Monday, October 2, 2017

Majlis Pelancaran Program Maal Hijrah 1439H (Sesi Pagi)

Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam. Ia merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu, berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

   Rentetan daripada memperingati peristiwa bersejarah ini, Majlis Pelancaran Program Maal Hijrah 1439H telah dilaksanakan pada tanggal 2 Oktober 2017 (Isnin), di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada murid-murid tentang maksud hijrah yang sebenarnya dan mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Selain itu, murid-murid dapat mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah dan dapat menambah pemahaman dalam subjek Pendidikan Islam.

Aktiviti-aktiviti Program Maal Hijrah:
  • Prasekolah dan PPKI : Pertandingan Mewarna
  • Tahun 1 : Mewarna
  • Tahun 2 : Tulisan Cantik
  • Tahun 3 : Melukis Poster
  • Tahun 4 : Tulisan Cantik 
  • Tahun 5 : Teka Silang Kata
  • Tahun 6 : Melukis Poster
  • Tahun 4, 5 dan 6 : Pertandingan Terbuka Nasyid 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis dijalankan:

Buku program

Ucapan pengacara majlis, bacaan doa, ucapan guru penyelaras dan ucapan perasmian.


Gimik pelancaran

Guru-guru dan murid-murid menyanyikan lagu 'Maal Hijrah'

Sesi fotografi

     Peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar memperingatinya, tetapi menghidupkan ‘hijrah' tersebut dalam kehidupan. Umat Islam perlu sentiasa bermuhasabah dan berusaha memperbaiki diri dan kehidupan. Jika usaha hijrah tersebut memberikan kesan, ini bermakna pengertian hijrah berjaya dihayati. Salam Maal Hijrah!

Disediakan oleh:
Ustazah Faridatul-Akmal bt Ismail

No comments:

Post a Comment