... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 30, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan pada 24 hingga 26 Mei 2010 bagi pelajar Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan pada 24 hingga 27 Mei 2010 bagi pelajar di tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6).
Untuk membantu ibu/bapa/penjaga dan pelajar merancang jadual pembelajaran di rumah, sila dapatkan jadual penuhnya dengan klik di sini.

Monday, April 26, 2010

Pencapaian Murid SKTPP Dalam Kokurikulum




Antara wajah-wajah murid SK Taman Putra Perdana yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan diperingkat daerah Sepang mahupun peringkat negeri Selangor seperti :

1. Catur
2. Bowling
3. Olahraga

Semoga SKTPP akan terus berjaya di masa-masa akan datang.

Laporan Perhimpunan Minggu Ke - 16 2010

Hari : ISNIN
Tarikh : 26 APRIL 2010
Masa : 7.45 – 8.15 pagi
Guru Bertugas :
1. En Shahrizal
2. En Kamarulzaman
3. Pn Azizah
4. Pn Parimala
5. Pn Wan Rosmawati
6. Pn Norasmawati
7. En Zainuddin
Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas
1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah
2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1Tahun 1 : ALZA
4.2 Tahun 5 : ALAMANDA
4.3 Tahun 6 : AURUM
5. Ucapan Guru Bertugas : ( En Zainudin)
1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
6. Laporan Guru Bertugas minggu lepas : ( En Pazli)
  • Meminta murid-murid makan dan minum di kantin waktu rehat.
  • Menjaga kebersihan kelas
7. Pengumuman-pengumuman :( Pn Shyamala Selvarajah PK Ko-Kurikulum)
7.1 Penyampaian hadiah peserta - peserta yang mewakili sekolah dalam Pertandingan Olahraga , Pertandingan Boling Tenpin , Pertandingan Catur dan Pertandingan Taekwando perinkat MSSS dan MSSD yang memenagi tempat ketiga, tempat kedua dan tempat pertama.
7.2 Penyampaian hadiah Pertandingan Pendidikan Seni yang diadakan pada 5 hingga 9 April kepada murid-murid yang memenagi hadiah saguhati, tempat ketiga, tempat kedua dan tempat pertama.
7.3 Ucapan Guru Disiplin ( Pn Norlela)
  • Kekemasan diri - memastikan rambut disikat dengan kemas dan dipotong ( murid lelaki)serta berpakaian seragam sekolah yang lengkap
  • Kehadiran ke sekolah tepat pada waktunya dan ketidakhadiran ke sekolah mesti disertakan surat cuti sakit atau surat dari ibu bapa
  • Melarang murid- murid membawa barang yang berharga ke sekolah
  • Menyimpan duit dengan selamat sewaktu meninggalkan kelas untuk PJK atau bilik -bilik khas dan di bilik persalinan
  • Vandalisme - merosakkan harta benda sekolah ,
  • Di larang menceroboh bilik-bilik khas dan mencuri barang dari bilik tersebut
  • Makan di kantin - di larang membawa air dan makan berbungkus melepasi kawasan kantin
  • Kes Buli - meminta duit dengan murid lain dengan rela atau tidak rela , jika ada aduan akan diambil tindakan tegas.
  • Bersama-sama menjaga kebun yang dibuat oleh murid-murid Pendidikan Khas , jika diceroboh akan diambil tindakan.
7.4 Pengumuman Minggu Bahasa Melayu oleh Pn. Mazzaini
  • Murid tahun 1 akan diberikan lembaran kerja manakala murid tahun 5 & 6 menghasilkan Pantun bertema Budi Bahasa dan Nilai - nilai murni.
  • Kelas tambahan tahun 6 pada minggu ini dibatalkan untuk memberi peluang kepada murid membuat ulangkaji bagi menghadapi Ujian Percubaan UPSR Peringkat Sekolah

Saturday, April 24, 2010

Temasya Sukan SKTPP Kali Ke-6


YDP PIBG SKTPP - Tn Haji Shaharudin bin Ajam menerima cenderamata daripada Guru Besar SKTPP En Sukimin bin Juki.

Sabtu-24 April 2010, berlangsungnya acara Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana Kali ke-6. Acara bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 2.30 petang. Acara sukan kali ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Putra Perdana iaitu Tn Hj Shaharudin bin Ajam.

Rumah Hijau mengekalkan kejuaraan selama 4 tahun berturut-turut. Diikuti Rumah Kuning sebagai naik Johan dan Rumah Ungu di tempat ke-3. Rumah Biru, Merah dan Jingga masing-masing di tempat Ke-4, Ke-5 dan Ke-6.

Vireshwar dan Najwa dari Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati bagi tahun 2010. Manakala Atlet Harapan ialah Nur Syarafana dari Rumah Merah dan Mohd Qayyum dari Rumah Kuning.

Pelbagai aksi dan ragam telah berjaya dirakamkan sepanjang acara berlangsung :






















Friday, April 23, 2010

Seminar APEC-SEAMEO [RELC]: An Essential for a Global Economy [Language Applications in Lesson Study]

Seorang guru SKTPP, Pn. Jin Nee, telah dilantik oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, selaku focal point bagi APEC Human Resources Development Working Group, sebagai salah seorang daripada dua wakil Malaysia untuk menghadiri dan membentang kertas kerja di seminar APEC-SEAMEO [RELC]: alah seorang daripada dua wakil Malaysia untuk menghadiri dan membentang kertas kerja di seminar APEC-SEAMEO [RELC]: An Essential for a Global Economy [Language Applications in Lesson Study] yang telah diadakan di SEAMEO Regional Language Centre, Singapura, dari 19 hingga 21 April , 2010.

Pihak sekolah telah bekerja sama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum [BPK], Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan kajian Language Application in Lesson Study dari bulan Februari hingga April 2010. Dapatan kajian tersebut telah dibentangkan di seminar tersebut. Dua orang guru SKTPP yang lain juga terlibat dalam kajian ini, iaitu Puan Norazian dan Mrs Nor Azura.

Dapatan kajian dan sesi pembentangan kertas kerja Malaysia telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik dari peserta dari negara-negara APEC lain iaitu Chinese Taipei [Taiwan], New Zealand, Amerika Syarikat, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Brunei, Korea dan Australia.

Terdapat perancangan untuk memperkenalkan pendekatan Lesson Study di dalam program latihan guru dan dalam program dalam perkhidmatan yang dikendalikan oleh ELTC [English Language Traning Centre], Malaysia kelak.

Thursday, April 22, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI

Hari : ISNIN
Tarikh : 19 APRIL 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
1. En Kamarul
2. Pn A’ishah
3. Pn Norizan
4. Pn Shurhama
5. Pn Lorna Rina
6. Pn Suraini

Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas

1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah (Muhd Afham Syahir-4 Linux)

2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1 Tahun 2 : JELUTONG
4.2 Tahun 3 : MERBOK
4.3 Tahun 4 : LINUX

5. Ucapan Guru Bertugas : ( Pn Norizan)
1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
6. Perkataan LAWAD hari ini :
1. Bahasa Malaysia : BERDIKARI
2. Bahasa Inggeris : SELF RELIANT
3. Bahasa Arab : IHTIMAM ‘ALA NAFSI


7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas :
( Pn Nurhayu
1. Ucapan tahniah kepada semua murid dan guru kerana beratur dengan baik ketika bergerak ke kelas.
2. Guru-guru dikehendaki melepaskan murid pulang setelah loceng dibunyikan.
3. Murid tidak dibenarkan berlari atau bermain di dataran sewaktu rehat.

8. Pengumuman-pengumuman :
( Pn Nik Rosmaliza )

8.1 Penyampaian hadiah pertandingan Pendidikan Seni yang diadakan pada 5 hingga 9 April kepada murid-murid yang memenagi hadiah saguhati, tempat ketiga, tempat kedua dan tempat pertama.

9. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan :
( Pn Siti Hanim – PK Petang )
1. Wabak H1N1 masih ada dan sedang berleluasa kini dan semua murid diminta menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah dan tandas. Diharap murid dapat mengamalkan basuh tangan sebelum makan.
2. Tentang penyemakan buku tulis, ibu bapa murid diminta menandatangani cop pada buku tersebut.
3. Semasa hujan murid tidak dibenarkan berlari kerana lantai licin,murid dikehendaki berjalan dengan pantas sahaja bukan berlari
4. Jika tidak hadir ke sekolah murid hendaklah menulis surat, jangan tidak hadir sesuka hati .Jika berlaku demikian sekolah akan keluarkan surat amaran 1, kemudian surat amaran 2 akhir sekali surat berhenti sekolah.
5. Hari Sabtu adalah hari sukan dan murid diminta hadir untuk memeriahkannya.
6. Murid –murid diminta turun dari kelas ke tapak perhimpunan melalui tangga-tangga yang tertentu yang telah ditetapkan.

Wednesday, April 21, 2010

Rombongan Lawatan Dari Negara Thailand

















Pada hari ini 21 April 2010, seramai 78 orang pelawat dari negara Thailand telah datang ke sekolah. Tujuan lawatan mereka adalah untuk mengetahui serba sedikit mengenai sistem pendidikan dan pelaksanaannya di sekolah rendah.



Mereka terdiri daripada pelajar sarjana pendidikan dari Northern East (e-sarn) University, bersama pensyarah yang diketuai oleh Dr. Kasama Somsripang.





























Sesi bertukar-tukar cenderamata













Khusyuk mendengar taklimat guru besar..


Sesi bergambar bersama-sama di Dataran SKTPP





MAKLUMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010


Dimaklumkan bahawa, peperiksaan percubaan UPSR 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


PERKARA

TARIKH PELAKSANAAN

PERCUBAAN 1

27, 28 dan 29 April 2010

PERCUBAAN 2

1, 2 dan 3 Jun 2010

PERCUBAAN 3

19, 20, 21 Julai 2010

PERCUBAAN 4

24, 25 26 Ogos 2010



* Sewaktu Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) yang akan dijalankan pada 24, 25 dan 26 Mei 2010, murid tahun 6 hanya mengambil peperiksaan untuk subjek BUKAN UPSR. (Pendidikan Islam/Moral, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Sivik Kewarganegaraan dan Pendidikan Seni).


Untuk makluman semua juga, peperiksaan UPSR akan berlangsung pada :


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

21, 22 dan 23 September 2010



Sekian.


Setiausaha UPSR 2010.

Monday, April 19, 2010

TEKNIK MENJAWAB UPSR (FASA 1) 2010

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENJAGA

Pada hari ini ceramah Teknik Menjawab UPSR bagi matapelajaran Sains dan B. Melayu akan di adakan.
Diharapkan semua penjaga murid Tahun 6 dapat menghantar anak masing-masing untuk menyertai aktiviti yang bermanafaat ini.

HARI : Isnin
TARIKH : 19hb April 2010
MASA : 7.45 malam hingga 10.30 malam
TEMPAT : SK Taman Putra Perdana
SASARAN : Semua murid tahun 6

Saturday, April 17, 2010

PROGRAM KITAR SEMULA (REDEMPTION DAY) TETRA PAK

PROGRAM KITAR SEMULA (REDEMPTION DAY) TETRA PAK

Syarikat minuman Tetra pak akan mengadakan kempen kitar semula pada hari sukan sekolah. berikut adalah butiran mengenai program tersebut:

Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Masa : bermula jam 8 pagi
Tempat : bersebelahan prasekolah

Sehubungan itu, ibu bapa/ warga sekolah yang membawa sebarang kotak minuman boleh ditukar dan akan menerima cenderamata daripada pihak Tetra Pak.

Butiran tentang pertukaran kotak minuman dengan cenderamata adalah seperti berikut:

10 - 20 kotak = Mini Recycled Notepad
21 - 30 kotak = Recycled Notebook (M size)
31 - 40 kotak = Green Woven Bag
41 - 50 kotak = Recycled Notebook (L size)

pihak Tetra Pak menerima semua jenama dan saiz kotak minuman

Friday, April 16, 2010

KURSUS LADAP 2010







Semua guru sesi pagi merasa amat bertuah kerana dapat mendengar ceramah bertajuk 'Etika dalam perkhidmatan' yang telah disampaikan oleh Encik Shashim Shah B. Harun , Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Ceramah tersebut telah dijalankan pada 15 April 2010 (Khamis) selama 2 1/2 jam (2.00p.m. - 4.30p.m.). Segala maklumat dan nasihat yang diberikan akan dijadikan panduan dan pegangan dalam mendidik murid-murid ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Thursday, April 15, 2010

TEKNIK MENJAWAB UPSR FASA I

SAINS & BAHASA MELAYU

Program Teknik Menjawab UPSR telah dilaksanakan pada 12 April 2010, Isnin bermula pada pukul 8.30 malam hingga pukul 10.30 malam. Sesi ke2 akan dilaksanakan pada 19 April 2010 pada waktu yang sama minggu hadapan.


Murid-murid yang begitu bersemangat untuk mengikuti Program Teknik Menjawab UPSR dan bersedia untuk diagihkan kepada 2 kumpulan.
En Johari B Sahar, penceramah jemputan bagi mata pelajaran Sains memberikan teknik-teknik yang mudah untuk menjawab UPSR bagi mendapatkan markah yang disediakan
Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan kerana masalah tempat yang agak terhad. Sebilangan murid yang mendengar ceramah untuk mata pelajaran Sains ditempatkan di dewan terbuka.
Penceramah jemputan En Fadzli b Mohd Salleh menerangkan teknik-teknik yang betul untuk menjawab Kertas Bahsa Melayu
Sebilangan murid yang berada di Pusat Sumber Sekolah bagi mengikuti Teknik Menjawab UPSR Bahasa Melayu

Wednesday, April 14, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI
Hari : ISNIN
Tarikh : 12 APRIL 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
  1. En Aspal
  2. Pn Roseniza
  3. Pn Rosmaria
  4. Pn Nurhayu
  5. Pn Nurul Ain
  6. Pn Nik Rosmaliza
  7. Pn Umi Nadzrah

Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas

1. Bacaan Doa : Pengawas Sekolah

2. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Penyampaian sijil kebersihan :
4.1 Tahun 2 : JELUTONG
4.2 Tahun 3 : KELICAP
4.3 Tahun 4 : LINUX

5. Ucapan Guru Bertugas : ( Pn Rosmaria )
  1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
  2. Murid-murid diingatkan tentang disiplin supaya beratur dalam barisan dan senyap ketika bergerak ke bilik-bilik khas.

6. Perkataan LAWAD hari ini :
  1. Bahasa Malaysia : DEDIKASI
  2. Bahasa Inggeris : DEDICATION
  3. Bahasa Arab : MUJTAHIDUN

7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas :
( Pn Nor-Azura )
  1. Murid-murid perlu lebih berhati-hati tentang keselamatan diri ketika menuruni tangga
  2. Murid-murid dinasihatkan agar sekiranya tandas rosak, guna sahaja terus tandas yang elok
  3. Bagi murid-murid Muslim diingatkan supaya melipat semula sejadah setelah digunakan di dalam surau

8. Pengumuman-pengumuman :
( Pn Salwana )
8.1 Program Kitar Semula – Penyampaian hadiah bagi kutipan tertinggi
Pertama : 4 Midori
Kedua : 4 Linux
Ketiga : 3 Nuri

9. Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan :
( Pn Siti Hanim – PK Petang )
  • Tatacara makan di kantin sewaktu rehat :
  1. mesti beratur apabila membeli makanan
  2. duduk dan makan hanya di kantin
  3. letak pinggan mangkuk yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan
  • Murid keluar dari kelas mesti dengan PAS KEBENARAN daripada guru
  • Sewaktu perhimpunan atau pun di dalam kelas murid-murid tidak perlu menjerit untuk mengucapkan salam ataupun menyanyi
  • Penggunaan perkataan ’faham’ bagi murid-murid perlu diikuti dengan tindakan dan bukan sekadar ’faham’ hanya di mulut sahaja.

Monday, April 12, 2010

LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN & DEMONSTRASI KEBAKARAN

Latihan mengosongkan bangunan dan demonstrasi kebakaran telah dilaksanakan pada 8 April 2010 (Khamis). Namun begitu, aktiviti pada sesi petang tidak dapat disempurnakan kerana hujan lebat. Pihak sekolah akan cuba untuk membuat rundingan baru bersama pihak Bomba & Penyelamat dari Balai Bomba Cyberjaya. Terima kasih diucapkan kepada En Sabri bersama kakitangan yang terlibat sepanjang program ini dilaksanakan


Guru-guru dan murid bersedia untuk mendengar taklimat ringkas berkaitan demonstrasi latihan memadamkan kebakaran yang diberikan oleh En Sabri wakil dari Balai Bomba & Penyelamat Cyberjaya
Mendengar taklimat dari wakil bomba berkaitan penggunaan alat pemadam api sekiranya berlaku kecemasan

En Azhar b Man yang merupakan salah seorang guru di SK Taman Putra Perdana, cuba untuk memadamkan api kebakaran dengan bantuan ahli bomba

Salah seorang murid dari Kelas Pendidikan Khas, cuba memadamkan api kebakaran



Pemberian cenderamata kepada wakil pegawai, En Sabri dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya

Tahniah!!


Pasukan bola sepak SKTPP telah berjaya meraih tempat kedua dalam kejohanan Bola Sepak peringkat daerah Sepang. Sebanyak 42 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini. Acara penyampaian hadiah dan sijil telah dilakukan semasa perhimpunan rasmi sekolah pada pagi tadi.

Gambar di sebelah adalah wajah-wajah pemain pasukan bola sepak kebanggaan sekolah.


Kem Bestari Solat Kali Pertama 2010

Assalamualaikum... dan salam sejahtera..

Pada hari Sabtu, 27 Mac 2010 yang lalu telah diadakan Kem Bestari Solat kali pertama sesi 2010 untuk semua murid Tahun 2.. Kehadiran murid amat memuaskan. Pihak panitia Pendidikan Islam mengucapkan Terima Kasih kepada AJK dan semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kem solat ini..
Berikut adalah sebahagian daripada perjalanan kem tersebut :-








Saturday, April 10, 2010

TEKNIK MENJAWAB UPSR (FASA 1) 2010











Program Teknik Menjawab UPSR telah dijalankan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik yang telah dihadiri seramai 272 orang murid Tahun 6. Program ini telah berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Penceramah jemputan bagi subjek Bahasa Inggeris ialah Encik Abdul Rahman Bin Umar manakala subjek Matematik pula oleh En Mohd Hafiz Bin Md Sharif dari SK Sg. Kapar Indah, Kapar, Klang.









Friday, April 9, 2010

Penyemakan Buku Latihan

Sejak 5 April 2010 yang lalu telah bermula operasi menyemak buku latihan mata pelajaran Bahasa Malaysia (Pemahaman dan Penulisan) murid-murid oleh pentadbir. Kerjasama daripada ibubapa amat diharapkan agar dapat menyemak dan menandatangani di ruang yang disediakan sebaik buku-buku dikembalikan.
Semakan akan dilakukan oleh Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Panitia Bahasa Malaysia.

Lawatan Mengejut

Pagi tadi sekolah menerima kunjungan mengejut dari En. Shashim Shah, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau sempat menyuntik semangat pelajar-pelajar kelas 6 Titanium dan Stanum dalam sesi motivasi ringkas. Pihak sekolah amat berbangga dan terharu di atas sokongan beliau dalam usaha untuk menaikkan moral dan semangat pelajar-pelajar. Warga sekolah merakamkan jutaan terima kasih.

Pelajar sedang tekun mendengar

Pelajar bersalaman

Sesi autograf