Friday, September 30, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-25 (Sesi Petang)

Tarikh: 26 September 2022 – 30 September 2022

Hari : Isnin – Jumaat

Tema: Hormat Menghormati

Senarai Guru Bertugas:

  Kumpulan A

1.       Nor Amirulfitri bin Othman

2.       Rozimah binti Yaakob

3.       Azizah binti Hamid

4.       Nora Azean binti Che Othman

5.       Norazmira binti Kadirun

6.       Nor Rafini binti Othman

7.       Norhana binti Nordin

8.       Salmi binti Adnan

9.       Rosmanini binti Rahim

10.   Farhana binti Muhamad Fuzi

 

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh : 26 September 2022

Hari : Isnin

Masa : 1.00 - 1.30 petang

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis : Farhana binti Muhamad Fuzi

Tema Warna : Biru

Tema Ucapan : Hormat Menghormati

 

1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Iqrar

v Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

v  Bacaan doa dipimpin oleh adik Syafiq Shahmi.

v  Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Farhana binti Muhamad Fuzi.

v  Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Annisa Jannah.


2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu  Ke-24 disampaikan oleh En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

v  Murid-murid perlu menjaga kebersihan semasa waktu rehat supaya sekolah sentiasa bersih.

v  Murid-murid dinasihatkan supaya membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.


3.0   Ucapan Guru Bertugas yang disampaikan oleh Puan Farhana binti Muhamad Fuzi. Tema : Hormat Menghormati

        v  Menghormati serta memuliakan orang lain seperti ibu bapa, guru, jiran tetangga dan orang yang lebih tua


vPERKATAAN LAWAD

Bahasa Melayu : Mengelap (mencuci)

Bahasa Inggeris : Culture (budaya)

Bahasa Arab : معلم  (Guru Lelaki)

 

Pada minggu ini juga, sekolah mengadakan Kem Cemerlang Jawi melibatkan murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3. Kem Cemerlang Jawi ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam jawi.

 Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bertugas pada minggu ini kerana memberi kerjasama yang baik.


Perhimpunan dipengerusikan oleh Puan Farhana binti Muhamad Fuzi


Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas : En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin


Guru-guru Bertugas Kumpulan A


Bacaan Doa dipimpin oleh : Syafiq Shahmi


Bacaan Ikrar diketuai oleh : Anissa Jannah


Sekitar waktu rehat murid-murid  Tahun 2


Kem Cemerlang Jawi murid-murid Tahun 2 dan 3 


Disediakan Oleh: Rosmanini binti Rahim

Laporan Bertugas Minggu Ke-25 (Sesi Pagi)

Tarikh: 26 September 2022 hingga 30 September 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat
Tema: Hormat-menghormati


Senarai Nama Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Pn Norli binti Hassan (K)
2. Pn Astina binti Mahad Nor (P)
3. Pn Norsiah binti Mohd Nor
4. Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Pn Shahrul Rozaina binti Jelani
6. Pn Juli binti Mahbah
7. En Zurilazman bin Abdullah
8. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Pn Norinna binti Mohamed
10. Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson 
11. En Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
12. Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh: 26 September 2022
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Nur Iylia Balqis binti Md Rostam, 6 Ibnu Sina
Tema warna: Biru
Tema ucapan: Hormat-menghormati

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar.

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian ketiga-tiga buah lagu dipimpin oleh Adik Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail).
  • Bacaan doa dipimpin oleh Adik Muhammad Nashruamsyar bin Sa'ari (6 Ibnu Khaldun).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson.
  • Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Adik Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil (6 Ibnu Thufail).

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-24 disampaikan oleh Puan Mas Ayu binti Arifin

  • Semasa waktu rehat, murid perlu makan dengan beradab di kantin dan pastikan plastik bungkusan ke dalam tong sampah.
  • Hari Jalinan Mesra yang dilaksanakan pada minggu lepas, berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan murid yang hadir. Ucapan tahniah kepada murid yang mendapat keputusan yang terbaik. Kepada murid yang kurang cemerlang, diharap tidak berputus asa dan perlu teruskan usaha.

3.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson. Tema: Hormat-menghormati

  • Menghargai dan memuliakan seseorang dengan memberi layanan yang bersopan. Contohnya bercakap dengan sopan, sentiasa tolong-menolong, sentiasa memberi senyuman, tidak mengejek orang lain atau budaya orang lain. 
  • Siapakah orang yang perlu dihormati? Orang yang kita perlu hormati ialah ibu bapa, para guru, orang yang lebih tua, jiran, rakan-rakan, budaya atau adat resam orang lain. 

LAWAD pada minggu ini:

Bahasa Melayu : Ada bakat - mempunyai bakat
Bahasa Inggeris : Throw - campak
Bahasa Arab :  - دُكَّان - kedai 

4.0 Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada 9 orang PKK (gabungan murid Tahun 4, 5 dan 6) yang mengikuti Klinik Kemahiran & Kayuhan Basikal oleh Puan Norazian binti Mat Anuar.

  • Program ini adalah anjuran pihak JPJ & Majlis Keselamatan Jalan Raya Selangor. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Arsyad bin Aldy Anuar yang menduduki tempat ke-3 dalam kategori Kuiz Jalan Raya. Manakala kategori Berkumpulan, SKTPP telah mendapat Johan Pembentangan Peralatan Keselamatan Basikal, 

5.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah binti Mokhlas

  • Murid-murid perlu berusaha mempertingkatkan prestasi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) masing-masing. Kepada murid yang telah memperoleh Tahap penguasaan Keseluruhan yang cemerlang iaitu TP6, perlulah mengekalkan prestasi ini. Jika sebaliknya, murid perlu lebih fokus ketika belajar, memperbanyakkan latih tubi topik yang lemah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam setiap subjek yang dipelajari. 

Barisan Guru Bertugas Kumpulan A

Pengacara Majlis: Adik Nur Iylia Balqis binti Md Rostam, 6 Ibnu Sina

Barisan petugas manaikkan bendera

Semua warga SKTPP menyanyikan 3 buah lagu (Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah) di bawah pimpinan Adik Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail)

Bacaan Doa di bawah pimpinan Adik Muhammad Nashruamsyar bin Sa'ari (6 Ibnu Khaldun)

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya di bawah pimpinan Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson  

Bacaan Ikrar Murid di bawah pimpinan Adik Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil (6 Ibnu Thufail)

Laporan bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Mas Ayu 
 
Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada 9 orang PKK (gabungan murid Tahun 4, 5 dan 6) yang mengikuti Klinik Kemahiran & Kayuhan basikal) oleh Puan Norazian binti Mat Anuar

Tahniah kepada semua peserta PKK

Ucapan oleh Puan Azizah binti Mokhlas, PK Pentadbiran

Jom lihat lagi gambar-gambar murid dan guru sepanjang minggu ke-25:


Sekian, terima kasih

Thursday, September 29, 2022

Ujian Kenaikan Pangkat Koperal / Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS Daerah Sepang 2022

Tarikh                 : 27 - 29 September 2022

Tempat                : Pusat Kokurikulum Bagan Lalang

Anjuran               : Sekretariat Kadet Remaja Sekolah PPD Sepang

Alhamdulillah, Unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Taman Putra Perdana telah menyertai Kursus Ujian Kenaikan Pangkat Koperal / Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS Daerah Sepang 2022 di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sepang. Seramai 4 orang guru dan 10 orang kadet telah menghadiri kursus tersebut.

Dalam ujian tersebut, kadet TKRS melaksanakan ujian yang telah ditetapkan seperti ujian kawad kaki, ujian pandu arah, ujian bantu mula, ujian kecergasan dan ujian ikhtiar hidup. Semua ujian ini adalah syarat wajib lulus untuk kadet dianugerahkan pangkat Koperal TKRS.

Kesemua peserta TKRS SK Taman Putra Perdana berjaya dan lulus dengan cemerlang dan dianugerahkan pangkat Koperal TKRS. Tahniah dan syabas diucapkan.

Berikut senarai nama guru dan murid TKRS dan gambar:

Guru Pengiring:

BIL

NAMA GURU

1.

AHMAD ZUNAIDI BIN JINALABIN

2.

AZWANE BINTI ADNAN

3.

AIZIL HASYIMI BIN ABDUL RAHMAN

4.

MOHD ISHAK SHAIRAZI BIN MOHD SAUZI

Peserta:

BIL

NAMA MURID

JANTINA

KELAS

PANGKAT

PENCAPAIAN

1.

IRSYAD AL-FATEH BIN MOHD NORDIN

L

6 IBNU KHALDUN

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

2.

MUHAMMAD AMIR SUHAYL BIN SHAHRIZAL

L

6 IBNU SINA

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

3.

MUHAMMAD HAKEEM RIZQI BIN NORAZMI

L

6 IBNU QAYYIM

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

4.

AHMAD AQIL AIMAN BIN ZAIFUL

L

6 IBNU THUFAIL

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

5.

MUHAMMAD NUJAID HADIF BIN HAZLEE

L

5 SONY

KOPERAL

JOHAN

Ikatan dan Simpulan

6.

DAHLIA ADRIANA BINTI SHAHRUL NIZAM

P

6 IBNU THUFAIL

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah

7.

AMEENA BINTI ABDUL AZIZ

P

6 IBNU QAYYIM

KOPERAL

JOHAN

Ikhtiar Hidup

8.

ARISYA IRDINA MOHAMMAD BINTI ABDUL HAKIM

P

5 OPPO

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah

9.

MUNA ASYIELA BT MAHATHIR

P

5 SONY

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah

10.

NUR HASYA EIRYNA BINTI KHAIRUL LIZAM

P

5 SONY

KOPERAL

JOHAN

Pandu Arah










 Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh :

Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Guru Penasihat TKRS

SK Taman Putra Perdana

Sunday, September 25, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-24 (Sesi Petang)

Tarikh : 19 - 23 September 2022

Hari : Isnin - Jumaat

Tema : Gaya Hidup sihat

Kumpulan : F

Barisan guru bertugas adalah seperti di bawah:

1.  Mohammad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)

2.  Rusmami bin Rusli (P)

3.  Ahmad Junaidi bin Abdullah

4.  Roslelawati binti Ibrahim

5.  Norhidayu binti Sadri

6.  Nur Malisha binti Omar

7.  Nor Maziah binti Abd Malek

8.  Nurazlin binti Mat Nor

9. Siti Aisah binti Hanafi

Guru bertugas Kumpulan F

19 September 2022 | Isnin - Majlis perhimpunan rasmi petang, dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah kemudian disusuli dengan bacaan doa, bacaan Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Sekolah.

Nyanyian 3 buah lagu iaitu: Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.



Bacaan doa oleh Adik Muhammad Syafiq Syahmi bin Sudirman (3 Turquiose).

Pengacara majlis perhimpunan rasmi pada minggu ini adalah Puan Roslelawati binti Ibrahim sedang membaca ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya.

Bacaan ikrar sekolah oleh Adik Raisha Nur Khadeeja binti Ahmad Fadhlan (3 Turquoise). 

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas pada minggu lepas iaitu Puan Maizara binti Mahat.

  • Beliau selaku guru bertugas pada minggu ke-23 membuat laporan tentang makan di kantin. Beliau mengingatkan agar murid makan di kantin sahaja. 
  • Seterusnya beliau juga meminta murid agar tidak membuang sampah di merata-rata. Murid diminta mengutip sampah jika ternampak semasa berjalan dan dijadikan amalan. 
  • Beliau juga memohon murid agar tidak berlari tanpa arah supaya tidak jatuh dan tercedera.
  • Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua murid dan guru atas kerjasama dan penglibatan setiap kelas sempena bulan kemerdekaan. 

Puan Maizara binti Mahat memberi laporan bertugas minggu lepas.

Seterusnya pengacara majlis Puan Roslelawati binti Ibrahim memberi penerangan berkenaan Tema Minggu Ini iaitu "Gaya Hidup Sihat" dan perkataan LAWAD iaitu:

  1. Gaya hidup sihat bermaksud melakukan amalan-amalan yang membawa kepada kesihatan tubuh badan yang lebih baik seperti pemakanan sihat, senaman serta tidur yang cukup. Ia melibatkan fizikal dan mental di mana fizikal itu menjaga kesihatan tubuh badan, persekitaran rumah dan alam sekitar. Manakala mental pula mengawal stress dan ketegangan dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian. 
  2. Perkataan LAWAD : BM (Menghiris = memotong nipis) | BI (Courage = keberanian) | BA (دَفْتَر = buku tulis)

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain selaku penyelaras program. Beliau menerangkan perjalanan Program BMI 5-9T Sekolah Rendah 2022 yang akan diadakan pada 20 hingga 22 September 2022. Beliau berharap agar semua aktiviti berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:

  1. 20.9.2022 | Selasa (1.30 - 2.30 ptg) - Ceramah Kesihatan (Pemakanan Sihat). Murid Yang Terlibat: Semua murid sesi petang termasuk pra sekolah. (guru subjek berada bersama murid di Dewan Perdana)
  2. 21.9.2022 | Rabu (1.30 - 2.30 ptg) - Mewarna Piramid Makanan. Murid Yang Terlibat : Semua Murid Tahun 1 & Pra Sekolah (guru subjek akan membantu murid2 dalam aktiviti mewarna ini). Kertas Lukisan akan disediakan. Guru kelas maklumkan ada aktiviti mewarna pada hari tersebut.
  3. 22.9.2022 | Khamis (5.00 - 5.50 ptg) - Senamrobik . Murid Yang Terlibat: Semua murid sesi petang termasuk pra sekolah. (guru subjek berada bersama murid di Dataran Perhimpunan)
Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain selaku penyelaras sedang memberikan penerangan tentang Program BMI 5-9T Sekolah Rendah 2022.

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan Penolong Kanan Petang iaitu Puan Siti Raudah binti Abd Hamid. Antara intipati pesanan beliau adalah:

  1. Sewaktu rehat murid diingatkan supaya berada di kantin dan dewan sahaja. Tidak boleh merayau ke tempat-tempat larangan seperti kelas sendiri, tempat parking kereta guru serta kawasan belakang sekolah.
  2. Seterusnya beliau juga meminta murid sekali lagi agar tidak membuang sampah di merata-rata. Murid diminta mengutip sampah jika ternampak semasa berjalan dan dijadikan amalan. 
Puan Siti Raudah binti Abd Hamid, Penolong Kanan Petang sedang menyampaikan pesanan.

20 hingga 22 September 2022 | Isnin hingga Khamis - Sepanjang Program BMI 5-9T Sekolah Rendah 2022 yang telah berlangsung dengan jayanya.
  • 20.9.2022 | Selasa (1.30 - 2.30 ptg) - Ceramah Kesihatan (Pemakanan Sihat) oleh Doktor Nur Nabila binti Nasharuddin, pegawai perubatan daripada Hospital Serdang yang dijemput khas untuk program ini. Ceramah yang disampaikan oleh beliau tentang piramid makanan dan kepentingan makanan sihat pada tubuh badan dan minda kita sangat mudah difahami oleh semua murid dan guru. Terima kasih doktor!
Puan Siti Raudah (Penolong Kanan Petang) menyampaikan sijil penghargaan kepada Doktor Nur Nabila binti Nasharuddin. Bergambar bersama Puan Nik Rosmaliza (penyelaras program).

Bergambar kenangan bersama murid Prasekolah
  • 21.9.2022 | Rabu (1.30 - 2.30 ptg) - Mewarna Piramid Makanan. Gambar-gambar murid Tahun 1 dan Prasekolah sepanjang aktiviti telah divideokan seperti di bawah:
  • 22.9.2022 | Khamis (5.00 - 5.50 ptg) - Senamrobik. Semua murid sesi petang termasuk prasekolah berada di Dataran Perhimpunan yang diketuai oleh Cikgu Nor Amirulfitri bin Othman sebagai instruktor senamrobik. Semua warga SKTPP Sesi Petang sangat gembira dan teruja dengan aktiviti sihat ini. Gambar-gambar sepanjang aktiviti telah divideokan seperti di bawah:

23 September 2022 | Jumaat - Sepanjang hari itu telah berlangsung Hari Jalinan Mesra Sesi Petang di mana perjumpaan guru kelas bersama ibu bapa bertempat di kelas masing-masing. Didoakan semoga semua murid berjaya dunia dan akhirat serta menjadi murid yang cemerlang hendaknya.

Gambar-gambar sepanjang Hari Jalinan Mesra Sesi Petang.


Dengan berakhirnya hari persekolahan pada hari Jumaat tersebut maka berakhirlah tugas guru-guru bertugas bagi minggu ke-24. Sebarang kekurangan di sepanjang minggu bertugas kami guru-guru bertugas memohon maaf. Terima kasih.