Friday, January 31, 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR (SUKIMIN B. JUKI), MADAM KWA JIN NEE DAN USTAZ ISMARIZAL

Hari: Khamis
Tarikh: 30 Jan 2014
Masa: Sesi pagi dan Sesi petang

Pada hari Khamis, 30 Januari 2014 adalah hari terakhir En. Sukimin Bin Juki bertugas sebagai seorang guru besar di SK Taman Putra Perdana kerana akan menjalankan tanggungjawab di sekolah baru iaitu di SK Desa Pinggiran Putra. Manakala Madam Kwa Jin Nee pula akan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Sepang dan Ustaz Ismarizal pula akan meneruskan khidmat di SJK(C) Sin Ming. 

Sebelum ini SKTPP telah kehilangan 3 orang guru yang juga ditukarkan ke SK Desa Pinggiran Putra iaitu En Rosdin bin Ibrahim (PK Petang), Pn. Noor Sabariah bt Awang Ngah dan Pn. Rashidah bt Mahmad.


Tiada kata seindah bahasa, oleh itu pantun diganti sebagai ucapan dari kami.

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun jauh berbatu-batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi, 
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Guru Besar, Sukimin Bin Juki

Salam perpisahan antara Guru Besar, Sukimin B. Juki dengan murid-murid sesi pagi














Pn. Jamilah Bt. Arifin, Ustaz Ismarizal, Guru Besar Sukimin B. Juki,
Madam Kwa Jin Nee dan Pn. Siti Habsah Bt. Ahmad





Guru Besar bersama dengan guru dan murid-murid PPKI



Guru Besar, Sukimin B. Juki merakamkan kenangan bersama dengan murid-murid tahun 6











Cenderahati dari warga SKTPP sebagai tanda kenang-kenangan 






Jamuan perpisahan di kantin sekolah





Pn Kwa Jin Nee yang berpindah ke PPD Sepang

En. Rosdin bin Ibrahim ke SK Desa Pinggiran Putra sebagai PK HEM

Pn. Nor Sabariah ke SK Desa Pinggiran Putra





Pn. Rashidah ke SK Desa Pinggiran Putra




GURU;
Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa, dia juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


AKHIR KATA:
Selamat Maju Jaya di sekolah baru.

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH.