Monday, December 29, 2014

Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015

Salam sejahtera,

Makluman Penting.

Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan 2015 pada 5 Januari di tangguhkan kerana bencana banjir yang melanda. Tarikh baru sesi persekolahan tahun 2015 akan bermula pada:- 

Tarikh: 12 Januari 2015
Hari : Isnin
Masa : Sesi pagi bermula jam 7.20 pagi
          Sesi petang bermula jam 1.20 petang 



Sila rujuk pautan di bawah untuk berita lanjut:-



Sekian terima kasih.

Sunday, December 28, 2014

Majlis doa selamat kantin

Terima kasih diucapkan kepada pengusaha kantin yang baharu; En. Shawal atas penganjuran Majlis Doa Selamat sempena pembukaan kantin baharu SKTPP tahun 2015 - 2016. Semoga pengurusan kantin akan berjalan lancar lagi cemerlang dengan kerjasama warga sekolah. Semoga perkhidmatan yang akan murid-murid dan guru-guru perolehi yang terbaik pernah kami terima sebagaimana hasrat tuan pengusaha yang baharu ini.Tahniah kantin telah berwajah baharu dan ceria. Selamat bersilaturrahim...

GB bersama En. Shawal, Pn. Mira dan keluarga
GB bersama isteri YDP PIBG

Saturday, December 27, 2014

Pengagihan Buku Teks 2015

Buku teks kegunaan 2015 bagi murid-murid tahun 1 dan 5 telah diagihkan pada 25 dan 26 Disember yang lalu. BOSS SKTPP dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Ibu bapa/penjaga memberikan komitmen yang baik kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bersama bagi tujuan di atas. Semoga kerjasama yang terjalin memudahkan segala urusan di masa yang akan datang. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Berikut adalah gambar yang di ambil. 


Pendaftaran ibu bapa yang hadir

Pn Azlina sedia melayani karenah ibu bapa berkaitan dengan SPBT sekolah
Penerangan tentang pengisian surat akuan penerimaan.

Bapa juga tidak ketinggalan  membuat semakan buku yang diterima





Tuesday, December 23, 2014

Meja guru sumbangan ELTC

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Pusat Bahasa Inggeris (ELTC) Bandar Enstek atas sumbangan 10 buah meja serbaguna kegunaan guru serta sebuah papan putih untuk tujuan pdp. Sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada sekolah bagi memberikan keselesaan kepada para guru untuk mengajar. Terima kasih...



Kantin ke arah transformasi

Selamat datang diucapkan kepada pengusaha kantin baharu SKTPP - Candik Teguh Enterprise. Semoga dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid-murid serta guru pada tahun depan. Terima kasih atas kerjasama membaiki kekurangan di kantin sekolah...


Kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih kantin sedang giat dilakukan

Ofis kami masa cuti

Jom tengok suasana pejabat kami dalam masa cuti ni....









Baiki siling

Kerja-kerja membaiki siling masih diteruskan. Semoga keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah semakin baik...

Monday, December 22, 2014

Mesyuarat Pengurusan 1 / 2015

Mesyuarat Pengurusan kali pertama tahun 2015 yang melibatkan Guru Besar, Penolong Kanan dan Penyelaras PPKI telah diadakan seharian hari ini dari pagi hingga ke petang. Semoga segala yang dirancang dan dibincang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kecemerlangan sekolah....







Friday, December 19, 2014

Kerusi meja murid baharu datang lagi

Terima kasih JPN Selangor kerana telah menghantar 50 buah kerusi dan meja murid baharu untuk menampung keperluan anak-anak murid kami. Walaupun masih belum mencukupi syukur atas pemberian tersebut...





Monday, December 15, 2014

Ganti siling

Kontraktor PPD telah datang membaiki siling kelas yang rosak dan dipenuhi bangkai dan najis burung merpati. Semoga kebersihan dan keadaan bilik darjah akan lebih kondusif..






Antara bangkai merpati yang ditemui

Cuci tempat perhimpunan

Dalam masa cuti banyak kerja membersih telah dilakukan oleh pekerja-pekerja sekolah termasuk dataran perhimpunan...


Thank you

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid

Sukacita dimaklumkan, mulai sesi persekolahan Tahun 2015, tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid untuk murid-murid SKTPP telah ditetapkan seperti contoh berikut :

Contoh:


Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada :
  •  Bahagian kiri tudung
  •  Bahagian kiri baju kurung
  •   Bahagian kiri baju pinafore

Sunday, December 7, 2014

Pengagihan Buku Teks 2015

Buku teks bagi murid-murid Tahun 1 dan 5 sahaja akan diagihkan pada :

Tarikh : 25 dan 26 Disember 2014 (Khamis dan Jumaat)
Masa  : 8.00 pagi - 1.00 petang

Semua ibu bapa / murid diminta hadir ke sekolah bagi mendapatkan buku teks masing-masing.

Kedai Buku Sekolah

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, Kedai Buku Sekolah yang baharu akan dibuka mulai18 Disember 2014 (Khamis) :

Hari    : setiap hari Isnin hingga Sabtu 
             (termasuk cuti kelepasan am Krismas pada 25 Disember 2014 dan 1 Januari 2015)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang



Thursday, November 27, 2014

Kerja-kerja membuat longkang

Sejak sekolah mendapat pagar baharu, didapati kawasan pondok di sebelah pagar B sentiasa digenangi air. Masalah ini berlaku kerana air yang bertakung tersebut tiada laluan keluar berbanding sebelum pembinaan pagar batu tersebut di mana air hujan akan mengalir ke jalan raya.
   Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah membuat longkang di kawasan tersebut. Diharapkan dengan pembinaan parit tersebut, masalah ini dapat diatasi. Terima kasih banyak buat PIBG atas sumbangan yang diberi.



Air bertakung setelah pembinaan pagar baharu





Semoga masalah tersebut dapat diatasi setelah longkang dibina