... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, January 30, 2016

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari 2016)

Amalan Guru Penyayang telah dilaksanakan secara berterusan dan menjadi budaya guru di sekolah ini. Antara aktiviti Guru Penyayang iaitu Mengalu-alukan Kehadiran Murid. Guru akan mengalu-alukan dan menyambut murid di pintu pagar sekolah.

Objektif:
1.    Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid
2.    Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid

Tarikh Pelaksanaan: Setiap hari waktu persekolahan

Masa:
7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi pagi)
1.00 petang hingga 1.20 petang (sesi petang: Isnin - Khamis)
2.00 petang hingga 2.20 petang (sesi petang: Jumaat)

Urusetia

Pagi      :  Pn. Nurliza binti Ab Rahman
                Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad

Petang :  Pn. Nor Arzah binti Husin
               En. Mohd Izwan bin Mohd Jowahar

Antara paparan yang dirakam sepanjang bulan Januari.
                                               
   Sesi pagi

Sesi petang

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12 2016

Pada 30 Januari 2016, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12 telah diadakan mengikut agenda yang ditetapkan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Helmy bin Arshad, Yang Dipertua PIBG SK Taman Seroja.

Mesyuarat Agung Tahunan ini bertujuan untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetuskan idea yang bernas demi menjana kemajuan dan meningkatkan akademik, disiplin dan kokurikulum di sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru. Semoga jaringan erat yang terbentuk antara ibu bapa dan pihak sekolah menjadi pemangkin kepada SKTPP untuk menempa kejayaan dan kegemilangan sepanjang tahun 2016.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung :

Pendaftaran ibu bapa dan guru
Kaunter wakaf surau
Guru-guru sedang menjalankan tugas masing-masing
Barisan tetamu yang hadir
Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
Ucapan perasmian Yang Berbahagia Tuan Haji Helmy bin Arshad
Persembahan murid
Mesyuarat Agung PIBG sedang berlangsung
AJK PIBG SK Taman Putra Perdana Sesi 2016/2017
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Wednesday, January 27, 2016

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2016

Adalah dimaklumkan bahawa SK Taman Putra Perdana sekali lagi telah terpilih sebagai penganjur Kejohanan Ping Pong Peringkat Daerah Sepang seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh : 1 dan 2 Februari 2016 (Isnin & Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat  : Dewan SMK Putra Perdana

Kejohanan ini akan melibatkan 14 buah sekolah rendah sekitar daerah Sepang. SK Taman Putra Perdana juga akan menghantar beberapa orang wakil dalam kejohanan ini. Semoga penganjuran kejohanan ini akan berjalan dengan lancar hasil kerjasama guru-guru yang terpilih sebagai AJK Pelaksana kejohanan ini.
Image result for gambar ping pong

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016

Ibu bapa / Penjaga
Murid Tahun 4, 5 dan 6,
SK Taman Putra Perdana.

Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan latihan dan  Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah seperti ketetapan di bawah:-

2.1  Latihan

Tarikh : 2 Februari 2016 (Selasa)

Masa  : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat: Kawasan sekitar Taman Putra Perdana dan Amanputra

2.2  Kejohanan

Tarikh : 3 Februari 2016 (Rabu)

Masa  : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat: Kawasan sekitar Taman Putra Perdana dan Amanputra

Kejohanan Merentas Desa wajib untuk semua murid.  Jika anak tuan/puan ada masalah kesihatan, mohon beri surat pelepasan kepada guru kelas anak masing-masing.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Image result for gambar merentas desa sk taman putra perdana

Sunday, January 24, 2016

Sambutan Maulidur Rasul 1437H Peringkat Putra Perdana

Terima kasih buat kontingen SKTPP yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid yang telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Putra Perdana di Masjid Putra Perdana. Sungguh meriah sambutan tahun ini. Selain kontingen masjid dan sekolah, banyak sekali kontingen yang terdiri daripada taman-taman perumahan turut sama menyertai.
   Program dimulai dengan perarakan di sekitar Taman Putra Perdana dan seterusnya hadirin telah mengikuti forum berkaitan Maulidur Rasul. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan berjaya merapatkan ukhwah sesama ahli masyarakat. Semoga semua murid dapat menghayati maksud di sebalik sambutan Maulud Nabi ini bagi menanamkan rasa cinta kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW...















Terima kasih buat pihak penganjur

Saturday, January 23, 2016

Program Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Tahun 6 Tahun 2016

Terima kasih buat semua guru dan ibu bapa murid-murid tahun 6 yang sudi meluangkan masa bersama-sama dalam berkongsi maklumat dan pandangan pada Majlis Jalinan Kasih tahun 2016.

Program diadakan dengan tujuan untuk saling bersilaturahim bagi menjalin kerjasama yang padu antara pihak ibu bapa dan guru. Di samping itu, ia juga bertujuan membentang dan saling berkongsi pandangan mengenai program yang diatur sepanjang tahun sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan dalam usaha membantu meningkatkan prestasi murid.

Majlis diserikan dengan kehadiran Encik Alias bin Awang, Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Sepang sekaligus merasmikan program yang dijalankan. Program ini juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa berkenaan dengan format peperiksaan UPSR yang terkini yang disampaikan oleh Encik Fazli bin Mohd Salleh. Semoga kerjasama seperti ini dapat menzahirkan hasil yang baik dengan peranan dan sokongan yang padu oleh semua pihak.

Sesi pendaftaran : Pn Rohaidah Mohd Ali
Guru Besar SKTPP

Pemdaftaran ibu bapa dan guru
Ucapan Perasmian oleh Encik Alias bin Awang
Ketua Unit Pengurusan Akademik Daerah Sepang

Penyelaras UPSR
Pn Zailezah Sardi

Sebahagian guru Tahun 6 Sesi 2016
Sebahagian ibu bapa penjaga yang turut hadir

Thursday, January 21, 2016

Jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 2016

Makluman kepada :

Semua ibu bapa/penjaga,
Murid-murid SK Taman Putra Perdana

Y.Bhg Dato'/Datin/Tuan/Puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Perasmi : Tn. Hj Helmy bin Arshad (YDP PIBG SK Taman Seroja)

Atur cara Majlis


8.00 pagi         : Pendaftaran
8.30 pagi         : Nyanyian lagu Negaraku
                        : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                        : Tayangan Multimedia
                        : Bacaan Doa
                        : Ucapan Guru Besar (Pn. Hjh. Rohaidah Bt Mohd Ali)
                        : Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tn. Hj. Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian
                        : Ucapan Perasmian Yang Berbahagia Tn.Hj Helmy Bin Arshad
(YDP PIBG SK Taman Seroja)
                        : Penyampaian cenderamata kepada perasmi
                        : Penyampaian hadiah penghargaan murid cemerlang 5A UPSR
                        : Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PIBG
                        : Persembahan murid
                        : Cabutan bertuah 1
10.00 pagi       : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 2016
            : Ucapan Yang Dipertua PIBG
            : Ucapan Penasihat PIBG
            : Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali  Ke- 11
            : Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2015/2016
            : Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan yang berakhir 
              31 Disember 2015
            : Pembubaran AJK PIBG 2015/2016
            : Cabutan bertuah 2
            : Pemilihan AJK Guru & Ibu bapa sesi 2016/2017
            : Membahaskan Usul dan Cadangan
            : Ucapan penangguhan
            : Cabutan bertuah 3
1.00 petang     : Bersurai


Kehadiran Y.Bhg Dato'/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini.

Makluman Cuti Tahun Baru Cina

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat siaran berkenaan tambahan cuti 3 perayaan terbesar di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Sehubungan itu, SKTPP akan bercuti selama 9 hari mulai 6 - 14 Februari 2016 sempena Tahun Baru Cina. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua murid dan warga sekolah yang menyambutnya dan Selamat Bercuti buat semua.



Surat siaran tersebut boleh didownload sepenuhnya di sini.

Tuesday, January 19, 2016

Jemputan ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Putra Perdana

Murid-murid dijemput hadir untuk menyertai perarakan kontijen sekolah seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh   : 24 Januari 2016 (Ahad)
Masa     : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Masjid Taman Putra Perdana

* Makan tengah hari disediakan.

Image result for maulidur rasul

Monday, January 18, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Guru- guru yang bertugas:

Puan Zabedah binti Othman
Puan Rabihah binti Amirudin
Puan Maizara binti Mahat
Puan Shurhama binti Ahmad
Tuan Nor’ain binti Tuan Azhar

Barisan guru bertugas, kumpulan C
Laporan 

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.

Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Saiffol.

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Shurhama binti Ahmad.

Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh adik Syahin Noryildiz, 3 Tabla.

Laporan guru bertugas minggu lepas (Puan Nur Malisha binti Omar)

1.    Murid-murid terutama Tahun 1, diingatkan berkenaan kawasan larangan iaitu di dataran perhimpunan.  Murid-murid dikehendaki  melalui jalan koridor untuk ke Dewan Perdana.

2.   Penggunaan pagar A, iaitu untuk pejalan kaki dan berbasikal sahaja manakala pagar B bagi yang menaiki van, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Ucapan guru bertugas

Puan Shurhama selaku pengacara majlis.
1.   Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.

2.   Tema minggu ini adalah Peraturan Sekolah.  Murid-murid diingatkan agar mengikut peraturan-peraturan berikut.
a.    Pakaian Seragam Sekolah.
                                                            i.      Murid Lelaki 
                       -        Seluar panjang berwarna biru tua.
-        Kemeja putih berlengan pendek.
-        Tali pinggang berwarna hitam/biru tua.
-        Kasut dan stoking berwarna putih.

                                                           ii.      Murid Perempuan
-        Baju kurung berwarna putih kosong.
-        Kain berwarna biru tua.
-        Tudung berwarna putih.
-        Blaus putih berlengan pendek dan pinafore/skirt berwarna biru tua.
-        Kasut dan stoking berwarna putih.

b.   Waktu Persekolahan
Masa:

1.20 petang – 6.40 petang (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis)
2.20 petang – 6.10 petang (Jumaat)

Ucapan Penolong Kanan Petang

PK Petang, Puan Rosmah binti Jamat memberi ucapan.
1.   Puan Rosmah binti Jamat mengingatkan semua murid untuk menghafal visi dan misi PPDa.
2.   Guru matapelajaran terakhir Tahun 1, 2 dan 3 dikehendaki membawa murid ke pagar B.

Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Puan Rosmah telah menyampaikan watikah perlantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2016.  Ketua Pengawas Sekolah bagi sesi 2016 ialah Alif Qawiem b Arzeky (3 Kompang) dan Penolong Ketua Pengawas ialah Mohd Syafiq Ahnaf b Mohd Kamarol Hisham (2 Vanadium).  Manakala Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah Zuhry Zayyan bin Zunaizan (3 Tabla) dan Penolong Pengawas Pusat Sumber ialah Nur Syakirah binti Abu Bakar (3 Seruling).

                     
                        Watikah pelantikan pengawas sekolah
Watikah pelantikan pengawas pusat sumber
Bacaan ikrar oleh pengawas pusat sumber
Bacaan ikrar oleh pengawas sekolah
Disediakan oleh Maizara binti Mahat.