Monday, October 23, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

Tarikh : 23 Oktober 2017
Masa   : 7.30 pagi
Hari    : Isnin

Guru Bertugas :
1. Puan Astina binti Mahad Nor
2. Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
3. Puan Nurul Iman binti Illyas
4. Puan Musaliha binti Mustafa
5. Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
6. Puan Nurul Izziani binti Mohd Latifi
7. Puan Parimala a/p Vengadaslam
8. Encik Lokman bin Yaakob

Barisan guru bertugas minggu 38

Laporan


1.0 Nyanyian Lagu Kebangsaan, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan doa oleh pengawas sekolah, adik Muhammad Rusyaidi
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya dipimpin oleh Pn. Parimala
  • Bacaan ikrar murid oleh Nur Amira Syazana

2.0  Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Noorhayati binti Yusof)
  • Murid tidak peka dan tidak ambil peduli terhadap sampah yang ada di sekitar sekolah. Murid dinasihatkan untuk ringan tangan mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah.
  • Teguran terhadap murid yang masih makan dan minum di tepi longkang walaupun terdapat meja kantin yang kosong.
  • Teguran buat murid yang tidak menjaga kebersihan diri terutama kasut yang amat kotor walaupun hari pertama persekolahan selepas cuti hujung minggu.
  • Penyampaian hadiah kebersihan kelas.

3.0  Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Puan Parimala a/p Vengadaslam )

      Tema Mingguan : Kenali Myanmar
  • Dahulunya dikenali sebagai Burma tetapi mengubah namanya kepada Myanmar pada tahun 1989.
  • Ibu Negara dahulunya ialah Yangon sebelum ditukarkan kepada Naypidaw
  • Agama rasminya ialah Buddha. Hampir 75% penduduknya beragama Buddha
  • Bahasa rasmi ialah bahasa Myanmar
  • Matawang mereka ialah Kyat.
  • Negara Myanmar bersempadan dengan 5 buah negara lain iaitu China, Laos, Thailand, India dan Bangladesh.
  • Myanmar merupakan pengeksport terbesar beras serta pengeluar batu permata seperti rubi dan mutiara.

 4.0    LAWAD
    Bahasa Melayu : Bagai aur dengan tebing bermaksud hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling membantu.
    Bahasa Ingeris  : gold bermaksud emas
    Bahasa Arab     : lakbatun bermaksud permainan

5.0 Penyampaian Hadiah Kejohanan Kriket Bawah 11 Tahun MSSS

  • Kejohanan Kriket Bawah 11 Tahun MSS Selangor telah berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2017 di Klang. 
  • Pasukan Sepang berjaya membaiki pencapaian dengan memperoleh tempat ketiga berbanding tahun sebelumnya memenangi tempat ke-9
  • Penyampaian hadiah kepada pemain sekolah disampaikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali.



Wakil Daerah Kejohanan Kriket Bawah 11 Tahun

6.0 Ucapan Pentadbir (Puan Norhamizah binti Hamzah)
  • Memberi peringatan kepada murid untuk tidak bermain permainan "pass out challenge" iaitu permainan yang menyebabkan seseorang individu tidak sedarkan diri dalam masa 5 saat. Permainan ini adalah diharamkan kerana risikonya sangat berbahaya hingga boleh kehilangan nyawa. Tindakan tegas akan dikenakan kepada murid yang bermain permainan tersebut.
  • Puan Norhamizah turut mengingatkan murid berkaitan penghakiman Ujana Ilmu yang akan berlangsung pada 26 Oktober 2017 bersamaan hari Khamis ini. Murid diminta menjaga disiplin sepanjang penghakiman ini yang mungkin akan berlarutan hingga ke petang. Diharap semua murid yang bertugas dapat memberikan persembahan yang terbaik bagi menaikkan imej sekolah kita.
  • Puan Norhamizah turut memperkenalkan barisan murid inklusif PPKI kepada warga sekolah. Beliau berharap murid-murid aliran perdana dapat membantu dan memberi sokongan kepada murid ini untuk sama-sama mengikuti aktiviti di dalam kelas mereka.

Barisan murid separa inklusif

Laporan disediakan oleh :
Puan Nurul Iman binti Illyas

No comments:

Post a Comment