Tuesday, October 10, 2023

Sambutan Maulidur Rasul (Sesi Pagi)

Tarikh : 10 Oktober 2023

          Masa : 8.00 - 10.00 Pagi

                      1.30 - 4.00 Petang

         Tempat : Dewan Perdana                                    SKTPP

Tema : Perpaduan Teras Malaysia Madani

Link Buku Program : https://anyflip.com/cusay/uqwi/


PENGENALAN :

Maulidur Rasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi adalah merupakan satu detik yang amat berharga kerana bermulanya sirah junjungan agung yang membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, kejahilan kepada kenyataan dan dari kehinaan kepada kemasyhuran.

PETIKAN HADIS

Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku riwayat An-nasai dan Ibnu Hibban.

OBJEKTIF :

1) Murid dapat mengetahui peristiwa luar biasa sebelum, semasa dan selepas kelahiran Rasulullah SAW.

2) Mencontohi sifat-sifat mahmudah Rasulullah SAW yang berpekerti mulia sejak kecil.

3) Menanam rasa cinta dan hormat yang tidak berbelah bagi kerana Baginda kekasih Allah SWT.

4) Mengamalkan sunnah yang dapat menambahkan pahala serta mengambil iktibar daripada sirah baginda.

Antara gambar-gambar yang dirakam semasa sambutan Maulidur Rasul :





Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.Hidupkanlah sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita.


Disediakan Oleh :

Mas Ayu binti Arifin

No comments:

Post a Comment