... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, October 2, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 02 Oktober 2017
Masa : 1.20 – 3.20 petang
Tempat : Dewan Perdana

Pengacara Majlis: Puan Suriyana binti Nanyan@Salim

Guru Bertugas:

1. Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2. Encik Mohd Najib bin Sapari
3. Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
4. Puan Nor Azian binti Ahmad
5. Puan Yusnita binti Yunus

Barisan guru bertugas minggu ke-36


Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
  • Bacaan Doa dari pengawas yang bertugas.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang diketuai oleh Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim
  • Bacaan ikrar murid oleh pengawas bertugas.

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (25.9.2017 – 29.9.2017)
Laporan disampaikan oleh Pn. Salmi binti Amir. Butiran ucapan adalah seperti berikut:

  • Sikap murid yang gemar meminjam wang daripada rakan untuk membeli sama ada makanan atau alatan lain tidak patut diamalkan kerana kawan-kawan pun tidak memounyai banyak duit
  • Tabiat murid yang gemar berlari sama ada ketika waktu rehat dan ketika waktu pulang. Kecuaian akan mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini.
                                                   
Guru bertugas minggu lepas

3. Ucapan guru bertugas (Pn. Suriyana binti Nanyan@Salim)
Tema Minggu Ini: Hari Kanak-kanak  “Sayangi Kami”.


  • Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktiraf oleh United Nations Children’s Fund (UNICEF) pada tahun 1954.
  • Pada 20 November 1959, PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua Negara merayakannya pada setiap tahun.
  • Malaysia menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia yang pertama pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
  • Diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Pada tahun 1995, tanggungjawab penganjuran telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
  • Objektif sambutan Hari Kanak-kanak adalah sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Secara tidak langsung, kesedaran dalam memelihara hak serta masa depan kanak-kanak tersebut terjamin di samping memupuk sikap agar menyayangi mereka dan bukannya diabaikan dan didiskriminasi. Ini kerana kanak-kanak ini adalah aset berharga negara di masa hadapan.

Ucapan guru bertugas

4.      Perkataan LAWAD:

  • Bahasa Malaysia : Menebar
  • Bahasa Inggeris : Dinner
  • Bahasa Arab : Mirfaqun

5.      Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (Puan Jumilah binti Ahmad)
    
 Amanat yang disampaikan adalah seperti berikut:

  • Adab dan akhlak dalam kalangan murid iaitu memberi salam apabila bertemu dengan guru.
  • Terapkan budaya hormat-menghormati dalam kalangan rakan sebaya iaitu jangan mengeluarkan kata-kata atau ayat yang boleh menyinggung perasaan dan boleh menimbulkan perkelahian.
  • Rambut hendaklah digunting mengikut peraturan seperti yang termaktub dalam buku peraturan sekolah.
  • Melakukan ulangkaji dengan lebih kerap di sekolah dan juga di rumah sebagai persediaan sebelum menduduki Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Keputusan peperiksaan tersebut amat penting dalam penentuan kedudukan kelas untuk tahun 2018.

Ucapan GPK Petang

6.       Majlis Pelancaran Program Awal Muharram

  • Majlis pembuka tirai adalah persembahan nasyid dari murid Tahun 3 Vanadium.


    Persembahan nasyid oleh murid-murid 3 Vanadium


  • Penerangan aktiviti sepanjang Program Awal Muharram oleh Ustazah Hastipa@Zaiton binti Mat Daud. Butiran adalah seperti berikut:
  • Tahun 1: Pertandingan mewarna
  • Tahun 2: Pertandingan tulisan cantik
  • Tahun 3: Pertandingan melukis poster (aktiviti akan dilaksanakan sewaktu pdpc Pendidikan Islam).

  • Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar dan gimik pelancaran.

Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Awal Muharram. Butiran ucapan adalah seperti berikut:

  • Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’ iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
  • Peristiwa 10 Muharram juga dinamakan sebagai Hari Asyura di mana banyak peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut.
  • Semua warga sekolah diharap dapat menghayati fadhilat bulan Muharram dalam menjalani rutin seharian.
  • Umat Islam juga disunatkan berpuasa pada bulan Muharram.
  • Semua murid diharap dapat melibatkan diri secara aktif dalam program yang telah dirancang sepanjang bulan tersebut.

  Ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar; Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali


Gimik pelancaran program


Sesi bergambar bersama jawatankuasa penganjur


7.        Program bersama Yakult

  • Pengurus Pemasaran Yakult iaitu Cik Anis dengan dibantu oleh dua orang kakitangannya telah mengadakan ceramah berkaitan kebaikan Yakult kepada murid. Antara butiran penerangan ialah:
  • Bakteria baik untuk sistem pencernaan dikenali sebagai ‘Lactobacillus casei strain Shirota’ yang merupakan bahan utama probiotik.
  • Bakteria ini terbukti secara saintifik sebagai antara bakteria paling baik untuk pencernaan dalam sistem penghadaman manusia.
  • Setiap botol minuman Yakult mengandungi lebih 30 bilion bakteria baik dan tiada pewarna, pengawet, bahan penyesuai makanan dan penstabil.
  • Yakult adalah minuman susu kultur kedua paling popular selepas Vitagen.
  • Yakult mula diperkenalkan di Malaysia kira-kira 10 tahun yang lalu.
  • Sistem penghadaman yang lancar akan membantu murid untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa.
  • Setiap murid diberikan secara percuma sebotol minuman Yakult (80ml).
  • Sesi jualan Yakult dilakukan selepas tamat program penerangan.
                      
    
Banner kebaikan Yakult


Penerangan oleh Cik Anis

Perhimpunan dan Program Bersama Yakult tamat pada jam 3:20 petang.


Disediakan oleh:
Mohd Najib bin Sapari

No comments:

Post a Comment