... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 31, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI ISNIN SESI PETANG

Hari : Isnin
Tarikh : 31 Januari 2011
Masa : 6.10 petang - 6.40 petang

Guru Bertugas :
1.Pn Norazian
2. Pn Azizah
3. Cik Norazlinda
4. Pn Rozimah
5. Pn Salmi Amir
6. Pn Norhafizan
7. Pn Norazah

Laporan Guru Bertugas:
1. Perbarisan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
a) Perhimpuan rasmi telah dijalankan di Dewan Perdana dan Dewan Putra kerana hari
hujan.
b) Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor,dan Lagu Sekolah dipimpin oleh
Pn Salmi Amir.
c) Bacaan doa oleh Ketua Pengawas Sekolah sesi petang oleh Aniq Iqbal bin
Zulkernain .
d) Bacaan ikrar Rukun Negara oleh guru bertugas Pn Azizah.
e) Bacaan ikrar murid oleh Aniq Iqbal.

2. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas( En Saifullah) :
a) Murid-murid bising semasa perhimpunan oleh itu tindakan akan diambil di mana
kelas bising akan baliklambat.
b) Murid-murid kerap hilang kasut semasa ke tandas.Bagi mengatasinya murid-murid
diminta menulis nama dan kelas pada kasut.
c) Murid-murid digalakkan memakai baju sukan dari rumah jika ada PJ .Baju
sekolah tidak payah dibawa ke sekolah.
d) Murid-murid selalu berlari selepas waktu rehat akibatnya ada yang patah
tangan.Oleh itu murid-murid dinasihatkan jangan berlari.

3.Ucapan Guru Bertugas ( Pn Azizah):
a) Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa guru bertugas sekiranya mempunyai
masalah kesihatan dan lain-lain.
c) Ucapan tema mingguan "BUDI BAHASA BUDAYA KITA":
- Murid-murid diingatkan tentang amalan budi bahasa yang perlu kita amalkan.
Contohnya jika mahu ke tandas ucapan seperti " Minta kebenaran untuk ke
tandas cikgu", perlulah diamalkan.Jika guru benarkan ucaplah terima kasih.
- Jika mahu pinjam barang kawan mintalah kebenaran dulu sebelum mengambilnya
dan ucaplah terima kasih setelah selesai menggunakannya.
c) Perkataan LAWAD minggu ini:
- Bahasa Melayu -BECOK bermakna banyak mulut.
- Bahasa Inggeris - SIBLINGS bermakna adik beradik.
- Bahasa Arabn - GHURFATUN bermakna bilik.
d) Murid-murid perempuan yang memakai baju kurung diminta memakai anak baju dan
yang memakai baju gaun dikehendaki memakai seluar pendek didalam.
e) Murid-murid bila pulang dan balik sekolah perlu melalui pagar yang ditetapkan.
- Pagar A - Murid-murid yang berbasikal dan pejalan kaki.
- Pagar B - Murid-murid yang menaiki kenderaan.

4. Ucapan Guru Kaunseling ( Pn Nor Arzah ):
a) Memperkenalkan guru kaunseling :
- Pn Nor Arzah , Pn Rozimah ( Guru Kaunseling)
b) Tajuk perbincangan adalah "BULI":
- Murid-murid diminta tidak membuli rakan-rakan.
- Murid-murid yang kena buli boleh minta bantuan guru kelas,guru kaunseling
atau pengawas untuk mendapatkan bantuan.
- Contoh buli seperti menganggu rakan , mengmbil barang rakan tanpa kebenaran
dan lain-lain.
- Contoh dibuli seperti dipukul kawan, dicubit , alat tulis diambil oleh rakan
dan lain-lain.

5.Ucapan Penolong Kanan Petang ( Pn Siti Hanim binti Sungit ):
a) Perhimpuan :
- Perhimpunan rasmi setiap hari Isnin murid-murid perlu berada di Dewan
Perdana dan Dewan Putra atau dataran perhimpunan tepat pada pukul 5.50 dan
perhimpunan akan bermula tepat pukul 6.10 petang .
b) Berlari :
- Murid-murid tidak dibenarkan berlari tanpa sebab di kawasan sekolah.
- Murid-murid yang suka berlari adalah orang yang pentingkan diri sendiri
tanpa menghiraukan orang lain.Sikap ini tidak baik untuk diamalkan.Murid-
murid yang melakukan kesalahan ini akan dihukum.
c) Kehadiran ke sekolah :
- Murid-murid tidak dibenarkan cuti sekolah tanpa sebab.
- Kehadiran ke sekolah adalah wajib kecuali atas sebab yang tidak dapat
dielakkan.
d) Lewat hadir ke sekolah :
- Murid-murid perlu hadir ke sekolah pada hari biasa sebelum jam 1.10 pagi dan
pada hari jumaat sebelum 2.20 petang.
- Kehadiran lewat kali pertama akan dimaafkan tetapi kelewatan seterusnya akan
diambil tindakan.
e) Cuti Tahun baru Cina:
- Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula hari Rabu hingga Ahad .
Sekolah akan naik semula pada 7 Februari.

6) Perhimpunan ditangguhkan jam 6.40 petang.

Laporan disediakan oleh : Pn Azizah Ab.Hamid

Perubahan Jadual Pembelajaran

Makluman untuk semua warga SKTPP :

Berikutan lebihan guru di SKTPP, seramai 5 orang guru akan bertukar sekolah mulai 1 Februari 2011.  Oleh itu, pihak sekolah terpaksa merombak semula jadual pembelajaran bagi tahun 2011.

Jadual baru akan diberikan kepada semua murid pada hari Isnin 7 Februari 2011, dan akan berkuatkuasa mulai hari Selasa 8 Februari 2011.

Sekian, harap maklum.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN MINGGU KE-5
Hari : ISNIN

Tarikh : 31 Jan 2011

Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. En Mohd Kamarul b Abdul Rahman
2. Pn Nik Kamisah bt Mohd Aziz
3. Pn Norhana bt Nordin
4. Pn Nurul Fadhilah
5. Pn Hasmawatie bt Hanafi
6. Pn Roslina bt Jafar
7. En Norizmi b Zainal Abidin

Laporan/Ulasan
* Perhimpunan tidak dapat dijalankan di tapak perhimpunan kerana hujan. Murid-murid berada di tepi kelas masing-masing diiringi guru matapelajaran masa pertama.

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim dari 6 Alamanda

3. Ikrar Rukun Negara oleh Pn Nik Kamisah bt Mohd Aziz.

4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Muhammad Hafiz dari kelas 6 Daisy

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( En Mahadir b Midun)

5.1 Syabas diucapkan kepada semua murid kerana disiplin dalam keadaan baik dan terkawal.
5.2 Namun masih terdapat segelintir murid yang membuang sampah terutamanya plastik gula-gula ke dalam pasu bunga. Murid dinasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah.
5.3 Kehadiran murid lewat ke sekolah telah berkurang.


6. Ucapan Guru Bertugas : (Pn Nik Kamisah bt Mohd Aziz)

6.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.


7. Perkataan LAWAD hari ini :
1. Bahasa Malaysia : BECOK bermaksud bercakap banyak
2. Bahasa Inggeris : SIBLING bermaksud Adik-beradik
3. Bahasa Arab : GHURFATUN bermaksud Bilik

8. Ucapan Guru Besar (En Sukimin B Juki)
1- Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menguruskan murid bagi melancarkan perhimpunan hari ini.
2- Minggu Budi Bahasa
i- Mengamalkan amalan menjaga Kebersihan.
ii- Hormat-menghormati
– Amalkan sikap menghormati orang yang lebih tua.
iii- Mengamalkan budi bahasa bukan sahaja di sekolah.
3- “Budi Bahasa Budaya Kita”
4- Mengucapkan ‘SELAMAT TAHUN BARU CINA’.

Friday, January 28, 2011

Pegawai Perhubungan Sekolah


Pada 26hb Januari yang lalu, 3 anggota polis telah datang membuat lawatan ke sekolah.  Beliau ialah pegawai-pegawai yang ditugaskan sebagai pegawai perhubungan sekolah khusus untuk SK Taman Putra Perdana dari Balai Polis Taman Putra Perdana.

Pegawai yang dimaksudkan ialah L/Kpl 156622 Mohd Shaharudin bin Shahid dan Kons 170831 Muhammad Redzuan bin Damanhury.

Pihak sekolah akan bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha untuk meningkatkan disiplin murid serta menghalang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.

Thursday, January 27, 2011

KOKURIKULUM PPKI

Hari rabu lepas telah diadakan hari kokurikulum untuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana.Giliran Kokurikulum minggu ini ialah Unit Beruniform Pengakap.

Tempat: Dataran perhimpunan
Masa:7.30-8.30
Kehadiran: 7 orang pemimpin dan penolong pemimpin dan 13 orang murid

Aktiviti yang dijalankan.
1.Nyanyian Lagu Negaraku
2.Nyanyian Lagu Negeri Selangor
3.Nyanyian Lagu Pengakap
4.Upacara menaikkan bendera

Tuesday, January 25, 2011

PINDAAN WAKTU KELAS TASMEK TAHUN 3

Merujuk kepada surat edaran yang bertarikh 7 Januari 2011, pindaan adalah seperti berikut:

TAHUN

HARI

MASA

TEMPAT

Tiga

(yang berkenaan sahaja)

Khamis

6.10 – 6.40 ptg

1 Gamma – Ustazah Salmi

1 Delta – Ustazah Rozana

1 Beta – Ustazah Rashidah


i) Surat pemberitahuan telah diedarkan melalui anak tuan / puan pada 24.1.2011
(Isnin)
di dalam buku komunikasi masing-masing.

ii) Kelas Tasmek Tahun Tiga ini akan bermula 27.1.2011 hingga 20.10.2011.

iii) Kelas Tasmek tidak akan dijalankan pada minggu peperiksaan dan sepanjang
bulan Ramadhan.

iv) Diharapkan tuan/puan dapat menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak
tuan/puan mengikut waktu yang ditetapkan.

v) Sekiranya terdapat perubahan, pihak sekolah akan memaklumkannya dari masa ke
masa.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN SESI PETANG

Hari: Isnin
Tarikh: 24 Januari 2011
Masa: 6.10 - 6.40 petang

GURU BERTUGAS:

1. En. Saifullah
2. Pn. Suhaizan
3. Pn. Wan Rosmawati
4. Pn. Nurrulhuda
5. Pn. Julaili
6. Pn. Ezza Hairani
7. Pn. Suraini Chek Li

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dewan Perdana dan Dewan Putra kerana hari hujan.
b) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn. Salmi).

c)
Bacaan doa oleh Ketua Pengawas sekolah sesi petang, Aniq Iqbal b. Zulkarnain dari 3 Seraya.
d) Ikrar Rukun Negara oleh En. Saifullah dan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal b. Zulkarnain (Ketua Pengawas sesi petang)
.

2. Ucapan Guru Bertugas (En. Saifullah)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Perkataan LAWAD minggu ini:

  • Bahasa Malaysia : ATAP NIPAH bermaksud atap yang diperbuat daripada daun nipah
  • Bahasa Inggeris : FAMILY bermaksud keluarga
  • Bahasa Arab : UKTUBUN bermaksud oktober
3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Shahrizal)

a) Beliau menasihati semua murid untuk meminta ibu bapa menulis nama pada kasut bagi menghidari kes hilang kasut semasa ke tandas atau ke Bilik Muzik.

4. Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi Petang

Seramai 20 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 3 telah menerima watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2011.

Majlis telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim binti Sungit.

Ketua Pengawas PSS Sesi Petang : Zulaikha binti Mohazlin (3 Nyatoh)
Penolong Ketua Pengawas PSS Sesi Petang : Assyifa Khumaira binti Hamsah (3 Merbau)

Berikut adalah gambar sepanjang majlis:
















5. Ucapan Penolong Kanan Petang (Puan Siti Hanim binti Sungit)


a) Beliau mengucapkan tahniah kepada murid Tahun 3 yang terpilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sesi 2011 dan menasihati mereka untuk menjalankan tugas dengan baik.

b) Usaha Tangga Kejayaan
Beliau menasihati semua murid menghayati tema minggu ini iaitu Usaha Tangga Kejayaan. Semua murid hendaklah sentiasa berusaha belajar menjadi orang yang berguna. Usaha seterusnya hendaklah disusuli dengan doa. Guru memainkan peranan untuk mendidik semua murid menjadi orang yang berjaya dan berguna pada masa hadapan.

Pn. Siti Hanim menyampaikan amanat beliau
Murid-murid mendengar dengan prihatin

Monday, January 24, 2011

Lawatan Tapak Selenggara Padang Sekolah

Hari ini 3 orang pegawai telah datang ke sekolah untuk membuat lawatan tapak menyenggara padang sekolah di bawah Projek Khas Menteri Pelajaran. En. Shahril Azizi dan En. Mazlan Sa'adon dari Kementerian Pelajaran hadir bersama-sama dengan wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang En. Mohd. Nahar Molop.

Perbincangan awal mendapatkan maklumat pelan sekolah

Keadaan padang yang kerap digenangi air
Saluran air keluar bawah tanah di padang
Sekiranya projek ini diluluskan maka ia dijangka akan mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan.  Sehubungan itu, semua aktiviti yan gberkaitan dengan padang sekolah perlu disemak kembali tarikh-tarikh penggunaannya agar satu perancangan yang bersesuaian dapat dibuat.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN
Hari : ISNIN

Tarikh : 24 Jan 2011

Masa : 7.30 pagi – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. En Mahadir b Midun
2. Pn Linda Bt Adam
3. Pn Rosmawati bt Mat Desa
4. Pn Norinna bt Mohamed
5. Pn Norhafiza bt Ismail
6. Pn Juli bt Mahbah
7. Pn Astina bt Mahad Nor
8. Pn Azwani bt Noordin

Laporan/Ulasan

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim dari 6 Alamanda

3. Ikrar Rukun Negara oleh En Mahadir b Midun

4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Sanjay Devadass dari kelas 6 Alamanda

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( En Zaidi b Mahmat)

5.1 Masih ramai murid yang datang lewat selepas pukul 7.20 pagi. Murid dinasihatkan supaya datang lebih awal dan memaklumkan kepada ibu bapa

5.2 Masih terdapat sebilangan murid yang tidak menuntun basikal masing-masing dan menggunakan Pagar A untuk laluan kenderaan guru. Murid dinasihatkan supaya tidak menggunakan pagar tersebut untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan

5.3 Amalan memberi salam kepada semua guru yang berada di sekolah dan tidak terbatas kepada guru-guru yang mengajar di kelas tersebut sahaja

5.4 Murid-murid meninggalkan pinggan dan cawan yang digunakan semasa waktu rehat di atas meja begitu sahaja. Murid-murid dinasihatkan supaya meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan di dalam besen atau bekas yang disediakan oleh pihak kantin

6. Ucapan Guru Bertugas : (En Mahadir b Midun)

6.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini

6.2 Menekankan tema pada minggu ini iaitu USAHA TANGGA KEJAYAAN. Setiap orang harus berusaha untuk berjaya. Pepatah Arab ada menyatakan “man jadda wa jadda” yang bermaksud sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya

6.3 Menasihatkan kepada murid-murid supaya membeli pemantul cahaya bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Ini kerana, waktu persekolahan yang awal menyebabkan murid-murid keluar dari rumah lebih awal dari biasa dan keadaan pada waktu tersebut masih gelap.

6.4 Pengumuman berkaitan kegiatan Kokurikulum akan dilaksanakan seperti biasa pada minggu ini dengan aktiviti Unit Beruniform

7. Perkataan LAWAD hari ini :
1. Bahasa Malaysia : ATAP NIPAH bermaksud atap yang diperbuat daripada daun nipah
2. Bahasa Inggeris : FAMILY bermaksud keluarga
3. Bahasa Arab : UKTUBUN bermaksud OKTOBER

8. Ucapan Guru Besar (En Sukimin B Juki)


Usaha Tangga Kejayaan
Penekanan diberikan kepada usaha yang berterusan dan haruslah positif. Setiap murid perlu berusaha.  Kehadiran ke sekolah pada hari ini merupakan satu usaha awal dan ia perlu berterusan dengan memberi tumpuan sewaktu sesi pembelajaran dalam kelas.
Begitu juga dengan para guru.  Mereka sentiasa berusaha melaksanakan amanah untuk menjalankan tugas pada setiap masa. Pelaksanaan yang berterusan merupakan kesinambungan dari usaha yang berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan disiplin murid-murid. Selain dari itu, usaha guru-guru memperkenalkan tema untuk setiap minggu juga bertujuan untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru yang mungkin boleh digunakan oleh murid-murid dalam penggunaan seharian dan juga ketika menjawab soalan peperiksaan.

Cuti Sempena Tahun Baru Cina 2011

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, sekolah akan bercuti dari 2hb. hingga 6hb Februari 2011.  Pada 2hb. sekolah mengambil Cuti Peristiwa (tidak perlu diganti) namun pejabat akan beroperasi seperti biasa. Pada 3 dan 4hb pula merupakan Cuti Umum sementara 5 dan 6hb pula adalah cuti hujung minggu..

Tarikh Cuti
Rabu
2 Februari 2011
Khamis
3 Februari 2011
Jumaat
4 Februari 2011

Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 7 Februari 2011. Selamat Tahun Baru kepada semua warga SKTPP yang menyambutnya. Semoga tahun-tahun mendatang akan memberi lebih kejayaan kepada kita semua.

Saturday, January 22, 2011




SESI PENDAFTARAN PROGRAM BERMULA 7.30 PAGI



PROGRAM DIMULAKAN DENGAN BACAAN SURAH AL-FATIHAH


PESERTA BERSEDIA MENDENGAR ARAHAN FASILITATOR PROGRAM


CARA MENGENDALIKAN PERHIMPUNAN YANG BETUL

BARISAN FASILITATOR YANG MENGENDALIKAN PROGRAM

"BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH"

KERJASAMA YANG MEMBAWA KEJAYAAN

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP OLEH TUAN GURU BESAR

AMANAT GURU BESAR BUAT PEMIMPIN CILIK DI AKHIR PROGRAM



SALAM 1 MALAYSIA... HARI INI TELAH BERLANGSUNG PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2011. SERAMAI 175 ORANG PENGAWAS DARI TAHUN 2 HINGGA 6 TELAH BERJAYA MENGHADIRKAN DIRI BAGI MENGIKUTI PROGRAM INI. SEMOGA PROGRAM INI MAMPU MENINGKATKAN KUALITI DIRI DAN TAHAP KEPIMPINAN PENGAWAS DALAM MENJALANKAN TUGAS.

Friday, January 21, 2011

Pelantikan Pengawas PSS Sesi Pagi

Seramai 77 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 telah menerima watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2011.
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn.Jamilah bt Ariffin.

Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah : Amirah Fatini Bt Azmi ( 6 Alamanda)
Penolong Ketua Pengawas PSS : Siti Nur Syafiqah Bt Azhar ( 6 Gardenia )

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis
















Murid -murid tahun 4, 5 dan 6 sedang berbaris
untuk menerima watikah pelantikan.
















Para Pengawas PSS sedang menerima watikah pelantikan daripada
Pn.Jamilah bt Arifin,PK Hal Ehwal Murid.































Ketua dan Pen.Pengawas Pusat Sumber 2011
















Para Pengawas PSS ceria setelah menerima watikah pelantikan masing-masing.

Wednesday, January 19, 2011

LADAP 1 : BENGKEL MEMBINA GRAFIK SOALAN

Berikutan keperluan untuk meningkatkan mutu binaan soalan-soalan ujian di SKTPP, pihak AJK Latihan Dalaman (LADAP) sekolah telah menganjurkan satu bengkel membina  dan mengedit grafik bagi soalan-soalan yang mahu dibina.  Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 3.

Guru sesi petang telah mengikuti bengkel ini pada pukul 11 pagi - 1 petang, manakala guru sesi petang mengikuti bengkel bermula pukul 1 - 3 petang.

Seramai 4 guru pembimbing yang telah diberi tugas mengendalikan bengkel ini iaitu :

     +Sesi petang oleh Cikgu Hafiz dan Cikgu Zainur Jimah
     +Sesi pagi oleh Cikgu Salwana dan Cikgu Ruby

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam semasa bengkel dijalankan.






Semoga bengkel yang dianjurkan dapat memberi impak yang besar kepada semua guru SKTPP.

Tuesday, January 18, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN 3 (SESI PETANG)

Hari : SELASA

Tarikh : 18 JANUARI 2011

Masa : 5.30 – 6.40 petang

Guru Bertugas :
Pn. Nur Syukri Hidayati(K)
Pn. Nur Malisha
Cik Nurul Akma
Cik Shakila
Pn. Nik Rosmaliza
Pn. Anismawati
En. Shahrizal

Laporan/Ulasan :

1. Bacaan doa, perbarisan, nyanyian dan Ikrar

i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Dipimpin oleh Pn. Salmi)

ii. Pasukan menaikkan bendera ialah ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang dibimbing oleh En. Shahrizal.

iii. Bacaan doa oleh Pengawas sekolah, Aniq Iqbal b. Zulkarnain

iv. Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nur Malisha dan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal b. Zulkarnain (ketua pengawas sesi petang)

2. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nik Rosmaliza)

Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan Peraturan Sekolah 2:

Kepentingan Masa

i) Semua pelajar mestilah berada di sekolah sebelum loceng dibunyikan.

ii) Pelajar adalah dilarang:

a. Berkeliaran di luar pagar.

b. Berkeliaran atau singgah di mana-mana semasa datang ke sekolah atau pulang.

c. Datang lewat ke sekolah.

d. Datang lewat ke perhimpunan.


iii) Loceng rehat

* Waktu rehat selama 20 minit.


iv) Semua murid perlu keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru.


v) Semua murid dilarang berada di dalam kelas semasa rehat.


vi) Apabila loceng tamat rehat dibunyikan semua murid mesti berbaris di Dewan Perdana dan di Dewan Putra mengikut kelas dan masuk ke kelas dengan arahan guru.

Perkataan LAWAD: Bahasa Melayu : gula melaka (gula kabung) , Bahasa Inggeris: Canteen (kantin) , Bahasa Arab: yuliyu (bulan Julai)

Pengumuman: Kokurikulum pada hari Rabu (19 Januari 2011) akan berlangsung seperti biasa bagi aktiviti Kelab dan Persatuan.

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Kedua) – En. Wan Roswandy

i. Adab di dewan Putra dan dewan Perdana

Beliau menegur sikap murid yang suka bercakap dan bising semasa beratur di dewan Putra dan dewan Perdana. Sehubungan itu beliau mengharapkan agar murid-murid dapat senyap dan mendengar arahan guru yang bertugas.

ii. Menepati masa habis rehat

Beliau turut menegur murid yang masih lagi membeli makanan di kantin walaupun loceng habis waktu rehat dibunyikan. Beliau berharap perkara tersebut tidak akan berulang pada minggu seterusnya.

4. Pelantikan Pengawas Sesi Petang

Seramai 79 orang murid tahun 2 dan 3 menerima watikah pelantikan pengawas sesi petang tahun 2011.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim bt. Sungit.

Ketua Pengawas sesi petang: Aniq Iqbal b. Zulkarnain (3 Seraya)

Penolong Ketua Pengawas sesi petang: Nur Dahiya Tihani bt Mohd Asri (3 Seraya)

5. Ucapan Puan Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim bt Sungit)

i. Mengingatkan murid-murid supaya menghormati guru: senyap dan mendengar dengan teliti ketika guru sedang bercakap dihadapan.

ii. Ucapan tahniah kepada murid-murid yang terpilih menjadi pengawas dan mengharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas dengan baik dan cemerlang.

iii. Transisi tahun 1 telah tamat, harapan semoga tiada murid tahun 1 yang masih menangis di sekolah.

iv. Mengumumkan cuti sempena Thaipusam pada hari khamis minggu ini (20 Januari 2011).

v. Perhimpunan dibuat hari ini disebabkan cuaca hujan semalam. Perhimpunan hari ini dipindah ke dewan putra dan dewan perdana pada pertengahan masa kerana hari hujan.

vi. Buku info (kuning) - diharapkan murid dapat membawa buku info setiap kali perhimpunan supaya boleh mencatat maklumat yang diberikan oleh guru. Perkataan LAWAD dicatat dan dapat menyertai pertandingan perkataan LAWAD yang akan diadakan nanti.


Murid tahun 1 sedang tekun mendengar ucapan di perhimpunan


Para pengawas bersedia untuk menerima watikah pelantikan pengawas


Penyampaian watikah pelantikan pengawas 2011


Penyampaian watikah pelantikan pengawas 2011


Bacaan ikrar oleh ketua pengawas sesi petang


Aniq Iqbal b. Zulkarnain ( Ketua Pengawas sesi petang)


Nur Dahiya Tihani bt. Mohd Asri ( Penolong ketua pengawas sesi petang)


Barisan pengawas lelaki


Barisan pengawas perempuan


Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

Kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik, anda diwajibkan menghadiri satu program Kepimpinan Pengawas 2011. Program ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 22 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : SKTPP
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin & Pengawas


*Ingatan kepada peserta program:

1) Pakai uniform pengawas yang lengkap
2) Bawa seluar track (warna hitam @ biru gelap) dan t.shirt sekolah.
3) Bawa alat tulis dan buku nota
4) Bawa telekung (murid perempuan)

PENYERTAAN SUKAN/PERMAINAN

Kepada murid-murid yang terlibat dengan sukan dan permainan yang tidak dijalankan di sekolah seperti yang disenaraikan di bawah, sila hubungi pihak sekolah dengan kadar segera.
  1. Gimnastik
  2. Tenis
  3. Perahu Layar
  4. Golf
  5. Akuatik
  6. Boling Tenpin
  7. Skuasy
  8. Gimrama
  9. Memanah
  10. Lawan Pedang
  11. Kenu
  12. Karate Do
  13. Judo
  14. Equestrian
  15. Wushu
  16. Silat
  17. Olahraga
  18. SnukerBilliard
  19. Silambam

Sekian, terima kasih.

Monday, January 17, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE - 3 ( SESI PAGI)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN

Hari : ISNIN
Tarikh : 17 JANUARI 2011
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
Pn. Salwana Elias(K)
Pn. Halimatun Saadiah Hassan
Pn. Maimunah Yob
Pn. Nor Azura Mustafa
Pn. Norasmawati Omar
En. Zaidi Mahmat
En. Musrizuan Daud

1.Laporan/Ulasan :
i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
ii. Bacaan doa diketuai oleh Adik Amirul Naim
iii. Ikrar Rukun Negara oleh En. Zaidi Mahmat (guru) dan Ikrar Murid oleh Sanjay Devadass (pengawas)

2. Ucapan Guru Bertugas (En. Zaidi Mahmat)

i. Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan Peraturan Sekolah 2

BAHAGIAN 2: WAKTU PERSEKOLAHAN
2.1 Masa:-

2.1.1 : Sesi pagi

7.30 pagi – 1.20 ptg ( Isnin dan Rabu)

7.30 pagi – 12.50 tgh (Selasa dan Khamis)

7.30 pagi – 11.50 pagi (Jumaat sahaja)


2.1.5 : Sesi petang

1.20 ptg – 6.40 ptg (Isnin, Selasa dan Rabu)

1.20 ptg – 6.10 ptg (Khamis dan Jumaat)


2.1.6 : Prasekolah

7.30 pagi – 11.30 pagi (Isnin hingga Jumaat)


2.1.7 : Program Pendidikan Khas Integrasi

7.30 pagi – 12.50 tgh (Isnin, Selasa dan Khamis)

7.30 pagi – 1.50 ptg (Rabu sahaja)

7.30 pagi – 11.50 pagi (Jumaat sahaja)

Walau bagaimanapun murid-murid perlu sampai ke sekolah 10 minit sebelum loceng pertama waktu persekolahan yang tersebut di atas bermula.

Perkataan LAWAD: Bahasa Melayu : Harum (wangi) , Bahasa Inggeris: Field (padang) , Bahasa Arab: Yun Yu (bulan Jun)

Pengumuman: Kokurikulum pada hari Rabu (19 Januari 2011) akan berlangsung seperti biasa bagi aktiviti Kelab dan Persatuan.

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Kedua) – En. Zulkefli Daud
i. Beliau menegur tentang kehadiran murid yang sering datang lewat dan mengharapkan sekolah akan mencapai kehadiran lewat sifar pada masa akan datang.

ii. Beliau menegur sikap murid yang suka bercakap semasa perhimpunan dan juga semasa beratur di Dewan Perdana selepas waktu rehat. Sehubungan itu beliau mengharapkan agar murid-murid dapat senyap dan mendengar arahan guru yang bertugas.

iii. Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menghormati para guru dan memberi salam (murid Islam) dan ucapan Selamat Sejahtera (murid bukan Islam) ketika berselisih dengan guru-guru.

iv. Beliau turut mengingatkan murid-murid agar beratur apabila hendak bergerak dari kelas ke makmal.

4. Perlantikan Pengawas Sesi Pagi

Seramai 115 orang murid tahun 4, 5 dan 6 menerima watikah perlantikan pengawas sesi 2011.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Habsah Ahmad.

Ketua Pengawas (sesi pagi) : Muhd Hafiz b. Redzuan (6 Daisy)

Penolong Ketua Pengawas (sesi pagi) : Idzni Fatini bt. Zulhazmi (6 Alamanda)

Terdahulu, Puan Siti Habsah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang terpilih dan mengharapkan agar mereka dapat memberikan contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.


5. Ucapan Puan Penolong Kanan Pentadbiran (Pn. Siti Habsah Ahmad)

i. Mengingatkan murid-murid apabila sampai di sekolah, agar meletakkan beg dan beratur dengan segera dalam barisan kelas masing-masing

ii. Murid-murid perlu beratur apabila hendak ke bilik-bilik khas (Makmal sains, Bilik KH, Makmal Komputer, Bilik Muzik dll)

iii. Kelas Tambahan Tahun 6 bermula pada hari ini (17 Januari 2011) bermula jam 1.10 petang hingga 3.10 petang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains.

iv. Murid-murid diingatkan supaya tidak melintas Dataran Perdana.

v. Murid-murid tahun 4 dan 5 perlu berada di kantin atau Dewan Putra semasa waktu rehat dan bukannya berlegar-legar di dalam kelas masing-masing.

Lafaz Ikrar Oleh Ketua Pengawas

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas
Ucapan PK 1 ( Pn Siti Habsah Ahmad)
Ucapan Guru Bertugas ( En Zaidi Mahmat)
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas (En Zulkefli Daud)
Barisan Pengawas Sesi pagi 2011

Saturday, January 15, 2011

Program Peningkatan UPSR : Jalinan Kasih

Pada hari ini telah berlangsung program Jalinan Kasih antara guru dan ibu bapa SK Taman Putra Perdana.  Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk membincangkan prestasi murid-murid tahun 6 dan memaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011.

Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah :
1. Kem motivasi
2. Teknik menjawab
3. Kelas tambahan
4. Program 'Peptalk'
5. Projek PRS
6. Program Mentor-Mentee
7. Program Gerak Gempur
8. Solat hajat dan bacaan Yassin
9. Percubaan UPSR

Menerima kehadiran ibu bapa


Ibu bapa mengambil tempat duduk



Pendaftaran untuk ibu bapa yang hadir


Puan Zainur dan CIk Norliza bertugas mencatat minit perjumpaan


Barisan PIBG, pentadbir dan ketua-ketua panitia sekolah

Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir Midun

Ucapan pembukaan oleh YDP PIBG SKTPP
Tuan Haji Shaharuddin bin Ajam

Barisan guru-guru tahun 6 yang gigih berusaha demi kejayaan murid-murid


Banner program


Ucapan dan pembentangan keputusan Diagnostik serta Sasaran 2011 oleh guru besar SKTPP
Encik Sukimin bin Juki


Wajah-wajah ceria guru BI iaitu Puan Noriza dan Puan Norhana

Kelihatan seorang bapa yang khusuk membaca buku program yang dibekalkan

Guru Besar membentangkan mengenai anggaran perbelanjaan dan bayaran untuk program peningkatan UPSR 

ibu bapa mengangkat tangan tanda bersetuju dengan bayaran RM120 untuk membiayai kos aktiviti/program
kecemerlangan UPSR sepanjang tahun 2011


Sesi Pembentangan aktiviti & program UPSR oleh PK Pentadbiran 
Puan Siti Habsah bt Ahmad



Puan Mazzaini menerangkan secara ringkas mengenai subjek BM - Kertas 1 dan Kertas 2

Puan Kwa Jin Nee selaku Ketua Panitia BI memberikan sedikit makluman bagaimana membantu anak-anak untuk meningkatkan prestasi bahasa Inggeris

Pembentangan oleh En Hafiz selaku wakil daripada Panitia Matematik

Pembentangan oleh Puan Norasmawati selaku wakil daripada Panitia Sains

Penerangan ringkas tentang kaedah e-pembelajaran Zoom-a oleh Cikgu Ruby

Program ini telah berjalan lancar dengan mendapat kehadiran yang ramai dari pihak ibu bapa.  Terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir menjayakan program ini.  Amatlah diharap, kerjasama terjalin erat dalam usaha untuk membentuk kejayaan murid-murid tahun 6.