Tuesday, May 31, 2011

Monday, May 30, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

Proses pengubahsuaian kaunter khidmat pelanggan




Mukhlis sedang menanggalkan kaunter 

Debra, Sharil dan Mukhlis.  Sempat juga si Debra berposing

Masih dalam pengubahsuaian

Friday, May 27, 2011

FESTIVAL AL-QURAN DAN KESENIAN ISLAM YAYASAN RESTU 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Restu akan mengadakan festival di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 8 hingga 17 Julai 2011
Tempat: Kompleks Taman Seni Islam Selangor
No. 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam, Selangor.

Untuk makluman, objektif utama festival ini adalah bertujuan mengangkat pembudayaan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan umat islam di peringkat Nasional dan Antarabangsa. Antara pengisian program meliputi perkara-perkara berikut:-

1. Pertandingan & Pameran Seni Khat Kebangsaan
2. Pertandingan Produk Seni Kreatif Islam
3. Pertandingan Seni Reka Bentuk Dalaman
4. Pertandingan & Pameran Fotografi Kebudayaan & Kesenian Islam
5. Pertandingan Kesenian Islam Kanak-kanak
6. Pameran Pedang Rasulullah SAW & Sahabat RA
7. Seminar dan Kolokium Antarabangsa
8. Gerai dan Jualan Kraf
9. Program Wakaf Al-Quran
10. Persembahan Nasyid/Qasidah/Burdah/Hadrah
11. Forum/Ceramah/Usrah/Takzirah
12. Kursus/Bengkel Intensif Islam

Borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan boleh didapati di Pejabat SK Taman Putra Perdana atau sebarang pertanyaan hubungi:

Sekretariat Festival Al-Quran dan Kesenian Islam Yayasan Restu
Tel: 03-551190001/9002/9003
www.restu-art.com

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Hari Jalinan Mesra SKTPP - 27 Mei 2011

Pada hari ini telah berlangsungnya Hari Jalinan Mesra bagi murid tahun 1 hingga tahun 5.  Murid tahun 6 tidak terlibat kerana mereka baru sahaja lepas menduduki Percubaan UPSR pada 26 Mei 2011.  Oleh itu, majlis penyerahan kad laporan akan dijalankan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam semasa acara ini berlangsung:


Suasana dalam kelas 






Suasana di Dewan Perdana 


Ibu bapa murid Prasekolah turut diberi peluang berjumpa dengan guru mereka 










Murid-murid tahun 6 belajar di dalam kelas masing-masing





Ibu bapa murid tahun 1  (KSSR) menerima naskah laporan pencapaian murid

Ibu bapa murid Pendidikan Khas juga tidak ketinggalan, turut hadir ke sekolah
untuk melihat pencapaian anak masing-masing 

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sentiasa menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.  Kerjasama yang padu antara kedua-dua pihak mampu melonjakkan lagi kejayaan anak-anak di SKTPP ini.

*Untuk melihat lebih banyak paparan gambar, sila klik di sini.

UJIBAKAT RANCANGAN ADIK-ADIKKU MUSIM KE-3

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasma RTM sedang menerbitkan rancangan realiti TV kanak-kanan 'Adik-adikku Musim ke-3' yang akan disiarkan di TV1. Rancangan ini akan diteruskan berdasarkan sambutan hebat yang diterima pada musim lalu.

Peserta rancangan adik-adikku terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 8 hingga 12 tahun. Antara kurikulum yang akan dinilai dalam rancangan ini adalah:

1. Kepetahan berpidato
2. Bacaan surah-surah Al-Quran
3. Hukum Tajwid
4. Azan/Nasyid/Berzanji
5. Aqidah
6. Sirah Nabawi
7. Pengetahuan Am

Murid-murid yang berbakat boleh menyertai sesi ujibakat seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 hingga 5 Jun 2011 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Keperluan: 1 keping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan salinan surat beranak
Pegawai yg boleh dihubungi: Pn. Noraziha bt Yusoff (019-3273412) / En. Mohd Amin bin Ismail (012-6179796)

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Thursday, May 26, 2011

HARI JALINAN MESRA SK TAMAN PUTRA PERDANA

Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan majlis di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 27.5.2011 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Tempat :

1. Prasekolah – Kelas masing-masing

2. Pendidikan Khas – Kelas masing-masing

3. Tahun 1, 2, 4 dan 5 – Kelas masing-masing

4. Tahun 3 – Dewan Perdana

Semua murid dikehendaki hadir bersama ibu bapa dan persekolahan sesi petang pada hari tersebut ditangguhkan. Murid tahun 6 tidak terlibat dalam program ini dan belajar mengikut jadual seperti biasa. Perjumpaan ibu bapa untuk murid tahun 6 dijangka akan diadakan pada bulan Jun.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Tuesday, May 24, 2011

WAJAH-WAJAH PENDIDIK SK TAMAN PUTRA PERDANA

Doktor,jurutera,jururawat,kerani,usahawan,guru,tentera,polis,nelayan,petani,posmen,bomba dan segala pekerjaan dimuka bumi ini,dimulakan oleh insan-insan dipanggil G U R U !!!

klik pada gambar untuk capaian pantas.

ALLTECH DRAW MY FARM CARNIVAL 2011

Untuk makluman satu karnival akan diadakan oleh Alltech Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd. akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena karnival tersebut seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 5 Jun 2011 (cuti sekolah)

Time : 9.30 pg - 4.30 ptg

Tempat : Multipurpose Hall, Level 4, National Science Centre,,
Mount Kiara, KL

Untuk maklumat lanjut sila layari www.alltech.com/malaysia

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 20 (SESI PETANG)

Hari: Isnin
Tarikh: 23 Mei 2011
Masa: 6.10 - 6.40 petang

GURU BERTUGAS:

1. En. Saifullah
2. Pn. Suhaizan
3. Pn. Wan Rosmawati
4. Pn. Nurrulhuda
5. Pn. Julaili
6. Pn. Ezza Hairani
7. Pn. Suraini Chek Li

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn.Noranismawati).

b)
Bacaan doa oleh pengawas, Aiman Danial dari 3 Seraya.
c) Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Wan Rosmawati dan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal b. Zulkarnain (Ketua Pengawas sesi petang)
.

2. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Nik Rosmaliza)

a) Beliau menasihati semua murid jangan bermain di belakang kawasan surau sekolah.
b) Semua murid dinasihati tidak membuat bising di Dewan Perdana dan Dewan terbuka pada waktu rehat dan waktu-waktu lain.
c) Beliau menegur murid supaya tidak berlari untuk ke tandas, ke kantin atau pada waktu rehat.

3. Pengumuman Kelas Terbersih

Penyampaian sijil untuk kelas terbersih:

Tahun 1 - 1 ZETA

Tahun 2 - 2 ALZA

Tahun 3 - 3 ALMON

4. Ucapan Guru Bertugas (Pn. Wan Rosmawati)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Tema minggu ini adalah 'Mengisi Waktu Cuti Dengan Aktiviti Berfaedah'. Beliau menasihati semua murid untuk mengisi waktu cuti minggu depan dengan aktiviti-aktiviti yang elok seperti menolong ibu bapa membuat kerja rumah, menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan mengambil inisiatif untuk memantapkan diri dengan membaca buku pelajaran atau buku cerita serta aktiviti lain yang berfaedah.

d) Perkataan LAWAD minggu ini:

  • Bahasa Malaysia : MELANCONG
  • Bahasa Inggeris : STUDENT bermaksud pelajar
  • Bahasa Arab : WAJIBATUL MANZILIAH bermaksud kerja rumah
5. Pengumuman

Pn. Wan Rosmawati

a) Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini adalah Unit Beruniform.
b) Kelas Tasmek berjalan seperti biasa pada minggu ini.

Pn. Yani

a) Beliau memaklumkan Hari Jalinan Mesra akan diadakan pada hari Jumaat ini, 27 Mei 2011 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Surat edaran telah diberikan kepada semua murid. Semua murid dikehendaki hadir bersama ibu bapa dan sesi persekolahan sesi petang pada hari tersebut ditangguhkan.

6. Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin bin Ibrahim)

a) Beliau memperkenalkan diri dan menyatakan rasa sukacita untuk berkhidmat di sini.
b) Menasihati agar semua murid menghayati tema minggu ini dan semua murid hendaklah menggunakan masa cuti dengan baik.
c) Menasihati agar semua murid menjadi anak yang soleh dan solehah serta berusaha menjadi pelajar yang pintar yang cemerlang.

Monday, May 23, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 20 (SESI PAGI)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 20 (SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 23 Mei 2011
Masa : 7.30 pagi- 8.20 pagi
GURU BERTUGAS
En Mahadir Midun (K)
Pn Astina Mahad Nor
Pn Rosmawati Md Desa
Pn Azwani Mohamed Noordin
Pn Norhafiza Ismail
Pn Linda Adam
Pn Norinna Mohamed
Pn Juli Mahbah
LAPORAN / ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Astina.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Rosmawati Md Desa
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Hafiz
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN NORASMAWATI OMAR)
Peristiwa yang amat dikesali telah berlaku pada minggu lepas iaitu pencerobohan di kelas 5 Windows. Didapati si penceroboh telah mengambil wang di dalam beg murid dan telah menyepahkan kelas tersebut. Pesanan guru bertugas minggu lepas, murid-murid dikehendaki sentiasa membawa barang peribadi seperti dompet apabila keluar kelas.
PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH
Penyampaian sijil kelas terbersih.
4- Tiung
5- Xenix
6- Carnation
UCAPAN GURU BERTUGAS ( PN ROSMAWATI)
Tema perhimpunan pada minggu ini ialah 'Mengisi Waktu Cuti Dengan Aktiviti Berfaedah’.
Terdapat banyak aktiviti untuk memenuhi masa lapang seperti mambaca buku, menanam pokok hiasan, memancing, menziarahi keluarga atau rakan, beriadah dan sebagainya. Untuk mendapatkan faedah yang maksima, aktiviti perlulah dirancang dengan teliti.
LAWAD hari ini:
Bahasa Melayu – melancong (melawat sambil melihat-lihat)
Bahasa Inggeris –letter (surat)
Bahasa Arab – tunadini (memanggil saya)
UCAPAN GURU DISIPLIN (PN ZALEHA)
1) Terdapat murid yang keluar waktu sesi p&p, tidak memakai pas keluar masuk. Telah diingatkan berkali-kali kepada murid untuk memakai pas keluar masuk apabila hendak keluar kelas, namun masih ada yang berdegil. Tindakan akan diambil oleh semua guru mulai hari ini jika ada murid yang tidak memakai pas tersebut.
2) Terdapat murid masuk ke bilik guru secara beramai-ramai dan membuat bising. Mohon kerjasama semua guru untuk menegur dan menasihati murid-murid berkenaan.
3) Semua murid perlu menggunakan tangga yang telah diaturkan oleh pihak sekolah sewaktu naik dan turun untuk ke pejabat, bilik guru atau lain-lain.
PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM KEM IBADAH DAN MOTIVASI TAHUN 5 (13-14 Mei)
Ucapan penyampaian sijil oleh Pn Nur Zainon dan disampaikan oleh Pn Jamilah Arifin (PK HEM). Wakil dari setiap kelas tahun 5 diminta mengambil sijil tersebut.
PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA KEJOHANAN MSS SEPANG (29-31 Mac) telah disampaikan oleh Pn Shyamala a/p Selvarajah (PK Kokurikulum)
1) Tempat ke 3 - Lompat tinggi: Ravenia Suresh
2) Tempat ke 3 - Lari 4 x 100m: Nur Iman Azni, Nur Erna Natasya, Nur Farah Sahana dan Aryatul Adnin Illyyina
3) Tempat pertama - Lompat tinggi dan lari berpagar: Mohd Azhar Apandi
4) Olahragawan lelaki: Mohd Azhar Apandi

Kokurikulum pada minggu ini (25 Mei 2011) iaitu unit beruniform.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru telah diadakan pada hari Khamis lalu bersamaan 19 Mei 2011.tema sambutan pada tahun ini ialah 'Guru penjana Transformasi pendidikan Negara'

Atucara sambutan 7.30-9.00 pagi
Nyanyian lagu Negaraku dan koir guru(Guru Malaysia dan Lagu Tema)

Ikrar guru diketuai oleh En hafiz Bin Md Nor

Aksi guru-guru semasa menyanyikan lagu Tema Hari Guru 2011

Cikgu Norsyifa memenangi cabutan bertuah dari Guru Besar En Sukimin Bin Juki
Guru-guru menunggu cabutan bertuah yang paling menarik!!telefon bimbit

Atucara sambutan 9.00-10.30 pagi
Acara meniup belon sehingga pecah diantara kumpulan Toyota,Honda,Nissan dan Mitsubishi

Aksi-aksi guru semasa meniup belon

Acara memasukkan air kedalam botol

Acara bawa bola guna reket.

Acara baling belon berair

Acara makan biskut paling pantas

Acara berbasikal paling lambat

Atucara sambutan 10.30-12.30 tengahari
Persembahan dari kumpulan guru

Persembahan dari murid SKTPP
Kek yang disumbangkan oleh pihak kantin

”Selamat Hari Guru” dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan
terhadap komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi para guru
kepada bangsa dan negara. Memperingati hari besar untuk guru
membolehkan kita mengenal dan mengakui jasa guru tiada tolok
tandingnya.(Menteri Pelajaran Malaysia,YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin)