Thursday, September 30, 2021

Cara-cara Menghargai Jasa Guru

Assalamualaikum dan salam ceria buat anak-anak didik SK Taman Putra Perdana.

Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis. Inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insaniah dengan cahaya ilmunya. Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan. Tanpa usaha dan pengorbanan guru, tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. 

Berikut adalah cara-cara menghargai jasa guru:


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah Kepada Ibu Bapa PPKI

Malam ini penataran dan taklimat pengoperasian pembukaan sekolah kepada ibu bapa murid-murid PPKI. Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih buat YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian & Naib YDP PIBG; Pn. Normawati dapat sama-sama hadir dalam google meet ini. Selamat bersekolah semula buat anak-anak MBK semua. Semoga bertemu lagi secara bersemuka pada 4 Oktober 2021 nanti...




Wednesday, September 29, 2021

Adab Bergurau Dengan Rakan

Kalau duduk di dalam surau,
Ingat-ingatlah membaca kitab,
Kalau duduk senda gurau,
Ingat-ingatlah tersalah cakap.

Salam bahagia untuk semua...... Perkongsian hari ini bertemakan rakan / kawan. Cikgu yakin dan percaya kamu pasti ada kawan. Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa menjaga perilaku apabila bersama dengan kawan yang lain. Semasa bergurau haruslah berpada-pada. Bimbang kawan berkecil hati. Di sini cikgu kongsikan adab-adab bergurau dengan rakan. Selamat menonton dan semoga bermanfaat.



Alangkah indah hati beriman,
Akhlak mulia tiada tara,
Alangkah indah banyak teman,
Hidup bahagia banyak saudara.


💓"Happiness is a state of mind"💓
We Care We Love"

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangorterbilang
#staysafe

Lawatan PPD lagi

Pegawai PPD bersama kontraktor melihat kerja-kerja naik taraf PPKI dan Pemulihan Khas yang telah selesai. PPD juga melihat status kerosakan tangki air dan pili bomba sekolah yang perlu dibaiki

Terima kasih PPD atas sumbangan dan keprihatinan. Kami amat menghargainya..












Tuesday, September 28, 2021

Pemantauan Pengoperasian Sekolah

Pemantauan persiapan pengoperasian pembukaan sekolah oleh pegawai pemantau dari JPS; Pn. Azni @ Pn. Siti Aishah. Alhamdulillah... semua berjalan lancar. PPKI telah bersedia menerima murid yang akan bersekolah minggu depan. Minggu depan beliau akan datang lagi melihat perjalanan murid-murid pula. Sehingga berjumpa lagi.. Terima kasih banyak puan.








Jom Kongsi : 5 Teras Keluarga Bahagia

Assalamualaikum, salam ceria & salam bahagia 😃😃😃 buat anak-anak serta warga SKTPP. Semoga kebahagiaan menjadi tamu istimewa buat kita setiap ketika. Kita sanggup lakukan apa sahaja untuk kecapi kebahagiaan kerana ia lebih kekal daripada wang dan harta. Keluarga bahagia bukan sekadar ibu bapa dan anak-anak berkumpul dalam satu rumah sahaja, namun ia adalah satu ikatan kasih sayang yang suci terjalin bersama pasangan, manakala anak-anak pula merupakan amanah dari Allah.

Kita semua mampu membina keluarga yang bahagia dengan mengamalkan beberapa perkara yang mungkin dianggap remeh dalam kehidupan harian kita, namun tanpa dijangka ianya mampu memberi impak yang besar dalam jangka masa panjang. Jom sama-sama kita amalkan beberapa tips yang menjadi teras kepada keluarga bahagia.


Semoga perkongsian video ini juga mampu memberi nilai tambah dalam usaha kita membina keluarga yang bahagia


#staysafe
#mindasihat;emositerjagakehidupansejahtera
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor

Monday, September 27, 2021

Mesyuarat Pengurusan PPKI Bil. 4

Mesyuarat Pengurusan PPKI Bil. 4 merangkap Penataran Pengurusan Pengoperasian Pembukaan Sekolah Murid Berkeperluan Khas (MBK) diadakan hari ini. Turut hadir : Guru Besar, PK HEM dan PK Petang. Sebagaimana diarah murid PPKI akan memulakan persekolahan pada minggu depan. Minggu ini guru2 dan PPM akan berkemas, susun dan siapkan semuanya.. Semoga dipermudahkan segala urusan..






Penggunaan Media Sosial Yang Baik dan Hentikan Buli Siber

Assalamualaikum dan salam inspirasi. Semoga semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana berada dalam keadaan sihat dan harmoni. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai Pengurusan Media Sosial Yang Baik Dan Hentikan Buli Siber. Media Sosial adalah aplikasi berasaskan komputer yang memudahkan perkongsian idea, fikiran dan maklumat melalui pembinaan rangkaian maya dan komuniti. Masyarakat termasuk murid-murid boleh berkongsi maklumat dengan cepat di platform media sosial ini seperti berkongsi maklumat, foto, video dan banyak lagi melalui web ini. Contoh rangkaian perkongsian media ialah Instagram, Youtube, Tik Tok dan sebagainya. 

Kita perlu menggunakan media sosial dengan baik dan perlu ada etika. Tujuannya supaya kita terhindar dari buli siber. Maklumat selanjutnya boleh hayati poster dan tonton video yang disertakan. Kemudian teruskan bermain aktiviti wordsearch 'Find Me by Cikgu Juli'. Pastikan murid-murid telah menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru-guru sebelum meneruskan aktiviti permainan ini. Selamat menonton dan selamat mencuba. Semoga bermanfaat.  






Aktiviti permainan wordsearch 'Find Me by Cikgu Juli', sila klik link berikut: 

https://wordwall.net/play/22344/348/446

Jawapan:

KOMUNIKASI, WHATSAPP, TELEGRAM, FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, BERINTERAKSI, BERHEMAH, ELEKTRONIK, PSIKOSOSIAL

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Saturday, September 25, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-31 (Sesi Petang)

Tarikh: 20 September 2021 hingga 24 September 2021

Senarai nama guru bertugas kumpulan 1

  1. Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)
  2. Ummu A'thiah binti Hashim (P)
  3. Norhana binti Nordin
  4. Azizah binti Ab Hamid
  5. Nor Arzah binti Hussin
  6. Suriyana binti Nanyan@Salim
  7. Nor Holwani binti Yahaya
  8. Norhidayu binti Sadri
  9. Nor Azizati binti Ahmad
        

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.

Selamat kembali semula ke sesi persekolahan secara PdPR setelah selesai cuti pertengahan penggal. Minggu ini merupakan minggu ke-30 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Nampaknya murid-murid kian selesa dengan PdPR dan norma baharu ini. Para guru sentiasa berusaha mempelbagaikan kaedah PdPR agar murid-murid sentiasa teruja untuk mengikuti sesi PdPR. Mari kita lihat gambar-gambar sesi PdPR sesi petang yang sempat dikongsikan sepanjang minggu ini.

PdPR Tasmik bersama Ustazah Rafini

Medium google classroom dan google form

Penuh bersemangat guru-guru dan anak murid.

Sesi PdPR Sains Tahun 2

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)

Seperti biasa, Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa memberi perkongsian yang bermanfaat untuk semua. Antara perkongsian pada minggu ini ialah:

http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2021/09/peranan-diri-daan-sokongan-guru-dalam.html

http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2021/09/kenal-dan-pilih-rakan-sebaya-yang-betul.html


Minggu persekolahan juga dirancakkan dengan pelaksanaan Minggu Matematik oleh Panitia Matematik bertemakan 'MATH IS FUN' secara atas talian bermula dari 20 September hingga 1 Oktober 2021. Majlis pelancaran Minggu Matematik telah berlangsung secara atas talian melalui aplikasi YouTube. 

https://youtu.be/g9kNasrN-TY

Bagi murid sesi petang, aktiviti menjawab kuiz Matematik secara atas talian dijalankan ketika waktu PdPR Matematik. Berikut adalah kompilasi gambar yang dikongsikan sepanjang berlangsungnya sesi menjawab kuiz Matematik.


Tahun 1 

Tahun 2

Tahun 3

Pada 17 Ogos hingga 16 September 2021yang lalu telah berlangsungnya Program Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 peringkat sekolah. Banyak pertandingan telah diadakan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan ini. 




Mari kita saksikan beberapa video dan gambar terpilih hasil usaha dan kerjasama murid-murid dan ibu bapa.


Semoga pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat juang murid-murid dalam menuntut ilmu. Dengan kehadiran teknologi pendidikan masa kini, proses pembelajaran dan pengajaran tidak semestinya berlaku secara bersemuka malah kita masih lagi dapat merasai suasana seperti di sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati-Nya.

Disediakan oleh: Nor Holwani Yahaya

Laporan Bertugas Minggu ke-31 (Sesi Pagi)

Tarikh:  20 September hingga 24 September 2021

Hari: Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

1. Rosmawati bt Md Desa

2. Roseniza binti Setapa

3. Norsiah binti Mohd Nor

4. Norli binti Hassan

5. Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

6. Juli bt Mahbah

7. Zurilazman bin Abdullah

8. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

9. Norina binti Mohamed

10. Claudia Jacqueline Charles Nelson

11. Astina binti Mahad Nor

12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin 

Sesi pembelajaran selepas cuti penggal diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah. Semua pihak memberikan kerjasama yang positif terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilihat sebagai kaedah terbaik ketika penularan Covid-19.

Para guru terus berusaha untuk memastikan murid-murid dapat belajar dengan baik supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Guru bertindak lebih responsif melalui penggunaan pelbagai kaedah dan platform bagi proses PdPR.  Dengan cara ini, tugas guru lebih tertumpu kepada membimbing pelajar dan mampu memberi perhatian dalam proses membentuk kemenjadian murid.

Suka atau tidak, inilah pilihan yang ada ketika ini bagi memastikan pendidikan dan pembelajaran terus berjalan agar tiada pelajar tercicir dalam mendapatkan ilmu. Meskipun kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah adalah yang terbaik, namun ramai tidak sedar kaedah PdPR juga mampu membuahkan kejayaan kepada pelajar. 

PdPR pada minggu ini tidak hanya berlangsung atas talian semata-mata malah kaedah pembelajaran ini juga dilakukan secara luar talian. Para guru komited dalam membimbing, memberi latihan dan menyediakan tugasan projek agar murid boleh mengakses pembelajaran melalui TV Pendidikan, DELIMa, Cikgootube, EduwebTV (koleksi video), Youtube dan lain-lain.

Pelbagai program dan aktiviti juga telah dilaksanakan pada minggu ini. Antaranya; Minggu Matematik, Program Melangkah Ke Alam Remaja, Mesyuarat Pengurusan Bil. 4, Program Pelaksanaan Kajian Indeks Kemenjadian Murid (IKM 2021), Semarak Kokurikulum dan banyak lagi.

Mungkin pada awalnya semua pihak sukar menerima PdPR, namun dengan pelbagai inovasi dan penambahbaikan, PdPR boleh menjadi lebih berkesan sekiranya ibu bapa dan pelajar mahir menguruskan pem­belajaran. Sama ada persekolahan secara bersemuka atau PdPR, tetap ada cabaran dan kekurangannya yang tersendiri. Marilah kita me­nyalakan lilin daripada mengadu tentang kegelapan.

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu ini:

Murid bersedia untuk mengikuti sesi PdPR

Persediaan mental & fizikal Cikgu Norli sebelum memulakan kelas

Sesi PdPR subjek bahasa Inggeris

Minggu Matematik 2021(PPKI)

Murid Tahun 6 mengikuti Program Minggu Matematik

Murid Tahun 4 juga mengikuti Program Minggu Matematik

Murid Tahun 5 mengikuti Program Minggu Matematik

Program Pelaksanaan Kajian Indeks Kemenjadian Murid (IKM 2021)

Aktiviti Kokurikulum Persatuan Agama Islam

Disediakan oleh:

Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
Rosmawati bt Md Desa