Friday, October 6, 2023

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023 (Sesi Pagi)

Pada tahun ini, Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana atau lebih dikenali sebagai Ujana Ilmu, sekali lagi menganjurkan Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber. Lantaran itu, Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023 (sesi pagi) dilangsungkan sebagai acara pembukaan untuk kempen ini.

Untuk makluman, majlis ini merupakan kolaborasi antara Ujana Ilmu dengan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Matematik, Panitia Muzik, Panitia Sains, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab. Tidak lupa juga Unit Disiplin, Unit Sukan, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Prasekolah. Kolaborasi ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sebulan kempen berlangsung. 

Antara objektif kempen adalah:
  • Sebagai satu medium untuk mempromosi Program Galakan Membaca di sekolah.
  • Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  • Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
  • Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
  • Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
  • Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini adalah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. 

Pergi mendaki ke Gunung Tahan,
Setelah selesai berehat di hutan;
Puji syukur kepada Tuhan,
Telah memberi nikmat kesempatan. 

Alhamdulillah... Rasa gembira dan syukur mekar berbunga-bunga kerana Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023 telah berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang sangat ceria. Ia dijalankan pada tanggal 6 Oktober 2023 (Jumaat) dan bertemakan 'Dongeng Melayu Klasik'.

Satu kombinasi usaha, idea, kreativiti dan tenaga serta kesungguhan semua AJK pelaksana telah menghasilkan satu perjalanan majlis yang sangat membanggakan. Terima kasih atas semua kehebatan dan kerjasama yang ditonjolkan untuk merealisasikan objektif di sebalik majlis yang sangat gemilang ini.

Semoga aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk semua warga sekolah berjalan dengan lancar dan akan mengukir kenangan indah buat semua. 

Memori-memori indah dan berharga yang tercipta semasa majlis ini dilaksanakan, dirakam seperti berikut; 

Lampiran Buku Program Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2023 untuk rujukan semua guru. Sila klik link berikut:

Atur cara program untuk sesi pagi

Murid-murid berkumpul di dewan


Ketibaan jemputan khas


Perarakan masuk ke Dewan Perdana

Pengacara majlis yang cantik manis lagi berbudi bahasa (Puan Roslinda binti Mansor dan Puan Nurliza binti Ab Rahman)

Pimpinan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Nur Syamila binti Muhamad Ishak (wakil PIBG SK Taman Putra Perdana) 


Para pendidik SK Taman Putra Perdana

Ucapan Perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)



Gimik Pelancaran Bulan Pusat Sumber. Hadir bersama di atas pentas ialah Maskot PTS

Cenderamata dan Sijil Jalinan untuk wakil Syarikat PTS Event & Exhibitions.






Gimik yang diambil daripada sedutan sebuah cerita dongeng Melayu klasik iaitu kisah Raja Bersiong.






Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah bertungkus lumus memerah keringat dan idea untuk melatih murid-murid demi memeriahkan majlis. Begitu juga para pelakon yang hebat dan berbakat.

Tayangan video Pusat Sumber Sekolah yang disediakan oleh Puan Nur Malisha binti Omar



Taklimat Bulan Pusat Sumber Sekolah yang disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji, Guru Perpustakaan dan Media SKTPP. Begitu banyak aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan ini. Aktiviti yang pasti menarik dan sarat dengan mesej dan informasi.



Persembahan-persembahan yang menunjukkan kemenjadian murid SKTPP

Persembahan khas yang dilakonkan oleh Cikgu Noor Hayati binti Yusof (Guru PPKI)

Sempena majlis yang berlangsung, pihak penganjur berbesar hati menyediakan hadiah untuk kategori Busana Terbaik Guru yang bertemakan Cerita Dongeng Melayu Klasik. 

Pemenang Kategori Guru Lelaki:
  1. Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
  2. Ustaz Muhammad Khairul Afiq bin Jamili
  3. Cikgu Muhammad Afiq bin Azli



Pemenang Kategori Guru Perempuan:
  1. Cikgu Noor Hayati binti Yusof
  2. Cikgu Norsiah binti Mohd Nor
  3. Cikgu Norli binti Hassan



Tahniah diucapkan kepada para pemenang



Majlis diakhiri dengan sesi merakam gambar. Wakil PIBG, para pentadbir dan guru-guru menyempurnakan acara ini untuk mengabadikan kenangan dalam majlis ini.

Dengan berakhirnya sesi fotografi, maka lengkaplah sudah majlis pada pagi ini. Semoga semua aktiviti yang dirancang akan dapat disempurnakan dengan jayanya. 


Terima kasih💖


Catatan blog dilaporkan oleh:

Muallimah Faridatul-Akmal binti Ismail
AJK Posting Blog
Bulan Pusat Sumber SKTPP Tahun 2023.

No comments:

Post a Comment