Sunday, April 30, 2017

Sesi Latihan Bola Sepak FTA

Sesi latihan akademi bolasepak Football Talent Asia (FTA) berjalan lancar. Seramai 21 orang murid turn up pada hari Sabtu (29.4.2017) dan Ahad (30.4.2017). Setakat ini seramai 20 orang murid telah berdaftar. Ada 3 orang murid yang kurang berkemampuan untuk menyertai program ini, namun mereka sangat berpotensi. Menurut FTA Insya Allah mereka akan dikekalkan. Thank you...
   Semoga akan lahir lebih ramai jaguh bolasepak dalam kalangan anak murid SKTPP...





Coach Massimo

Gril Tangga Dah Siap

Alhamdulillah selesai sudah kerja-kerja memasang gril pada semua tangga di seluruh bangunan sekolah. Semoga keselamatan murid-murid, guru-guru / staf serta harta benda sekolah akan lebih terjamin. Terima kasih diucapkan buat PIBG atas sumbangan kos yang dihulurkan.
   Kepada ibu bapa yang masih belum membayar sumbangan PIBG, diharapkan dapat berbuat demikian dengan kadar segera agar lebih banyak projek dan program yang dirancang demi kemajuan pendidikan anak-anak kita dapat dilaksanakan..

Tangga UPM

Tangga UTM

Tangga UKM

Tangga USM

Tangga UUM

Saturday, April 29, 2017

Saif Islami Coach Kriket

Terima kasih kepada bekas pemain kriket Pakistan; Saif Islami yang telah membantu melatih & membimbing pemain-pemain kriket SKTPP pada pagi Sabtu ini. Murid-murid telah menunjukkan minat dan memberi kerjasama baik kepada Mr. Saif semasa sesi latihan tersebut. Terima kasih juga buat Cikgu Junaidi atas inisiatif dan usaha beliau yang telah membawa masuk pemain import liga kriket Malaysia itu ke sekolah kita. Semoga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan oleh anak-anak murid dalam memantapkan kemahiran mereka bermain kriket...









Gril Tangga

Kerja-kerja memasang gril pada setiap tangga sekolah sedang dijalankan pagi ini. Terima kasih buat PIBG SKTPP yang telah menyumbang kos gril tersebut. Adalah diharapkan dengan adanya jeriji tersebut akan lebih menjamin keselamatan anak-anak murid khususnya. Ia juga dapat mengelakkan bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas daripada dicerobohi oleh pihak-pihak luar khususnya semasa sekolah mengadakan acara keramaian.
   Justeru diharap semua murid dan warga sekolah dapat sama-sama menjaga kemudahan ini agar dapat bertahan lama tanpa sebarang kegiatan vandalisme dan seumpamanya...


Cikgu Tarmiji memantau kerja-kerja memasang gril


Antara tangga yang siap dipasang gril
Terima kasih PIBG!

Friday, April 28, 2017

Sambutan Israk Mikraj 2017 (Sesi Petang)

Majlis Sambutan Israk Mikraj diadakan pada 27 Rejab pada setiap tahun oleh umat Islam sebagai memperingati peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum baginda diangkat ke langit. Pada malam bersejarah tersebut, telah disyariatkan kewajipan melaksanakan solat lima waktu kepada umat Islam. Menyedari akan hakikat kepentingan peristiwa ini, maka pada 28 April 2017 bersamaan hari Jumaat, telah diadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah. 

             Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj. Di samping itu juga, diharap ianya dapat memberi pengajaran dan menyingkap rahsia kebesaran Allah s.w.t dan seterusnya meningkatkan keimanan kepadaNya.

             Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah untuk murid-murid  Tahun 1 dan 3 manakala pertandingan mewarna untuk murid-murid Tahun 2. Ceramah telah disampaikan oleh PU Rozi atau nama sebenarnya Muhamad Rozi bin Harun yang juga merupakan Tokoh Maulidurrasul 2016. 

            Berikut ialah gambar-gambar aktiviti yang dijalankan  sempena  majlis sambutan Israk Mikraj.

Kata-kata Aluan dari Cikgu Najib sebagai Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman

Perkongsiaan ilmu dari PU Rozi 

Murid mendengar dengar penuh minat

Bakal PU insyaAllah 

Sedikit cenderahati dari pihak sekolah

Murid 2 Jujur sedang mewarna

2 Dedikasi dengan aksi Anti DARVIH

Program Guru Penyayang : Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mac & April 2017 (Sesi Pagi & Petang)

Kehadiran guru di pagar jelas mencerminkan semangat untuk murid terus hadir dan belajar dengan gembira. Semoga dengan apa yang diusahakan ini mampu menggerakkan hati murid yang sering merasa resah untuk ke sekolah agar tenang dari pintu pagar lagi. Guru-guru SKTPP sentiasa mendoakan kejayaan semua murid SKTPP dunia dan akhirat.

Berikut tatapan aktiviti sepanjang bulan Mac & April.








Tahniah Kerana Anda Hadir Ke Sekolah!!

Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 (Sesi Pagi)

Setiap tahun pada tanggal 27 Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj. Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama Malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu:
  • Israk bererti perjalanan Nabi S.A.W menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.
  • Mikraj bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

    Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari AlMasjidil Haram ke AlMasjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

    Israk Mikraj disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan oleh seluruh umat Islam di dunia. Peristiwa ini disambut untuk memperingati sirah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Sidratil Muntaha sehinggalah menerima perintah solat lima waktu sehari semalam. Rentetan daripada peristiwa bersejarah itu, pada tanggal 28 April 2017, bersamaan 1 Syaaban 1438H, Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 (sesi pagi) telah diadakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.

    Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj. Satu ceramah untuk murid-murid sesi pagi dilaksanakan dengan pengisian program yang berfaedah bermula jam 8.15 pagi. Ceramah yang sangat menarik, bermanfaat dan berilmiah ini telah disampaikan oleh Pencetus Ummah (PU) Akram atau nama sebenarnya Akram Ikrami bin Dato' Hj. Taib Azamudden yang juga merupakan seorang Associate Trainer Modul S.P.A (Pembangunan  Akademik Pelajar Cemerlang). Alhamdulillah, sesi ceramah ini berjalan lancar dan murid-murid memberi sepenuh perhatian dan teruja sepanjang penyampaian ceramah oleh PU Akram.

    Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang pelaksanaan Majlis Sambutan Israk Mikraj sesi pagi:

Buku program

Bacaan Yasin sebelum ceramah bermula

Guru Besar dan Guru Penolong Kanan mengabadikan memori bergambar bersama PU Akram

Aksi murid-murid ketika ceramah dijalankan

Murid-murid teruja dan aktif berinteraksi dengan penceramah

Penyampaian dan pengisian ceramah yang menarik. Alhamdulillah..

Ceramah tentang Israk Mikraj yang menarik perhatian murid-murid

Cenderahati daripada pihak sekolah. Syukran jazilan PU Akram..

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK pelaksana yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Semoga mendapat keberkatan daripada Ilahi. Diharap program ini dapat memberi pengajaran dan menyingkap rahsia kebesaran Allah Azzawajalla dan seterusnya meningkatkan keimanan kepadaNya.

Disediakan oleh:
Ustazah Faridatul-Akmal binti Ismail

Perbincangan Pembangunan Catur

Seiring dengan dasar KPM, pihak sekolah terus berusaha memantapkan pembangunan sukan agar dapat memberi peluang yang seluas-luasnya kepada anak-anak murid kami. Kali ini perbincangan telah diadakan dengan coach catur pula. Terima kasih diucapkan buat En. Iqbal bin Mohd. Jowahar atas inisiatif yang ditawarkan. Semoga program yang dirancang ini dapat mencungkil dan membimbing bakat-bakat baru dalam bidang sukan chess dalam kalangan anak-anak murid SKTPP....


Wednesday, April 26, 2017

Perlawanan Persahabatan Futsal & Bola Jaring Bersama SKTPP2 Sempena Hari Guru 2017

Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Jaring bersama SKTPP2 Sempena Hari Guru tahun ini telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 26 April 2017 bertempat di SK Taman Putra Perdana. Perlawanan persahabatan ini telah dianjurkan oleh pihak Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP. Aktiviti ini  Insya Allah akan dijadikan sebagai salah satu aktiviti tahunan.

             Aktiviti perlawanan persahabatan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru SKTPP dan SKTPP2 yang sedia terjalin selama ini. Perlawanan persahabatan ini berjalan dengan meriah sekali.

           Aktiviti ini dimulakan dengan sesi pendaftaran, taklimat ringkas berkenaan perlawanan, jamuan ringan dan yang terakhir adalah penyampaian hadiah serta sijil penyertaan oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali kepada guru yang menyertai perlawanan ini.

Berikut ialah gambar-gambar aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut: -

a) Perlawanan Persahabatan Bola Jaring antara guru perempuan SKTPP vs SKTPP2.

Pendaftaran


Sesi memanaskan badan




Guru-guru SKTPP2





Kenangan guru-guru SKTPP dan SKTPP2

b)   Perlawanan Persahabatan Futsal antara guru lelaki  SKTPP vs SKTPP2.

YDP PIBG SKTPP turut hadir





Perlawanan berakhir dengan keputusan seri

c) Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.



Pengacara : Cikgu Yatt

Hadiah & sijil penyertaan









Terima kasih buat guru-guru SKTPP2.
Mohon maaf atas kelemahan.
Selamat Hari Guru!