Saturday, March 31, 2012

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS 2012


Masa : 9.00 pagi hingga 11.00pagi

Tarikh : 31 Mac 2012, Sabtu

Tempat : Pusat Sumber dan Bilik Mesyuarat SKTPP

LATAR BELAKANG

Unit beruniform yang ditubuhkan di SK Taman Putra Perdana kerap melakukan aktiviti seperti lawatan, pertandingan sukan dan sebagainya. Sewaktu pelajar-pelajar melakukan aktiviti, kemalangan mungkin berlaku. Oleh sebab itu, adalah perlu setiap ahli unit beruniform mampu memberikan bantuan mula atau disebut juga bantuan kecemasan andainya berlaku keadaan seumpama itu sebelum pasukan paramedik tiba. Pengetahuan pertolongan cemas dapat menyelamatkan nyawa, mengehadkan kesan-kesan kecederaan.

OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir kursus ini, para peserta :

i. dapat menambahkan pengetahuan tentang pertolongan cemas untuk menjaga keselamatan diri

sendiri, rakan-rakan dan ahli keluarga.

ii. mengetahui tatacara memberi kelegaan dan keselesaan kepada mangsa

iii. boleh memberikan bantuan kecemasan setakat termampu dan mengelakkan keadaan

daripada menjadi lebih teruk.

TUJUAN

Program ini perlu dijalankan kerana:

Pelajar-pelajar SK Taman Putra Perdana perlu menambahkan pengetahuan tentang pertolongan cemas untuk menghadapi keadaan kecemasan yang tidak diduga pada bila-bila masa seperti kemalangan sewaktu perjalanan pergi dan balik dari sekolah, kemalangan sewaktu menjalankan aktiviti kokurikulum, dan sebagainya;

Mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menghadapi saat-saat kecemasan; dan

Memberikan bantuan mula atau bantuan kecemasan kepada mangsa.


Penceramah sedang memberi tunjuk ajar cara-cara membuat CPR

Murid-murid memberi tumpuan cara-cara membuat CPR

Salah seorang murid membuat demostrasi membantu mangsa tercekik



Sesi penyampaian cenderamata

Sesi bergambar guru-guru dan penceramah jemputan

Untuk melihat lebih paparan gambar, klik di sini

Friday, March 30, 2012

ANALISIS KEHADIRAN KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PADA 21 MAC 2012

ANALISIS KEHADIRAN KOKURIKULUM

UNIT BERUNIFORM 2012 SESI PAGI

21 MAC 2012

SESI PAGI

UNIT

LOKASI AKTIVITI

GURU

MURID

JUMLAH

%

PENGAKAP

DEWAN PERDANA

7/12

130/296

137/308

44.9

BULAN SABIT MERAH

DEWAN PUTRA

12/15

139/285

151/300

50.3

PUTERI TUNAS

BILIK KEMAHIRAN HIDUP

8/10

85/142

93/152

61.2

PUTERI ISLAM

MAKMAL KOMPUTER 1

12/12

49/66

61/78

78.2

TKRS

BILIK SAINS 2

5/8

51/56

59/64

92.2














JUMLAH

44/57

454/845

598/902

66.3

JUMLAH KEHADIRAN MURID


454/845

%

53.7

JUMLAH KEHADIRAN GURU

44/57


%

77.2

Pada hari tersebut, diedarkan kad kokurikulum untuk diisi oleh murid-murid. Latihan kawad kaki diadakan sebagai persediaan karnival kawad kaki yang akan berlangsung pada 18 April 2012.

Thursday, March 29, 2012

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2012

Sepanjang minggu lepas telah berlangsung Program Sekolah Selamat bagi Tahun 2012. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Keselamatan Sekolah dan Panitia Pendidikan Seni Visual.

Tarikh : 19 hingga 23 Mac 2012 (Isnin hingga Jumaat)
Polisi Program : i. Membuli/ Pelacoan
ii. Keselamatan Semasa Bencana Alam (Kebakaran & Wabak penyakit)
iii. Gangguan Seksual

Objektif : i. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa
keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama
dalam semua aspek pendidikan di sekolah.
ii. Menggalakkan warga sekolah menjaga kebersihan
di persekitaran sekolah dan kawasan kediaman bagi
mengelakkan wabak penyakit seperti denggi dan
kencing tikus.
iii. Memberi pendedahan dan panduan kepada
murid-murid tentang gangguan seksual.
iv. Menimbulkan kesedaran kepada murid-murid dan
warga sekolah agar menghindari perbuatan membuli.
v. Membantu warga sekolah bertindak dengan pantas
dan betul apabila berlaku kebakaran.

Aktiviti : 1. Perasmian program & Taklimat Kebakaran (19.03.2012)
2. Pertandingan melukis poster untuk murid Tahap 2
(Sepanjang minggu)
3. Pertandingan mewarna untuk murid Tahap 1
(Sepanjang minggu)
4. Ceramah Gejala Buli (20.03.2012)
5. Edaran brosur berkaitan gangguan seksual (21.03.2012)
6. Ceramah Wabak Penyakit - Denggi & Kencing Tikus (22.03.2012)
7. Latihan Kebakaran & Mengosongkan Bangunan (23.03.2012)

Gambar-gambar sepanjang program dijalankan.

























Wednesday, March 28, 2012

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Merujuk kepada surat bertarikh 21.3.2012 daripada PPD Sepang , sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2012. Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 April 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam

Pihak PPD Sepang menggalakkan sekolah SKTPP untuk menghantar wakil. Oleh yang demikian, ibu bapa dan murid-murid yang berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan di pejabat sekolah. Namun begitu penyertaan murid-murid tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPN Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan tiada implikasi kewangan kepada PPD Sepang. Hadiah yang disediakan merupakan :

Tempat Pertama : RM300.00 dan sijil
Tempat Kedua : RM200.00 dan sijil
Tempat Ketiga : RM150.00 dan sijil
Tempat Ke 4 hingga 25 : hadiah saguhati dan sijil
Persembahan Terbaik : RM50.00 dan sijil

Atur Cara Pertandingan seperti berikut :

9.00 pagi : Pendaftaran
10.00 pagi : Pertandingan bermula
3.45 petang: Persembahan jemputan
4.00 petang: Penyampaian hadiah

Borang penyertaan yang tetlah lengkap diisi boleh dihantar ke :

Urusetia Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2012,
Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,
Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tingkat 2, Lif Auditorium, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 April 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Noorhana di talian 03-55222738 atau En. Halim bin Sahri, Pegawai Kokurikulum Akademik PPD Sepang di talian 012-2200327.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web berikut :
www.mbsa.gov.my atau www.lamanbudaya.blogspot.com


PROGRAM HARI PENGGUNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman semua, SK Taman Putra Perdana akan mengambil bahagian di dalam beberapa pertandingan sempena Hari Pengguna di antaranya adalah ceramah pengguna,pertandingan mewarna,melukis poster, mengarang esei Bahasa Malaysia, mengarang esei Bahasa Inggeris,fotografi,melukis kartun,pertandingan membuat buku skrap dan pertandingan penyertaan terbanyak. Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh memaklumkan kepada pihak sekolah, segala maklumat dan syarat mengenai pertandingan tersebut boleh dilayari di www.mypengguna.com

Monday, March 26, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 12 (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 25 Mac - 31 Mac 2012
Masa : 7.30 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :

1. En Norizmi Zainal Abidin
2. En Tarmiji Sabali
3. Pn Linda Adam
4. Pn Rosmaria Idris
5. Pn Maimnah Yob
6. Pn Zailezah sardi
7. Pn Norzainon
8. Pn Jamilah Mohd Yusof

Laporan/ Ulasan guru bertugas (Pn Noriza)

1. Murid tidak peka dengan sampah yang berada di atas meja dan bawah kerusi.
2. Beratur dengan tertib dan pastikan suis lampu ditutup sebelum meninggalkan kelas. Meja dan kerusi hendaklah disusun dengan rapi.
3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Kategori Tahun 5 (Kelicap)
Kategori Tahun 4 (Meranti)
Kategori Tahun 6 (Xenix)

Kedudukan/Tahun

4

5

6

Pertama

Meranti

Kelicap

Xenix

Kedua

Seraya

Bangau

Windows

Ketiga

Jati

Merak

Linux


Ucapan wakil guru bertugas (Pn Linda Adam)

1. Tema minggu ini : Kebersihan Alam Sekitar

1.1 Maksud alam sekitar merujuk kepada dunia/bumi dan segala yang terdapat di sekeliling.
1.2 Memberi penekanan akan kebersihan alam sekitar di kawasan sekolah kerana sampah yang dibuang merata akan memberi kesan buruk pada diri sendiri.
1.3 Cara menjaga kebersihan:
- Menjaga kehijauan bumi dengan menjaga pokok hijau yang membekalkan oksigen.
- Mengitar semula samapah sama ada di sekolah atau di rumah.

LAWAD

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Arab

mencedok

audience

al bai’ti

membawa/mengambil

penonton

rumah


Ucapan Pn Siti Habsah Ahmad (PK Kurikulum)

1. Peringatan kepada semua guru dan pasukan menaikkan bendera agar bersedia sebelum upacara bermula dan pastikan murid dilatih agar tidak melakukan kesilapan semasa upacara berlangsung.
2. Bendera hendaklah diturunkan lebih awal bagi memastikan perjalanan upacara lancar.
3. Masih berlaku kesilapan ketika menyanyikan lagu sekolah. Harap dapat dibaiki.
4. Murid diminta mencatatkan ulasan, peringatan dan juga tema yang disampaikan oleh guru bertugas di dalam buku lawad.

Pelancaran Program Guru Penyayang

1. Dirasmikan oleh Pn Siti Habsah Ahmad.
2. Program ini dilaksanakan di seluruh negara di Malaysia di bawah arahan KPM.
3. Tema : "Murid Disayang Guru Dikenang, Guru Penyayang Murid Riang"
4. Tujuan program ini dilaksanakan:
i) Membentuk sahsiah murid
ii) Mewujudkan suasana harmoni antara guru dengan murid dan sebaliknya.
iii) Merasai diri dihargai oleh guru dan sebaliknya.
5. Sempena pelancaran program, beberapa orang murid yang menyambut hari lahir pada minggu lepas diraikan dengan nyanyian lagu secara beramai-ramai.

Antara barisan murid yang menyambut hari lahir pada minggu lepas

Ilham Fahim (6 Xenix), Riyshmaa (6 Xenix), Ainul Hayat (6 Windows),
Muhammad Zikry Aiman (4 Balau),M. Firdaus (4 Seraya), M. Idham (4 Jati),
Dessy Maedline David (4 Balau)

Tahniah! Semoga panjang umur dan berjaya selamanya!


Program 1 Murid 1 Buku

1. Berdasarkan memo kepada penjaga yang telah diedarkan pada minggu lalu, murid diminta menyumbang sebuah buku/majalah yang elok kepada pihak sekolah.
2. Murid diminta menulis nama dan kelas pada buku yang disumbangkan.
3. Letakkan dan masukkan buku pada kotak yang disediakan di Dewan Perdana.


Pn Siti Habsah Ahmad memberi penerangan kepada murid merangkap
perasmi kempen 1 Murid 1 Buku


Adik Muhammad Azry (5 Merak)
menjadi murid pertama yang menyahut kempen 1 Murid 1 Buku
Tahniah atas keprihatinan anda!

Pengumuman lain

1. Peptalk dibatalkan.
2. Bagi murid yang berminat menyertai Bicara Berirama (Choral Speaking), diminta berkumpul di Dewan Perdana selepas tamat perhimpunan.