Friday, July 29, 2016

Khidmat Komuniti : Melukis Mural TOA

Pelajar-pelajar The One Academy (TOA), Bandar Sunway sekali lagi telah hadir ke SKTPP untuk meneruskan projek melukis mural. Seramai 15 orang student terlibat dalam projek tersebut. Mereka akan berada di sekolah selama 2 hari iaitu pada 29 dan 31 Julai 2016. Terima kasih atas khidmat bakti dan jasa baik para pelajar serta pensyarah; Cik Fadzilah kerana tidak jemu-jemu melukis dan menceriakan kawasan sekolah sambil menghebahkan mesej Benci DARVIH...










Kami Benci Dadah!

Program SUPERVAKS Kali Ke-4 Tahun 2016

Alhamdulillah..hari ini bermula pukul 9.50 pagi hingga 11.50 pagi semua murid Tahun Enam sekali lagi menyertai Program SUPERVAKS. Ini adalah kali ke-4 dan terakhir program SUPERVAKS dilaksanakan khas untuk semua murid Tahun Enam di SK Taman Putra Perdana.

VAKS adalah singkatan dari 4 perkataan iaitu Visual, Auditori, Kinestetik dan Spirit.VAKS adalah suatu program yang memberi penekanan kepada 4 saraf utama dalam diri manusia. VAKS adalah suatu aktiviti rangsangan 4 saraf utama iiatu Saraf Visual (saraf penglihatan), Saraf Audiotori (saraf pendengaran), Saraf Kinestetik (saraf pergerakan dan sentuhan) dan Saraf Spirit (saraf hati). Aktiviti ini telah dilaksanakan bermula bulan April 2016.

Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua murid Tahun Enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada awal September nanti.

Berikut adalah paparan gambar yang diambil semasa aktiviti:
         Pengacara Majlis: Cik Roslinda                                                                                              Penceramah SUPERVAKS
                                                   
Aktiviti SUPERVAKS

Ayat positif kali ini "Saya Fokus Saya Bagus'



Barisan guru-guru yang turut serta 
Bersama Guru Besar SKTPP, Penceramah dan Guru Bimbingan&Kaunseling

Thursday, July 28, 2016

Jom sertai Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"

Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP 2016 akan diadakan pada 7 Ogos 2016 nanti. Terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta yang telah mendaftar. Jom ramai-ramai kita meriahkan larian amal Benci DARVIH kita.
Makluman Larian Amal SKTPP dalam Sinar Harian di sini..


Tuesday, July 26, 2016

Choral Speaking Daerah Sepang

CHORAL SPEAKING DAERAH SEPANG
(26 Julai 2016)


Pada tanggal 26 Julai 2016, SK Taman Putra Perdana telah menyertai Pertandingan Choral speaking peringkat Sekolah Rendah Daerah Sepang. Pertandingan ini telah diadakan di dewan SMK Dato Abu Bakar Baginda. SK Taman Putra Perdana  dan SK Taman Putra Perdana 2 telah menjadi  tuan rumah untuk pertandingan tersebut.  Pasukan Choral Speaking  sekolah ini telah diwakili oleh seramai 34 orang murid tahap 2 dan dilatih oleh Pn. Rosmizawati, Pn. Norhana dan guru-guru yang lain. Guru-guru Panatia Bahasa Inggeris juga telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
           Berkat kesungguhan dan semangat yang berkobar-kobar, SK Taman Putra Perdana telah dapat mengatasi pasukan sekolah lain dan menjuarai Pertandingan Choral Speaking Daerah Sepang 2016.
Diharapkan pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia banyak memberikan kesan yang positif kepada murid-murid dan secara tidak langsung mewujudkan budaya kekitaan dan kerjasama dalam meningkatkan penguasaan dalam penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua.

Suasana sepanjang pertandingan dijalankan...

Piala yang dipertandingkan 
Kesempatan yang ada tidak disia-siakan.
Peserta Choral Speaking melakukan latihan sebelum pertandingan.
Barisan guru-guru yang hadir bersama pasukan  Choral Speaking SK TamanPutra Perdana
Guru Besar turut memberikan sokongan
Guru-guru turut bergembira dengan kemenangan
Pegawai PPD Sepang bersama guru-guru dari sekolah yang mengambil bahagian 
turut meraikan kejayaan SK Taman Putra Perdana
Syabas SKTPP!
Disediakan oleh : Norsiah Bt Mohd Noor

Monday, July 25, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Petang)

Tarikh             : 25 Julai 2016 (Isnin)
Tempat         : Dewan Perdana
Masa             : 1.20 – 2.00 petang

Guru bertugas Kumpulan A
1. Arnny Yusnita bt Md Enarji
2. Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim
3. Suriyana bt Nanyan
4. Nor Arzah bt Hussin
5. Yusnita bt Yunus
6. Nor Azian bt Ahmad

Barisan guru bertugas minggu ini

Laporan / Ulasan
1.  Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 3

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En Wan Roswandy b W.Ibrahim

4. Bacaan Ikrar Murid oleh Alif Qaweem (3 Kompang)

5. Laporan oleh guru bertugas minggu lepas iaitu Pn Zauiyah bt Ismail
     - Murid tidak dibenarkan membawa perkakasan kaca seperti botol air kaca elak sebarang kecederaan berlaku.
     - Murid dinasihatkan menunggu ibu bapa di tempat menunggu bas atau di pondok jaga. Tidak dibenarkan menunggu di seberang jalan bimbang mengancam keselamatan.
     - Murid diingatkan supaya tidak bergayut menggunakan ‘monkey bar’.

6. Pemenang bagi pertandingan kelas terbersih minggu lepas
  
            Tahun 1 :
            Tempat Pertama - 1 intelek
            Tempat Kedua    – 1 Cerdik
            Tempat Ketiga    – 1 Fokus

            Tahun 2 :
            Tempat Pertama – 2 Uranium
            Tempat Kedua    – 2 Vanadium
            Tempat Ketiga    – 2 Platinium

            Tahun 3 :
            Tempat Pertama – 3 Angklung
            Tempat kedua     – 3 Bonang
            Tempat Ketiga     – 3 Kompang

7. Ucapan guru bertugas (En Wan Mohd Roswandy b W. Ibrahim)
  -  Tema ucapan hari ini ialah “Menghormati orang tua”. Murid dinasihatkan supaya lebih menghormati orang yang lebih tua seperti ibu bapa dan guru.
  -  Mereka juga diingatkan supaya memberi salam / sapaan semasa berjumpa dengan orang yang lebih tua. Penggunaan bahasa yang sopan disarankan semasa bertutur dengan mereka.

  - Perkataan LAWAD pada hari ini ialah :
           Bahasa Malaysia : Melarik = Mengukir
           Bahasa Inggeris   : Road = jalan
           Bahasa Arab       : Haatifun = Telefon

8. Ucapan Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
-Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah kita telah meraih Naib Johan dalam pertandingan Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaie) Daerah Sepang.
- Beliau juga berharap kumpulan Action Song sekolah kita juga akan mendapat tempat dalam pertandingan pada hari Khamis ini.
- Tahniah dan syabas kepada 6 orang murid dari sekolah ini yang berjaya mewakili Daerah Sepang dalam pertandingan kriket MSSS.
- Guru Besar juga memohon agar murid-murid menguar-uarkan sekali lagi kepada  ibu bapa mereka tentang Larian Amal “Cergas Tanpa DARVIH” yang akan dijalankan pada 7 Ogos 2016.
- Guru Besar menghebahkan kepada warga SKTPP mengenai perubahan Visi & Misi    PPDa. Misi & Visi baru adalah seperti berikut :
                        
                 Visi PPDa
                 Sekolah Bebas Dadah 2022

                 Misi PPDa 
            Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah

En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim (Pengerusi Majlis)
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Alif Qaweem (3 Kompang)
Murid bersedia membaca ikrar
Laporan guru bertugas disampaikan oleh Pn Zauiyah bt Ismail
Wakil pemenang pertandingan kebersihan kelas minggu ke-26
Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh: 25 Julai 2016
Tempat: Dewan Perdana
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi

Guru bertugas (Kumpulan A)
1. En. Tarmiji Bin Sabali
2. Pn. Noriza Bt Md. Nor
3. Pn. Norziani Bt Zubir
4. Pn. Azlina Bt. Mat Isa
5. Pn. Nur Hayati Bt. Mohamed Nor
6. Pn. Norazian Bt Mat Anuar
7. Pn. Musaliha Bt Mustafa
8. Pn. Siti Masra Bt Abdul Kadir

KUMPULAN A
Laporan / Ulasan

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan sekolah
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas (Nukman Haziq Bin Fauzi)
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas iaitu Puan Noriza Bt Md. Nor
4. Bacaan ikrar murid diketuai oleh Asyraaf Aqashah
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norhana Binti Nordin

Laporan Guru bertugas minggu lepas daripada Puan Norhana Bt Nordin

Masalah disiplin;
  • Murid berlari-lari semasa waktu rehat
  • Murid membawa bungkusan makanan melepasi kawasan kantin dan menyebabkan sampah dibuang di merata tempat terutama longkang dan kawasan laluan kelas
  • Murid mesti sentiasa menjaga kebersihan kelas
6. Ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Pn Noriza Bt Md. Nor bertema "FAEDAH MENYIMPAN WANG"
  • Menyimpan wang dapat menggelakkan pembaziran
  • Wang yang disimpan boleh digunakan semasa waktu kecemasan
  • Wang tersebut juga boleh dijadikan dana untuk menyambung pelajaran di masa hadapan
  • Wang tersebut boleh digunakan untuk membantu ibu bapa
Ucapan guru bertugas (Pn. Noriza Bt. Md. Nor)
7. Perkataan lawad
  • Bahasa Melayu -  Berdentam-dentum bermaksud bunyi kuat yang bersambung-sambungan (mercun)
  • Bahasa Inggeris - Awful bermaksud teruk
  • Bahasa Arab - Mahattotun bermaksud stesen
8. Penyampaian hadiah  dan sijil kepada  Peserta Kalam Jamaei kerana telah berjaya dinobatkan Naib Johan Peringkat Daerah Sepang paada 21/7/2016 yang dibimbing oleh guru-guru j-QAF




9. Ucapan Guru Besar iaitu Puan Rohaidah Bt Mohd Ali

Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah Bt Mohd Ali
  • Puan guru besar memulakan ucapan dengan mengucapkan ucapan tahniah kepada peserta Kalam Jamaei atas kemenangan Naib Johan Peringkat Daerah Sepang dan juga kumpulan kriket atas pemilihan ke Peringkat Negeri Selangor 
  • Beliau turut memberi pesanan dan nasihat kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR dan murid Tahun 4 dan 5 (PKSR2) bermula esok hari iaitu Selasa 26/7/2016.
  • Beliau juga menyentuh berkaitan Larian Amal dan permohonancuti peristiwa pada hari Isnin (8/8/2016) telah dihantar ke PPD
  • Puan guru besar menutup ucapan dengan mengumumkan visi dan misi baru PPDa dan membacanya bersama-sama murid dan guru.
VISI
Sekolah Bebas Dadah 2022 

MISI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah.
      
10. Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.          

Disediakan oleh : Pn. Siti Masra

Thursday, July 21, 2016

Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaie) Daerah Sepang

Pertandingan Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Julai 2016
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang.
Tempat : Kolej Vokasional Sepang
Penyertaan: Sekolah- sekolah Kebangsaan Daerah Sepang.

Guru- guru Bahasa Arab dan j-QAF SKTPP telah bekerjasama melatih murid-murid dalam acara ini selama dua minggu. Seramai 25 orang murid perempuan tahun 4 dan 5 telah terpilih menyertai pertandingan ini dan diberi nama Kumpulan / Firqah Ma'wa. Alhamdulillah, SKTPP telah mendapat Naib Johan dalam acara Kalam Jamaie ini.

Semoga usaha dan pencapaian ini akan menjadi penanda aras untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Sekalung ucapan tahniah untuk semua peserta kerana telah berusaha sebaiknya dan ucapan penghargaan untuk semua guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik demi kecemerlangan murid- murid SKTPP.

Bersiap sedia... bergambar sebelum bertolak ke Kolej Vokasional Sepang.
Gembira.. selepas dinobatkan Naib Johan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Sepang.
Persembahan yang hebat.. Ketika pertandingan sedang berlangsung.


Pastinya...Firqah Ma'wa SKTPP Benci DARVIH.
Kurangnya kemampuan,
bukan alasan untuk keberhasilan.
Kesungguhan penuh semangat,
adalah modal keberhasilan.

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir.

Majlis Pembayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2016




Khamis, 21 Julai 2016 diadakan Majlis Pembayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana pada jam 11.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali .Majlis dihadiri oleh 50 orang ibubapa / penjaga murid yang layak menerima bantuan.

Wednesday, July 20, 2016

Lawatan Sambil Belajar ke Kidzania, Kuala Lumpur

Rabu, 20 Julai 2016 - Kelab Bimbingan dan Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor telah menganjurkan satu program yang diberi nama "Adiwira Selangor Terbilang". Seramai 80 orang murid dipilih di kalangan ahli-ahli Kelab Bimbingan dan Kerjaya bersama-sama dengan 8 orang guru pengiring. Program berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antara objektif program ini diadakan ialah :
  •  Memperkenalkan kepada murid-murid kerjaya-kerjaya pilihan yang boleh mereka terokai di Kidzania.
  • Memberi pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan sendiri kerjaya yang diminati mereka.
  • Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru.
                                     Antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung.....