Seterusnya, Lawatan ke Pusat Sumber: 'Dari Mata Turun ke Hati' diteruskan lagi untuk murid-murid tahap 2. Guru yang bertugas di Pusat Sumber akan memberi penerangan yang lebih mendalam tentang Pusat Sumber. Diharap agar murid-murid dapat mengumpul banyak informasi tentang Pusat Sumber hasil daripada program ini.
2. Sesi persekolahan : Sesi Petang
Hakim pertandingan, Ustaz Abdul Hafiz dan Ustazah Nor Azian manakala Pengerusi Majlis, Ustazah Nor Saadah. |
Senarai nama peserta Pertandingan Hafazan Tahap 1 |
Peserta Lelaki Tahap 1 |
Peserta Perempuan Tahap 1 |
Hadirin yang memeriahkan suasana pertandingan di Musalla Raudatul Ilmi. |
Lawatan ke Pusat Sumber : ‘Dari Mata Turun Ke Hati’
Murid-murid telah dibawa ke Pusat Sumber Sekolah oleh guru matapelajaran yang terlibat untuk melihat sendiri keadaan dan suasana di Pusat Sumber. Di Pusat Sumber pula, guru yang bertugas akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang setiap sudut dan bahan bacaan yang terdapat di sana.
Kelas 3 Rajawali |
Kelas 3 Merak |
Kuiz Harian : ‘Pukul Berapa Datuk Harimau Datang?’
Kuiz tersebut telah dijalankan di Dewan Perdana selepas waktu rehat. Soalan-soalan kuiz yang ditanya oleh Cikgu Amalina adalah tentang Pusat Sumber dan perihal sekolah. Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan. Hanya murid yang terpantas mengangkat tangan dan menjawab soalan dengan jawapan yang tepat sahaja akan diberikan hadiah. Syabas diucapkan kepada semua pemenang kuiz harian.
Pertandingan ini telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah pada Jumaat, 20 Oktober 2023 oleh Cikgu Amalina dan Cikgu Nur Malisha. Seramai 20 orang murid Tahun 3 telah mendaftar untuk memasuki pertandingan ini. Murid-murid diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pertandingan literasi maklumat ini adalah mengenai Pusat Sumber Sekolah, informasi Bulan Pusat Sumber dan sekolah serta pengetahuan am.
No comments:
Post a Comment