Thursday, June 30, 2011

Program Peningkatan UPSR : Teknik Menjawab Subjek UPSR (Fasa 2)

Seperti yang telah dirancangkan, Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama bersama AJK Peningkatan UPSR 2011 telah berjaya melaksanakan program teknik menjawab subjek UPSR untuk kali kedua bagi tahun ini.

Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kelas Alamanda, Carnation, Daisy dan Gardenia dalam Kumpulan 1, manakala kelas Lotus, Lily, Orkid, Tulip dan Iris dalam Kumpulan 2.  Semua murid telah berjaya mengikuti 4 sesi teknik mengikut jadual yang berikut :

Isnin, 27 Jun - Subjek B.Inggeris dan B.Melayu
Selasa, 28 Jun - Subjek Matematik
Rabu, 29 Jun - Subjek Sains

Kesemua sesi teknik ini dijalankan di Bilik Mesyuarat SKTPP, dengan menjemput guru-guru pakar dan ketua pemeriksa dari sekolah-sekolah daerah Sepang ini.

Galeri gambar sepanjang sesi berlangsung.












Semoga usaha semua pihak dapat memberi pertambahan input dan memahirkan  penguasaan murid dalam usaha untuk menghadapi UPSR September kelak.


Tuesday, June 28, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE-23 (SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KE-23 (SESI PETANG)


LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 23 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 27 Jun 2011
Masa : 6.10 petang - 6.40 petang

GURU BERTUGAS
Puan Zabedah bt Othman (K)
Puan Nor Khusaini bt Salehudin
Puan Norholwani bt Yahaya
Puan Ainul Balkhish Binti Mohd Aris
Puan Nazahiyah Bt Ab Rahman
Puan Ahmad Zunaidi Bt Janalabin
Puan wan Sarinah Bt Wan Ibrahim

LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh Muhammad Irfan dari kelas 3 Jati.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Norholwani bt Yahaya 4. Bacaan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal B.Zulkarnain

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (SUZELAWATI BT ZAKARIA)
1.Murid masih bising semasa waktu peralihan iaitu semasa pertukaran guru.
2.Murid yang sakit masih lagi datang ke sekolah walaupun telah diingatkan beberapa kali.




LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia - Terbit
Bahasa Inggeris - Noodle (Mi)
Bahasa Arab – mila’qatun ( Sudu)


UCAPAN GURU BERTUGAS (PUAN NORHOLWANI BT YAHAYA)
1.Memperkenalkan nama guru yang bertugas pada minggu ini.
2.Tema minggu ini (JUJUR PADA DIRI SENDIRI).
3.Meminta supaya semua murid jujur pada diri kerana jujur adalah sikap yang sangat baik. Contohnya ialah tidak meniru semasa peperiksaan.
4.Memberitahu bahawa jujur juga adalah sikap yang mulia. Jika diamalkan akan disayangi dan dihormati oleh semua orang.

KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih.
Tahun 1- 1 Lambda
Tahun 2- 2 Alza
Tahun 3- 3 Cengal

PENGUMUMAN
1. Pada hari Sabtu (2.7.2011) murid datang ke sekolah pada waktu pagi dan berpakaian sukan.
2. Guru kelas dikehendaki menghantar borang larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia kepada Puan Nazahiyah bt. Ab. Rahman selewat-lewatnya hari Selasa (28.6.2011)
3. Hari Jumaat akan diadakan sambutan Israk Mikraj.

UCAPAN GURU DISIPLIN (PUAN YANI BT SHARIF)
1.Mengingatkan murid supaya tidak menggunakan pintu pagar A semasa datang dan balik kecuali murid yang berjalan kaki dan berbasikal sahaja.
2.Mengingatkan murid supaya sentiasa menutup suis lampu dan kipas setiap kali keluar dari kelas. Terutama kelas @ Iswara dan 1 Beta. Tidak tutup suis kipas semasa keluar pada waktu Pendidikan Jasmani.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (EN.ROSDIN BIN IBRAHIM)
1.Memberi peringatan kepada murid-murid bahawa sekolah adalah tempat untuk mendapat ilmu dan menjadi seseorang yang berguna.
2.Mengulas mengenai tema minggu ini iaitu 'Jujur Pada Diri Sendiri'.
3.Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan. Jika Nampak sampah, ambil dan buang ke dalam tong sampah.
4.Mengulas mengenai Israk Mikraj.


Laporan disediakan oleh : Puan Nor Khusaini bt Salehudin

Monday, June 27, 2011


LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 23(SESI PAGI)


Hari : Isnin


Tarikh : 27 Jun 2011

Masa : 7.30 pagi- 8.00 pagi

GURU BERTUGAS
En Pazli Zawawi (K)
Pn Rosmizawati
Pn Nor Azura Mohd Asir
Pn Azlina
Pn Nor Syifa
Pn Rosmaria
Pn Nahdatul Sima

LAPORAN / ULASAN

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah yang dipimpin oleh Puan Shyamala.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Nor Azura Mohd Asir
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Hafiz
5. Acara menaikkan bendera tidak dapat dilakukan kerana hujan.

UCAPAN GURU BERTUGAS ( Pn Nor Azura Mohd Asir)

Ringkasan ucapan:

1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas.

2. Mengumumkan johan mingguan pertandingan kebersihan dari 20 Jun 2011 hingga 24 Jun 2011 iaitu:
Tahun 4: 4 Belatuk
Tahun5 : 5Xenix
Tahun 6: 6 Carnation

3. Kegiatan kokurikulum pada minggu ini adalah kelab,persatuan dan permainan.
LAWAD hari ini:

Bahasa Melayu – Terbit
Bahasa Inggeris – Noodle (Mi)
Bahasa Arab – mila’qatun ( Sudu)

Saturday, June 25, 2011

Portal myGfl (Malaysian Grid For Learning)

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana adalah antara 26 buah sekolah rintis dalam negara, yang terpilih menggunakan portal myGfl ini. Semua murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 telah didaftarkan dalam portal ini bersama-sama 120 orang guru.

Malaysian Grid for Learning (MyGfL) merupakan portal atau gerbang pendidikan formal Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektifnya adalah untuk mempertingkatkan proses pembelajaran di sekolah dengan menyediakan bahan pembelajaran atas talian untuk diguna dan dikongsi oleh guru dan pelajar serta mengimbangtara dan mengintegrasikan peralatan ICT yang ada di sekolah, kolej matrikulasi dan institut perguruan.

Malaysian Grid for Learning (MyGfL) adalah satu inisiatif strategik dan komitmen kerajaan Malaysia dalam pembentukan masyarakat yang berilmu. MyGfL diharapkan dapat memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dan pengajar yang terdiri daripada semua peringkat umur, secara pembelajaran formal dan informal dalam mencapai kecemerlangan pendidikan kebangsaan.

Oleh itu, grid pembelajaran kebangsaan MyGfL akan dimiliki dan dikendalikan kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Portal MyGfL menawarkan kepada semua sekolah satu persinggahan gerbang untuk semua sumber pembelajaran di Malaysia dan juga negara lain.

Untuk menggunakan portal ini, murid-murid dan guru-guru perlu ke laman portal iaitu www.mygfl.gov.my dan memasukkan nombor kad pengenalan (atau surat beranak kepada murid yang masih belum mempunyai kad pengenalan). Pada ruangan kata laluan pula, masukkan kata laluan 'password'.  Kata laluan ini boleh ditukar setelah log in berjaya dilakukan.

Murid-murid dan guru-guru boleh meneroka laman portal myGfl dalam usaha memahami kandungan dan kegunaannya.  Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada saya (rubieey@yahoo.com).

Selamat mencuba.
untuk ke laman portal myGfl, sila klik di sini.

Friday, June 24, 2011

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT DALAM MEMANTAPKAN P & P DAN PENGURUSAN KURIKULUM

Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Panitia Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 berhimpun di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN) selama dua hari mulai petang 24 Jun hingga lewat petang 25 Jun 2011 (Sabtu).

Bengkel ini adalah anjuran bersama di antara BTPN dan sekolah-sekolah.

24 Jun 2011 (Jumaat)

3.00 - 3.30  ptg    Pendaftaran
4.00 - 5.00  ptg    Ucap Utama
                    Tuan Haji Ahmad Dahlan bin Kardi, Ketua Penolong Pengarah 
                    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
                    Sesi Bergambar bersama  KPP
5.00 – 5.15 ptg    Minum Petang
5.15 - 6.30  ptg   Daftar asrama (di kaunter asrama)
6.30 – 7.30 ptg   Makan malam
8.15 - 10.45mlm  Pengurusan Kurikulum
                   En.Haron bin Amir,            
                   Nazir Kanan, JNJK Selangor

25 Jun 2011 (Sabtu)

6.50  - 7.30 pg Senamrobik
7.30 - 8.00 pg Sarapan
8.00 – 8.30 pg Bersiap diri
8.30 –10.30 pg Digital Humor in the Classroom
                 En. Jayakumar a/l C.Koran
                 Ketua Penolong Pengarah 
                Bahagian Teknologi Pendidikan  
10.30 –11.00 pg Kudapan
11.00 –1.00 tgh Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) online
                 En Sukimin b Juki, 
                 Guru Besar SKTPP
1.00 – 2.30 ptg Merarau/Solat
2.30 – 4.30 ptg Google Apps dan SSQS 
                 Muhammad Hanif b. Harun, 
                 PTP Unit Pengurusan ICT
4.30 ptg          Penutup



Kepada semua peserta, untuk mendapatkan bahan sila klik di sini.

Bengkel Bantu Khidmat ICT Dalam Memantapkan P&P dan Pengurusan Kurikulum

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor telah menganjurkan Bengkel Khidmat Bantu ICT Dalam Memantapkan P&P dan Pengurusan Kurikulum dengan kerjasama gabungan 3 buah sekolah iaitu SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2 dan SK Pulau Meranti. Bengkel ini diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di BTPN, Seksyen 19 Shah Alam. Semoga usahasama ini akan memberikan impak berkesan kepada para peserta.


Sesi pendaftaran para peserta

Sebahagian daripada para peserta bengkel

Antara pihak pentadbir yang turut serta dalam bengkel ini


Kehadiran Ketua Penolong Pengarah BTPN diiringi oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2 dan SK Pulau Meranti



Ucaputama oleh Tuan Haji Ahmad Dahlan b Kardi, Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor. Terima kasih diucapkan kepada BTPN Selangor atas kerjasama ini

Sebahagian dari potret-potret yang sempat dilakarkan sepanjang sesi pendaftaran dan ucaputama Tuan Haji Ahmad Dahlan b Kardi, Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor. Terima kasih diucapkan kepada BTPN Selangor atas kerjasama ini

Tuesday, June 21, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 (SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 ( SESI PETANG )

Hari : Isnin
Tarikh : 20 Jun 2011
Masa: 6.10 petang - 6.40 petang


GURU BERTUGAS

1) Pn. Arnny Yusnita
2) Pn. Norlida
3) Pn. Aznita
4) Pn. Suzelawati
5) Pn. Azlin

6) Pn. Arzah
7) En. Rusydan

LAPORAN / ULASAN

1. Nyanyian lagu Negarak
u, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Muhammad Firdaus b Fauzan dari kelas 3 Nyatoh.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Suzelawati.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Aniq Iqbal b Zulkarnain dari kelas 3 Seraya


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN. NOOR HAFIZAN BT CHE ABD RAHMAN)

Beliau memberi peringatan dan teguran kepada murid-murid tentang 2 perkara:

1. Suasana bilik darjah yang terlalu bising semasa pertukaran guru untuk mata pelajaran yang
berikutnya. Murid-murid dinasihatkan agar mengisi masa dengan membaca buku.

2. Murid-murid hendaklah menggunakan tangga yang betul yang telah dikhususkan untuk tahun
masing-masing semasa naik dan turun dari kelas. Murid tahun 3 hendaklah menggunakan
tangga UKM, tangga USM untuk murid tahun 2 dan tangga UUM untuk tahun 1. Peraturan ini
hendaklah dipatuhi oleh semua murid untuk mengelak sebarang kemalangan dan kecederaan
yang tidak diingini.


PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH


Penyampaian sijil dan hadiah kepada kelas yang terbersih oleh En Rosdin.
Tahun 1 : Beta ( Guru Kelas : Pn Suhaizan)
Tahun 2 : Alza ( Guru Kelas : Pn Zabedah)
Tahun 3 : Meranti ( Guru Kelas : Pn Suryana)


UCAPAN GURU BERTUGAS (PN. SUZELAWATI)

Tema : Yakin Boleh

Ringkasan ucapan:

Yakin bermaksud betul-betul percaya. Boleh bermaksud dapat atau mampu atau berkeupayaan.
Apabila dua perkataan ini digabungkan ia membawa maksud percaya bahawa diri mampu untuk melakukan sesuatu atau dengan kata lain, kepercayaan kepada diri sendiri menjadi dorongan untuk kita berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Perasaan yakin membuka ruang untuk kita bertanya, menjawab dan bersedia untuk menghadapi rintangan atau peperiksaan.


LAWAD:


Bahasa Melayu : Deras ( laju )

Bahasa Inggeris : Garden ( taman )

Bahasa Arab : Quratussallati ( bola keranjang )



UCAPAN ENCIK ROSDIN B IBRAHIM ( PENOLONG KANAN PETANG)

Beliau telah menekankan 3 perkara:

1) Semua murid diminta agar menjaga disiplin terutama sekali semasa berada di Dewan
Perdana dan Dewan Putra pada waktu tengahari dan selepas rehat. Keadaan yang terlalu
bising akan mengganggu murid-murid lain yang sedang belajar.

2) Beliau menasihatkan semua murid agar menghormati dan mematuhi arahan yang diberikan
oleh pengawas-pengawas yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Beliau juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pengawas yang telah menjalankan tugas dengan baik.

3) Beliau juga menasihatkan murid-murid agar menanam sikap yakin boleh dalam menimba ilmu
pengetahuan. Sikap ini boleh membantu murid-murid berjaya dalam pelajaran.








Monday, June 20, 2011

KARNIVAL PERPADUAN 2011 ANJURAN JABATAN PERPADUAN DAERAH SEPANG.

Tarikh : 25 dan 26 Jun, 2011 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Padang jalan PP 8, Taman Putra Perdana 47130 PUCHONG.

Aktiviti:
1. Penyertaan murid senamrobik - 25.06.2011 (Sabtu) 9.30 pagi.
Sijil Penyertaan akan diberi kepada peserta.

2. Permohonan MyKad untuk murid yang berumur 12 tahun.

Sebarang pertanyaan hubungi 012-3876689.

HARI ILMU DAN PESTA BUKU NEGERI SELANGOR.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menganjurkan Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011. Ketetapannya seperti di bawah:

Tarikh : 24 Jun, 2011 hingga 3 Julai, 2011.
Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam.
Tempat : Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.

Semua warga SKTPP dan ahli keluarga dijemput hadir.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 22 (SESI PAGI)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 22(SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 20 Jun 2011
Masa : 7.30 pagi- 8.00 pagi

GURU BERTUGAS
Pn. Noriza Md. Nor (K)
Pn Norli Hassan
Pn Mazzaini Muda
Pn Saadiah Busrah
Pn Siti Mahfudzah
En.Zainuddin Kalam

LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Norli Hassan
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Hafiz
5. Bendera dinaikkan oleh pasukan Pengakap sekolah.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (Pn. Norhana Nordin)
Mengulas dan membuat teguran mengenai tindakan murid meninggalkan gelas dan pinggan yang telah digunakan di atas meja. Sepatutnya perlu dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan. Murid-murid juga didapati meninggalkan plastik atau kertas bungkusan makanan di atas meja. Murid diingatkan membuang sampah ke dalam tong sampah.
Murid -murid tahun 6 diingatkan supaya menggunakan masa dengan bijaksana kerana peperiksaan UPSR semakin hampir.
PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih dan hadiah kepada kelas yang telah 3 kali berturut-turut menjadi juara oleh Pn Jamilah Ariffin.
4- Tiung
5- Xenix
6- Carnation

UCAPAN GURU BERTUGAS ( PN Norli)
Tema : Yakin Boleh

Ringkasan ucapan:
Yakin bermaksud betul-betul percaya
Boleh bermaksud dapat/ mampu / berkeupayaan
Digabungkan dua perkataan membawa maksud percaya bahawa diri mampu untuk melakukan sesuatu atau dengan kata lain. kepercayaan kepada diri sendiri menjadi dorongan untuk kita berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan. Perasaan yakin membuka ruang untuk kita bertanya, menjawab dan menghadapi rintangan atau peperiksaan.

LAWAD hari ini:
Bahasa Melayu – Deras (laju)
Bahasa Inggeris – Garden (taman)
Bahasa Arab – Quratussallati (bola keranjang)

UCAPAN GURU DISPLIN( Pn Zaleha)
Murid -murid diingatkan agar tidak merayau semasa waktu rehat ketika kelas-kelas lain sedang menjalankan P&P. Mereka perlu berada di kantin, kawasan dewan atau perpustakaan. Murid dicadangkan membawa buku untuk bacaan atau mengulang kaji.

UCAPAN PK HEM (Pn. Jamillah Ariffin)
Murid diminta supaya berpakaian kemas semasa hadir ke sekolah dan mematuhi peraturan sekolah. Beliau menggalakkan agar murid-murid prihatin dan menegur rakan -rakan yang melakukan kesalahan demi kebaikan bersama.



WACANA ILMU GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH SEPANG 2011


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pada 18 Jun 2011 ( Sabtu ) guru-guru Pendidikan Islam dan jQAF SKTPP telah menghadiri Wacana Ilmu anjuran PPD Sepang dan PEKDIS. Program bermula 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Program dimulakan dengan perkongsian ilmu daripada Dr. Hj. Zahazan bin Mohamed, penceramah terkenal di kaca televisyen dan IKIM. Beliau memberi ceramah mengenai Transformasi Guru Pendidikan Islam. Sesi perkenalan dan dialog bersama PEKDIS turut diadakan.

Bergambar bersama Dr. Hj. Zahazan bin Mohamed


















Friday, June 17, 2011

LAWATAN DELEGASI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN JPN SELANGOR DAN KPM

Khamis,16

Jun 2011-SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada hampir 100 orang pegawai-pegawai Lembaga Peperiksaan dan ketua-ketua sektor dari seluruh negara berkaitan dengan Pelaksanaan penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dibawah dasar baru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru diperkenalkan tahun ini.

YDP PIBG Tuan Haji Shaharudin Bin Ajam dan NYDP PIBG En Rushdan Bin Mohamed turut hadir.


Ketibaan delegasi menaiki 2 buah bas kira-kira pukul 9 pagi.

Delegasi dibahagikan mengikut subjek mata pelajaran.

Delegasi siap sedia menuju ke tempat masing-masing.

Penerangan diberikan oleh Guru Besar Encik Sukimin Bin Juki di bilik KSSR

Subjek Dunia Sains dan Teknologi

Adik Alya berjaya mengkagumkan delegasi dengan kemahiran asas matematik yang baik.

Subjek Pendidikan Jasmani

Suasana dibilik Mesyuarat.


Tuesday, June 14, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 21 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 13 Jun 2011
Masa : 6.10 petang - 6.40 petang

GURU BERTUGAS
Puan Norazian Bt Mat Anuar (K)
Puan Noor Hafizan Bt Che Abdul Rahman
Puan Salmi Bt Amir
Puan Rozimah Bt Yaacob
Puan Azizah Bt Abdul Hamid
Puan Norazah Bt Mohd Ali
Cik Norazlinda Bt Kasmin

LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh Norzaimi Qushairy B.Sallehuddin
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Noor Hafizan Bt Che Abdul Rahman
4. Bacaan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal B.Zulkarnain

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (USTAZAH WAN ROSMAWATI BT WAN IBRAHIM)
1.Ucapan selamat kembali ke sekolah untuk penggal kedua selepas bercuti selama 2 minggu.
2.Mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan kelas.
3.Masih ada di antara kelas yang masih kotor dan perlu dipertingkatkan di masa akan datang.
4.Mengingatkan murid supaya jangan bising terutama murid Tahun 3.

KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih.
1-Zeta
2-Alza
3-Almon

UCAPAN GURU BERTUGAS (PUAN NOOR HAFIZAN BT CHE ABDUL RAHMAN)
1.Memperkenalkan nama guru bertugas pada minggu ini.
2.Tema minggu ini ( Semangat Baru).
3.Mengingatkan semua murid supaya menanam azam untuk memperbaiki pencapaian pada penggal kedua ini.
4.Memberi panduan kepada murid mengenai cara belajar yang betul.

LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia - Taklimat (penerangan ringkas tentang sesuatu perkara)
Bahasa Inggeris - Kindness (Budi)
Bahasa Arab - Kuraturrishah (Badminton)

UCAPAN GURU DISIPLIN (PUAN YANI BT SHARIF)
1.Mengingatkan murid supaya jangan menerima risalah yang diedarkan daripada pihak tertentu tanpa kebenaran sekolah.
2.Memastikan rambut sentiasa kemas dan menepati kriteria yang ditetapkan.
3.Menghadirkan diri ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (EN.ROSDIN BIN IBRAHIM)
1.Mengulas mengenai tema minggu ini iaitu 'Semangat Baru'.
2.Murid diingatkan supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.Murid hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri di sekolah dan jangan terlalu aktif bermain sewaktu rehat.
4.Murid juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kelas dengan mengutip sampah sebelum sesi P&P bermula.


Laporan disediakan oleh : Puan Noor Hafizan Bt Che Abdul Rahman

Monday, June 13, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 21 (SESI PAGI)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 21 (SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 13 Jun 2011
Masa : 7.30 pagi- 8.00 pagi
GURU BERTUGAS
En Mohd Kamarul B Abdul Rahman (K)
En Norizmi
Pn Norhana Bt Nordin
Pn Nik Kamisah
Pn Nurul Fadhilah
Pn Roslina


LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Rosmawati Md Desa
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Hafiz

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (USTAZ MAHADIR)
Ucapan selamat kembali ke sekolah untuk penggal kedua selepas bercuti selama 2 minggu.
Mengulas mengenai penggunaan masa iaitu murid yang selalu keluar ke tandas mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk kembali ke kelas. Perkara ini boleh menyebabkan murid berkenaan akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih.
4- Tiung
5- Xenix
6- Carnation

UCAPAN GURU BERTUGAS ( PN NORHANA)
Tema : Semangat Baru

LAWAD hari ini:
Bahasa Melayu – Taklimat (Penerangan ringkas tentang sesuatu perkara)
Bahasa Inggeris – Kindness (budi)
Bahasa Arab – Kuraturrishah (Badminton)

PENYAMPAIAN SIJIL dan Hadiah untuk Pameran dan Pertandingan Rekacipta (ITEX)
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana kepada Amirah yasmin bt Azmir, Sanjay Devadass dan Raimi bin Ridzuan. Mereka telah menyertai pertandingan ini semasa pameran ITEX 2011 di KLCC bersama 10 negara asean yang lain.

UCAPAN GURU BESAR (EN SUKIMIN B JUKI)
Mengulas mengenai laporan yang disampaikan oleh Ustaz Mahadir iaitu mengenai penggunaan masa.

Program Peningkatan UPSR 2011 : Percubaan UPSR Kali Kedua & Hari Jalinan Mesra

Ujian Percubaan UPSR untuk kali kedua ini akan dijalankan pada ketetapan berikut :

            Tarikh  :  21, 22 dan 23 Jun 2011
            Hari     :  Selasa – Khamis
            Jadual  :  Lihat jadual di bawah:

Hari/Tarikh
Perkara
Tempoh/Masa
Selasa
21 Jun 2011
B. Melayu (Kertas 1)
B. Melayu (Kertas 2)
Matematik (Kertas 2)
50 minit
1 jam 15 minit
40 minit
8.00 – 8.50
9.15 – 10.30
12.00 – 12.40
Rabu
22 Jun 2011


Matematik (Kertas 1)

1 jam

8.15 – 9.15
Khamis
23 Jun 2011

Sains
B. Inggeris (Paper 1)
B. Inggeris (Paper 2)
1 jam 15 minit
1 jam
1 jam 15 minit
8.00 – 9.15
9.30 – 10.30
11.30 – 12.45

* Selain daripada masa yang dinyatakan di atas, murid perlu membawa buku kerana  
   pembelajaran dijalankan seperti biasa. Kelas tambahan untuk minggu ini juga ditangguhkan.

Sehubungan itu juga, pihak sekolah akan mengadakan Hari Jalinan Mesra pada hari Jumaat - 8 Julai 2011 (8.30 – 11.30 pagi), untuk menyerahkan slip keputusan Percubaan UPSR kali pertama dan keputusan Percubaan UPSR kali kedua ini.  

Penyerahan Hadiah Pertandingan Perekacipta Muda Malaysia (Peringkat Sekolah)


Pada hari ini - 13 Jun, telah berlangsung acara penyampaian hadiah untuk peserta pertandingan Perekacipta Muda Malaysia.  Hadiah-hadiah disampaikan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana kepada Amirah yasmin bt Azmir, Sanjay Devadass dan Raimi bin Ridzuan.  Mereka telah menyertai  pertandingan ini semasa pameran ITEX2011 di KLCC bersama 10 negara asean yang lain.
Tahniah dan semoga murid SKTPP terus berjaya!

untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Program Peningkatan UPSR 2011 : Program 'Peptalk'

Program ini telah dimulakan sejak Januari 2011.  Setiap kelas berpeluang untuk mendengar nasihat, teguran dan motivasi daripada Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki, mengikut jadual yang telah disediakan.  Program ini dijalankan selama 30 minit setiap hari Isnin selepas perhimpunan rasmi.

Antara objektif program ini adalah untuk :
1. memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya pendidikan dewasa kini.
2. memotivasikan murid-murid, agar lebih berminat untuk belajar.
3. memberi galakan dan nasihat sebagai sokongan kepada murid SKTPP

Berikut adalah paparan gambar sesi peptalk yang dijalankan pada hari ini (13 Jun 2011) :







Semoga segala usaha yang dilakukan, mendapat manfaat yang maksima kepada murid-murid tahun 6, dalam usaha membantu mereka mancapai kejayaan yang terbaik untuk diri sendiri dan sekolah secara amnya.
UCAPAN TAHNIAH

TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA EN SAIFULLAH DI ATAS KELAHIRAN ANAK KETIGA IAITU SEORANG PUTERI PADA PENGHUJUNG BULAN MEI DAN KEPADA PUAN ROSENIZA YANG TELAH SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG PUTERI YANG MERUPAKAN ANAK KEDUA BAGINYA. SETERUSNYA SEKALUNG TAHNIAH BUAT USTAZAH HASMAWATE DI ATAS PERPINDAHANNYA KE KELANTAN, SEMOGA BAHAGIA WALAU DI MANA SAJA BERADA...

Wednesday, June 8, 2011

ON LINE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI 2012

Permohonan secara online ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia sesi 2012 telah dibuka dari 09.05.2011 hingga 27.06,2011. Pelajar yang berminat bolehlah memohon melalui laman sesawang www.moe.gov.my.

Tuesday, June 7, 2011

TAKLIMAT PERSEDIAAN MESYUARAT PEGAWAI KANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Taklimat mengenai Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan LPM telah diadakan pada ketetapan berikut di SK Taman Putra Perdana

Tarikh : 7 Jun 2011
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTPP

Taklimat telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari LPM yang terdiri daripada Puan Hajjah Norzila bt Mohd Yusof - Ketua Sektor LPM, Puan Aliah bt Haji Ahmad Shah - Ketua Sumber SPDP LPM, Puan Noraida bt Mohd Azmi, Encik Nazri bin Mohd Najib, Encik Azman bin Talib, Encik Mazli Saffawi bin Hussin, Encik Johari dari JPN dan dua orang wakil dari PPD iaitu Puan Machitah bt Zakaria dan Cik Arfah bt Abd Halim.

Pertemuan ini membincangkan tentang persediaan menyambut kedatangan pegawai-pegawai kanan KPM seramai 100 orang pada 16 Jun 2011 kelak.

Berikut gambar-gambar sekitar pertemuan yang telah berlangsung


ketibaan pegawai-pegawai dari LPM



sesi diskusi




lawatan ke bilik-bilik khas yang akan digunakan pada 16 Jun nanti

tetamu dijamu nasi lemak





Puan Jumilah dibantu oleh Puan Noraida menguji Sistem Pengurusan Pentaksiran (SPPBS) di Bilik Tayang SKTPP




Disediakan oleh: Jumilah bt Ahmad, Suzelawati bt Zakaria, Noor Azlinda bt Kasmin

Wednesday, June 1, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah (Part 3)

Debra tidak jemu membantu
Tengah bincang
Mando sudah penat
Bersama-sama angkat meja