Friday, March 29, 2013

PEMILIHAN PASUKAN SOFBOL PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 29 MAC 2013
HARI      : JUMAAT
MASA    : 8.00-11.00 PAGI

            Seramai 20 orang murid lelaki dan perempuan tahun 5 dan 6 telah menghadiri sesi pemilihan sofbol pasukan SK Taman Putra Perdana. Latihan ini diterajui sendiri oleh guru besar SK Taman Putra Perdana. Antara guru yang terlibat dalam sesi pemilihan ini ialah Encik Ahmad Musrizuan bin Daud dan Encik Mohd.Riduan bin Supardin. Turut hadir bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Ahmad Fuadi bin Sarham.
         Selepas melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan, Guru Besar memberi penerangan tentang pengenalan, peralatan dan peraturan permainan sofbol. Murid terus diberi latihan praktikal dan secara keseluruhannya, murid dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari dengan baik. Sebagai permulaan, satu latihan yang bagus untuk murid-murid teruskan pada masa akan datang, seterusnya menjadi pasukan sekolah yang terbaik pada kejohanan yang akan berlangsung pada bulan April nanti.
        




Sesi memanaskan badan


Guru Besar sedang memperkenalkan nama alatan sofbol


Penerangan tentang peraturan dan penggunaan alatan sofbol


Cikgu Musrizuan sedang menunjukkan cara memukul bola dengan betul

Guru Besar menunjukkan kedudukan tapak dan cara larian setelah bola dipukul

Guru Besar sedang membuat pitching

Bola yang dilempar oleh pitcher perlu memasuki zon untuk dikira sebagai strike


Sesi latihan di padang dikendalikan oleh ustaz Ridzuan


Disediakan oleh: Nik Rosmaliza bt Nik Hussain





Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2013



Pada 25 dan 26 Mac yang lalu iaitu Isnin dan Selasa , Unit Peningkatan UPSR telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan UPSR dengan kerjasama Program CU-A (Cikgu Unggul-A). Aktiviti ini dijalankan di Dewan Perdana dan Bilik Mesyuarat SKTPP. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 4 orang penceramah iaitu En Izalwan (B.Melayu) En Halim (Sains), En Harpal (B.Inggeris) dan En Zakaria (Matematik). Mereka merupakan guru pakar yang berpengalaman dalam subjek masing-masing.
            Murid-murid telah dibekalkan dengan modul bengkel yang disediakan oleh CU-A program. Modul ini dapat membantu murid-murid semasa pengendalian bengkel agar murid-murid dapat member tumpuan yang lebih kepada isi kandungan yang akan disampaikan oleh  penceramah.
            Guru-guru matapelajaran juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan dalam subjek masing-masing. Ramai guru yang turut hadir bagi memastikan program berjalan lancar. Terdapat 210 orang murid yang hadir pada hari pertama manakala pada hari kedua seramai 200 orang murid.
            Di akhir program murid-murid telah diberikan Cd setiap seorang. Terdapat tiga ribu  contoh soalan mengikut subjek dimuatkan dalam Cd tersebut. Di harap murid-murid dapat memanfaatkan Cd yang dibekalkan dengan membuat ulangkaji di rumah pada masa cuti.

Objektif  pelaksanaan aktiviti:

  • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR bagi setiap subjek dengan kaedah terkini.

  • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.

  • Menambah serta mempelbagaikan  teknik pengajaran di sekolah.

  • Mencari kekuatan dan kelemahan murid-murid di SKTPP.


Murid-murid diberikan modul bengkel setiap seorang.

Penceramah B.Melayu En Izalwan membimbing murid-murid menjawab soalan.

Kumpulan A: murid-murid tekun melihat slaid show dari penceramah.

teknik mudah untuk sifir,

En Halim, antara guru pakar Sains dari klang turut menyumbang idea untuk membantu murid-murid dalam subjek sains.

Kumpulan B: memberi sepenuh perhatian kepada penceramah.

Usaha tangga kejayaan. wajah anak-anak SKTPP yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Jelas penerangan dari penceramah Matematik.

En Harpal, penceramah B.Inggeris menyampaikan ceramah kepada peserta.


Thursday, March 28, 2013

SYARIKAT KESELAMATAN BARU

Mulai 1 Februari 2013 pihak sekolah telah mendapat kontrak keselamatan baru iaitu Naim Security Services Sdn Bhd selama 3 tahun bagi menggantikan syarikat Paradise Security Sdn Bhd.  Pihak pengawal keselamatan telah membekalkan 4 orang pengawal keselamatan kepada pihak sekolah  sekiranya ada ketidakpuasan hati berkenaan keselamatan di sekolah pihak ibubapa, guru & staf boleh melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah .

Sistem Pengurusan Kontrak VaME

Bahagian Audit Dalam (BAD) Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan aplikasi dalam talian Virtual Management Environment (VaME) untuk digunakan oleh semua sekolah.  Sistem ini bertujuan untuk menyimpan maklumat kontrak dan laporan prestasi bulanan syarikat.  Semua laporan akan terus sampai ke KPM untuk urusan auditan pembayaran. 

Kontrak yang terbabit di sekolah yang dicakupi oleh sistem ini ialah kawalan keselamatan, pembersihan dan asrama.  Hasil laporan yang dibuat oleh sekolah akan menentukan sama ada tindakan penolakan bayaran perlu dibuat atau tidak.  Sistem ini memerlukan pihak sekolah melaporkan kehadiran pekerja, pembekalan peralatan/bahan serta prestasi kerja.  Dalam melaporkan prestasi syarikat, gambar boleh dimuatnaik untuk membantu memberi gambaran yang lebih jelas kepada KPM mengenai keadaan yang dilaporkan itu.



Taklimat dan latihan menggunakan aplikasi ini disasarkan kepada semua Pengetua/Guru Besar dan Pembantu Tadbir yang mengurus syarikat swasta.  Ia disampaikan oleh En. Rahim dengan dibantu oleh  beberapa fasilitator dari BAD.

Cik Maisarah A.Hamid menghadiri latihan penggunaan VaME di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.  Latihan ini dianjurkan oleh Pejabat daerah Sepang dan disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Audit Dalam.

Cik Maisarah sedang bersama PK dan PT SK Sungai Rawang
Sepang merupakan daerah ekdua dalam negeri Selangor yang menerima taklimat ini.  Setiap sekolah dikehendaki terus melakukan kerja pelaporan dan pengesahan prestasi kerja secara manual seperti biasa dan ditambah pula dengan membuat laporan secara dalam talian ini.  Dengan adanya sistem ini, ia  bermakna satu lagi kerja tambahan yang diberikan kepada sekolah.  Semoga sekolah banyak bersabar.

Monday, March 25, 2013

LAWATAN 'PITLANE WALK' KE SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT

Pada hari Jumaat 22 Mac 2013, seramai 39 orang murid bersama 8 orang guru SK Taman Putra Perdana telah mendapat peluang untuk melawat Litar F1 Sepang dalam program "PITLANE WALK" yang dianjurkan oleh pihak Sepang International Circuit. Beberapa sekolah di sekitar sepang juga mengikuti program lawatan ini.
Lawatan bermula jam 6.15 petang dan tamat pada jam 7.30 petang.

Memulakan perjalanan masuk


Replika kereta F1

Antara guru yang mengikuti lawatan

Melangkah ke 'PITLANE'








Raptai perbarisan


Podium


Berkumpul sebelum pulang ke SKTPP



Friday, March 22, 2013

Pemilihan Pemain Sofbol Sekolah 2013

PEMILIHAN PEMAIN SOFBOL SKTP 2013



Pihak sekolah sedang berusaha untuk menubuhkan pasukan sofbol lelaki dan perempuan pada tahun ini.  Sehubungan itu satu sesi pemilihan pemain  akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 28 dan 29 Mac 2013
Masa      : 8:00 pagi - 11.00 pagi
Tempat  : Padang Sekolah SK Taman Putra Perdana

Kepada murid yang berminat untuk mewakili sekolah bolehlah menghadirkan diri dengan memakai pakaian sukan yang lengkap.  Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Jamillulail.





Sekian, terima kasih.






PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERINGKAT PERTAMA DALAM UJIAN DALAM TALIAN UKM 1 TAHUN 2013.

Pelajar dipelawa untuk Pencarian Pelajar Pintar, ketetapan seperti di bawah:

Tarikh                                    : 01.02.2013 hingga 30.05.2013.
Kelayakan                            : Umur 8 tahun hingga 15 tahun.
Ujian Layari laman web ini: http://www.permatapintar.edu.my

Semoga berjaya menjadi pelajar pintar.

JAMILAH BINTI ARIFIN.
PK HEM
SK TAMAN PUTRA PERDANA.



Keterangan lanjut boleh jiga diperolehi di sini

PROGRAM HARI BACA SK TAMAN PUTRA PERDANA

Program Hari Baca merupakan salah satu aktiviti sokongan untuk Program Galakan Membaca (NILAM). Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan warga SK Taman Putra Perdana. Ia telah bermula pada hari Rabu, 20 Mac 2013 untuk sesi petang dan pagi Khamis,  21 Mac 2013 untuk sesi pagi.

Program ini akan dijalankan setiap minggu pada hari dan waktu yang sama sepanjang tahun. Diharap semua warga SK Taman Putra Perdana dapat meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan program tersebut untuk menambah ilmu pengetahuan dan menjadikan  membaca sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

Antara paparan yang dapat dikongsi bersama semasa program tersebut dijalankan.

Sesi Pagi

Murid-murid sedang khusyuk membaca dan mencatat bacaan mereka dalam
Buku Rekod NILAM

Suasana semasa murid menjalankan program Hari Baca
 Sesi Petang

Antara wajah-wajah ceria yang ditunjukkan semasa program berlangsung


Salah seorang murid dijemput ke pentas untuk membaca buku pilihannya.