Saturday, November 28, 2015

Kelas Tuisyen Pintar Membaca

Mana-mana ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak ke Kelas Membaca dalam masa cuti bolehlah menghubungi Cikgu Bibie Nadia....





Kedai Buku dibuka mulai 7.12.2015

Adalah dimaklumkan kedai buku sekolah akan dibuka mulai 7 Disember 2015;
Hari : Isnin - Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
(Cuti umum tutup)

Thursday, November 26, 2015

Trim dan potong pokok

Pada kesempatan cuti sekolah ini, para pekerja pembersihan telah membuat kerja-kerja berat seperti memotong pokok. Terima kasih Makcik dan Pakcik Cleaner...







Monday, November 23, 2015

Mesyuarat Perancangan Strategik 2016

Walaupun cuti sekolah baru bermula namun guru-guru SKTPP hadir ke sekolah seminggu minggu ini untuk bermesyuarat dan membuat persiapan bagi menghadapi persekolahan tahun baharu 2016. Hari ini bermula Mesyuarat Perancangan Strategik Kurikulum. Esok akan disusuli dengan Mesyuarat Perancangan Strategik Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum.    Guru-guru juga menyelesaikan pelbagai kerja yang belum selesai dan tertangguh seperti pelarasan Jadual Kedatangan Murid, mengisi SKPM, PBPPP, penataran format baharu UPSR dan lain lagi. Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar...





Saturday, November 21, 2015

Hari Orientasi Murid Tahun 1 2016

Hari Orientasi ini telah diadakan pada 21 November 2015 pada hari Sabtu, bermula jam 8.00 pagi dan tamat sekitar 1.00 petang. Taklimat khas ibu bapa mengambil tempat di Dewan Perdana, Manakala Ujian Diagnostik bertempat di kelas-kelas khas yang disediakan.

Program Orientasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tadika atau prasekolah yang bakal melangkah ke  tahun 1 2016.  Ujian Diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasai 4M. Sekaligus memberi peluang kepada murid-murid ini untuk menerokai dan memberi gambaran yang positif untuk sesi persekolahan pada Januari 2016 kelak.

Objektif :
·    ~ Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.
·   ~  Murid-murid boleh mengenali bilik dajah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.
·   ~ Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.
·   ~ Mendedahkan ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki Tahun 1

Guru menyambut kedatangan ibu bapa.
Seorang ibu sedang memujuk anaknya untuk menyertai murid lain beratur. 
Bacaan doa.
Murid beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan. 
Ibu bapa menyemak senarai nama untuk kedudukan murid mengikut kelas yang telah ditetapkan. 

Murid-murid menunjukkan reaksi yang ceria semasa ditempatkan di dalam kelas. 














Pengacara majlis yang komited menjalankan tugas sepanjang
majlis berlangsung.
Puan Guru besar, Puan Hajah Rohaidah memberikan ucapan dan sedikit maklumat ringkas mengenai Hari Orientasi yang dijalankan.


Ucapan dan penerangan oleh YDP PIBG; Tuan Hj. Khairul Azhar
Ibu bapa / penjaga mendaftar EzySMS dalam mendapatkan info sekolah
melalui sistem khidmat pesanan ringkas.
Penolong Kanan Petang, Puan Rosmah memberikan taklimat ringkas
berkenaan peraturan-peraturan sekolah khususnya murid di sesi petang.
Guru Disiplin Sesi Petang, Encik Hisyam memberikan taklimat disiplin
peraturan yang peru dipatuhi oleh murid-murid sekolah. 
Gelagat murid-murid yang menduduki Ujian Diagnostik

Guru-guru bertungkus lumus menyiapkan proses
penandaan kertas Ujian Diagnostik.








Guru-guru bertugas memberi penerangan mengenai lawatan
ke bilik darjah dan bilik-bilik khas.












Ibu bapa bersurai setelah selesai program.










Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang bakal menjejaki Tahun1 2016 yang telah hadir dengan jayanya mengikuti program Orientasi. Semoga dengan aktiviti yang telah dijalankan dapat memberi semangat baharu dan keyakinan yang tinggi kepada murid-murid untuk bersekolah pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Disediakan oleh : 
NORAZIAN MAT ANUAR

Friday, November 20, 2015

Guru-Guru dan Staf SKTPP 2015

Keluarga besar SKTPP

Guru-guru bersama yang bakal bersara; Cikgu Noor Azila

Staf bersama yang menamatkan jawatan; Pn. Siti Asmidah

Barisan guru-guru dan staf PPKI

Selamat Berpisah

Majlis Jasamu Dikenang

Pada 20 November 2015, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan majlis persaraan Puan Noor Azila binti Ngah dan Puan Siti Asmidah binti Ahmad yang akan bersara pada 1 Januari 2016 dan November 2015.

Tujuan majlis diadakan bagi memperingati jasa-jasa mereka sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Untuk makluman semua, Puan Noor Azila telah berkhidmat selama 12 tahun bermula tahun 2004 iaitu tahun pertama sekolah ini dibuka. Manakala Puan Siti Asmidah pula mula berkhidmat pada April 2013 iaitu selama dua tahun.

Turut diraikan ialah 4 orang guru yang akan bertukar iaitu Pn. Ainul Balkish, Pn. Ezza Hairani, Pn. Suhaizan dan Pn. Suzelawati. Semoga terus sukses di sekolah baharu masing-masing.

                Akar keladi melilit selasih,
                Selasih tumbuh di dalam taman
                Junjungan budi kenangan kasih
                Mesra kenangan sepanjang zaman.

               Mengait rambutan menggunakan galah
               Disimpan bersama buah berangan
               Walau sezarah silap dan salah
               Harap dimaafkan disimpan jangan.

Antara paparan yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung....



Pentas yang telah dihias untuk majlis ini.
Wajah-wajah kesayangan yang bakal meninggalkan SKTPP
Menanti isyarat untuk memulakan perarakan
Perarakan menuju ke dewan diiringi pasukan kompang sekolah.
Barisan guru-guru yang diraikan.
Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP sedang menyampaikan ucapan.
Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Sufian (YDP PIBG)
Puan Siti Asmidah binti Ahmad memberi ucapan akhir beliau.
Puan Noor Azila memberi amanat akhir sebelum persaraan beliau.
Penyampaian watikah persaraan oleh Guru Besar.
Puan Noor Azila sedang menerima watikah persaraan.

Puan Siti Asmidah menerima watikah persaraan.
Perarakan menuju ke kereta yang disediakan khas.
Puan Noor Azila bersalam dengan murid-murid SKTPP
Suasana pilu menyelubungi perarakan.
Sesi bergambar kenangan terakhir bersama pentadbir.
Senyuman terakhir indah terukir  insan yang diraikan.
Simbolik penghantaran pulang.


Bye.... jumpa lagi
Pihak sekolah mengharapkan semoga Puan Noor Azila dan Puan Siti Asmidah akan terus mencapai  kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Aamin....