Saturday, March 31, 2018

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat Dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Fasa 1 2018

Pada 30 Mac 2018 bersamaan 13 Rejab 1439 Hijrah, hari Jumaat malam Sabtu, Majlis Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Fasa 1 telah diadakan di Dewan Perdana SKTPP sempena UPSR tahun 2018. Majlis ini disertai lebih kurang 210 orang peserta terdiri daripada murid-murid tahun 6, guru-guru serta ibubapa. Majlis ini berjalan dengan jayanya yang telah bermula seawal jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Sebelum majlis bermula, sesi pendaftaran dijalankan bagi ibu bapa, murid-murid tahun 6 serta guru-guru yang turut hadir ke majlis ini.  

   Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, solat Isyak dan solat Hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mahadir bin Midun. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bersama ibu bapa dan calon UPSR 2018.  Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pencetus Ummah Sufian.

     Sebelum ceramah motivasi dijalankan, pengerusi majlis iaitu Ustaz Mustafid bin Mat Sharif telah menjemput Yang Berusaha Guru Besar SKTPP; Puan Rohaidah binti Mohd Ali untuk memberi sedikit ucapan. Puan Guru Besar telah menyatakan bahawa murid SKTPP merupakan murid yang paling ramai berbanding sekolah-sekolah di seluruh Sepang. Pihak sekolah fan PIBG mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru dalam mempertingkatkan prestasi anak-anak terutama bagi murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Selain itu, murid-murid juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

     Guru Besar juga mengambil kesempatan memaklumkan bahawa  baru-baru ini SKTPP telah menerima 13 anugerah lecemerlangan dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Daerah Sepang termasuk kurikulum, HEM dan kokurikulum. Malah, sekolah juga telah menerima anugerah PIBG Terbaik dan Cemerlang Daerah Sepang. Tahniah buat AJK PIBG dan awnua ibu bapa serta penjaga murid-murid sekolah ini. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah. 

  Ibu bapa diharapkan dapat terus membantu murid-murid untuk menceburi atau memasuki pertandingan-pertandingan  yang dianjurkan oleh sekolah dan pihak-pihak lain agar murid-murid bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah aktif dan berjaya dalam kokurikulum. Hal ini penting kerana setiap murid seharusnya cemerlang dalam PAJSK, kokurikulum dan kurikulum. Hasilnya anak-anak akan mendapat manfaat dan kebaikan daripada kejayaan yang dicapai dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum.

     Akhir kata daripada Puan Guru Besar, semoga PU Sufian penceramah motivasi kita dapat berkongsi serba sedikit pengalaman dan idea dengan anak-anak pada malam ini bagaimana untuk mencapai kejayaan dalam UPSR serta memberi kesedaran kepada murid-murid strategi untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Harapan agar semua ibu bapa dapat bersama-sama membantu merealisasikan kecemerlangan UPSR pada tahun ini. Terima kaaih buat PIBG atas kesudian menampung kos majlis pada malam ini.

Sedikit latar belakang penceramah:
-         Mohd Sufian Bin Mohd Isa
-         Lebih dikenali sebagai PU Sufian
-         Berasal dari Kajang, Selangor
-         Berumur 33 tahun
-         Sudah berkahwin, 3 orang cahaya mata
   Aktif sebagai penceramah motivasi dan parenting sekolah-sekolah serta pelbagai program berbentuk seminar, kursus dan kem motivasi.

    Tajuk motivasi pada malam ini adalah Anak harapan ibu bapa. PU Sufian telah memulakan sesi ceramah dengan memberi salam kepada para peserta dengan pelbagai nada. Para peserta juga menjawab salam yang diberi dengan nada yang berbeza.  Pertama sekali penceramah meminta murid-murid bersama-sama menyebut “Hari ini kami bersama hashtag PU Sufian dalam rancangan Anak harapan ibu dan bapa. Kemudian, penceramah meminta murid-murid menyatakan kepada rakan sebelah, "Awak, yang sebenarnya saya tidaklah sayang sangat dekat awak, tapi awak saya pasti Allah sayang awak, Nabi sayang awak, cikgu sayang awak dan ibu bapa sayang awak. Jadi, datang sekolah belajar jangan bercinta”. Ia sisambut dengan hilai tawa yang ceria daripada murid-murid yang hadir.

     PU Sufian telah menceritakan rahsia kejayaan seorang pelajar perempuan iaitu Nik Nur Madihah yang mendapat 20 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Rahsia pelajar ini mendapat keputusan cemerlang dalam SPM adalah sebelum mengulangkaji pelajaran, pelajar ini akan membaca al-quran terlebih dahulu. Seterusnya, penceramah mengaitkan cerita tersebut dengan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh murid-murid serta perhatian ibu bapa.

    Pertama sekali, ibu bapa perlu didik anak solat tepat waktu. Anak-anak perlu menjaga hubungan dengan Allah. Penceramah menasihatkan anak-anak murid bahawa bukan lagu yang dibawa waktu meninggal dan bekalan ibu bapa kita nanti tetapi al-quran adalah bekalan yang akan dibawa apabila meninggal dunia nanti. “Dalam hidup, kita perlu betulkan solat. Bila solat betul maka hidup kamu akan betulkan hidup kamu”. Pada masa yang sama, emak ayah semestinya jaga solat dan buat solat sunat tahajjud pada waktu malam. Tunjuk contoh kepada anak-anak supaya mereka mudah untuk turut sama melakukannya.

     Kemudian, penceramah memanggil dua orang murid ke hadapan. Penceramah menanyakan kepada mereka bahawa untuk berjaya perlukah duit. Murid pertama berpendapat untuk berjaya kita tidak perlu ada duit. Manakala, murid yang kedua berpendapat untuk berjaya kita perlu ada duit. Penceramah bertanya kepada murid pertama mengapa tidak setuju nak berjaya perlukan duit. Murid tersebut menyatakan pendapatnya “Nak berjaya perlu usaha dan duit bukan segala-galanya”.  Penceramah menerangkan duit yang dimaksudkan bukanlah wang namun ‘DUIT’ iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. DUIT inilah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.  Huraian ‘DUIT’ adalah seperti berikut:

D - Doa

Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat baik-baik, sangka baik-baik, nanti yang datang semua baik-baik.

Ibu bapa jangan panggil anak-anak dengan panggilan yang tidak baik kerana ia akan menjadi satu doa. Nabi bila panggil isterinya dengan panggilan yang baik. Contoh Nabi Muhammad memanggil Saidatina Aisyah dengan panggilan Humaira yang bermaksud putih-putih kemerahan.

 U - Usaha

Murid-murid kena ada tindakan seperti membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran.  Ibu bapa perlu melihat setiap kerja yang dilakukan oleh anak-anak serta jangan membanding-bandingkan anak-anak kerana setiap anak mempunyai tahap serta kelebihan yang berbeza. Ibu bapa haruslah sentiasa memberi sokongan dan memberi pujian kepada anak-anak supaya mereka rasa disayangi dan dihargai.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Murid-murid perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa, kawan-kawan serta guru-guru dan semua orang di sekeliling.  Ibu bapa perlu menanamkan rasa emphaty iaitu satu kebolehan meletakkan emosi kita pada emosi orang lain. Ibu bapa perlu memahami emosi anak-anak supaya mereka tidak menghadapi tekanan yang mana dapat mengganggu emosi mereka untuk belajar dengan baik.

I - Ikhtiar

Setiap sesuatu yang dilakukan mestilah diakhiri dengan ikhtiar dan tawakal. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang Maha menentukan segalanya adalah Allah SWT.

T - Tawakal

Tawakal menunjukkan seseorang hamba itu sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan yakin dengan ketentuan Allah SWT. Seseorang yang berserah dan bergantung kepada Allah SWT setelah berusaha pasti akan mencapai kejayaan dan tidak sesekali berputus asa apabila tidak mencapai kejayaan yang diimpikan. 

     Akhir sekali penceramah melaksanakan slot muhasabah diri. Slot ini memberi kesedaran kepada murid-murid betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa sejak dilahirkan sehinggalah sekarang. Tidak terbalas segala pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anaknya membesar dalam keadaan yang baik serta menjadi seorang yang berjaya. Melalui slot ini, hampir semua murid tahun 6 merasa sebak  dan menangis serta memeluk erat ibu dan ayah selepas slot  muhasabah diri ini berakhir. Penceramah berharap kesedaran dan keinsafan yang lahir dalam diri anak-anak pada malam ini dapat menaikkan kembali semangat anak-anak untuk lebih berusaha mencapai kecemerlangan dalam UPSR serta kejayaan-kejayaan lain di dunia dan akhirat.

     Penceramah juga menasihatkan kepada ibu bapa agar bersama-sama dalam membantu anak-anak kita dalam mencapai apa yang dihasratkan. Bukan dengan hanya menghadiri program motivasi pada malam ini anak-anak kita akan terus berubah dengan sekelip mata tetapi mereka memerlukan masa malah kerjasama daripada semua pihak untuk turut sama-sama membantu murid-murid menjadi insan yang lebih baik serta berjaya bukan sahaja dalam UPSR malah berjaya di dunia dan akhirat. 

  Akhir sekali, PU Sufian mengakhiri ceramah motivasi ini dengan sebuah lagu yang diadaptasi dari seorang penyanyi kecil Indonesia yang dikenali sebagai Tegar bertujuan memberi nasihat kepada anak-anak.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis bacaan yasin, solat hajat dan Ceramah Motivasi Fasa 1:

Banner Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 6 Fasa 1- 2018
Pendaftaran ibu bapa dan murid-murid tahun 6

Mengedarkan makanan dan minuman kepada ibu bapa dan peserta



Solat maghrib berjemaah

Bacaan Yasin bahgian muslimin
Bacaan Yasin bahagian muslimat


Solat isyak berjemaah


Ketibaan penceramah PU Sufian


Ucapan Puan Guru Besar


Slot ceramah motivasi




Slot muhasabah diri : Murid-murid memeluk ibu bapa dan meminta maaf kepada ibu bapa

Mempersembahkan lagu berunsur nasihat adaptasi dari lagu nyanyian penyanyi Indonesia; Tegar

Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Naib YDP PIBG; En. Ibrahim bin  Rahman

      Syukran jazilan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga anak-anak ini beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Disediakan oleh,
Mawaddah binti Kamarulzaman

Jemputan Ke Program Sinergi Ilmu

Ibu bapa / Penjaga
Semua murid Tahun 1 & Murid LINUS Tahun 2 dan 3 yang berkenaan sahaja.

Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh
:
7 April 2018 (Sabtu)
Masa
:
8.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat
:
Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana



Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai program tersebut.  Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan anak-anak didik SK Taman Putra Perdana.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Friday, March 30, 2018

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Mac

Alhamdulillah….selesai sudah sambutan hari lahir murid pada Bulan Mac. Majlis penyampaian hadiah hari lahir murid sesi pagi telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah Mohd Ali; manakala majlis di sebelah petang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah Ahmad.  Bagi menambah keberkatan dalam majlis seiring doa untuk kesejahteraan semua terutama murid yang dirai, Ustaz Saifful telah memimpin bacaan doa. Sejurus itu murid dan guru turut menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” kepada yang diraikan.

Diharapkan semoga amalan guru penyayang dan budaya menghargai ini akan menjadi budaya yang sebati dalam kalangan warga sekolah.

Berikut adalah antara gambar  yang sempat dirakam.

Sesi pagi:




Sesi petang:





Majlis Penyampaian Semula Anugerah Kecemerlangan Majlis Apresiasi

Hari ini diadakan Majlis penyampaian semula sijil-sijil anugerah yang diperolehi semalam untuk dikongsi bersama murid-murid dan guru sesi pagi dan petang. Semoga dapat menyuntik semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa depan. Terima kasih banyak dan tahniah buat semua...

Sesi Pagi :











Sesi Petang :












Thursday, March 29, 2018

Sijil Anugerah Kecemerlangan SKTPP @ Majlis Apresiasi PPD Sepang 2017

Sijil-sijil anugerah yang diterima oleh SKTPP semasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Peringkat Daerah Sepang 2017 di SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Terima kasih banyak dan set PPD. Tahniah buat warga sekolah dan setinggi-tinggi penghargaan buat PIBG serta ibu bapa. Syukur alhamdulillah. Semoga kita sentiasa dirahmati...














Semoga kita terus cemerlang. Tahniah!