Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 2004. Pada awal pembukaannya, hanya 23 buah kelas yang beroperasi dengan jumlah 1000 orang murid dan 38 orang guru serta seorang pembantu tadbir. Selain itu, terdapat 3 orang pekerja pembersihan swasta dan 3 orang pengawal keselamatan yang banyak membantu melancarkan perjalanan pengurusan sekolah pada waktu itu.

Dari semasa ke semasa, bilangan murid bertambah secara drastik. SK Taman Putra Perdana kini menampung hampir 2000 orang murid yang terdiri daripada 3 aliran iaitu Aliran Perdana, Prasekolah dan Aliran Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) Masalah Pembelajaran.

     Sehingga kini, seramai 6 orang Guru Besar telah menerajui kepemimpinan sekolah iaitu:


Nama Guru Besar
Mula Berkhidmat
Sehingga
Puan Hajah Norlia binti Daya
02 Januari 2004
30 April 2004
Puan Salmiah binti Hashim
01 Mei 2004
15 November 2004
Encik Hamzah bin Harun
    16 November 2004
30 September 2006
Encik Harun bin Zainul
01 Oktober 2006
30 September 2009
Encik Sukimin bin Juki
01 Oktober 2009
31 Disember 2013
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
01 Februari 2014
      kini


          Pada awal pembukaannya, SKTPP mempunyai 30 buah bilik darjah, 2 buah bilik sains, sebuah bilik komputer, dewan terbuka, bilik pemulihan, bilik tayangan, bilik muzik, bilik Kemahiran Hidup, bilik Pendidikan Seni, bilik guru, pejabat pentadbiran, bilik persalinan, surau, tempat meletak basikal, kantin dan kedai buku.

Beberapa blok bangunan telah ditambah untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah saban tahun. Di samping itu, beberapa pengubahsuaian bilik telah dilakukan iaitu 3 buah bilik komputer, 2 buah kelas prasekolah, 6 buah kelas pendidikan khas dan tambahan sebuah bilik guru yang diubahsuai daripada bilik pendidikan seni.

Pada tahun 2018, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah meluluskan pembukaan 57 buah kelas aliran perdana, 6 kelas pendidikan khas dan 2 kelas prasekolah untuk menampung hampir  2000 orang murid, 138 orang guru, 12 orang staf sokongan, 12 orang pekerja pembersihan dan 4 orang pengawal keselamatan. 

Terdapat dua sesi persekolahan di SK Taman Putra Perdana iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi terdiri daripada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 di samping murid prasekolah dan murid pendidikan khas. Sesi petang pula terdiri daripada murid Tahun 1, 2 dan 3. Dalam masa lebih sedekad, sekolah ini terus bersaing dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Kini sekolah telah menempa nama dalam pelbagai bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM) dan sukan seiring kebitaraan sekolah : kesenian, PPDa dan kriket. Semoga anak-anak murid yang belajar di sekolah ini akan terus cemerlang dalam segenap bidang kemenjadian murid selaras dengan aspirasi bangsa dan negara.   
 

No comments:

Post a Comment