Thursday, November 27, 2014

Kerja-kerja membuat longkang

Sejak sekolah mendapat pagar baharu, didapati kawasan pondok di sebelah pagar B sentiasa digenangi air. Masalah ini berlaku kerana air yang bertakung tersebut tiada laluan keluar berbanding sebelum pembinaan pagar batu tersebut di mana air hujan akan mengalir ke jalan raya.
   Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah membuat longkang di kawasan tersebut. Diharapkan dengan pembinaan parit tersebut, masalah ini dapat diatasi. Terima kasih banyak buat PIBG atas sumbangan yang diberi.



Air bertakung setelah pembinaan pagar baharu





Semoga masalah tersebut dapat diatasi setelah longkang dibina

Wednesday, November 26, 2014

Kerusi Meja Baharu

Terima kasih diucapkan kepada pihak JPS dan PPD kerana telah menghantar 20 set kerusi dan meja baharu untuk kegunaan murid-murid tahun hadapan. Walaupun jumlah tersebut masih belum mencukupi bagi mengatasi masalah kekurangan kerusi meja yang dihadapi oleh pihak sekolah, namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh sekolah. Terima kasih sekali lagi...


Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2014

   Setelah sekian lama, akhirnya detik yang ditunggu-tunggu iaitu tanggal 26 November 2014 pun tiba. Bersama semua murid Tahun 6 di seluruh negara, SK Taman Putra Perdana menerima kunjungan murid-murid tahun 6 serta ibu bapa / waris / penjaga bagi menerima keputusan UPSR pada tahun ini. Pelbagai ragam kelihatan sebelum keputusan diperolehi. Semua murid dan ibu bapa berkumpul di dewan terbuka. Murid-murid beratur dalam barisan kelas masing-masing dengan perasaan yang bercampur baur dalam kegembiraan berjumpa rakan serta kerisauan untuk menerima keputusan UPSR.

   Majlis bermula jam 11.00 pagi dengan bacaan doa dari Ustaz Zurilazman dan disusuli pula dengan ucapan YDP PIBG - Tuan Haji Khairul bin Mohd Suffian. Akhir sekali ucapan yang penuh bersemangat dari Guru Besar SKTPP - Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali. Guru Besar turut mengumumkan bahawa Daerah Sepang menduduki tempat ke-4 terbaik dalam Negeri Selangor. Bagi SK Taman Putra Perdana pula terdapat 22 orang yang mendapat 5A dan 36 orang yang mendapat 4A 1B, GPS 2.15 dan peratus lulus keseluruhan 75.87%. Beliau berbangga dengan keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada semua 309 orang murid Tahun 6 tahun ini. Beliau juga berharap pada tahun hadapan keputusan akan lebih cemerlang dengan usaha murid-murid dan para guru yang tidak mengenal jemu. Selaku Guru Besar beliau akan terus menyokong segala aktiviti yang melibatkan kecemerlangan murid-murid khasnya calon UPSR.

Berikut adalah nama calon yang mendapat 5A dalam UPSR 2014:

"TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA SEMUA"

1. ANIQ IQBAL BIN ZULKARNAIN 
2. MOHAMMAD FIRDAUS BIN FAUZAN
3. MOHAMMAD IRFAN RAHIMI BIN MOHD MARZUKI
4. MUHAMMAD AIMAN FIKRI BIN AHMAD IDRIS
5. MUHAMMAD ILHAN EL EMIN BIN MUHAMMAD FIKRI EL EMIN
6. MUHAMMAD IRFAN NAQIB BIN MOHD NAZARUDDIN
7. AINNUR SYUHADA BT RAZMI
8. ALYSA SOFEA BT AHMAD FUAT
9. NEA SOPHEA BT MOHD SHAHIR
10. NUR HANISA BT HISHAMUDIN
11. NUR AINA BATRISYIA BT MOHD AMIN
12. NUR AMIRAH BT MOHD FAUZI
13. NUR FARAH IWANI BT JAMSARI
14. NUR QISTINA BT SUHAIMI
15. SYANIZ SYAZA BT HALID
16.SYED NOORAIMAN HAKIM BIN SYED NORNEKMAN
17. MUHAMMAD HAZIQ BIN AFFENDI
18. IRA SYAZLYANA BT MOHD SAIFUL NIZAM
19. NUR IRDINA ALYA BT ZAIME
20. SITI AISYAH BINTI KAMARUL ZAMAN
21.AFNAN DANIEL BIN KHAIRUL FAIZI
22. MOHAMMAD DANIAL HAQEEM BIN AZMAINI.

Berikut adalah gambar sepanjang Majlis Penyampaian Keputusan UPSR:

Wajah kegembiraan 22 murid yang mendapat 5A..Tahniah......
 Adik Nur Amirah bt Mohd Fauzi antara yang mendapat 5A
 Sebelum majlis di mulakan. Pelbagai aksi murid yang mencuit perasaan
Ucapan penuh semangat dari Guru Besar Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali

Gambar Studio Hari Anugerah Cemerlang 2014

Sehubungan perkara di atas, dimaklumkan bahawa gambar sudah siap. Murid-murid dan Ibu bapa yang telah menempah gambar pada hari tersebut boleh mengambilnya di pejabat sekolah mulai 24 November 2014.

Tuesday, November 25, 2014

Sumbangan Al Quran untuk Murid Cemerlang UPSR

Pihak sekolah merasa bangga kerana telah menerima sumbangan 40 naskhah Al Quran Tajwid dan Terjemahan Humaira untuk disampaikan kepada murid-murid cemerlang yang akan menerima keputusan UPSR esok. Terima kasih banyak. Semoga murah rezeki parent tersebut.

Warna-warni lagi

Keputusan UPSR 2014

Sehubungan dengan perkara di atas, murid-murid dan penjaga dialu-alukan untuk datang mengambil keputusan UPSR pada ketetapan  yang berikut;

Tarikh  :  26 Disember 2014 (Rabu)
Masa    :  10.00 pagi
Tempat  :  Dewan Perdana, SKTPP


INFO
  • Murid-murid DIWAJIBKAN memakai uniform sekolah
  • Bagi murid-murid yang BELUM menghantar buku teks perlu membawa buku tersebut untuk diserahkan kepada guru kelas masing-masing
  • murid-murid yang datang dikehendaki BERATUR dengan tertib mengikut kelas masing-masing
Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Saturday, November 22, 2014

Hari Orientasi Tahun Satu 2015

Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan di dalam keadaa transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid-murid dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.

Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi tersebut. Murid-murid telah mendaftar di kelas yang ditetapkan terlebih dahulu untuk penyerahan Fail Murid. Kemudian murid-murid dibawa ke kelas yang ditetapkan untuk mendengar taklimat disiplin dan menjalani Ujian Diagnostik. Ujian Diagnostik diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.

Sementara murid-murid menjalani Ujian Diagnostik, para ibu bapa telah mendengar ucapan Guru Besar dan beberapa taklimat di Dewan Perdana berkenaan dengan isiplin Murid yang disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita, Taklimat LINUS dan Minggu Transisi oleh Puan Jamilah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Ibu bapa turut hadir
Guru-guru yang terlibat
Murid-murid berbaris sebelum masuk ke kelas

Guru Besar bersama YDP PIBG dan PK Pentadbiran
SK Taman Putra Perdana

Murid-murid bersedia menghadapi ujian diagnostik
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar



Penerangan di stesen - Kantin

Beratur mengikut kelas sementara
Wajah kegirangan bakal murid tahun 1 2015
Berkumpul semula sebelum bersurai

Friday, November 21, 2014

Penyerahan Papan Kenangan Kohort Kayu 2014

Penyerahan board pantun dan nama kelas kohort kayu-kayan kepada Guru Besar telah dilakukan oleh Ketua Murid; Aniq Iqbal. Semoga kalian akan terus sukses dan menjadi warga negara yang berguna dan cemerlang pada masa depan. Harumkanlah nama sekolah dalam pelajaran serta walau dalam apa jua bidang yang diceburi kemudian hari kelak.

 
Tahniah dan Semoga Berjaya

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan November 2014)

Alhamdulillah, aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid telah dilaksanakan di sekolah ini sepanjang tahun 2014. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, jawatankuasa pelaksana Program Guru Penyayang dan guru-guru yang turut menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa menguruskan pengangkutan anak-anak pergi dan balik sekolah setiap hari semasa sesi persekolahan dengan baik. Semoga aktiviti Program Guru Penyayang ini dapat mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang aktiviti ini dijalankan pada bulan November 2014...



 Urusetia: Sesi Pagi – Pn Roseniza Bt Setapa
                 Sesi Petang – Pn Hastipa@Zaiton Bt Mat Daud

 Masa:  7.00 pagi hingga 7.20 pagi (Sesi Pagi)
             1.00 petang hingga 1.20 petang (Sesi Petang : Isnin – Khamis)
             2.00 petang hingga 2.20 petang (Sesi Petang : Jumaat)


Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan November 2014

BIL
TARIKH
NAMA GURU SESI PAGI
NAMA GURU SESI PETANG
PAGAR
1.
03.11.14
Isnin
Visva Vilasini a/p Koppal@Goppal
Tarmiji bin Sabali
Nik Rosmaliza bt Nik Hussain
Muhamad Zainudin bin Kalam
A
B
2.
04.11.14
Selasa
Norsiah bt Mohd Noor
Norhana bt Nordin
Nora bt Sabihi
Salmi bt Adnan
A
B
3.
05.11.14
Rabu
Norinna bt Mohamed
Norli bt Hassan
Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Nor Azian bt Ahmad
A
B
4.
06.11.14
Khamis
Khaironnajmi bt Haron
Pazli bin Zawawi
Zalina bt Ismail
Nor Maziah bt Abd Malek
A
B
5.
07.11.14
Jumaat
Nik Kamisah bt Mohd Aziz
Ainul Balkhish bt Mohd Aris
Salmi bt Amir
Azizah bt Ab Hamid
A
B
6.
10.11.14
Isnin
Azwani bt Mohamed Noordin@Noordin
Musaliha bt Mustafa
Wan Sarinah bt Wan Ibrahim
Suzelawati bt Zakaria
A
B
7.
11.11.14
Selasa
Nurliza bt Ab Rahman
Nor-Azura bt Mustafa
Azura Farina bt Abdullah
Nor Suriati bt Ismail
A
B
8.
12.11.14
Rabu
Azlina bt Mat Isa
Zuraini bt Ismail
Salina bt Mohd Tasu
Maizara bt Mahat
A
B
9.
13.11.14
Khamis
Rosmizawati bt Yusub
Parimala a/p Vengadaslam
Yani bt Mohammad Sharif
Nur Malisha bt Omar
A
B
10.
14.11.14
Jumaat
Siti Rabiaah bt Mohammad
Shahrizal bin Ya’am
Mohd Rusydan bin Ismail
Saifullah bin Mat Saupi
A
B
11.
17.11.14
Isnin
Zainur Jimah bt Abdullah
Norliza bt Ali@Yasim
Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
Noor Azlinda bt Kasmin
A
B
12.
18.11.14
Selasa
Mahadir bin Midun
Noor Hayati bt Yusof
Afandi bin Mat Zain
Suhaizan bt Sukiman
A
B
13.
19.11.14
Rabu
Siti Masra bt Abdul Kadir
Salasiah bt Abd Razak
Ummu A’thiah bt Hashim
Nazahiyah bt Ab Rahman
A
B
14.
20.11.14
Khamis
Nor Syifa bt Khadir
Hazim bin Harun
Zabedah bt Othman
Saadiah bt Busrah
A
B
15.
21.11.14
Jumaaat
Roslina bt Jafar
Srimahathevan a/l Vadivelu
Norazah bt Mohd Ali
Nurrulhuda bt Yaacob
A
B

Pemantauan Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid
HARI
SESI PAGI
SESI PETANG
Isnin
Tn Hj Ahmad Fuadi Bin Sarham@Hj Mohd Dahlan
Pn W.Rosmawati Bt W.Ibrahim
Selasa
Pn Hjh Rohaidah Bt Mohd Ali
Pn Rosmah Bt Jamat
Rabu
Pn Jamilah Bt Arifin
Pn Jumilah Bt Ahmad
Khamis
Pn Azizah Bt Mokhlas

Pn Rozimah Bt Yaakob
Jumaat
Pn Juli Bt Mahbah

Pn Nor Arzah Bt Hussin