Saturday, December 30, 2017

Pengambilan Buku Teks Tahun 1 dan 2

Pengambilan buku teks Tahun 1 dan 2 berjalan sebagaimana dirancang iaitu pada 29 dan 30 Disember 2017 (Jumaat dan Sabtu). Terima kasih atas kerjasama ibu bapa yang telah hadir mengambil buku dan membuat bayaran Modul Transisi Tahun 1. Sebahagian tanda nama yang ditempah juga telah siap dan boleh diambil di pejabat sekolah..

Suasana hari Jumaat :














Hari Sabtu:

Friday, December 29, 2017

Mengecat di Dewan

Cleaner meneruskan kerja-kerja mengecat garisan dan nombor kedudukan kelas untuk murid-murid berhimpun di dewan dan dataran perhimpunan. Terima kasih..










Mesyuarat HEM

Program hari ini di Terminal Muafakat;
~ Taklimat Program Transisi
~ Taklimat Program Maju Diri (PMD)
~ Mesyuarat Induk HEM
~ Perjumpaan Guru-Guru Sesi Petang
~ Mesyuarat AJK Disiplin Sesi Petang
~ Mesyuarat AJK Disiplin Sesi Pagi
~ Mesyuarat Unit-Unit HEM
Semoga pengurusan lebih selaras dan sistematik. Terima kasih semua..









Thursday, December 28, 2017

LADAP Kriket

Perjumpaan guru untuk persediaan 2018 diteruskan dengan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kriket. Penerangan  disampaikan oleh jurulatih utama sukan kriket SK Taman Putra Perdana; Cikgu Ahmad Junaidi Bin Abdullah. Kehadiran guru- guru yang amat memberangsangkan menunjukkan usaha pihak pentadbir sekolah untuk menjadikan sukan kriket sebagai kebitaraan sekolah disambut baik oleh semua guru SKTPP.

Cikgu Ahmad Junaidi sedang menerangkan tentang sukan Kriket

Penerangan LADAP kriket  dimulakan dengan pengenalan permainan kriket yang dimainkan pada abad ke-16 di England. Seterusnya permainan ini tersebarkan di negara India dan Pakistan.
Penerangan ini juga diserikan dengan sesi soal jawab antara guru-guru dengan jurulatih kriket. Cara menilai score board juga diterangkan oleh Cikgu Ahmad Junaidi kerana pemahaman penilaian score board membantu guru-guru memahami permainan kriket dengan lebih jelas lagi.


Guru-guru menumpukan sepenuh perhatian pada penerangan Cikgu Junaidi

Dengan komitmen dan sokongan  yang ditunjukkan oleh semua guru, adalah diharapkan agar sukan kriket ini akan lebih difahami oleh seluruh warga sekolah khususnya guru-guru dan seterusnya dapat mencapai sasaran Johan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2018.

Mesyuarat Kurikulum dan Kokurikulum

Sebagaimana yang dirancang hari ini diadakan :
- Mesyuarat AJK Induk Kurikulum
- Mesyuarat Panitia-Panitia Teras Kali I
- Taklimat Ujana Ilmu (PSS)
- Mesyuarat AJK Induk Kokurikulum
- LADAP Kriket