... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, March 31, 2011

TAKLIMAT DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID TAHAP 1 SKTPP

TAKLIMAT DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID-MURID TAHAP 1 SKTPP

Taklimat Disiplin dan Keselamatan Murid-murid Tahap 1 telah dijalankan pada:
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Perdana
Masa : Tahun 1 (1.50 petang - 2.30 petang)
Tahun 2 (4.40 petang - 5.10 petang)
Tahun 3 (3.40 petang – 4.10 petang)


Maklumat-maklumat yang disampaikan:

1. Murid-murid dilarang berlari-lari ketika berada di dalam kawasan sekolah terutama ketika waktu rehat, ke tandas, ke bilik-bilik khas, di laluan koridor dan di tangga bagi mengelakkan kejadian terjatuh, terhantuk kepala dan berlanggar sesama sendiri.
- Sejak hari Isnin (28/3/2011) hingga Rabu (30/3/2011), setiap hari ada murid yang cedera akibat terjatuh, berlanggar sesama sendiri dan terhantuk pintu.

2. Penggunaan Pintu Pagar Ketika Pulang Sekolah.

- Murid-murid diingatkan supaya menggunakan pintu pagar yang betul ketika pulang sekolah.
- Pintu Pagar A : digunakan untuk murid-murid yang berjalan kaki dan berbasikal sahaja.
- Pintu Pagar B : digunakan untuk murid-murid yang diambil oleh ibu bapa menggunakan kenderaan persendirian, bas sekolah dan van sekolah.
- Ibu bapa / Bas Sekolah dan Van Sekolah tidak dibenarkan mengambil murid-murid di pintu pagar A kecuali selepas jam 7.00 malam.
- Ini untuk menjaga keselamatan murid-murid daripada berlakunya kemalangan kerana ketika peak hour (Isnin-Rabu 6.40 petang - 7.00 malam, Khamis-Jumaat 6.10 petang - 6.45 petang) Pintu Pagar A sesak dengan kenderaan guru-guru dan kakitangan sekolah keluar masuk. Kerjasama daripada ibu bapa / penjaga, pihak bas sekolah dan van sekolah amatlah dihargai.
- Murid-murid yang lewat diambil oleh penjaga, bas dan van sekolah hingga jam 7 malam, mereka akan dibawa oleh pengawal ke pondok pengawal. Pihak ibu bapa / penjaga, bas dan van sekolah bolehlah mengambil murid-murid di Pintu Pagar A.

3. Murid-murid dilarang memasuki bilik guru.

- Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa kebenaran. Murid-murid yang mendapat kebenaran guru atau masuk bersama guru sahaja yang dibenarkan untuk masuk.
- Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kecurian barang-barang sekolah dan guru di dalam bilik tersebut.
- Sejak kebelakangan ini terdapat kejadian kehilangan barang-barang guru telah dilaporkan.

4. Kad Keluar Kelas.

- Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa memakai Kad Keluar Kelas. Sekiranya didapati murid keluar kelas tanpa memakai kad tersebut, bermakna murid itu telah keluar kelas tanpa kebenaran guru.
- Kad Keluar Kelas ini hendaklah dipakai bagi tujuan untuk mengelakkan murid daripada ponteng kelas.
- Sekiranya guru tidak membawa Kad Keluar ini, guru hendaklah meminjamkan nametag guru tersebut atau menulis sedikit nota kebenaran keluar kelas.

5. Murid-murid dilarang memegang atau menarik beg rakan ketika naik tangga ketika masuk ke kelas masing-masing.

- Larangan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan murid-murid daripada terjatuh ketika menaiki tangga.

6. Murid-murid dilarang bergayut pada palang besi di koridor-koridor sekolah.

- Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan seperti terhantuk kepala dan terjatuh bangunan.


Gambar-gambar sekitar Taklimat Disiplin dan Keselamatan Murid Tahap 1 SKTPP.


Pn Yani (Ketua Guru Disiplin Sesi Petang) sedang memberikan penerangan kepada murid-murid. Murid-murid khusyuk mendengar penerangan daripada Pn Yani.


Wednesday, March 30, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG 2011

Kejohanan olahraga MSSD Sepang sedang berlangsung di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi selama 3 hari bermula 29 hingga 31 Mac 2011.Wakil sekolah turut menyertai kejohanan ini mewakili acara balapan dan padang termasuk wakil dari Pendidikan Khas.

Acara 100 meter separuh akhir perempuan

Acara 100 meter separuh akhir lelaki

Cikgu Zaidi membantu peserta memasang nombor pada baju peserta

4 wakil pendidikan khas SKTPP di pusingan akhir 100 meter lelaki junior

Seorang wakil dari SK Bandar Baru Salak Tinggi membantu adik Nur Ain memasang nombor pada bajunya.

Adik Khairul Hazriq beraksi dalam acara lompat jauh lelaki junior

Adik Nur Ain beraksi dalam acara lontar peluru perempuan junior.

Adik Nur Ain memenangi tempat kedua dalam acara lontar peluru.

Adik Nur Ain sekali lagi mendapat tempat kedua dalam acara lompat jauh perempuan junior.

Diharap dengan adanya kejohanan olahraga ini dapat mencapai matlamat dasar 1 murid 1 sukan iaitu membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat,cergas dan berdaya saing tinggi.

Monday, March 28, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-12)

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu ke-12 (sesi petang).
Hari: Isnin
Tarikh: 28 Mac 2011
Masa: 6.10 petang – 6.45 petang

Guru Bertugas:
1. En. Saifullah B Mat Saupi (k)
2. Pn. Julaili Bt Onian
3. Pn. Ezza Hairani Bt Zainuddin
4. Pn. Wan Rosmawati Bt Wan Ibrahim
5. Pn. Suhaizan Bt Sukiman
6. Pn. Nurrul Huda Bt Yaacob
7. Pn Suraini Bt Chek Li

Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Muhammad Aiman Hafiz.
3. Bacaan Rukun Negara oleh Pn Julaili Bt Onian.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Aniq Iqbal.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Pn Nik Rosmaliza Bt Hussain.
5.1. Latihan Mengosongkan Bangunan (hari Selasa)
5.2. Demonstrasi Memadam Kebakaran (hari Khamis)
5.3. Murid di nasihatkan supaya tidak berlari-lari ketika berada di sekolah. Ini berikutan telah berlaku kecederaan (hari Jumaat) di kepala seorang murid kelas 2 Juara kerana terlanggar pintu stor bilik sukan.
5.4. Larangan bersandar di koridor bilik muzik.

6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn. Julaili Bt Onian)
6.1. Tema ‘ Sayangi Harta Benda Sekolah ’.
6.2. Guru menyatakan bahawa harta benda sekolah perlu dijaga dan digunakan sebaik mungkin seperti kerusi, meja, komputer dan sebagainya.

7. Perkataan LAWAD pada hari ini:
7.1. Bahasa Melayu : Kota
7.2. Bahasa Inggeris : Paint
7.3. Bahasa Arab : Sa’atun (jam)

8. Penyampaian Sijil Kebersihan:
8.1. Tahun 1 : Lambda
8.2. Tahun 2 : Alza
8.3. Tahun 3 : Seraya

9. Ucapan Guru Kaunseling: (Pn. Rozimah Yaacob)
9.1. Program PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah) adalah sepanjang bulan Mac dan diadakan pada waktu Pendidikan Jasmani.
9.2. Penerangan tentang ‘Rokok dan Ketagihan’ dan kesan-kesannya.
9.3. Kuiz tentang ‘Rokok dan kesan-kesannya’. Pemenang dipilih seramai 2 orang bagi setiap tahun.

10. Ucapan Guru Disiplin: (Pn. Yani Bt Mohd Shariff)
10.1. Memperkenalkan guru-guru disiplin sesi petang;
Tahun 1 : Pn. Wan Sarinah Bt Wan Ibrahim
: Pn. Suhaizan Sukiman
: Pn. Noranismawati Bt mohd Faudzi

Tahun 2 : Pn Nor Azlin Bt Mat Nor
: Pn Parimala Vengadaslam
: En. Rusydan Ismail

Tahun 3 : Pn. Yani Bt Mohd Shariff
: Pn Arnny Yusnita Bt Md.Enarji
: Pn Nor Sabariah Bt Awang Ngah

10.2. Pertukaran tempat berkumpul selepas waktu rehat;
Tahun 1 : Dewan Perdana
Tahun 2 : Dewan Perdana
Tahun 3 : Dewan Putra

11. Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim Bt Sungit)
- tidak berucap kerana kesuntukan masa (jam telah menunjukkan 6.47petang).

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-12)

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-12 (Sesi Pagi)
Hari: Isnin
Tarikh: 28 Mac 2011
Masa: 7.30 – 8.20 pagi

Guru Bertugas:
1. En. Mahadir bin Midun (K)
2. Pn. Juli binti Mahbah
3. Pn. Rosmawati binti Desa
4. Pn. Norhafiza binti Ismail
5. Pn. Linda binti Adam
6. Pn. Norinna binti Mohamed
7. Pn. Astina binti Mahad Noor

Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Mohd Hafez bin Riduan.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Juli binti Mahbah.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Sanjay Devdas.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh En. Musrizuan.
5.1 Adab makan di kantin-Terdapat
murid-murid yang makan dengan berdiri di gelanggang badminton. Sisa makanan bertaburan di atas meja selepas makan. Murid-murid dinasihatkan supaya duduk apabila makan dan sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah.

5.2 Murid perempuan memanjat dahan pokok di luar sekolah sementara menunggu van/bas sekolah. Amat berharap perkara ini tidak diulangi lagi kerana tidak sepatutnya berlaku adegan sedemikian.

5.3 Kedatangan murid-murid amat memuaskan.

6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn. Juli binti Mahbah )

6.1 Tema ‘Sayangi Harta Benda Sekolah.

6.2 Guru menyatakan usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama diantara guru, pelajar dan pekerja. Semua pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, disamping bekerjasam membanteras perbuatan memusnahkan harta sekolah. Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan ialah:

a. Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat.

b. Melaporkan kerosakan kepada guru yang berkenaan.

c. Setelah menggunakan sesuatu peralatan, hendaklah diletakkan ketempat asalnya dengan baik.

d. Menjaganya seperti harta sendiri.

e. Bergotong-royong membaik pulih peralatan yang rosak.

6.3 Peraturan Penggunaan Harta Benda Sekolah:
a.
Harta benda sekolah wajib dijaga dengan baik dan cermat.
b.
Sesiapa yang merosakkan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan.
c.
Harta benda sekolah yang dipinjam mesti dipulangkan dalam keadaan baik.
d.
Harta benda sekolah yang rosak atau hilang mesti diganti.

6.4 Akibat Jika Merosakkan Harta Benda Sekolah:
a. Murid akan ditegur oleh guru.
b. Pembaziran akan berlaku.

c. Akan menyusahkan orang lain.

d. Dikenakan tindakan disiplin.

6.5 Kebaikan Menjaga Harta Benda Sekolah

a. Dapat digunakan dengan sebaik mungkin

b. Suasana didalam kelas menjadi selesa dan ceria.

c. Mendapat pujian dan penghargaan.

6.6 Adab Menjaga Kebersihan Sekolah :

a. Mematuhi peraturan sekolah.

b. Menggunakan tong sampah yang disediakan.

c. Menggunakan tandas dengan betul.

d. Menjalankan tugasan yang ditetapkan.

7. Perkataan LAWAD pada hari ini:
7.1 Bahasa Melayu: Kota (maksud: tempat pertahanan yang dilingkungi tembok batu, benteng)
7.2 Bahasa Inggeris: Paint (maksud: mengecat)
7.3 Bahasa Arab: Al-azharu (maksud: bunga-bunga)

8. Penyampaian sijil kebersihan
8.1 Tahun 4: Kelicap
8.2 Tahun 5 : Xenix
8.3 Tahun 6 : Carnation

9. Ucapan Tuan Guru Besar (En. Sukimin bin Juki)

9.1 Ucapan alu-aluan.

9.2 Menyatakan peranan pihak sekolah ialah membimbing dan mendidik murid-murid supayaboleh berdikari apabila dewasa kelak. Berdikari bermaksud berdiri di atas kaki sendiri. Olehitu, apabila kita semakin dewasa, kita tidak lagi memerlukan guru, ibu bapa untuk memberi tunjuk ajar yang mana betul dan tidak betul.

9.3 Peranan guru di sekolah ialah membimbing murid-murid dalam pelbagai bidang termasuk etika diri,disiplin diri dan tingkahlaku yang baik dengan mematuhi hukum-hakam agama, undang-undang negara dan peraturan-peraturan negara, masyarakat dan sekolah.

9.4 Pembinaan nilai-nilai positif

9.4.1 Contoh paling mudah ialah makan dengan tertib, baca doa.

9.4.2 Perlu menyokong ‘EARTH HOUR’ (Hari Selamatkan Bumi) pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 dengan menutup lampu dari jam 8.30 hingga 9.30 malam dengan tujuan menjimatkan elektrik. Sejarahnya bermula di Australia.

9.5 Sukan

9.5.1 Memaklumkan bahawa terdapat 5 buah rumah sukan pada tahun ini berbanding pada tahun lepas, 2010 iaitu 6 buah rumah sukan kerana bilangan murid semakin berkurangan.

9.5.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua murid-murid dan guru-guru kerana telah memeriahkan aktiviti merentas desa pada hari Sabtu,26 Mac 2011. Berikut mata yang dikumpul oleh setiap rumah sukan :

a. Rumah Biru – 156 mata

b. Rumah Jingga – 174 mata

c. Rumah Hijau – 182 mata

d. Rumah Kuning – 204 mata

e. Rumah Merah – 183 mata

9.5.3 Memaklumkan T-shirt sempena hari sukan akan dikeluarkan.

9.5.4 Mengharapkan agar murid-murid dapat memberi sumbangan kepada perkara yang berfaedah demi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “1 Murid 1 Sukan”

9.6 Penutup-Guru-guru sentiasa mendidik murid-murid supaya boleh berdikari dan menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga dan masyarakat.

PROGRAM MOTIVASI KENDIRI UPSR 2011








Objektif Program:

1. Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan kecemerlangan dalam UPSR.


2. Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi

peperiksaan.


3. Dapat merancang masa depan dengan baik supaya tidak terperangkap dengan fenomena

belajar saat-saat akhir.


4. Memupuk rasa sayang dan tanggung jawab kepada ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara.


5. Memupuk kesedaran kepada ibu bapa?penjaga untuk mengawasi dan memberi tumpuan

kepada pembelajaran anak-anak.


6. Semua peserta akan memohon restu dengan ikhlas daripada kedua-dua ibu bapanya supaya

ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan Ilahi.


Sasaran: 290 orang calon UPSR 2011 dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan 1 (159 orang) - 6 Alamanda, 6 Carnation, 6 Lotus, 6 Iris dan 6 Lily

Kumpulan 2 (131 orang) - 6 Daisy, 6Gardenia, 6 Orkid dan 6 Tulip.


Tarikh dan masa program : 25 Mac 2011 (Jumaat malam Sabtu) - 7.45 malam hingga

10.45 malam

: 1 April 2011 ( Jumaat malam sabtu) - 7.45 malam hingga

10.45 malam


Penceramah Jemputan : Encik Saiful Anuar B. Hj. Basran (Guru Cemerlang Negeri Selangor)


Program Motivasi Kendiri UPSR 2011 bagi kumpulan pertama telah berjaya dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 25 Mac 2011. Seramai 119 orang murid yang hadir pada malam tersebut. Ibu bapa murid-murid tersebut juga hadir sama mendengar ceramah yang disampaikan.

Saturday, March 26, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKTPP 2011

Setelah menjalani sesi latihan untuk Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2011 pada Rabu 23 Mac yang lalu, kejohanan yang sebenar dijalankan pada Sabtu 26 Mac 2011. 

Seawal pukul 7.30 pagi murid-murid sudah berkumpul di perkarangan dataran SKTPP. Kejohanan dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan regangan otot yang diketuai oleh Puan Noranismawati Faudzi. 

Bagi bermulanya kejohanan, murid perempuan tahap 2 memulakan larian dahulu seawal 8.30 pagi. Kemudian diikuti dengan larian murid tahap 2 lelaki.Laluan merentas desa menyusuri Taman Putra Perdana dan Amanputra. 

Pada jam 9.30 pagi kejohanan berakhir. Pada tahun ini juga nama rumah ditukarkan kepada nama jenis batu permata. Rumah Kuning untuk permata Topaz, rumah Merah untuk Ruby, rumah Hijau untuk Emerald, rumah Jingga untuk Carnelian, rumah Biru untuk Sapphire.

Berikut adalah paparan gambar semasa acara berlangsung:



Antara Check Point yang dilalui oleh murid



Guru Besar mengalungkan pingat kepada salah seorang pemenang




Larian peserta lelaki



Sebelum bermula larian




Larian murid perempuan dilepaskan terlebih awal



Sesi pemanasan badan sebelum larian bermula



Berikut nama-nama pemenang acara Merentas Desa 2011.

PEMENANG KATEGORI LELAKI
PERTAMA
M. NUR QAYYUM BIN M. FAIZAL
5 PALM
CARNELIAN
KEDUA
M. KHAIRUL NAIM BIN NAZMI
6 LILY
EMERALD
KETIGA
M. AQIL ZIKRI BIN M. NIZAM
5 LINUX
EMERALD
KEEMPAT
M. ALIF IZZUDIN B. HAMDAN
6 IRIS
TOPAZ
KELIMA
ALI MOHD. KHAN
6 DAISY
EMERALD
SAGUHATI
M. AFIQ BIN AZIZ
6 DAISY
TOPAZ
SAGUHATI
M. MUSTAQIM B. KAMARUDIN
5 PALM
TOPAZ
SAGUHATI
SYAFIE B. YUSDI
6 LOTUS
CARNELIAN
SAGUHATI
IKRAM AIZZAD B. NIZAM
6 TULIP
TOPAZ
SAGUHATI
AHMAD HAZIQ B. JAFRI
6 CARNATION
RUBY
SAGUHATI
AHMAD FAIQ B. AHMAD FAWAS
6 IRIS
CARNELIAN
SAGUHATI
MOHD. IQBAL HAKIMI B. M. FAUZI
6 CARNATION
TOPAZ
SAGUHATI
AZMAN BIN MOHAMAD
6 ORKID
EMERALD
SAGUHATI
M. ASYRAF BIN ROFLIN
6 ORKID
SAPPHIRE
SAGUHATI
M. SHAFRI FARIZAL B. M. SUZAINI
5 MIDORI
TOPAZ


PEMENANG (KATEGORI PEREMPUAN)
PERTAMA
NUR FARAH SAHANA BT. M. ALIF
6 DAISY
EMERALD
KEDUA
NUR SYAFIQAH ASYIKIN
4 KELICAP
SAPPHIRE
KETIGA
ZULFAH HAZIRAH BT. MASHAI
5 SOLARIS
TOPAZ
KEEMPAT
RAVENIA SURESH
6 ALAMANDA
CARNELIAN
KELIMA
SUBASHRIE A/P K. PARMESAHRAO
6 LILY
RUBY
SAGUHATI
NURUL NATASHA SAUDO
6 LOTUS
CARNELIAN
SAGUHATI
DESRIEE MICHELLE DAVID
6 LOTUS
CARNELIAN
SAGUHATI
NUR ERNA NATASYA
6 CARNATION
TOPAZ
SAGUHATI
NURSAFANA ZAINA
5 SYMBIAN
SAPPHIRE
SAGUHATI
HANIS SHAHIRA
6 DAISY
RUBY
SAGUHATI
NURALIA HUSNA
5 XENIX
RUBY
SAGUHATI
SITI NURFARAHWAHIDA
5 MIDORI
EMERALD
SAGUHATI
NURIN NABILA
5 XENIX
EMERALD
SAGUHATI
ALIFAH ILYANA
5 LINUX
CARNELIAN