... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, January 30, 2013

ANALISIS KEDATANGAN KOKURIKULUM


TARIKH         : 30  JANUARI  2013

AKTIVITI        : KELAB / PERSATUAN

SESI               : PAGI

UNIT
GURU
MURID
PERSATUAN BAHASA  MELAYU
5
69
PERSATUAN BAHASA  INGGERIS
4
54
PERSATUAN AGAMA ISLAM
6
47
KELAB SAINS & TEKNOLOGI
5
62
KELAB MUZIK & KEBUDAYAAN
4
68
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
6
62
KELAB KOMPUTER
2
64
KELAB DOKTOR MUDA
5
41
KELAB BOSS
5
64
KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
4
31
KELAB BRIGED PENYELAMAT SUNGAI
3
34
JUMLAH KEHADIRAN
51
596
PERATUS
86
67

Ulasan :  Aktiviti berjalan lancar. Guru  dan murid menunjukkan komitmen yang tinggi.




ANALISIS KEHADIRAN KOKURIKULUM

TARIKH         : 30 Januari  2013

AKTIVITI        : KELAB PERMAINAN

SESI               : PAGI / PETANG

UNIT
GURU
MURID
KELAB BOLA SEPAK
3
97
KELAB BOLA JARING
7
82
KELAB HOKI
5
75
KELAB BOLA BALING
7
49
KELAB BADMINTON
4
118
KELAB PING PONG
5
48
KELAB PERMAINAN DALAMAN
9
81
KELAB SEPAK TAKRAW
5
46
JUMLAH KEHADIRAN
46
596
PERATUS
78
67


Ulasan :  Aktiviti bermula mengikut perancangan selepas perjumpaan pertama. Seramai  4 orang guru mengiringi 21 orang murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan MSSD  Daerah Sepang. Acara yang dipertandingkan ialah ping pong dan ragbi rimau.









Tuesday, January 29, 2013

BENGKEL LANJUTAN APLIKASI FROG VLE

Bengkel untuk semua fasilitator FROG telah diadakan pada 29 Januari 2013 bermula 11.20 pagi sehingga 1.50 petang. Bengkel selama 2 jam setengah ini telah diadakan di makmal komputer 1 SKTPP. Bengkel ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran guru-guru dalam menggunakan FROG serta memperkenalkan widget-widget baru dalam FROG VLE. Bengkel ini disampaikan oleh Cik Azima binti Azmi dan dibantu oleh Cik Arafeh Karimi.

Selain dari bengkel tesebut pihak FROG Asia telah hadir bersama kumpulan media mereka untuk menemuramah murid dan guru tentang penggunaan Chromebook dan FROG ini. Diharap bengkel ini dapat membantu guru dan memberi idea-idea baru untuk guru menggunakan FROG di dalam PdP dengan lebih berkesan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Frog Asia.

Berikut antara gambar sepanjang bengkel dijalankan

Ustazah Rashidah khusuk mendengar penerangan 

Cik Arafeh membantu untuk memberi penerangan

Cik Azima Azmi memberi penerangan secara terperinci bagaimana menggunakan widget 


Frog Student di temuramah oleh wakil Frog Asia


Wakil Frog Asia menemuramah murid


Pn Azila mencuba menggunakan widget baru





Guru-guru menumpukan perhatian





LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-5

Perhimpunan Rasmi Hari Isnin ditangguhkan sempena cuti perayaan Thaipusam.

Senarai guru bertugas:

1.  En. Mahadir Midun
2.  Pn. Musaliha Mustafa
3.  Pn. Maimunah Yob
4.  Pn. Norhamizah Hamzah
5.  Pn. Halimatun Saadiah
6.  En. Ahmad Musrizuan
7.  Pn. Visva Villasini
8.  Pn. Zainur Jimah Abdullah

LAWAD :
B.Melayu : pinta - mohon
B. Inggeris : angry - marah
B. Arab : tufahun - epal

Friday, January 25, 2013


TAZKIRAH JUMAAT (25.1.2013)

SIFAT RASULULLAH  SAW

Di antara sifat terpuji Rasulullah SAW ialah suka bersedekah  dan sepanjang hayat baginda sentiasa bersedekah . Ada satu kisah di mana Rasulullah bersedekah kepada seorang pengemis Yahudi  buta di Madinah dengan memberinya makanan serta menyuapnya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Yahudi tersebut selalu menghina Rasululullah dan dia tidak tahu bahawa orang yang selalu memberinya makan adalah Rasulullah, sehinggalah pada suatu hari Saidina Abu Bakar yang memberitahunya. Lalu pengemis Yahudi buta itu menyedari dan menyesal atas tindakannya menghina Rasulullah. Selepas itu lelaki tersebut terus memeluk Islam.
Begitulah sikap Rasulullah SAW yang suka bersedekah dengan ikhlas tidak kira kepada siapa pun samaada orang Islam atau bukan Islam.

Wednesday, January 23, 2013

LAPORAN ANALISA KEHADIRAN UNIT BERUNIFORM SESI PETANG

LAPORAN ANALISA KEHADIRAN UNIT BERUNIFORM

HARI      : RABU
TARIKH  : 23 JANUARI 2013
MASA    : 7.40 PAGI - 10.00 PAGI


UNIT
BILANGAN GURU
BILANGAN MURID
PASUKAN PENGAKAP

8/8


45/63

PASUKAN PERGERAKAN PANDU PUTERI TUNAS

11/12


35/46

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

10/12

46/66
PASUKAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

13/14


35/42


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

8/10
47/67
JUMLAH
50/56
208/284



JUMLAH KEHADIRAN MURID : 208/284                                                                              PERATUS : 73%
JUMLAH KEHADIRAN GURU   :  50/56                                                                                PERATUS : 89%
ULASAN  PENYELARAS : SEMUA MURID DAN GURU MENUNJUKKAN MINAT YANG TINGGI TERHADAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN. AKTIVITI UTAMA SETIAP UNIT ADALAH PENGENALAN KEPADA LATAR BELAKANG UNIT, LAGU TEMA UNIT DAN IKRAR. TAHNIAH KEPADA YANG BERUSAHA MENJAYAKAN PERJUMPAAN UNIT BERUNIFORM KALI KEDUA INI.                                                                                          
Ahli-ahli PPIM sedang membaca ikrar.

Ahli BSMM sedang tekun mendengar lagu tema BSM.


Ahli-ahli Pengakap mendengar taklimat daripada guru penasihat di Dewan Perdana.

Tunas Kadet Remaja Sekolah membuat latihan kawad statik.

Ahli-ahli TKRS bersemangat membuat latihan kawad statik.

Pemimpin Pandu Puteri Tunas sedang memperkenalkan Lagu Dunia dan Pra-Persetiaan kepada ahli-ahlinya.

Tekun menulis Pra-Persetiaan.