Saturday, June 30, 2012

Promosi Lawatan

Program Lawatan Motivasi Tahun 1 & 2


Untuk Makluman Ibu Bapa/Penjaga


Motivasi merupakan penggerak kepada kecemerlangan seseorang murid. Justeru, satu program lawatan bagi murid Tahun 1 & 2 ini dirancang bagi meningkatkan motivasi diri setiap murid terutamanya dalam bidang akademik. Ianya difikirkan mampu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran teras.

Objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut:

i.    Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 1 & 2 dalam meningkatkan prestasi akademik.
 ii.    Memperkenalkan kepada murid-murid tempat yang mampu memberi motivasi dalam bidang Sains & Teknologi dan kerjaya
iii.    Memberi lebih pengetahuan berkaitan dengan proses pembuatan makanan
iv.   Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama     rakan-rakan dan guru. 

Program Motivasi Lawatan ini dicadangkan seperti berikut:

           Tarikh              : 8 September 2012 (Sabtu)
           Masa               : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
           Tempat            : Petrosains, Cruise Tasik Putrajaya, High5 &
                                     Domino’s Kitchen Tour

TENTATIF PROGRAM MOTIVASI LAWATAN TAHUN 1 & 2
     
MASA
AGENDA
7.30 pagi
  • Berkumpul di sekolah/Sarapan pagi
8.00 pagi
  • Bertolak ke tempat lawatan
9.00 pagi
o   Lawatan di kilang roti High5, Shah Alam
10.30 pagi
  • Lawatan di Domino’s Kitchen Tour, Seri Kembangan
12.30 tgh hari
  • Makan tengah hari
2.00 petang
  • Lawatan ke Petrosains, KLCC
3.30 petang
  • Lawatan di Cruise Tasik, Putrajaya
4.30 petang
  • Bertolak pulang/Minum petang
5.00 petang
  • Tiba di SK Taman Putra Perdana

PESERTA MOTIVASI (LAWATAN) TAHUN 1 & 2
  • Seramai 40 orang murid Tahun 1 dan 40 orang murid Tahun 2  yang dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang konsisten antara band 5-6 sepanjang Januari hingga Ogos.
  • Bersama 8 orang guru pengiring
  • Dengan adanya motivasi seperti ini, murid-murid akan berlumba-lumba dalam mendapatkan tempat untuk program yang diadakan ini. Hal ini mampu meningkatkan prestasi akademik murid-murid.
   Pihak sekolah amat berharap supaya ibu bapa/penjaga boleh memberikan semangat kepada anak-anak supaya boleh meningkatkan lagi usaha agar dapat terpilih menyertai program ini



Friday, June 29, 2012

MATA KESELURUHAN SUKAN TARA SKTPP 2012

Inilah mata keseluruhan acara sukan tara yang telah dijalankan pada 27 dan 28 Jun 2012.




FLORIA GARDEN 'KAMPUNGKU' SKTPP di PUTRAJAYA

Sebelum persembahan



Menunggu giliran





Bersedia untuk Persembahan






Juri mendengar persembahan murid + memberi markah













PESTA BUKU SELANGOR


Sukacita di maklumkan bahawa Pesta Buku Selangor 2012 akan diadakan seperti ketetapan di bawah :


Tarikh : 29 Jun - 9 Julai 2012
Tempat : Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Shah Alam.
Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam
Pempamer : 73 pempamer
Jumlah booth : 163 booth

Semua warga SKTPP adalah digalakkan mengunjungi pesta buku ini bagi menambah pengetahuan terhadap perkembangan maklumat terkini serta berpeluang mendapatkan bahan-bahan dan buku-buku rujukan. 

Thursday, June 28, 2012

KEDUDUKAN MATA SUKAN TARA 2012

Berikut adalah kedudukan pungutan mata terkini bagi setiap rumah sukan bagi acara sukantara yang telah dijalankan pada 27 Jun 2012 dan 28 Jun 2012.

RUMAH ZAMRUD (EMERALD)

  • Lontar Peluru : 76 mata
  • 100 meter      : 73 mata
  • Kehadiran      : 41 mata
          Jumlah Mata   : 190 mata


RUMAH DELIMA (RUBY)

  • Lontar Peluru : 87 mata
  • 100 meter      : 93 mata
  • Kehadiran      : 53 mata
          Jumlah Mata : 233 mata

RUMAH AKIK (CARNELIAN)
  • Lontar Peluru  : 79 mata
  • 100 meter       : 79 mata
  • Kehadiran       : 45 mata
         Jumlah Mata : 203 mata

RUMAH NILAM (SAPPHIRE)
  • Lontar Peluru  : 90 mata
  • 100 meter       : 96  mata
  • Kehadiran       : 52 mata
        Jumlah Mata  : 238 mata

RUMAH MANIKAM (TOPAZ/)
  • Lontar Peluru : 81 mata
  • 100 meter      : 78 mata
  • Kehadiran      : 44 mata
         Jumlah Mata : 203 mata 


Ringkasnya:



*Catatan :
ACARA SUKAN TARA TAHAP 1 AKAN DIJALANKAN PADA HARI KHAMIS (28 JUN 2012) JAM 4.40 -610 PETANG. ACARA SUKAN TARA BAGI TAHAP 1 IALAH LARI 50 METER.


Wednesday, June 27, 2012

SUKAN TARA SUKAN TAHUNAN 2012


Pada hari ini, 27 Jun 2012 murid-murid tahap 2 dan guru-guru sesi pagi terlibat dalam acara Sukan tara sempena Sukan Tahunan SKTPP kali ke-9 yang bakal berlangsung pada 8 Julai 2012.  Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan sukan tahunan yang diadakan pada tahun ini.

Untuk pertama kali pada tahun ini diperkenalkan sukan tara (standard sport) bagi memberi peluang kepada setiap ahli rumah berpeluang menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Bagi murid tahap 2, acara yang dijalankan ialah larian 100 meter dan acara lontar peluru. Tempoh masa 18 saat ditetapkan untuk acara larian 100 meter. Andainya murid berjaya menamatkan larian 100 meter dalam tempoh tersebut, satu mata akan diperoleh untuk disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing.

Ahli-ahli rumah sukan yang hadir diberi 0.5 mata, syabas kepada mereka hadir dan telah menyumbang mata kepada rumah sukan pada hari ini.  Namun ada rumah sukan yang tidak sempat menghabiskan kedua-dua acara sukan tara kerana cuaca tidak mengizinkan. Acara ini akan disambung pada hari Khamis 28 Jun 2012.


Warna-Warni Sukan tara 2012
acara larian 100 meter bagi rumah Nilam (Hijau)
acara lontar peluru bagi murid rumah Delima (Merah)

peserta rumah Akik (Oren) bersedia untuk acara larian

En Shah bersedia melepaskan peserta larian

peserta rumah Topaz (Biru) memulakan larian bagi mengejar masa 18 saat

Puan Mazzaini mengawal murid rumah Nilam membuat lontaran

menunggu giliran untuk acara larian

murid menunggu giliran menyertai acara sukantara di bawah khemah yang disediakan

wajah ceria peserta rumah Delima (Merah) sebelum memulakan acara

Cikgu Fazli, Cikgu Asmawati dan Cikgu Rosmawati menjalankan tugas sebagai hakim lontar peluru

Semoga Sukan Tahunan Kali Ke-9 pada tahun ini akan berjalan lancar dan penuh kemeriahan.
untuk lebih paparan gambar di Facebook SKTPP, klik di sini

MAJLIS MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN MURID-MURID

Assalamualaikum..dan salam sejahtera.. Pada 26 Jun 2012 (Selasa), pihak sekolah telah mengadakan Majlis Menyambut Ulangtahun Kelahiran kepada semua murid yang lahir daripada bulan Januari hingga bulan Jun. Murid-murid merasa teruja dan gembira menjalankan program tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru yang telah bekerjasama menjayakan majlis ini dan tidak lupa kepada ibu bapa yang menyediakan minuman dan makanan pada hari tersebut. Gambar-gambar yang telah dirakamkan