Monday, August 30, 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum
Dimaklumkan aktiviti kokurikulum pada minggu ini Rabu 1.9.2010 berjalan seperti biasa bagi menggantikan 11.8.2010. Ini disebabkan kokurikulum minggu tersebut ditangguhkan sempena awal Ramadhan. Aktiviti minggu ini ialah Kelab dan Permainan.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-32 (PAGI)

1. Laporan guru bertugas minggu lepas – Pn. Ainul Balkhish bt Mohd Aris
a) Teguran tentang sikap murid turun lambat semasa perhimpunan.
b) Teguran murid murid melakukan aktiviti menangkap berudu pada waktu rehat oleh murid-murid tahun satu.
g) Anugerah keceriaan kelas:-
1. 1 Myvy
2. 5 Lily
3. 6 Aurum
2. Ucapan guru bertugas minggu ini. – Pn. Azizah bt Ab Hamid
a) Makluman kepada murid-murid hari rabu akan diadakan majlis Khatam Al-Quran.
b) Nama murid-murid yang terlibat untuk menerima cenderahati dan sumbangan untuk anak yatim akan ditampal di dewan terbuka.
c) Perhatian murid tahun 6 Argentum, Ferum, Aurum dan Nikel, diwajibkan menghadirkan diri klinik sains pada hari Rabu, 1 September 2010. Bertempat di Pusat Sumber SKTPP, jam 8-10pg.
d) Bagi murid tahun 6 dari kelas lain yang tidak dapat hadir pada 14 dan 21 ogos yang lalu, diminta turut sama menyertai klinik sains fasa ke-3 ini.
3. LAWAD
BM - Inovasi – sesuatu yang baru diperkenalkan.
BI - branch - dahan
BA - - kuih raya
Pemenang Lawad
a. Sanjay - 5 Alamanda
b. Akid Rashid – 6 Kuprum
c. Aina ilyani – 1 wira

4. Ucapan GB
a. Sikap hormat-menghormati kepada ibu bapa, guru, sekolah dan lagu serta ikrar sekolah.
b. Sejarah kemerdekaan negara bermula dengan peristiwa Parameswara membuka Melaka.
c. Berdasarkan sejarah penjajahan negara, murid-murid dituntut bersyukur atas keharmonian dan kemakmuran negara kita.
d. Bersatu padu akan menjadikan kita maju ke hadapan.
e. Guru Besar mengucapkan :
• Selamat Hari Kemerdekaan
• Selamat Hari Raya
• Selamat menempuh peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6

UJIBAKAT PROGRAM PERMATA SENI TARI

Jemputan untuk menyertai ujibakat murid sekolah rendah bagi Program Permata Seni Tari di bawah naungan Permata Negara.

Sesi ujibakat akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 & 4 September 2010 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 10 pagi - 4 ptg
Tempat : Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara,
Tingkat 22, Bangunan MAS,
Jalan Sultan Ismail, 51200 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian 03-20523618/3619/3620/3603/3703/3739 atau 3745

Tuesday, August 24, 2010

PERMOHONAN KE ASRAMA PENUH 2011.

Pelajar-pelajar Tahun 6 dipelawa untuk memasuki sekolah berasrama penuh (SBP). Permohonan akan dibuka dari 1hb. September, 2010 hingga 15hb. Oktober, 2010.

Syarat-syarat permohonan:
1. Murid warganegara Malaysia sahaja.
2. Ibubapa juga warganegara.
3. Dari Sekolah kebangsaan sahaja.
4. Memperolehi 5A dalam UPSR.
5. Lulus pemeriksaan kesihatan.
6. Bersetuju menerima sekolah SBP yang ditawarkan dan aliran yang ditetapkan.
7. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan SBP.

Permohonan boleh dibuat secara on-line dengan melayari laman http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/2010/

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (SESI PETANG) MINGGU KE 31

Hari: Isnin
Tarikh: 23 Ogos 2010
Mula perhimpunan: 5.00-5.40 petang
Guru bertugas:
1. Pn. Shurhama
2. Pn. Arjunawati
3. Pn. Suraini
4. Pn. Siti Aisyah
5. Pn. Siti Maziah
6. En. Kamarul
Kehadiran Guru: 52/56
Laporan/Ulasan/Pengumuman Kebersihan Kelas:
1. Upacara menaikkan bendera bagi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nama murid:
-Ilham Fahim Zulhazmi (4 Windows)
- Aqief Daniel Azizi (4 Windows)
- Muhammad Naim (4 Windows)
2. Bacaan Doa oleh: Muhamad Zulhilmi (4 Windows)
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid.
4. Penyampaian sijil kebersihan:-
4.1 Tahun 2: Jelutong
4.2 Tahun 3: Tiung
4.3 Tahun 4: Linux
5. Ucapan Guru bertugas: Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
6. Perkataan 'LAWAD' hari ini:
6.1 Bahasa Malaysia: Gembleng
6.2 Bahasa Inggeris: Surgeon
6.3 Bahasa Arab: Ribatul unuq
7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas: En Aspal Mohamed
- Murid diingatkan supaya tidak berlari sewaktu rehat atau waktu pertukaran guru untuk mengelakkan daripada terjatuh.
- Penggunaan surau sangat menggalakkan tetapi hasil pemantauan didapati telekung tidak dilipat selepas digunakan.
8. Pengumuman-pengumuman : Tiada
9. Aktiviti dibawah kurikulum/HEM/ Koakademik.Kokurikulum sekiranya ada: Tiada
10. Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim Bt. Sungit):
- Murid mesti menggunakan pas keluar semasa keluar dari kelas.
- Murid yang lewat pada hari Selasa dan Rabu akan diambil nama.

Monday, August 23, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-31 (PAGI)

1. Laporan guru bertugas minggu lepas - Ustaz Mahadir
a) Teguran tentang sikap murid ketika perhimpunan di sekolah bersolat terawih di masjid.
b) Teguran murid yang tidak turun ke bawah ketika rehat.
c) teguran murid tahun lima dan enam yang tidak berbaris ketika habis waktu rehat.
d) Makluman kepada murid yang sakit supaya tidak hadir ke sekolah.
e) Teguran agar murid-murid tidak bermain-main ketika mengambil wudhuk di surau.
f) Teguran kepada murid yang beri gelaran-gelaran tertentu yang tidak baik kepada guru-guru.
g) Anugerah keceriaan kelas:-
1. 1 Myvy
2. 5 Alamanda
3. 6 Aurum

2. Ucapan guru bertugas minggu ini. - En Pazli Zawawi
3. Penyampaian hadiah galakan membaca
a) thn 1 - Nureen Aleeya - 1 Myvi
b) thn 2 - Jared Liew - 5 Alamanda
c) thn 6 - Divya Darshini - 6 Plumbun

3. LAWAD
BM - Gembleng - bersatu padu
BI - surgeon - pakar bedah
BA - - tali leher

Pemenang Lawad
a. Mohd Amirul - 5 Alamanda
b. Alif Redzwan - 5 Iris
c. Puteri Nur Natasya - 5 Iris

4. Ucapan GB
a. Ingatan supaya tidak melintasi/melalui dataran.
b. Kempen membaca
c. Mengingatkan tentang misi dan visi sekolah
d. Ingatan supaya tidak merosakkan Laluan Pahlawan.
e. Makluman tentang cuti - 4.9 sehingga 15.9
f. Ingatan jangan bermain mercun

PROGRAM GALAKAN MEMBACA




Program galakan membaca sesi ke 2



Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar En. Sukimin bin Juki semasa perhimpunan pagi 23 Ogos 2010



Tahun 1


Nureen Aleeya bt Zulkifli - 1 Myvi


59 buah



Tahun 5


Jared Liew- 5 Alamanda


327 buah





Tahun 6


Divya Darshini - 6 Plumbum
25 buah
















Friday, August 20, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU PANITIA MATEMATIK

















Bersempena dengan Minggu Panitia Matematik yang diadakan dari 9 Ogos hingga 13 Ogos 2010 yang lalu, beberapa aktiviti berbentuk pertandingan telah dijalankan untuk setiap murid bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan dengan jayanya pada 16 Ogos 2010 untuk sesi pagi yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Sukimin bin Juki manakala untuk sesi petang, Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim bt Sungit juga telah sukacita menyampaikan trofi kepada para pemenang bagi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga pada 19 Ogos 2010.

Aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingkan ialah:
  • Bijak Warna (Tahun 1)
  • Teka Silangkata (Tahun 2)
  • Kuiz Sifir (Tahun 3)
  • Kuiz Matematik Berkumpulan (Tahun 4)
  • Sudoku (Tahun 5)
  • Kuiz Matematik Individu (Tahun 6)

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya dan juga untuk guru matematik khasnya kerana telah bertungkus lumus menjayakan Minggu Matematik serta kepada semua guru yang terlibat secara tidak langsung untuk program ini amnya.


Larian Hari Olimpik 2010

OCM dengan McDonalds akan mengadakan Larian Hari Olimpik 2010 pada 26 September, 7.30 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web www.mcdonalds.com.my atau berhubung terus dengan pihak sekolah.

Terima kasih.

Thursday, August 19, 2010

LAPORAN KOKURIKULUM

LAPORAN KOKURIKULUM MINGGU KE-30 - Sesi pagi

Tarikh : 18.8.2010

Hari : Rabu

Aktiviti : Unit Beruniform

Kehadiran : Murid -Tahun 5
Guru - Baik


Antara aktiviti yang dijalankan :

1. Pengakap - membuat anyaman tikar menggunakan kertas warna

2. PBSM - menonton tayangan video tentang pertolongan cemas

3. Puteri Islam - membuat anyaman sarung ketupat menggunakan riben

4. Tunas Puteri - membuat anak patung daripada benang bulu

Catatan :
1. Murid tahun 6 terlibat dengan kelas tambahan

2. Kehadiran murid tahun 5 kurang memuaskan disebabkan oleh faktor berikut :
- bulan Ramadhan
- peperiksaan sekolah agama

3. Terima kasih atas komitmen semua guru yang terlibat.

Tuesday, August 17, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 30 ( SESI PETANG)

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 5.05 - 5.40 petang.
Guru Bertugas :
1. Pn. Roseniza(K)
2. Pn Nurul Ain
3. Pn Nik Rosmaliza
4. Pn. Rosmaria
5. Pn. Nurhayu
6. Cik Mazni
7. En. Aspal
Laporan perhimpunan:
Murid beratur dataran perhimpunan biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2.Bacaan doa oleh adik Abdul Wafy b. Helmi dari kelas 4 Unix.
3. Upacara menaikkan bendera oleh wakil unit beruniform.
4. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn Nik Rosmaliza dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas iaitu adik Muhammad Zulhilmi b. Zainul dari kelas 4 Unix.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Noorhafizan) :
- Teguran penggunaan surau pada bulan Ramadhan.
* Murid perlu mengikut arah kiblat yang betul ketika menunaikan solat di surau.
* Murid boleh bertanya kepada guru yang berada di dalam surau jika tidak tahu arah kiblat.
- Kecurian barang
* Murid-murid perlu membuat laporan kepada guru-guru displin mengikut tahun.
Tahun 2: Pn. Zabedah
Tahun 3: Pn. Azura
Tahun 4 : En. Illias
* Bagi kes-kes yang serius, murid-murid boleh terus melapor kepada Pn. Yani.
6. LAWAD:
B. Melayu: koronari
B. Inggeris: fable
B. Arab: tobi'un (setem)
7.Ucapan guru bertugas (Pn. Nik Rosmaliza):
- Pn. Nik Rosmaliza mengumumkan nama guru bertugas.
8. Ucapan Pn Yani:
- Kehilangan basikal
* Murid-murid yang menaiki basikal ke sekolah perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan iaitu:
i) setiap basikal perlu dikunci.
ii) basikal perlu mempunyai tongkat.
* Basikal yang tidak dikunci akan diambil dan dirantai.
* Tuntutan basikal-bayar kompaun dikenakan sebanyak RM 1.
- Rekod basikal di pondok pengawal.
* Murid yang membawa basikal di luar waktu persekolahan perlu direkod di pondok pengawal.
* Murid yang keluar dengan kebenaran (yang membawa basikal) juga perlu direkod di pondok pengawal.
9. Penyampaian hadiah:
- Kelas terbersih.
* Tahun 2: 2 Almon
* Tahun 3: 3 Tiung
* Tahun 4: 4 Linux
- Folio Kerjaya.
* Pemenang Folio Kerjaya
1) Amiruddin b. Ozman (4Linux)
2) Muhammad Miza A'sri (4 Linux)
3) Nur Syahirah bt. Mohd Zaimi (4 MacOS)
* Saguhati
1) Nur Amiera Sofea bt. Zawawi (4Palm)
2) Nur Nabihah Amira bt. Mohd Supandi (4 Linux)
3) Wan Nuramni Nadia Putri bt Wan Norkihin ( 4 Linux)
* Cenderamata
1) Atiqah An-Nur (4 Windows)
2) Nur Saffanah Zaina (4 Xenix)
3) Muhammad Aqief (4 Windows)
- Bacaan NILAM terbanyak
* Tahun 2: Nur Syafiqah bt. Mat Hussin (2 Merbau) sebanyak 122 buah buku.
* Tahun 3: Nurul Ezza bt. Abu (3 Nuri) sebanyak 174 buah buku.
* Tahun 4: Nik Marrisya bt. Nik Mood Jaizati (4 Palm) sebanyak 36 buah buku.
10. Ucapan PK Petang (Pn. Siti Hanim bt. Sungit)
- PKSR 2
* Semua murid mesti bersedia.
- Aktiviti di bulan Ramadhan
* Murid-murid perlu isikan masa yang terluang dengan membaca buku. Kotak buku disediakan.

Perhimpunan tamat pada pukul 5.40 petang.

Monday, August 16, 2010

Kempen Membaca

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, perpustakaan sekolah telah menyediakan bahan-bahan bacaan di dewan terbuka. Pelajar digalakkan menggunakan peluang ini untuk membaca agar masa rehat mereka dipenuhi dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang menambah rekod bilangan buku yang dibaca di buku NILAM masing-masing.

Kelihatan beberapa orang pelajar membantu guru membawa buku-buku ke Dewan Terbuka

Murid-murid tekun membaca






LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 30 (PAGI)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (PAGI) 16 OGOS 2010

1- Laporan guru bertugas minggu lepas (En. Mohd Hafiz)
-Masalah disiplin pada minggu lepas terkawal.
-Pemenang keceriaan kelas:
1 Myvi
5 Alamanda
6 Aurum

2- Guru yang bertugas minggu ini:
1- En. Mahadir
2- Pn. Anis
3- Pn. W. Sarinah
4- Pn. Rosmizawati
5- Pn. Zailizah
6- Pn. Zuraini

-Guru bertugas mengingatkan kepada murid tahun 5 dan 6 supaya tidak membuat bising di
kawasan kelas tahun 1 di bahagian bawah terutama waktu rehat.

-Murid diminta membaca buku cerita yang disediakan di dewan terbuka.

3- Penyampaian hadiah unit kaunseling bagi pertandingan Folio Kerjaya.

4- Penyampaian hadiah dari Panitia Matematik sempena Minggu Panatia.

5- Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Puteri Islam yang menyertai
perkhemahan di SMK Serendah.

6- Persembahan ko-kurikulum dari Persatuan Agama Islam. Mendeklamasikan sajak
Ramadan yang disampaikan oleh adik Melissa (5 Tulip) dan adik Nur Alis (6 Ferum).

7- Makluman mengenai tempat letak basikal telah siap. Murid-murid yang membawa basikal
dikehendaki meletakkan basikal di kawasan yang disediakan.

TEMPAT LETAK BASIKAL MURID (BARU)

Murid mengambil basikal dari tempat lama untuk dialihkan ke tempat baru

Murid mula menyusun basikal di tempat baru


Mulai hari ini, 16 Ogos 2010 (Isnin), murid-murid SKTPP yang berbasikal dikehendaki meletakkan basikal di tempat baru yang telah disediakan. Tempat basikal baru ialah di tepi pagar berhampiran Pintu Pagar C. Murid-murid yang terlibat telah diajar cara-cara untuk meletak basikal dengan betul.

Tuan Guru Besar, Encik Sukimin telah memberi taklimat tentang ciri-ciri keselamatan basikal. Di antara perkara yang disampaikan ialah :

  1. Basikal mesti berkunci.
  2. Setiap basikal mesti mempunyai tongkat dan brek.
  3. Basikal mesti disusun dengan elok mengikut turutan
  4. Pastikan jarak antara basikal berdekatan agar tidak membazir ruang
Pengawal keselamatan akan memeriksa basikal setiap pagi dan petang. Basiakl yang tidak berkunci dan tidak mematuhi ciri keselamatan basikal akan diambil dan dikunci di dataran perhimpunan. Untuk mendapatkan semula basikal tersebut, pelajar dikenakan denda. Bentuk dendaan telah ditetapkan oleh pelajar sendiri iaitu dikenakan bayaran RM1.00. Denda yang dikenakan adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid sentiasa menjaga keselamatan basikal masing-masing.

Friday, August 13, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI ISNIN (9 OGOS 2010)

TARIKH : 9 OGOS 2010
MASA PERHIMPUNAN : 6.00 - 6.30 PM

GURU BERTUGAS :
1. PN NORHAFIZAN
2. PN NURULFADILLAH
3. PN SURIYANA
4. PN NORA
5. PN NOR MALISHA
6. PN AZURA

KEHADIRAN GURU : 55 / 56

LAPORAN :

UPACARA MENAIKKAN BENDERA BAGI LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR, LAGU SEKOLAH

NAMA MURID:
1. PUTERI NABILA SYAHIRA
2. AMIRAH WARDAH
3. NUR AYUNI
4. ATIQAH AN-NUR

BACAAN DOA OLEH: MUAZ AR-RAZI

IKRAR RUKUN NEGARA DAN MURID: PN NURULFADILLAH DAN ADIK MUHAMMAD ZULHILMI

PENYAMPAIAN SIJIL KEBERSIHAN :
1.TAHUN 2 : 2 ALMON
2. TAHUN 3 : 3 MERAK
3. TAHUN 4 : 4 WINDOWS

UCAPAN GURU BERTUGAS:
1. MEMPERKENALKAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI
2. MENGINGATKAN MURID SUPAYA SEGERA BERJUMPA DENGAN GURU BERTUGAS APABILA ADA SEBARANG MASALAH.

PERKATAAN LAWAD :
BAHASA MALAYSIA : BROSUR
BAHASA INGGERIS: INTO
BAHASA ARAB: MUDIRUN

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS: (EN ILLIYAS)
1. MURID YANG SAKIT ATAU DEMAM DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK HADIR KE SEKOLAH.
2. MURID TIDAK DIBENARKAN BERLARI DI KORIDOR KERANA DITAKUTI AKAN TERJATUH DAN TERCEDERA.
3. SENTIASA BERBARIS MENGIKUT KETINGGIAN UNTUK MENUJU KE TAPAK PERHIMPUNAN ATAU KE BILIK-BILIK KHAS.
4. BERBARIS DENGAN TERATUR JIKA HENDAK MEMBELI MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH MENGIKUT LALUAN YANG TELAH DISEDIAKAN.
5. PASTIKAN KIPAS DAN LAMPU DITUTUP SEBELUM KELUAR KELAS.
6. ZERO SAMPAH : BAWA PLASTIK DARI RUMAH UNTUK DIISI SAMPAH DAN BUANG DI RUMAH.

PENGUMUMAN:
1. MINGGU MATEMATIK ANJURAN PANITIA MATEMATIK ( 9 OGOS HINGGA 13 OGOS 2010)
- AKTIVITI DIJALANKAN PADA WAKTU P & P MATEMATIK DI KELAS MASING-MASING.
- TAHUN 2 : TEKA SILANGKATA
- TAHUN 3 : KUIZ SIFIR
- TAHUN 4 : KUIZ MATEMATIK BERKUMPULAN
2. PROGRAM KERJAYA DITUNDA PADA HARI RABU

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
1. EDARAN JADUAL PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN.
2. PROGRAM TADARUS AL-QURAN BERMULA 1 RAMADHAN
3.KETIDAKHADIRAN MURID PADA 7 OGOS, DIKEHENDAKI BERI SURAT TUNJUK SEBAB.
4. PINTU PAGAR "C" DITUTUP MULAI 14 SEPTEMBER 2010 - MURID YANG BERBASIKAL HENDAKLAH MENGIKUT PINTI PAGAR "A".
5. DISPLIN DI KANTIN - LETAK PINGGAN DAN CAWAN DI DALAM BESEN SELEPAS MAKAN.
6. DILARANG MENGGUNAKAN DATARAN PERHIMPUNAN.
7. LALUAN PATRIOTIK - DIMINTA MURID TIDAK MENGOPEK CAT DI DINDING LALUAN TERSEBUT.
8. UCAPAN SELAMAT BERPUASA DAN MOHON MAAF ATAS SEGALA SILAP DAN SALAH.

Tuesday, August 10, 2010

Jadual PKSR 2 Tahun 2010




SESI PEMBENTANGAN - PERTANDINGAN KODU KUP 2010

Bengkel KoduKup telah dijalankan pada 3 Julai 2010 dan 6 orang murid tahun 5 Alamanda telah menyiapkan binaan permainan Kodu mereka. Mereka ialah :

1. AMIRAH YASMIN - 5 ALAMANDA
2. RAIMI BIN RIDZUAN - 5 ALAMANDA
3. MUHD AMIRUL BIN ADLI - 5 ALAMANDA
4. HANIS ILYA BT MOHD SHAHARIZAD - 5 ALAMANDA
5. PRIVENA A/P GANESON - 5 ALAMANDA
6. SANJAY A/L DEVADAS - 5 ALAMANDA

Sehubungan itu, sesi pembentangan binaan permainan telah dijalankan untuk memberi peluang murid menerangkan mengenai permainan Kodu yang mereka bina. Disamping itu, murid dan rakan boleh berkongsi idea untuk menambah baik hasil binaan mereka. Sesi ini dijalankan sebanyak 2 fasa iaitu :

  • Fasa 1 - Sabtu, 7 Ogos 2010
  • Fasa 2 - Selasa, 10 Ogos 2010

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan :

Pembentangan oleh Amirah Yasmin


Sebilangan kecil murid dijemput untuk mendengar penerangan dan mencuba permainan yang dibina


Pembentangan oleh Raimi


Raimi memberi penerangan dengan penuh semangat


paparan 'arahan permainan' yang dibuat Yasmin


Pembentangan oleh Hanis Ilya

Murid lain mencuba permainan selepas sesi pembentangan




Hasil pembentangan, peserta diberi cadangan dan beberapa panduan untuk membaiki/menambahbaik hasil permainan yang dibina. Permainan yang telah lengkap, akan diupload ke laman web http://www.kodukup.com/ sebelum 20 Ogos 2010.

Monday, August 9, 2010

Perhimpunan Pagi (9 Ogos 2010)

Tarikh : 9 Ogos 2010
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :1. Encik Hafiz (K) 2. Puan Linda Adam 3. Puan Astina4. Puan Jumilah 5. Puan Noriza 6. Cik Norliza 7. Pn. Zulastri
Laporan perhimpunan:
Murid beratur dataran perhimpunan biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2.Bacaan doa oleh adik Amirul Hafiz dari kelas 6 Titanium.
3. Tiga orang pengawas sekolah menjalankan tugas menaikkan bendera.
4. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Linda dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas iaitu adik Mastura dari kelas 6 Titanium.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Hamidi) :
5.1 Encik Hamidi menegur pelajar kerana masih ramai murid membuang sampah merata- rata.
5.2 Pesanan beliau agar murid-murid membuang sampah ke dalam tong sampah.
6. Laporan kelas terbersih minggu lepas:
6.1 Tahun 1 - 1 Myvi
6.2 Tahun 5 - 5 Alamanda
6.3 Sijil telah disampaikan oleh Puan Jamilah Ariffin
7.Ucapan guru bertugas (Pn. Linda Adam) :
7.1 Pn. Linda Adam mengumumkan nama guru bertugas.
7.2 Beliau menasihatkan murid yang telah tidak sihat dari rumah agar memaklumkan
perkara tersebut kepada ibu bapa mereka dan berehat dirumah.
8. Ucapan Puan Jamilah Ariffin:
8.1 Puan Jamilah mengarahkan murid-murid Tahun 6 terutama murid lelaki agar makan
dengan sopan pada waktu rehat dan tidak membaling ketulan air batu kepada murid-
murid lain.
8.2 Beliau turut meminta semua murid membuang bungkusan kosong ke dalam tong
sampah.
9. Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam (Pn. Norlida)
9.1 Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, Panitia Pendidikan Agama Islam akan
mengadakan program Tadarus Al-Quran pada waktu rehat.
9.2 Murid yang telah mendaftar bagi mengikuti program diminta keluar kelas 5 minit
sebelum rehat untuk berwudhuk.
9.3 Kedatangan murid akan diambil dan murid terlibat akan diberikan cenderahati.
10. LAWAD
10.1 Pn. Linda membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – Brosur
BI – Into yang bermaksud ke dalam
ARAB –“Mudirun” yang bermaksud guru besar.
10.2 Kuiz LAWAD minggu ini diberikan kepada 4 orang pemenang dari kelas 5 Carnation,
5 Alamanda dan 6 Ferum.
Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.
Posted by Noriza & Norliza

Thursday, August 5, 2010

WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN 1431H

Ibadat puasa akan bermula pada 11 Ogos 2010. Waktu persekolahan sesi pagi adalah seperti biasa manakala sesi petang akan ditamatkan lebih awal sepanjang bulan tersebut. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:-

SESI PETANG TAHUN 2 DAN 3










SESI PETANG TAHUN 4









* Kelas tasmek dibatalkan sepanjang bulan
puasa.

* Aktiviti Kokurikulum berjalan seperti biasa.

SEKOLAH GANTI

SEKOLAH GANTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI PADA 7.8.2010 (SABTU).
JADUAL HARI KHAMIS. WAKTU PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA.

SEKIAN DIMAKLUMKAN, TERIMA KASIH.

MAKLUMAN IBU BAPA/PENJAGA

PINTU PAGAR ‘C’ (DI SEBELAH DAHLIA APARTMENT) AKAN DITUTUP MULAI 14.9.2010 UNTUK KESELAMATAN MURID SEKOLAH INI. MOHON KERJASAMA TUAN/PUAN SUPAYA MENGGUNAKAN PAGAR ‘B’ (DI PONDOK BAS) UNTUK MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK.

SEKIAN DIMAKLUMKAN, TERIMA KASIH.

Wednesday, August 4, 2010

LAWATAN PERSATUAN MATEMATIK & SAINS

Satu lawatan telah dianjurkan oleh Persatuan Matematik dan Sains SKTPP ke Kilang Pelican, Monumen Alaf Baru, Masjid Tuanku Mizan dan Taman Botani. Lawatan selama sehari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang ilmu sains secara konstektual. Di Kilang Pelican, mereka telah diberi taklimat tentang bagaimana penghasilan dakwat yang digunakan dalam katrij komputer. Selain itu di Taman Botani melalui aktiviti 'treasure hunt', mereka dikehendaki mencari nama nama saintifik tumbuhan yang terdapat di dalam Taman Botani tersebut. Keseluruhannya, aktiviti ini telah berjaya mencapai objektifnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya guru-guru pengiring yang bekerja keras menjaga 80 orang murid supaya selamat pergi dan balik...

Gambar-Gambar Sepanjang Program Lawatan



Guru-guru yang mengiringi murid.....




Salah satu kumpulan menerima hadiah daripada Pegawai Taman Botani, Putrajaya




Murid bersedia sebelum aktiviti mencari harta karun di jalankan




Bergambar di Kilang Pelican, Puchong.



Taklimat diberikan oleh petugas Pelican.

Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM KERJAYA

Tarikh : 3 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi Hingga 1.00 tengahari
Sasaran : Semua murid Tahun 6
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Objektif program :

Dalam mencapai misi Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid. Satu program telah dirancang bagi mencapai satu matlamat iaitu setiap murid mempunyai cita-cita bermula dari sekolah rendah lagi. Di samping itu, program ini dapat meningkatkan motivasi murid dalam mencapai kerjaya pilihan.