Friday, August 26, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2011


Majlis Khatam Al-Quran (sesi petang) telah diadakan pada hari Khamis, 25 Ogos 2011 bertempat di Dewan Perdana SKTPP dari pukul 3.15 hingga 5.30 petang. Program anjuran Panitia Agama Islam SKTPP ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua guru dan murid. Sehubungan dengan itu,sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya guru dan murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran dan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga amalan baik kita mendapat limpah rahmat dari-Nya dan jadikanlah Al-Quran sebagai pendamping hidup kita sepanjang masa walau di mana sahaja kita berada.


Murid-murid mendengar bacaan ayat suci Al-Quran




Peserta Khatam Al-Quran





Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 2




Penyampaian cenderamata kepada peserta Khatam Al-Quran




Penyampaian cenderamata kepada peserta Tadarus Al-Quran




Sumbangan kepada anak-anak yatim SKTPP





Disediakan oleh:

Puan Wan Rosmawati bt Wan Ibrahim

Puan Nor Khusaini bt Salehudin

Puan Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin