Monday, March 31, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 13 SESI PAGI ( 31 MAC - 4 APRIL 2014 )


GURU -GURU YANG BERTUGAS:
  1. En. Mohd Kamarul Bin Rahman
  2. Pn Zuraini Bt Ismail
  3. Pn Noranismawati Bt Faudzi
  4. Pn Siti Rabiah Bt Mohamed
  5. Pn Nor Syifa Bt Khadir
  6. Pn Zailezah Bt Sardi
  7. Pn Nur Zainon Bt Razali
  8. Pn Norziani Bt Zubir
  9. Pn Safinatunnajjah Bt Mat Som

Barisan guru yang bertugas

Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
  1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn Noranismawati
  2. Bacaan doa : Adik Muhammad Shahrizal Bin Rahmat
  3. Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : En Mohd Kamarul
  4. Bacaan ikrar murid : Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn Norli
  1. Tahap kebersihan kelas
  • Tahap kebersihan kelas agak memuaskan pada minggu lepas. Diharapkan murid teruskan usaha memastikan kelas sentiasa bersih
     2.  Pergerakan murid ke bilik-bilik khas dan waktu rehat
  • Murid- murid berlari untuk masuk ke bilik-bilik khas. Diharap selepas ini semua murid mengamalkan disiplin yang baik ketika bergerak.
     3. Teguran untuk murid Tahun 6 pada waktu rehat
  • Pada waktu rehat murid Tahun 6 tidak beratur , bising dan tidak terkawal selepas loceng berbunyi berakhirnya rehat. Diharapkan semua murid mengamalkan sikap beratur ketika rehat
      4. Makan di kantin
  • Ketika makan di kantin murid tidak sopan, berdiri dan bercakap. Ramai murid meninggalkan pinggan dan gelas selepas makan di atas meja. Diharap semua murid menjaga tingkah laku di kantin ketika makan.
 Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
  1. Kelas PPKI 
  • Tempat pertama Apple. Tempat Kedua Lenovo. Temapat ketiga Compaq   
    2.  Tahun 4
  • Tempat pertama Gamma. Tempat kedua Beta. Tempat ketiga Theta.
     3. Tahun 5
  • Tempat pertama 5 Exora. Tempat kedua Waja. Tempat ketiga Wira
     4. Tahun 6
  • Tempat pertama Resak. Tempat kedua Keruing. Tempat ketiga Jati.

Ucapan guru bertugas pada minggu ini. ( Encik Mohd Kamarul )
  1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
  2. Perkataan lawad pada minggu ini:
  • Bahasa Melayu- mayang ( bunga kelapa )
  • Bahasa Inggeris - listen ( dengar )
  • Arab -  'uthlatun ( cuti )
    3. Penggunaan makmal 
  • Makmal 1 - 6 Resak
  • Makmal 2 - 5 Exora
  • Makmal 3 - 4 Delta
Penyampaian hadiah untuk Majlis Tilawah Alquran peringkat daerah.

Tarikh : 19. Mac.2014 Rabu
Tempat : SMK Seri Sepang
PPKI
  1. Nor Hidayatul Adlina Bt Rosli - Johan untuk Tilawah
  2. Nural Zaitun Bt Zahari - Naib Johan untuk Hafazan
Ucapan berkaitan disiplin ( En Tarmiji )

Encik Tarmiji memberikan ucapan tentang disiplin berkaitan tidak hadir ke sekolah. 
2.5.3 menyatakan murid yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari mestilah meminta waris atau 
        penjaga memberitahu kepada pihak sekolah melalui surat. Amaran 1 ,2 dan 3 akan
        dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut- turut.
2.5.4 Kesan ketidakhadiran murid berturut-turut tanpa sebab selama 2 minggu tanpa surat tindakan 
        akan diambil iaitu dibuang sekolah

Ucapan berkaitan disiplin oleh Encik Tarmiji

Ucapan dari pihak pentadbir ( Pn Habsah Bt Ahmad - PK1 )
Ucapan tahniah kepada semua murid kerana menghadirkan diri ke sekolah untuk menyambung tugas seorang pelajar. 
  1. Menerima keputusan peperiksaan pada hari ini
  • Murid Tahun 6 yang menerima keputusan peperiksaan hari ini perlu memulakan langkah pertama mengenal kelemahan diri. Murid yang mendapat A haruslah kekalkan dan tingkatkan usaha
    2. Mesin air
  • Terdapat 2 mesin air di tepi surau dan bilik kaunseling. Murid diingatkan apabila masukkan duit sekiranya air tiada sila berjumpa dengan Ustaz Zurilazman dan Encik Jamilulai untuk dapatkan kembali duit tersebut. Murid tidak boleh menendang atau mengetuk mesin tersebut untuk dapatkan kembali  duit tersebut. 
     3. Berkaitan SAPS
  • Semua guru perlulah masukkan markah murid dengan kadar yang segera. Guru Tahun 6 subjek teras sila masukkan TOV dan ETR dalam SAPS untuk bulan April dengan kadar segera untuk dibawa ke PPD. Ketua panitia untuk mata pelajaran perlulah membuat post mortem.
Ucapan dari Pn Habsah 

Disediakan oleh;
Pn Nor Syifa Bt Khadir

Friday, March 21, 2014

LAWATAN DARIPADA TAMBON NHONG KROD ADMINISTRATION ORGANIZATION THAILAND

Pada 21 Mac 2014 yang lalu SK Taman Putra Perdana telah menerima kunjungan lawatan daripada Tambon Nhong Krod Administration Organization, Nakornsawan, Thailand seramai 40 orang. Rombongan dari Thailand ini telah tiba di SK Taman Putra Perdana pada pukul 3:00 petang. Kehadiran tetamu ini di sambut dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis dimulakan dengan membawa pihak rombongan menyaksikan persembahan daripada murid tahun 1 dan 3 di Dewan Perdana.
   Kemudian tetamu yang hadir dibawa ke bilik mesyuarat untuk ucapan dari Guru Besar, wakil dari Tambon Nhong Krod Administration Organization. Sebelum majlis berakhir video mengenai sekolah dipaparkan. Tetamu diberi sedikit jamuan dan cenderahati. Semoga ikatan antara pihak Thailand dan Malaysia terus terjalin.

Guru Besar mengiringi kehadiran tetamu
Sambutan kehadiran
Kehadiran tetamu disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang 
Persembahan murid Tahap 1
Bergambar bersama delegasi Thailand
Ucapan Guru Besar mengenai SK Taman Putra Perdana dan Pendidikan di Malaysia
Video yang dipaparkan
Menerima cenderahati
Turut sama mempromosikan "KAMI BENCI DADAH"

JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa kelas tambahan akan diadakan pada ketetapan berikut.

               Tarikh : 24 - 25 Mac 2014
                Masa : 8.00 - 12.30 tengah hari
              Tempat : SK Taman Putra Perdana
            Pakaian  : Pakaian sukan sekolah

Sebagai makluman, kantin sekolah akan dibuka sepanjang kelas tambahan berlangsung

JADUAL KELAS TAMBAHAN
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA

24 MAC 2014 – ISNIN

KELAS/
TEMPAT
SERAYA
BETA
RESAK
DELTA
NYATUH
GAMMA
MERANTI
LAMBDA
KERUING
OMEGA
JATI
SIGMA
CENGAL
THETA
BALAU
ZETA
ALMON
ALFA
8.00-
9.00
BM
JULAILI
MT
AZWANI

SN
AS

BI
HANA
BM
MAI
BI
NORLIZA
BI
AINUL
SN
NAJMI
SN
ZURAINI
9.00-
10.00
BM
JULAILI
BM
MAI

SN
AS

SN
ZAILEZAH
SN
NAJMI
SN
ZURAINI
BM
MAZ
MT
AZWANI
MT
JAMIL
10.00-
10.30
REHAT
10.30-
11.30
SN
AS

BI
HANA

BM
MAI
BM
JULAILI
MT
ZAINUR
MT
JAMIL
SN
ZURAINI
BM
MIJI
BM
MAZ
11.30-
12.30
MT
ZAINUR
SN
ZAILEZAH
MT
JAMIL

MT
VISVA


SN
NAJMI
BM
ASTINA
MT
VISVA


BM
MIJI
MT
WANI


25 MAC 2014 – SELASA

KELAS/
TEMPAT
SERAYA
BETA
RESAK
DELTA
NYATUH
GAMMA
MERANTI
LAMBDA
KERUING
OMEGA
JATI
SIGMA
CENGAL
THETA
BALAU
ZETA
ALMON
ALFA
8.00-
9.00
BI
NORIZA

MT
AZWANI

BM
MIJI

BM
AZILA
BM
MAI
BI
NORLIZA
BI
AZMIRA
SN
ZURAINI
BI
NORSIAH
9.00-
10.00
BI
NORIZA

BM
MAI

MT
JAMIL

BI
HANA
BI
MIZA
SN
ZURAINI
BM
MAZ
MT
AZWANI
BI
NORSIAH
10.00-
10.30
REHAT
10.30-
11.30
SN
AS

BI
HANA
BI
NORIZA

SN
ZAILEZAH
MT
ZAINUR
MT
JAMIL
MT
VISVA
BI
NORSIAH
BM
MAZ
11.30-
12.30
MT
ZAINUR
SN
ZAILEZAH
BI
NORIZA

MT
VISVA
BI
MIZA
BM
ASTINA
SN
ZURAINI



BI
NORSIAH
SN
AS

DISEDIAKAN OLEH : 
NOOR AZILA BT NGAH
PENYELARAS ,
KELAS TAMBAHAN MASA CUTI.



Wednesday, March 19, 2014

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH SEPANG 2014

Hari    : Rabu
Tarikh : 19 Mac 2014
Tempat : Dewan Sri Putra, SMK Putra Perdana
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Sepang
Kelolaan : SK Taman Putra Perdana 2 & SMK Putra Perdana

Pada hari ini SK Taman Putra Perdana telah menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang 2014. Pertandingan ini disertai oleh lapan buah sekolah rendah. Tempat pertama dimenangi oleh SK Sg. Merab Luar, tempat kedua, SK Taman Putra Perdana 2 dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Kota Warisan.

Pasukan dari SK Taman Putra Perdana telah memberikan persembahan yang menarik namun nasib tidak menyebelahi. Tahniah diucapkan kepada Puan Nor-Azura Mustafa, Puan Norazian dan Puan Noriza kerana berjaya membentuk satu pasukan yang mantap dalam masa yang agak singkat. Semoga kejayaan akan mengiringi Pasukan Choral Speaking pada masa akan datang.

Berikut adalah paparan gambar sepanjang pertandingan berlangsung.

Latihan Terakhir Di hadapan Warga SKTPP
Sebelum Bergerak ke SMK Putra Perdana


Sebelum Acara Bermula



  
Pasukan SK Taman Putra Perdana Membuat Persembahan



Guru Pengiring
Dari  Kiri : Puan Nor-Azura, Puan Norazian, 
Guru Besar Puan Rohaidah (hadir memberi sokongan), Puan Norliza dan Puan Noriza


BENGKEL PENULISAN NOVEL DAN MELUKIS KOMIK ANJURAN PTS DI SK TAMAN PUTRA PERDANA

Pada 18hb Mac 2014, telah diadakan Bengkel Penulisan Novel dan Bengkel Melukis Komik di Pusat Sumber dan Bilik Mesyuarat selama 2 jam bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Bengkel ini adalah anjuran pihak PTS Publication dan melibatkan 100 orang peserta yang terdiri daripada murid tahap 2 iaitu  tahun 4,5 dan 6. Bengkel Penulisan Novel dikendalikan oleh Pn. Husna dan Bengkel Melukis Komik dikendalikan oleh En.Nazri Salam.

Bengkel tersebut telah diadakan untuk memberi pendedahan tentang penulisan novel dan melukis komik di samping dapat mencungkil bakat terpendam  yang ada dalam kalangan  kepada murid-murid SK Taman Putra Perdana.

Antara paparan yang dapat dikongsi sepanjang bengkel berlangsung.


                                  BENGKEL PENULISAN NOVEL DI BILIK MESYUARAT

Pn Husna Adnan (penulis novel PTS) sedang mengendalikan bengkel. 
Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan.
Salah seorang peserta yang berjaya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pn.Husna.
Sesi menandatangani autograf untuk kenang-kenangan.
BENGKEL MELUKIS KOMIK DI PUSAT SUMBER
En. Nazri Salam menunjukkan  demonstrasi melukis komik.
Salah seorang peserta  sedang menunjukkan bakat melukis komik.
Peserta bengkel sangat teruja melihat demonstrasi yang ditunjukkan.
Salah satu daripada hasil kerja murid.
Adik Asyraf sedang membuat lakaran ekspresi muka.
Sesi tandatangan 
Penyampaian cenderamata oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.
Sesi bergambar bersama wakil PTS selepas bengkel.