Tuesday, June 30, 2015

Program Bacaan Pintar (Mentor-mentee)

KPI Linus bagi murid Tahun 3 ialah 100%. Pihak sekolah perlulah memastikan KPI ini tercapai pada penghujung tahun. Oleh sebab itu, Jawatankuasa Linus sekolah ini telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu program yang dinamakan Program Bacaan Pintar. 

Program yang dijalankan selama dua hari setiap minggu iaitu pada hari Selasa dan Rabu ini adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 3 yang menguasai asas Linus Literasi (sebagai mentor) dapat membimbing adik-adik Tahun 1 dan 2 (mentee) menguasai konstruk K3-K12 sepenuhnya pada Saringan 2 Linus 2.0 yang akan datang. Semoga program ini akan memberikan kesan yang positif serta dapat mencapai sasarannya.

MATLAMAT:
Mencapai sasaran KPI 100% murid sifar Linus di Tahun 3.

OBJEKTIF:
  • Membantu meningkat kadar celik huruf di sekolah.
  • Membantu murid Linus menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan cepat.
  • Mencapai sasaran KPI Program Linus iaitu Tahun 1 (90%), Tahun 2 (97%) dan Tahun 3 (100%)
SASARAN:
  •  Murid-murid Tahun 3 yang terpilih dan murid-murid Tahun 1 dan 2 yang tidak  menguasai konstruk K3-K12 Saringan 1 Linus yang lalu.

PELAKSANAAN:
  • Tarikh                        :  30 Jun – Oktober 2015
  • Hari                            : Selasa dan Rabu
  • Masa                          : 1.00 - 1.20 tengah hari
  • Tempat                      : Dewan Putra SKTPP

MODUL YANG DIGUNAKAN:
Modul Program Bacaan Pintar - Mari Membaca dan eBatu 

PELAKSANA:
  • Guru-guru Linus Literasi BM

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan semasa program yang telah bermula pada hari ini:









Disediakan oleh:
Azura Farina binti Abdullah
Setiausaha Linus
SK Taman Putra Perdana

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-22 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 29 Jun 2015
Masa : 1.20 tengah hari – 1.50 tengah hari

Guru Bertugas :
  1. Azura Farina binti Abdullah
  2. Nora binti Sabihi
  3. Saadiah binti Busrah
  4. Salmi binti Adnan
  5. Nazahiyah binti Ab Rahman
  6. Nor Holwani binti Yahaya
LAPORAN:
1.0   Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Salmi Amir. Bacaan doa oleh adik Arif Arfan bin Abd Razak dan ikrar murid oleh adik Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz . Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalanraya dipimpin oleh Puan Nor Holwani Yahaya.

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Yani binti Muhamad Sharif)
Beliau mengucapkan tahniah kerana disipin murid-murid terkawal pada minggu lepas. Peringatan untuk murid yang tidak berpuasa supaya makan di kantin sahaja. Bagi murid yang berpuasa pula, duduk di dewan mengikuti program yang ditetapkan.
Beliau juga menegaskan supaya murid-murid membudayakan ucapan memberi salam kepada guru-guru, rakan-rakan mahupun staf sekolah.

3.0    Ucapan Guru Bertugas Mingguan ( Pn Nor Holwani Yahaya)
Tema ucapan beliau pada minggu ini ialah "Kepentingan Masa". Beliau memfokuskan agar waktu rehat selama 20 minit dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh murid-murid dengan makan (bagi yang tidak berpuasa), pergi ke tandas, solat, ke kedai buku dan lain-lain. Waktu rehat berakhir dengan dibunyikan loceng. Murid-murid diminta beratur dan masuk ke kelas dengan pengawasan guru mata pelajaran. 

Pelancaran Tabung Palestin telah pun bermula dan tabung akan diedarkan pada waktu rehat oleh pengawas.



Beliau juga memperkenalkan guru baharu iaitu Ustazah Faridatul Aini yang menggantikan Ustazah Wan Sarinah yang telah berpindah. En Noor Hisham juga telah dilantik sebagai guru disiplin yang baharu.

4.0    Perkataan LAWAD
Bahasa Malaysia - berlabuh = singgah
Bahasa Inggeris - factory = kilang
Bahasa Arab -   Alifatun   = jinak

5.0    Penyampaian Hadiah Kebersihan Kelas
Hadiah disampaikan oleh Pn Rosmah binti Jamat



Tahun 1 - Pertama : Titanium
                  Kedua     : Uranium
                  Ketiga     : Ferum


Tahun 2 - Pertama : Angklung
                   Kedua    : Tabla
                   Ketiga    : Kompang

Tahun 3 - Pertama : Surgeri
                   Kedua    : Respiratori
                   Ketiga    : Anestesiologi

6.0 Pelancaran Program Bacaan Pintar  (Mentor-mentee) 

Program Peningkatan Linus 2.0 sekolah ini telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu program yang dinamakan sebagai Program Bacaan Pintar (Mentor-mentee). Program yang dijalankan selama dua hari setiap minggu iaitu hari Selasa dan Rabu adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 3 yang menguasai asas Linus Literasi (sebagai mentor) dapat membimbing adik-adik Tahun 1 dan 2 yang menguasai konstruk K3-K12 dapat menguasai sepenuhnya pada Saringan 2 Linus 2.0 yang akan datang. Semoga program ini akan memberikan kesan yang positif serta dapat mencapai sasarannya.

MATLAMAT
Mencapai sasaran KPI 100% murid sifar Linus di Tahun 3. 

OBJEKTIF
Membantu meningkat kadar celik huruf di sekolah.
Membantu murid Linus menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan cepat.

Puan Azizah Ab Hamid selaku Pengacara Majlis
Pelantikan Mentor dan Mentee
Mentor: Aniq Asyraf bin Azwan (3 Surgeri)
Mentee: Adam Harith bin Norman (1 Ferum)
Mentor: Luthfi Khil Hadi bin Radzuan (3 Surgeri)
Mentee: Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauzi ( 1 Ferum)

Disediakan oleh:
Puan Azura Farina binti Abdullah

Program Ihya’ Ramadhan (Sesi Petang)


Sepanjang bulan Ramadhan 2015, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan beberapa aktiviti untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah seperti Tadarus Al-Quran, Daurah Hadith, Al-Quran Di hatiku dan Kempen 3B (Beri Salam, Beri Sapaan dan Beri Laluan) dan Kutipan Sumbangan.

 Seramai 50 orang murid terlibat dalam aktiviti tadarus manakala murid-murid lain terlibat dengan kuiz dan tazkirah pada masa rehat. Di dalam keberkatan bulan Ramadhan pengisian ini diharap dapat membina akhlak dan rohani murid-murid SKTPP.

Berikut ialah gambar-gambar aktiviti murid setiap hari sepanjang Program Ihya' Ramadhan


Murid-murid sedang khusyuk dan menumpukan perhatian 
Antara murid-murid bertuah mendapat hadiah kuiz
Murid menonton tayangan video
Sahabat memberi salam kepada guru dan rakan-rakan
Tadarus Al-Quran 
Guru mendengar bacaan Al-Quran murid

Monday, June 29, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-22 (Sesi Pagi )

Hari : Isnin
Tarikh : 29 Jun 2015
Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi

Guru Bertugas :
  1. Ustaz Zurilazman Abdullah
  2. Siti Rabiaah Mohammad
  3. Nurul Iman Illyas
  4. Ainul Balkish Mohd Aris
  5. Rosmizawati Yusub
  6. Nurzainon Mohd Razali
  7. Julaili Onian
  8. Ustazah Norazlina
LAPORAN


1.0   Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah dipimpin oleh adik Husna Aqilah. Bacaan doa oleh Fakhrul Akbar dan ikrar murid oleh Iffah Firzana. Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalanraya dipimpin oleh Puan Siti Rabiaah.



2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Rosmawati )
Beliau memberi peringatan kepada murid yang tidak beratur selepas rehat terutama murid yang tidak mengikuti program tadarus. Murid juga diingatkan untuk tidak membuat bising ketika menaiki tangga sehingga mengganggu pembelajaran kelas lain. Beliau juga menekankan untuk memastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih.


3.0    Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Pn Siti Rabiaah)
Tema ucapan beliau pada minggu ini ialah adab menuntut ilmu. Beliau menekankan betapa pentingnya keikhlasan menuntut ilmu kerana ALLAH. Menuntut ilmu juga memerlukan semangat yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan dan disebarkan bagi memperoleh keberkatan.


4.0    Perkataan LAWAD
Bahasa Malaysia - berlabuh = singgah
Bahasa Inggeris - factory = kilang
Bahasa Arab -   Alifatun   = jinak

5.0    Penyampaian Hadiah Kebersihan Kelas
Hadiah disampaikan oleh Pn Hajah Rohaidah
PPKI - pertama : Lenovo
           kedua     : Apple
           ketiga     : Dell

Tahun 6 - pertama : Iswara
                 kedua    : Savvy
                 ketiga    : Myvi


Tahun 5 - pertama : Zeta
                 kedua    : Tetha
                 ketiga    : Delta

Tahun 4 - pertama : Neptun
                 kedua    : Pluto
                 ketiga    : Musytari

6.0    Ucapan Ustaz Zurilazman

 Ustaz memaklumkan beliau telah mengikuti ceramah berkaitan serangan ke atas palestin. Sehubungan dengan itu, telah dilancarkan Tabung Palestin  di sekolah bermula hari ini sehingga 10 Julai 2015. Beliau memohon murid-murid dan warga sekolah untuk menyumbang tambahan pula di bulan ramadhan ini, umat islam adalah dialu-alukan untuk bersedekah. 


7.0    Ucapan Ustazah Asma

Beliau memaklum akan diadakan pertandingan mewarna dan melukis poster sebagai salH satu program PPDa. Program akan berlangsung esok hari, 30 Jun 2015 selepas waktu rehat.

8.0   Ucapan Pentadbir (Tn. Hj. Ahmad Fuadi Sarham, PK1)

Beliau mengingatkan murid terutama Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan untuk mengamalkan segala adab menuntut ilmu yang diterangkan oleh Pn Siti Rabiaah. Beliau turut berpesan, agar murid memastikan kelas bersih kerana kelas yang bersih adalah sebahagian daripada iman. Beliau turut mengajak murid yang beragama Islam untuk mengambil peluang beribadah sempena Ramadhan. Tn. Hj. Ahnad Fuadi turut memperkenalkan guru yang baru bertukar iaitu Pn. Umi Nazra


Disediakan oleh : Puan Nurul Iman binti Illyas

Saturday, June 27, 2015

Suasana Klinik LINUS (Kelas Tambahan)

Seperti mana yang telah dirancangkan, Klinik LINUS (Kelas Tambahan) telah membuka tirainya pada hari ini. Program kelas tambahan yang melibatkan murid-murid LINUS yang terpilih ini telah diadakan dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan yang lebih khusus dan berfokus kepada murid-murid LINUS, dengan harapan ianya dapat membantu murid menguasai kemahiran yang disasarkan dan seterusnya mengurangkan jumlah murid yang masih keciciran.

Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran pada hari pertama ini kurang memberangsangkan.  Pihak sekolah sangat berharap agar para ibu/bapa atau penjaga dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam apa juga program yang dianjurkan pihak sekolah untuk kepentingan murid-murid iaitu anak-anak tuan/puan.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung.


Kelas Literasi Bahasa Malaysia





 


 


  

Kelas Numerasi (Matematik)
 




Friday, June 26, 2015

Klinik LINUS (Kelas Tambahan)

PROGRAM PENINGKATAN LINUS2.0 KLINIK LINUS (KELAS TAMBAHAN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Linus dan Pemulihan Khas akan mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid yang terlibat mulai 27 Jun 2015 iaitu seperti ketetapan berikut:

Sila lihat jadual yang dilampirkan

Sekiranya anak tuan/puan tidak dapat mengikuti kelas tambahan ini, diharap tuan/puan dapat mengisi borang pemberitahuan tidak dapat mengikuti kelas tambahan yang disertakan dalam surat pemberitahuan (telah diedarkan), dan menyerahkan kepada pihak sekolah atau guru kelas.  Kerjasama tuan/puan amat kami perlukan bagi memudahkan guru-guru menyediakan bahan secukupnya sekali gus dapat mengelakkan pembaziran.

Berikut jadual kelas tambahan untuk makluman tuan/puan:

JADUAL PELAKSANAAN KLINIK LINUS (KELAS TAMBAHAN)
TARIKH (HARI)
MASA
SUBJEK LINUS


27 JUN 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
LITERASI BAHASA MALAYSIA
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
NUMERASI


4 JULAI 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
LITERASI BAHASA INGGERIS
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
LITERASI BAHASA MALAYSIA


11 JULAI 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
NUMERASI
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
LITERASI BAHASA INGGERIS


8 OGOS 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
LITERASI BAHASA MALAYSIA
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
NUMERASI


15 OGOS 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
LITERASI BAHASA INGGERIS
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
LITERASI BAHASA MALAYSIA


22 OGOS 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
NUMERASI
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
LITERASI BAHASA INGGERIS


5 SEPT 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
LITERASI BAHASA MALAYSIA
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
NUMERASI


12 SEPT 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
LITERASI BAHASA INGGERIS
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
LITERASI BAHASA MALAYSIA


19 SEPT 2015
(SABTU)
8.30 – 9.00
PENGAGIHAN KUMPULAN
9.00 - 10.00
NUMERASI
10.00-10.30
R E H A T
10.30 – 11.30
LITERASI BAHASA INGGERIS