dan ceria


Wajah ceria guru-guru

Barisan guru sesi petang

Sekian laporan daripada Kumpulan C. Terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama sepanjang minggu ini.

Disediakan oleh 
Cikgu Nik Rosmaliza

No comments:

Post a Comment