... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, September 30, 2016

Program Guru Penyayang (Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei - September 2016)

Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dijalankan secara berterusan dan telah menjadi budaya di sekolah ini. Kesannya mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid dan memupuk peraan suka hadir ke sekolah. Ucapan-ucapan positif seperti tahniah kerana hadir ke sekolah menjadikan murid bersemangat bermula daripada pagar lagi.

Berikut gambar-gambar aktiviti pada bulan Mei - September 2016.









Thursday, September 29, 2016

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2016

       

Program Motivasi Tahun 4 (2016)

Pada hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Motivasi khas untuk semua murid Tahun 4. Jumlah kehadiran peserta iaitu seramai 309 orang.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut. Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya pengurusan masa dan mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Objektif Program Motivasi Tahun 4:
1. Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 4 dalam meningkatkan prestasi akademik.
2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
3. Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
4. Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.

Atur Cara Program:
8.00 - 8.30 pagi: Peserta mengambil tempat di Dewan Perdana
                           Ucapan aluan pengerusi majlis
                           Bacaan doa
8.30 - 9.30 pagi: Slot Ceramah 1 (Pengurusan Masa)
9.30 - 10.00 pagi: Rehat
10.00 - 10.50 pagi: Slot Ceramah 2 (Pentingnya Ilmu)
11.00 - 11.45 pagi: Slot Ceramah 3 (Peribadi Cemerlang)
11.45 - 12.00 tengah hari: Majlis penutup

Berikut adalah paparan gambar sepanjang program ini berlangsung:
Ucapan aluan pengerusi, Pn Rosmizawati bt Yusub
Bacaan Doa, Ustaz Zurilazman bin Abdullah
Penceramah Motivasi, En Mohammad Afandie bin Yahaya
Para peserta diberi ceramah (Pengurusan Masa, Pentingnya Ilmu dan Peribadi Cemerlang)
Penceramah bersama Pn Azizah Mokhlas (PK Kurikulum) dan Pn Rosmah Jamat (PK Hal Ehwal Murid)
Pengacara Majlis Penutup, Pn Nurliza bt Ab Rahman
Pn Rosmah bt Jamat menyampaikan ucapan 
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada penceramah
Sedikit jamuan untuk penceramah

Wednesday, September 28, 2016

Kumpulan Nasyid SKTPP, Johan Hari Puteri Islam 2016, Daerah Sepang.

Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Sepang telah menganjurkan Hari Putri pada :

Tarikh / Hari   : 28 September 2016 / Rabu.
Masa               : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat           : SK Bandar Baru Salak Tinggi,                              Sepang

Pelbagai acara telah diadakan untuk PPIM sekolah rendah dan menengah. Lapan acara untuk sekolah menengah dan 10 acara yang dipertandingkan untuk sekolah rendah. SKTPP telah menghantar peserta untuk acara masakan, kraftangan kreatif dan nasyid.

Alhamdulillah, kumpulan nasyid SKTPP atau dikenali sebagai Kumpulan Wardatul Ahmar telah menjadi Johan dalam pertandingan nasyid sekolah rendah. Tahniah kepada semua jurulatih dan guru- guru yang membantu serta peserta nasyid yang komited.

Jurulatih kumpulan nasyid Wardatul Ahmar (Ros Merah) yang terdiri daripada Cikgu Astina, Ustazah Norziani, Ustazah Umi Nazrah dan Ustazah Safinatunajakh telah bertungkus lumus memastikan murid dapat memahami lirik dan melodi serta permainan alat muzik dengan irama yang betul dalam masa 6 hari sahaja. Syukur, kerjasama guru- guru dan komitmen peserta yang berbakat memudahkan mereka dilatih dalam masa yang singkat serta dapat membuat persembahan yang terbaik. Peserta yang terdiri dari kalangan murid tahun 4 dan 5 seramai 10 orang ini akan diperkemas lagi keharmonian suara dan persembahan untuk bertanding lagi ke peringkat negeri Selangor di Sabak Bernam pada 22 Oktober 2016. Selamat maju jaya untuk Wardatul Ahmar.

Tak cukup masa...Kami berlatih pada hari Sabtu dan Ahad.
Cikgu Astina sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pemain gendang dan alat muzik.
Sesi latihan...peserta mudah menerima tunjuk ajar guru- guru.
Alhamdulillah...sumbangan kewangan yang diperolehi, kami dapat selendang baru..
Ketika persembahan..peserta dapat mempamerkan persembahan dengan penuh keyakinan.




Tahniah Wardatul Ahmar. 
Berusaha mencari pengetahuan,
Berbakti membuat kebajikan,
Belajar mencapai kemajuan,
Bersemangat penuh keimanan.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir

Tuesday, September 27, 2016

Program Aspirasi Kejayaan Tahun 2 dan Tahun 3

Program Aspirasi Kejayaan telah diadakan untuk murid tahun 2 dan 3. Objektif program ini ialah memberi motivasi dan menanam sikap berusaha membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Selain itu ia dapat mewujudkan sikap kerjasama dan tolak ansur sesama rakan sebaya dalam usaha mencapai kejayaan.

Penceramah yang diundang ialah En. Mohamad Shamri atau lebih dikenali dengan sebagai "Brother Sham". Beliau telah dapat menarik perhatian murid-murid dengan ceramah yang sangat bertenaga. Semoga dengan adanya program sebegini dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang terlibat.

Pn Arnny sebagai juruacara Tahun 3
Bacaan doa oleh Ustaz Hafiz

Murid dapat menjawab soalan yang diberikan
Kami Benci DARVIH





Murid-murid khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Monday, September 26, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-35 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh: 26 September 2016
Masa : 1.20 - 2.20 Petang
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

Guru Bertugas:
  • Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji
  • Puan Suriyana binti Salim @ Nanyan
  • Puan Nor Arzah binti Hussin
  • Puan Norazean binti Ahmad
  • Puan Yusnita binti Yunus
  • Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
Laporan Perhimpunan:
  1. Nyanyian 3 Buah Lagu : Lagu NegaraKu, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah - Bawah pimpinan oleh Puan Salmi binti Amir.
  2. Bacaan doa - Bawah pimpinan Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril dari 3 Tabla.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya - Bawah pimpinan Puan Norazean binti Ahmad.
  4. Bacaan Ikrar Murid - Bawah pimpinan Aleef Qawiem bin Arzeky dari 3 Kompang.
Ucapan Guru Bertugas - Puan Norazean binti Ahmad
  • Ucapan syabas dan tahniah atas kehadiran murid-murid ke sekolah.
  • Peringatan mengenai disiplin murid-murid semasa berada di sekolah.
  • Tema : Kepentingan Menuntut Ilmu
  1. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan seperti mana sabda Rasulullah S.A.W: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."
  2. Kedudukan istimewa orang berilmu seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT: "Orang yang berilmu mentaati Allah dengan sebaik-baiknya" - Surah Al Ftir (35:281)
  3. Kepentingan Ilmu:
  • Melahirkan insan yang seimbang yang dapat menilai dan mengukur sesuatu perkara itu baik atau buruk
  • Melahirkan masyarat berilmu yang cintakan ilmu, berlumba-lumba memiliki ilmu,           meletakkan ilmu pada kedudukan yang tinggi, memperkembang, memanfaat dan         menghayati ilmu untuk kepentingan seluruh manusia dan alam sejagat.
  • Melahirkan masyarakat berketerampilan dan berbudaya ilmu, mampu menangani permasalahan dan segala tugas yang diamanahkan, kuat kerja dan istiqamah.
  • Melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bermoral, yang mampu membina negara dan bangsa yang bertamadun.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
  • Disampaikan oleh Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah.
  • Murid-murid diingatkan agar sentiasa menjaga disiplin semasa pergerakan ke bilik-bilik khas atau semasa rehat. 
  • Murid-murid juga dinasihatkan agar menjaga keselamatan diri, terutama semasa turun dan naik tangga untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan.
  • Peringatan garisan kuning di luar bilik darjah ( sepanjang koridor), hendaklah sentiasa diikuti.
Memperkenalkan Guru Bertugas Mingguan
  • Seramai 6 orang guru yang terlibat.
  • Guru-guru tersebut akan sedia membantu sekiranya diperlukan sepanjang minggu.
LAWAD (Learn A Word A Day)
  • Bahasa Malaysia - menguli, bermaksud meramas atau menekan
  • Bahasa Inggeris - vegetables, bermaksud sayur-sayuran
  • Bahasa Arab - telfizyuana, bermaksud televisyen
Majlis Khas:
* Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2016
  • Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Salmi binti Amir.
  • Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pakaian Beragam (Tahun 1), Pertandingan Tulisan Cantik (Tahun 2) dan Pertandingan Koir (Tahun 3).
  • Hadiah pemenang bagi Tahun 1 telah disampaikan oleh Ustaz Saiful bin Ngabiah, manakala bagi Tahun 2 telah disampaikan oleh Puan Saadiah binti Busra dan penyampaian hadiah bagi pemenang Tahun 3 telah disempurnakan oleh Encik Saifullah bin Mat Saupi.
* Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna PPDa
  • Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Nor Arzah binti Hussin.
  • Peserta terdiri daripada murid tahun 3.
  • Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Puan Saadiah binti Busra.
Di antara gambar-gambar menarik yang sempat diambil ketika majlis berlangsung:
Guru Bertugas Mingguan
Puan Salmi Amir sedang memimpin Lagu NegaraKu
Bacaan doa oleh Muhammad Syahmi Wafiq, 3 Tabla
Bacaan Ikrar Murid oleh Aqeel Qawiem bin Arzeky
Murid-murid sedang membaca Ikrar Murid
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
Antara Pemenang Pakaian Beragam Tahun 1 
Antara Pemenang Pakaian Beragam Tahun 1
Pemenang Pertandngan Tulisan Cantik, Tahun 2
Pemenang Pertandingan Tulisan Cantik, Tahun 2
Persembahan Khas Tahun 3 Rebana, Juara Koir Tahun 3
Sebahagian Pemenang Pertandingan Mewarna PPDa, Tahun 3
Sebahagian Pemenang Pertandingan Mewarna PPDa, Tahun 3
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Majlis serta semua guru atas kerjasama sepanjang majlis berlangsung.