Friday, May 21, 2010

PROGRAM MOTIVASI MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN (TAHUN 5)


Qiamullail

Sesi LDK 1

Minum malam

Peserta dibimbing fasilitator masing-masing

Sesi LDK

Sesi Ice Breaking

Pendaftaran Peserta Program

Pembahagian kumpulan

Taklimat peserta

Sesi berkenalan bersama Fasilitator UiTM

Tarikh : 21 dan 22 Mei 2010 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 4.00 ptg (Jumaat) hingga 6.00 ptg (Sabtu)
Peserta : 208 orang murid Tahun 5
Anjuran : Unit Bimbingan SKTPP dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains
Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Malaysia
Objektif : Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan memberi motivasi
kepada murid untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi UPSR 2011
Fasilitator : Seramai 30 orang mahasiswa UiTM

Thursday, May 20, 2010

HIGH SCHOOL MUSICAL DANCE COMPETITION

Untuk makluman, pihak Disney Channel akan mengadakan High School Musical Dance Competition tersebut. Murid yang berminat untuk menyertai , sila hubungi 03-27852177 untuk maklumat dan penyertaan.

Wednesday, May 19, 2010

PENANGGUHAN SOLAT HAJAT

Makluman kepada semua ibu bapa dan warga SKTPP:

Majlis Solat Hajat Tahun Enam yang dijadualkan pada 20.05.2010 (Khamis)
jam 7.00 - 9:30 malam bertempat di Dataran SKTPP adalah ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini.

Satu tarikh baru akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, harap maklum.

Aktiviti Kokurikulum SKTPP-19.5.2010




Aktiviti Ahli Puteri Islam-membuat kolaj daripada biji benih.




Aktiviti Ahli Tunas Puteri-membuat boneka







Aktiviti Pengakap-Latihan Lalu lintas.

Penyampaian hadiah oleh Ustazah Nor Azura (Unit Beruniform Puteri Islam) untuk kumpulan yang menghasilkan kolaj terbaik :







Jadual PPT 2010 Terkini




JEMPUTAN SOLAT HAJAT MURID TAHUN 6

Kepada semua ibu bapa/penjaga;

Majlis Solat Hajat akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 20.05.2010 (Khamis)
Masa : 7.00 - 9:30 malam
Tempat: Dataran SK Taman Putra Perdana

Aturcara

6:45 : Ketibaan para pelajar dan para tetamu
7:30 : Solat Maghrib berjemaah
7:45 : Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar
8:45 : Solat Isyak dan hajat berjemaah
9:15 : Jamuan dan bersurai

Pihak sekolah mengharapkan dengan kehadiran tuan/puan dapat memberkati lagi majlis ini dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan anak-anak SKTPP.

Sekian, terima kasih.

Laporan Perhimpunan Mingguan (sesi petang)

Tarikh : 17 Mei 2010Masa : 6:00 ptg - 6:30 ptg Guru Bertugas : Puan Norhayati (K)
: Puan Arrny Yusnita
: Puan Nurrulhuda
: Puan Fadhilah
: Puan Kwa Jin Nee
: En. Ahmad (Cuti tanpa gaji)
: Puan Grace
Laporan perhimpunan:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Salmi.
3. Bacaan ikrar tidak dapat dijalankan kerana hujan telah turun dan murid dipindahkan ke dewan terbuka.
4. Ucapan guru bertugas, Puan Fadhilah :
4.1 - Kelas terbersih pada minggu lepas:

Tahun 2 - Kelas 2 Jelutung
Tahun 3 - Kelas 3 Tiung
Tahun 4 – Kelas 4 Windows

4.2 - Bagi pertandingan Kitar Semula untuk bulan April ialah :

Tempat pertama : Kelas 4 Linux ( 7.6 kg )
Tempat Kedua : Kelas 3 Nuri ( 5.5 kg )
Tempat Ketiga : Kelas 2 Resak ( 3.8 kg)

5. LAWAD
Perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – MENGELAT
BI – TEACHER
ARAB – KHOMSATUN (5)

6.Ucapan Puan Siti Hanim

6.1 Puan Siti Hanim mengumumkan ada aktiviti kokurikulum pada minggu ini, iaitu aktiviti Unit Beruniform.Beliau juga meminta semua murid dan guru memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing.
6.2 Visi dan Misi sekolah telah ditukar kepada yang baru yang boleh dilihat di bahagian depan dataran sekolah iaitu :
Visi : Melahirkan insan yang berilmu seimbang dan harmonis.
Misi : Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
6.3 Beliau juga mengingatkan murid -murid supaya dapat menjaga disiplin terutama semasa waktu rehat dengan tidak berlari-lari terutamanya di bahagian dataran sekolah.
6.4 Murid-murid juga diingatkan supaya tidak melakukan aktiviti vandalisme dan juga mencuri. Selepas cuti sekolah akan diadakan 'spot-check' berkaitan dengan disiplin murid.

Perhimpunan tamat pada pukul 6:30 petang.

Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform Sesi Petang




Pada hari ini 19 Mei 2010 (Rabu) merupakan akitiviti kokurikulum unit beruniform. Guru-guru PBSM sedang membuat demonstrasi memasang khemah. Unit-unit beruniform yang lain masing-masing menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Guru-guru yang terlibat ialah En. Mohd Radzuan, Pn. Nik Rosmaliza, En. Wan Roswandy, Pn. Shurhama, Ustaz Azzrul, Pn. Azlina dan Pn. Arjunawati.

Majlis Sambutan Hari Guru 2010 (sesi petang)


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi guru-guru sesi petang telah diadakan pada hari Selasa (18 Mei 2010), anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKTPP.

Majlis bermula jam 1.30 petang . Terdahulu, guru-guru dijamu di kantin sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis sambutan sesi petang.
































Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (ribut dan hujan lebat), sambutan terpaksa dihentikan pada jam 3.00 petang. Berikutan itu, acara cabutan bertuah untuk guru-guru telah ditunda ke satu tarikh yang lebih sesuai kelak manakala acara sukaneka guru terpaksa dibatalkan.

Murid-murid diarahkan pulang ke kelas diiringi guru mata pelajaran masing-masing.



Namun demikian, kerjasama semua guru amat dihargai walaupun majlis hanya berlangsung dalam masa yang singkat.