Pada 7 Oktober 2017 Panitia Sains dengan kerjasama Kelab Sains dan Teknologi telah menganjurkan satu Lawatan Sambil Belajar ke Hutan Lipur Bukit Nenas dan Menara Kuala Lumpur. Aktiviti pada hari Sabtu itu bermula jam 7.30 pagi. Seramai 80 orang peserta dan 8 orang guru pengiring iaitu Pn Julaili. Pn Norasmawati, Pn Zailezah, Pn Azizah (PK 1), Pn Holwani, Pn Afiqah, Ustaz Mustafid dan Ustaz Ishak.
Atur cara lawatan bermula dengan pendaftaran murid dan pembahagian kumpulan 1 dan 2 mengikut bas yang telah disediakan. Murid-murid diberi sarapan pagi sebelum bergerak ke tempat lawatan. Bas bergerak jam 8.00 pagi dan sampai jam 9.00 pagi di hadapan Pusat Interaktif Hutan Lipur Bukit Nenas. Kami telah disambut oleh dua orang petugas iaitu Pn Ummi Kalthum dan En Anuar yang banyak memberi input semasa pengendalian aktiviti di dalam hutan tersebut. Taklimat ringkas diberikan sebelum menjalankan aktiviti untuk memastikan keselamatan peserta terjamin.
Kami dibawa melawat ke galeri interaktif yang memuatkan pelbagai info tentang flora dan fauna yang terdapat di Hutan Lipur tersebut, antaranya rafflesia gallery, type of soil, mangrove spesies, hologram gallery dan lain-lain lagi.

Tepat jam 9.30 - 10.30 pagi murid-murid mengikuti aktiviti "jungle tracking" dengan menaiki tangga ke menara dan berjalan melalui titian gantung yang amat mencabar fizikal dan mental peserta. Di kiri dan kanan denai kelihatan pelbagai jenis flora dan fauna yang turut mewarnai keindahan hutan. Setelah penat berjalan akhirnya peserta sampai ke tapak perkhemahan dan berkumpul bagi merehatkan diri masing-masing.
Jam 11.00 pagi : Murid-murid dibahagikan kepada 8 kumpulan dan menjalani aktiviti "ice breaking" (mencipta dan menyanyi lagu semangat dalam kumpulan). Peserta mempersembahkan secara berkumpulan sambil dibantu oleh guru pengiring sebagai fasilitator.
Tepat jam 12.30 tengah hari peserta diberi makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah dengan diimamkan oleh Ustaz yang bertugas.
Setelah bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan hampir setengah jam murid diminta mengemaskan diri untuk lawatan ke tempat yang seterusnya.

Aktiviti Lawatan ke Menara Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Di Menara Kuala Lumpur kami disambut oleh En Azha bin Azmani; pegawai am yang bertugas untuk kumpulan kami. Peserta menaiki lif hingga ke menara tinjau. Di sini murid menjalankan aktiviti bebas dan dibantu oleh pegawai yang bertugas untuk sebarang pertanyaan. Penerangan diberi pada murid-murid tentang Menara K.Lumpur.
Terdapat banyak kedai cenderahati yang memudahkan murid-murid membeli untuk rakan dan ibu bapa sebagai buah tangan. Selepas turun dari menara, petugas menghadiahkan kotak pensel sebagai cenderahati dan ais kerim buat semua murid yang menyertai lawatan ini.

Jam 4.30 petang murid-murid pun bergerak menaiki bas untuk pulang ke SKTPP dengan penuh kegembiraan.
Murid-murid beratur untuk masuk ke Menara Kuala Lumpur. |
Aktiviti melalui titian gantung antara yang mencabar untuk menguji fizikal murid-murid |
Menuruni laluan dari puncak Hutan Lipur Bukit Nenas. |
Senyuman dari guru pengiring. |
Agak memenatkan laluan kerana lantai bergerak-gerak sepanjang perjalanan. |
Bergambar kenangan setelah selesai aktiviti jungle tracking. |
Sesi taklimat di Pusat Interaktif Hutan Lipur Bukit Nenas, Kuala Lumpur |
Aktiviti ice breaking dalam kumpulan semangat walaupun dalam keletihan. |
Persembahan dalam kumpulan. Memang kreatif murid-murid ini |
Antara yang dipamerkan dalam pusat interaktif "Rafflesia in the world" |
Ekosistem marin juga antara pameran yang menarik perhatian murid-murid. |
Antara guru pengiring yang terlibat sebagai fasilitator dalam Lawatan Ke Hutan Lipur Bukit Nenas & Menara Kuala Lumpur 2017.......Terima Kasih Daun Keladi |
Memgabadi kenangan di Bukit Nenas |
No comments:
Post a Comment