Thursday, October 31, 2013

CUTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

Sehubungan itu, sekolah akan mula bercuti pada 2.11.2013 (Sabtu) hingga 5.11.2013 (Selasa) dan akan dibuka pada 6.11.2013 (Rabu). 

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Wednesday, October 30, 2013

PROGRAM JATI DIRI DAN KERJAYA MURID SEKOLAH RENDAH

Pada hari Selasa, 29 Oktober 2013, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah menganjurkan Program Jati Diri Dan Kerjaya Murid Sekolah Rendah. Program ini adalah khas untuk murid Tahun Enam. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di UNIKL MIAT dan IPD Sepang.

Objektif  program :
1) Menambah pengetahuan murid mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktiviti-aktiviyang dijalankan.
2) Membantu meningkatkan motivasi murid serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri masing-masing.

Sebanyak 37 buah sekolah di daerah sepang telah menghantar wakil murid untuk menyertai program tersebut. SK Taman Putra Perdana juga  tidak ketinggalan dengan menghantar 4 orang peserta iaitu:
1) Muhammad Ikmal Haris Bin Fazir (6 Merpati)
2) Nur Asyiqin Binti Mohamed Esa (6 Merpati)
3) Muhammad Syazwan Bin Sa'ari (6 Tiung)
4) Irdina Fakhira Binti Mohd Fadzir (6 Tiung)

Atur cara program:
8.00 pagi - Pendaftaran peserta dan sarapan pagi di UNIKL MIAT
8.30 pagi - Pecah Bendungan dan pembahagian kumpulan
10.00 pagi - Kudapan
10.15 pagi - Lawatan sambil belajar ke IPD Sepang
12.30 t/hari - Makan tengah hari di kantin IPD Sepang
1.15 petang - Solat Zohor di surau IPD Sepang
2.00 petang - Bertolak ke UNIKL MIAT
2.30 petang - Taklimat kerjaya oleh kaunselor UNIKL
3.30 petang - Refleksi diri/rumusan program
4.30 petang - Majlis perasmian penutupan
                      Penyampaian sijil dan cenderamata
5.00 petang - Bersurai

Gambar-gambar sepanjang program dijalankan:

Perjalanan dari SKTPP ke UNIKL MIAT

Sesi pendaftaran


Peserta dibimbing supaya sentiasa bekerjasama dan saling hormat menghormati

Aktiviti dalam kumpulan.
Peserta dikehendaki mengingat setiap nama rakan  dalam kumpulan dan nama sekolah.

Perjalanan dari UNIKL ke IPD Sepang. 
Terdapat 3 buah bas yang disediakan oleh IPD Sepang.

Peserta turun dari bas dan berbaris menuju ke pintu masuk IPD Sepang. 
Kehadiran peserta disambut oleh pegawai IPD Sepang 
dengan iringan lagu 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang' .

Menanti persembahan yang akan ditunjukkan oleh unit khas PDRM

Persembahan 'Rompakan' bertempat di dataran IPD Sepang.
Aksi yang ditunjukkan amat mendebarkan.
  

Peserta dibawa ke Cawangan Persenjataan
 
Peluru dipamerkan di sudut yang berada di dalam Bilik Senjata



Taklimat yang disampaikan oleh Sarjan Gunasegaran dan Sarjan Kamisan di Cawangan Kereta Peronda

Salah sebuah kereta peronda jenis Mitsubishi, kelajuannya sehingga 300 km/j.

Kenangan manis untuk peserta yang lahir pada bulan Oktober termasuklah seorang peserta dari SKTPP, Muhammad Ikmal Haris (6 Merpati) kerana pihak IPD dan PPD Sepang  membuat kejutan dengan mengadakan majlis meraikan ulangtahun kelahiran mereka.

Taklimat kerjaya yang disampaikan oleh kaunselor UNIKL.
Peserta diminta membuat jet menggunakan sekeping kertas.

Bergambar bersama guru pengiring di helipad UNIKL

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) 2013

Unit Kokurikulum SKTPP telah menjalankan aktiviti perkhemahan selama 2 hari bermula pada hari Sabtu (26.10.13) sehingga Ahad (27.10.13). Kem komandan yang bertugas ialah En. Tarmiji bin Sabali, Pn. Mazzaini binti Muda dan Pn. Azwani binti Mohamed Noordin. Sebanyak 217 orang peserta telah hadir mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Para peserta terdiri daripada:
  1. Unit Pengakap : 45 orang
  2. Unit BSMM : 40 orang
  3. Unit PPIM : 45 orang
  4. Unit Puteri Tunas : 42 orang
  5. Unit TKRS : 39 orang
  6. Unit Pengakap PPKI : 6 orang  
Sabtu (26.10.13)
Seawal jam 7.30 pagi, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Aktiviti dimulakan dengan ice-breaking bawah kelolaan Pn. Norhafizah Binti Ismail dengan dibantu oleh guru-guru yang bertugas. 

Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti Masakan. Semua peserta bekerjasama menyediakan menu telur dadar dan cekodok bilis dan jagung dengan menggunakan kayu api.

Selain daripada itu, murid mendirikan khemah di dataran perhimpunan, menjalankan latihan kawad kaki dan aktiviti ketahanan. Pada sebelah malam pula, para peserta menjalani latihan persembahan di bawah bimbingan Pn. Arnny Yusnita untuk Persembahan Malam Kebudayaan.

Berikut adalah gambar aktiviti sekitar hari Sabtu.



Solat berjemaah


Ujian Ketahanan

Ujian Ketahanan


Ujian Ketahanan




Ujian Ketahanan


Ahad (27.10.13)
Murid dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk solat subuh berjemaah.Sebelum aktiviti seterusnya dijalankan, ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli kepada kem komandan.

Para peserta menjalankan aktiviti 1M1S yang merupakan salah satu aktiviti utama dalam program Perkhemahan Unit Beruniform 2013. Seterusnya diikuti dengan aktiviti Pertolongan Cemas bagi memberi pendedahan kepada para peserta.

Acara kemuncak Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ialah Perasmian penutupan oleh En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim dan penyampaian hadiah.

Berikut senarai pemenang bagi keseluruhan aktiviti:

Kumpulan terbaik : 1) Kumpulan 7
                           2) Kumpulan 6
                           3) Kumpulan 8

Peserta terbaik (L) - Muhammad Azri Afiq bin Mohd Yusof (Kump. 6)
Peserta terbaik (P) - Athirah Diyana binti Mat Luwi (Kump. 9)
             
Berikut adalah gambar aktiviti pada hari Ahad.

Penyampaian hadiah saguhati PPKI

Penyampaian hadiah peserta terbaik (L)

Penyampaian hadiah peserta terbaik (P)

Penyampaian hadiah

Penyampaian hadiah

Aktiviti Pertolongan Cemas oleh Pn. Najmi


Nyanyian lagu Negaraku

 
Nyanyian lagu Negaraku

 Ketua kumpulan (L) melaporkan diri

Ketua kumpulan (P) melaporkan diri

Disediakan oleh
Zainur Jimah binti Abdullah & Noor Azila binti Ngah
AJK Dokumentasi
Perkhemahan UB & 1M1S 2013




Tuesday, October 29, 2013

PENANGGUHAN MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 (2013)

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Majlis Graduasi Tahun 6 yang dijadualkan pada 31 Oktober ditangguhkan pada ketetapan pada tarikh yang  berikut:

Tarikh   : 7 November 2013
Masa    : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Dewan Perdana SKTPP



Monday, October 28, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-40 2013


Tarikh : 28 OKTOBER 2013
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.15 pagi

GURU BERTUGAS

1) Encik Ismarizal bin Ismail
2) Puan Astina binti Mahat Nor
3) Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
4) Puan Azlina binti Mat Isa
5) Puan Kwa Jin Nee
6) Norhafiza binti Ismail
7) Puan Zuraini binti Ismail

LAPORAN

1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA, DAN IKRA

1.1     Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negari Selangor, dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Intan 
          Zulaikha Binti Mustafa dari kelas 6 Tiung.

1.2     Bacaan doa oleh pengawas iaitu Irfan Aqil bin Azmi dari kelas 6 Tiung
      
1.3     Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Encik Ismarizal bin 
          Ismail 

1.4    Ikrar Murid disampaikan oleh Muhammad Syazwan bin Saari pengawas dari kelas 6 
         Tiung

1.5   Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia yang bertugas untuk menaikkan bendera


2.0 LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PUAN ZALEHA BINTI RAMDAN MOHAMED)

2.1       Murid dilarang meludah sesuka hati tanpa mengira tempat. Murid dikendaki meludah pada tempat yang sesuai.

2.2       Sejak akhir-akhir ini murid kurang menjaga kebersihan kelas. Oleh itu guru bertugas menyarankan supaya murid-murid perlu menjadi seorang yang bertnggungjawab atas tugas yang diamanahkan. 
           
2.3       Waktu balik murid-murid diingatkan agar menggunakan laluan yang telah ditetapkan seperti yang naik van atau bas sekolah perlu menggunakan pintu pagar B. 

2.4       Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali menggunakan laluan Patriotik terutama murid yang menaiki van semasa balik.

2.5      Murid-murid yang menunggang basikal, perlu menuntun basikal di bahagian tepi.


3.0 PERKATAAN LAWAD

3.1  Bahasa Melayu : Koir - sekumpulan penyanyi

3.2 Bahasa Inggeris : Thrilling - mendebarkan

3.3 Bahasa Arab : Al-wathanun - tanahair


4.0 UCAPAN GURU BERTUGAS ( ENCIK ISMARIZL BIN ISMAIL)

Tema : Amalkan Makanan Berkhasiat

4.1     Definisi : Makanan berkhasiat ialah makanan yang mempunyai nutrien yang cukup    
          seperti vitamin, protien,lemak,dan lain-lain lagi.

4.2     Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

4.3    Jangan makan makanan ringan.

4.4    Minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4.5    Amalkan budaya hidup yang sihat.


5.0 PENGUMUMAN

5.1     Puan Habsah meminta semua murid tahun enam berkumpul di dewan Putra berserta 
          guru mata pelajaran  semasa selepas perhimpunan untuk persediaan Hari Graduasi.

5.2     Penggunaan makmal komputer 1  -  4 Alza.
                                                                  3 -  4 Waja 


6.0 UCAPAN GURU BESAR (ENCIK SUKIMIN BIN JUKI)

6.1     Murid-murid perlu mematuhi peraturan sempena tuntutan agama.

6.2      Ilmu pengetahuan adalah perkara asas yang perlu ada untuk memaparkan tingkah laku  
           contohya sekiranya perhimpunan ia menuntut kita diam, maka kita semua perlu diam. 
           Begitu juga semasa menyanyikan lagu.

6.3      Murid-murid dilarang meludah terutama dari bahagian atas. Sikap ini amat memalukan.

6.4      Fikiran kita jangan asyik berangan.

6.5      Peperiksaan bukan ukuran utama tetapi sahsiah yang mencerminkan keperibadian kita.

6.6     Orang yang paling bernilai ialah orang yang sudah melalui pelbagai pendidikan.

6.7     Minum air masak sebanyak lapan gelas sehari. Kurangkan pengambilan makanan jajan.

Murid-murid dan guru sedang menyanyikan lagu dengan penuh semangat

Barisan guru yang bertugas


Encik Sukimin sedang menyampaikan amanat kepada warga SKTPP


Perhimpunan tamat pada jam 8.15 pagi.

Disediakan oleh : Puan Azlina binti Mat Isa.

Thursday, October 24, 2013

Pertandingan Kerohanian Tahun Enam 2013

AKTIVITI KEROHANIAN TAHUN 6 2013

TARIKH : 8 OKTOBER 2013
HARI      : SELASA
PERTANDINGAN : AZAN, BERCERITA DAN NASYID.

Senarai nama pemenang pertandingan:

Azan 

1. Auf Fayyadh bin Kaliisa ( 6 Helang)
2. Muhammad Syahiran bin Shahabuddin ( 6 Kelicap)
3. Muhammad Iskandar Muqri bin Mazli ( 6 Tiung)


Bercerita

1. Muhammad Ikmal Haris bin Fazir ( 6 Merpati)
2. Nurul Ezza Fazlina binti Abu ( 6 Tiung)
3. Nik Mohamad Izwa Ikmal bin Mohd Fauzi ( 6 Nuri)


Nasyid

1. 6 Merak
2. 6 Tiung
3. 6 Kelicap

Gambar sekitar aktiviti
Bercerita
 Nasyid
 Bercerita

Disediakan oleh : Nor Azura Asir dan A'ishah

PEMULANGAN BUKU TEKS 2013 DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2014

Ibu bapa/Penjaga,
Murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6,
SK Taman Putra Perdana.

Dimaklumkan bahawa, pemulangan buku teks kegunaan 2013 dan pengagihan buku teks untuk kegunaan 2014 akan dijalankan seperti jadual di bawah:-

PEMULANGAN BUKU TEKS
KEGUNAAN 2013
PENGAGIHAN BUKU TEKS
KEGUNAAN 2014
TARIKH
TAHUN
TARIKH
TAHUN


28 Okt – 30 Okt 2013
(Isnin – Rabu)


1, 2, 3, 4, 5 dan 6

18 – 20 Disember 2013

(Rabu – Khamis)
8.30 pagi – 11.30 pagi

1, 2, 3, 4, 5 dan 6

Tempat :
Buku Teks : Bilik KH
Buku Aktivit : BOSS

Nota:
Pemulangan Buku Teks 2013
Tuan/Puan hendaklah memulangkan buku teks seperti jadual  yang di atas.  Semua judul buku aktiviti tidak perlu dipulangkan. Ikat buku teks dengan kemas menggunakan tali rafia dan klip bersama senarai semak yang dilampirkan.

Pengagihan Buku Teks 2014
            Tuan/Puan dikehendaki hadir mengambil buku teks 2014 bagi murid tahun 1, 2, 3, 4, 5                               dan 6 pada 18-20 Disember 2013 (seperti jadual di atas).

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Surat pemakluman pemulangan akan diedarkan pada hari Jumaat (25.10.2013)

Tuesday, October 22, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 39)

Hari : Isnin
Tarikh: 21 Oktober 2013
Masa: 6.10-6.40 petang

GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Puan Arnny Yusnita Binti Md Enarji
2. Puan Nik Rosmaliza Binti Nik Hussin
3. Puan Grace a/p Danaraj
4. Puan Siti Maziah Binti Muhamad Tajuddin
5. Puan Aznita Binti Ahmad
6. Puan Hastipa @ Zaiton Binti Mat Daud
7. Puan Suzelawati Binti Zakaria (Cuti Bersalin)

LAPORAN / ULASAN
  1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selagor dan lagu sekolah.
  2. Bacaan doa oleh adik Asyraf Aqasha (Tahun 3 Zeta).
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pengerusi Majlis (Puan Arnny Yusnita Binti Md Enarji).
  4. Bacaan ikrar murid oleh adik Alya Fariha (Tahun 3 Sigma).


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PUAN WAN ROSMAWATI BINTI WAN IBRAHIM)
  1. Beliau menyentuh tentang sikap murid yang suka berlari tidak kira masa sama ada apabila murid berada di kantin, surau, bilik muzik dan menaiki tangga menuju ke kelas.
  2. Beliau menerangkan akibat buruk yang boleh berlaku seperti patah anggota, luka dan jahitan pada badan.
  3. Beliau menasihatkan semua murid agar tidak lagi berlari dan sentiasa berjalan dalam barisan dan dalam keadaan beratur.


PERKATAAN LAWAD
  1. Bahasa Inggeris: lecturer – pensyarah
  2. Bahasa Melayu: gabak- cuaca yang buruk /mendung / keadaan yang hendak hujan
  3. Bahasa Arab: sadrun- dada


UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN (PUAN ARNNY YUSNITA BINTI MD ENARJI)
  1. Tema pada minggu ini ialah kesopanan dan kesusilaan.
  2. Beliau menerangkan kepada murid bahawa kesopanan kesusilaan merupakan salah satu daripada perkara yang terdapat dalam Rukun Negara, yang membawa maksud nilai adab yang tinggi dan sahsiah manusia yang cemerlang.
  3. Dari segi konteks murid, ia merangkumi cara murid bergaul dengan rakan, guru dan masyarakat sekeliling.
  4. Beliau menasihatkan murid agar bercakap dengan elok dan menggunakan bahasa yang lembut dengan kawan-kawan di sekolah dan ibu bapa di rumah.
  5. Kesimpulannya, beliau menegaskan bahawa akhlak yang baik akan membentuk ummah yang cemerlang.


PENGUMUMAN / MAKLUMAT PENTING (PUAN NIK ROSMALIZA BINTI NIK HUSSIN)
  1. Peperiksaan akhir tahun akan bermula pada esok hari. Murid-murid yang masih belum mendapat jadual peperiksaan boleh datang berjumpa dengan Puan Grace selepas perhimpunan.
  2. Semua murid tidak perlu memakai baju sukan sepanjang minggu ini.

UCAPAN KETUA GURU DISIPLIN (PUAN ARNNY YUSNITA BINTI MD ENARJI)
  1. Beliau menasihatkan murid agar tidak membawa benda terlarang seperti benda tajam dan benda tidak tajam tetapi yang boleh membawa maut iaitu rokok.
  2. Beliau mengingatkan murid sekali lagi agar dapat memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap pada minggu ini.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (ENCIK ROSDIN BIN IBRAHIM)
  1. Beliau berpesan kepada murid agar jika hendak berbuat jahat sekalipun biar orang lain tidak nampak. Murid perlu sentiasa berbuat baik di depan guru.
  2. Beliau menasihatkan agar murid dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam peperiksaan pada minggu ini.
  3. Beliau turut menyarankan kepada murid agar meminta ibu bapa mendoakan kejayaan mereka dan seterusnya berserah kepada Tuhan setelah cuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.
  4. Akhir kata, beliau menasihati murid agar membuat persiapan awal seperti menyediakan alat tulis yang lengkap sebelum menghadapi peperiksaan.

Monday, October 21, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 
(MINGGU 39) SESI PAGI

Hari : Isnin
Tarikh : 21 Oktober 2013
Masa : 7.30 pagi

GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Encik Norizmi bin Zainal Abidin
2. Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed
3. Puan Nurliza binti Ab Rahman
4. Puan Zailezah binti Sardi
5. Puan Noor Azila binti Ngah
6. Puan Nurzainon binti Razalli
7. Puan Rima binti Maon

LAPORAN/ULASAN

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Syazwan (6 Tiung).
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Zaleha.
4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Nur Anis Zarith Sofia (Ketua Pengawas).

UCAPAN PENOLONG KANAN HEM, PUAN JAMILAH BINTI ARIFFIN

1. Semua murid dinasihatkan supaya membuat persediaan awal bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) yang akan bermula pada hari ini (21.10.2013). 

2. Murid-murid tahun 6 diingatkan supaya tidak membuat bising dan menjaga tatatusila semasa berada di dalam kelas kerana PAT bagi murid-murid tahun 4 dan 5 akan bermula pada hari ini manakala tahun 6 akan bermula pada hari esok (Selasa).

PERKATAAN LAWAD

Bahasa Melayu: koir - sekumpulan penyanyi
Bahasa Inggeris: drowning - lemas
Bahasa Arab: wardatun - bunga mawar 



Friday, October 18, 2013

PROGRAM MOTIVASI ALAM MENENGAH 2013

Pada hari Jumaat, 18 Oktober 2013, Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Peningkatan Tahun Enam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Motivasi Alam Menengah 2013. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.50 pagi.  Seramai 133 orang murid yang menghadiri program ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 6.

Antara objektif program ini adalah untuk :
·         Memberi pendedahan berkaitan pembelajaran dan budaya pelajar di sekolah menengah.
·         Member pendedahan kepada murid berkaitan dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Teknik & Vokasional dan Sekolah Agama Menengah.
·         Menetapkan matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai cita-cita pada masa akan datang.
·         Melahirkan pelajar yang mempunyai wawasan dan cita-cita yang jelas.
·         Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pelajar.


Gambar-gambar sewaktu program tersebut berlangsung.
Juru acara memulakan majlis
Penceramah jemputan sedang memberikan ceramah.
Murid-murid sedang tekun mendengar ceramah

Sesi temubual bersama murid
Taklimat mengenai Sekolah SBP, Sekolah Teknik dan Vokasional
dan Sekolah Agama Menengah


Disediakan oleh : Visva Vilasini & Rima Maon