Tuesday, June 28, 2016

Penangguhan Pendaftaran Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Makluman kepada semua yang belum mendaftar untuk menyertai Larian Amal ini, tarikh tutup ditangguhkan sehingga 22 Julai 2016. 

Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya...Jom beramai-ramai memeriahkan Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"



Monday, June 27, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-23 (Sesi Petang)


En. Noorhisham Bin Mohd Noor
Pn. Holwani Binti Yahaya


Pn. Nazahiyah Binti Ab Rahman


Pn. Saadiah Binti Saadiah


Pn. Salmi Binti Adnan



















Guru Bertugas 

(Kumpulan F)

1. Pn. Azura Farina Binti Abdullah  (Cuti Bersalin)
2. Pn. Nazahiyah Binti Ab Rahman
3. Pn. Holwani Binti Yahaya
4. Pn. Salmi Binti Adnan
5. Pn. Saadiah Binti Saadiah
6. En.  Noorhisham Bin Mohd Noor

Laporan/ Ulasan :-

1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah

Murid-murid bersedia untuk mengikuti perhimpunan mingguan dengan menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah

2. Bacaan doa oleh semua murid dipimpin oleh adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam dari kelas 3 Tabla.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya di bawah pimpinan Pn. Nazahiyah Ab. Rahman

4. Bacaan ikrar murid yang dipimpin oleh adik Aleef Qawiem bin Arzeky dari kelas 3 Kompang

5. Laporan guru bertugas minggu lepas yang disampaikan oleh Pn. Yani Binti Mohd Syarif

- Beliau mengingatkan semua murid agar :-

i) Menjaga disiplin diri dan mengikut peraturan sekolah.
ii) Dilarang membawa mercun ke sekolah
iii) Semasa bunyi loceng untuk rehat murid diingatkan supaya buat membuat barisan turun ke dewan dan ke kantin



6. Ucapan guru bertugas minggu ini iaitu Pn. Nazahiyah Ab. Rahman

"Menghormati hak orang lain"
Murid diingatkan supaya sentiasa hormat menghormati hak kawan-kawan. Sekiranya mereka meminjam barang kawan-kawan, mereka hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam keadaan baik supaya tidak menyakiti hati kawan.



7. Lawad
BM - Menebar (mencampak)
BI - Good Morning (selamat pagi)  
BA - Idaratun (pejabat)

8. Pengumumam dan penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas Oleh Pn. Jumilah Binti Ahmad

  
Tahun 1
   Tempat Pertama : Gigih
   Tempat Kedua    : Intelek
   Tempat Ketiga    :  Arif

 Tahun 2

   Tempat Pertama : Ferum
   Tempat Kedua    : Vanadium
   Tempat Ketiga    : Platinum

  Tahun 3

   Tempat Pertama : Seruling
   Tempat Kedua    : Bonang
   Tempat Ketiga    : Angklung





9. Ucapan Penolong Kanan Petang : Pn. Jumilah bt Ahmad

i) Jangan khianati kawan dan mencederakan kawan di dalam Kelas.
ii) Jangan bermain di palang yang berdekatan surau. Didapati ada murid bergayut di palang tersebut. Jaga diri dan tingkahlaku supaya tidak cedera.
iii) Murid-mmurid diingatkan supaya tidak berniaga di sekolah. Sekolah adalah tempat untuk belajar.
iv) Murid-murid diingatkan supaya tidak bawa mercun ke sekolah.

Perhimpunan tamat pada pukul 2.00 petang.

Laporan disediakan oleh:
Salmi Adnan

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-23 (Sesi Pagi)

Tarikh :   27 Jun 2016
Masa   :   7.30 - 8.00 pagi

Guru Bertugas :
En.Srimahathevan
Pn. Roslinda
Pn. Visva Vilasini
Pn. Haliza
Pn. Nik Kamisah
Pn. Nurulhuda
Pn. Noor Hayati
Pn. Jamilah

Laporan :
Nyanyian dan ikrar.
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Bacaan doa oleh pengawas yang bertugas.
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Roslinda.
Ikrar Murid  oleh Ketua Pengawas, Asraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).

Laporan guru bertugas minggu lepas – En. Zurilazman
1. Ramai pelajar yang tidak terlibat dengan Program Tadarus berlari-lari dan bising ketika program tersebut dijalankan di dewan.
2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam pejabat atau bilik guru secara sewenang-wenangnya. Murid-murid yang berurusan sahaja dibenarkan masuk.
3. Pengumuman dan penyampaian hadiah keceriaan kelas

PPKI
Tempat pertama : Dell
Tempat kedua : Lenovo
Tempat ketiga : Apple

Tahun 4
Tempat pertama : 4 Ortopedik
Tempat kedua : 4 Patologi
Tempat ketiga : 4 Kardiologi

Tahun 5
Tempat pertama : 5 Zuhrah
Tempat kedua : 5 Utarid
Tempat ketiga : 5 Zuhal

Tahun 6
Tempat pertama : 6 Theta
Tempat kedua : 6 Gamma
Tempat ketiga : 6 Lambda

Ucapan guru bertugas – Pn. Roslinda
Tema: Menghormati hak orang lain

1. Semua pelajar perlu menghormati hak orang lain.
2. Contohnya:-
Jika ingin meminjam alat tulis atau buku kawan, mestilah meminta izin terlebih dahulu.  Selepas guna, pulangkan barang yang dipinjam tadi dan ucapkan terima kasih.
3. Jangan mengambil sesuatu barang tanpa pengetahuan kawan.

Perkataan LAWAD
Bahasa Melayu - sayup-sayup  (kurang jelas pandangan atau pendengaran)
Bahasa Inggeris - bored (bosan)
Bahasa Arab - saatun (jam)

Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – Pn. Rosmah
1. Murid-murid yang sama sahaja datang lewat setiap hari.
2. Mengharapkan kehadiran pelajar ke sekolah minggu ini tidak merosot memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri.
3. Jaga diri ketika beraya.








Sunday, June 26, 2016

Cuti Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016

Adalah dimaklumkan sekolah akan bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri mulai 2 Julai 2016 (Sabtu) hingga 10 Julai 2016 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 11 Julai 2016 (Isnin). Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir Batin kepada semua murid dan ibu bapa / penjaga SK Taman Putra Perdana.


Image result for hari raya

Saturday, June 25, 2016

Study Group Program The Champion Bulan Jun Minggu Ke-4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Minggu ini, Kumpulan 1 dan Kumpulan 8 telah melaksanakan aktiviti study group bertempat di Surau Aman Putra dan SK Taman Putra Perdana. Tahniah...
Diharap kumpulan The Champion yang lain juga dapat meneruskan aktiviti seperti ini mengikut jadual yang dirancang.
Belajar secara berkumpulan atau disebut study group adalah salah satu cara belajar yang berkesan. Semasa study group, murid akan mengajar atau memberitahu rakan lain tentang ilmu yang ia tahu dan faham. Ini secara tidak langsung proses peningkatan daya ingatan dan kemahiran berlaku kerana idea itu keluar secara berulangkali semasa perbincangan.

Berikut paparan gambar semasa aktiviti study group dijalankan:
Kumpulan 1 (19 Jun, Ahad, 8.30 hg 11.30 pg)
Subjek SN dan MT


Kumpulan 8 (24 Jun, Jumaat, 12.00 hg 12.50 tengah hari) di SKTPP


Thursday, June 23, 2016

Mesyuarat Guru kali ke-3 / 2016

Alhamdulillah di tengah-tengah kesibukan tugas, guru-guru masih bersemangat bermesyuarat untuk membincangkan pengurusan dan hal ehwal pendidikan anak-anak murid. Ahli mesyuarat dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa sehingga kini sekolah masih kekurangan 6 orang guru.
   Semoga semua guru dapat berlapang dada membantu subjek-subjek yang kekurangan guru dan menerima pertambahan jadual dan tugas akibat masalah sejagat ini. Bertambah berat apabila 4 orang guru yang cuti bersalin tidak ada guru ganti ekoran tiada peruntukan oleh KPM kali ini. Semoga pihak atasan dapat segera membantu sekolah agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik...









Tuesday, June 21, 2016

Mesyuarat Pengurusan kali ke-3 / 2016

Mesyuarat Pengurusan kali ini melibatkan perjumpaan rasmi buat kali pertama Penolong-Penolong Kanan yang baru dilantik. Namun tiada masalah besar dalam menyesuaikan diri memandangkan mereka adalah muka-muka lama sekolah ini yang telah maklum serba sedikit perjalanan pengurusan sekolah. Tahniah semua pentadbir! Kerja keras dan komited adalah budaya kita...




Monday, June 20, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Guru Bertugas (Kumpulan E)

1. Pn. Yani bt Mohammad Sharif (K)
2. Pn. Ummu A'thiah bt Haji Hashim
3. Pn. Norazmira bt Kadirun
4. Pn. Rozimah bt Yaakob
5. En. Afandi bin Mat Zain
6. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Laporan/ Ulasan :-

1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Salmi bt Amir

 Murid-murid bersedia untuk mengikuti perhimpunan mingguan

Pn. Salmi bt Amir memimpin nyanyian 

2. Bacaan doa oleh semua murid dipimpin oleh adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam dari kelas 3 Tabla.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya di bawah pimpinan Ustazah Ummu A'thiah


4. Bacaan ikrar murid yang dipimpin oleh adik Aleef Qawiem bin Arzeky dari kelas 3 Kompang


5. Laporan guru bertugas minggu lepas yang disampaikan oleh Ustazah Norlida bt Othman

- Beliau mengingatkan semua murid-murid agar :-

i) Murid-murid dilarang membuang sampah keluar dari tingkap kelas
ii) Dilarang bermain di kawasan kabin bersebelahan padang sekolah.
iii) Kurangkan aktiviti berlari-lari dan bermain pada waktu rehat dan waktu sebelum masuk kelas sebaliknya banyakkan aktiviti beribadah.

6. Ucapan guru bertugas minggu ini iaitu Ustazah Ummu A'thiah


i) Memperkenalkan guru bertugas minggu ini


ii) Mengingatkan murid-murid supaya mengurangkan aktiviti bercakap di bulan puasa sebaliknya banyakkan selawat dan berzikir.

7. Pengumumam dan penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas

  Tahun 1

   Tempat Pertama : Intelek
   Tempat Kedua    : Fokus
   Tempat Ketiga    : Cerdik


 Tahun 2

   Tempat Pertama : Ferum
   Tempat Kedua    : Vanadium
   Tempat Ketiga    : Elektrum


Tahun 3

   Tempat Pertama : Angklung
   Tempat Kedua    : Seruling
   Tempat Ketiga    : Bonang


8. Ucapan Penolong Kanan Petang : Pn. Jumilah bt Ahmad

i) Pas Keluar
- Mesti digunakan apabila keluar kelas dan juga ke surau
- Kes minggu lepas, Cikgu Junaidi terjumpa murid sedang lepak di bawah tangga selepas minum air
- Sekiranya didapati murid keluar kelas tanpa pas, murid berkenaan akan didenda.

ii) Murid yang berpuasa diingatkan agar tidak duduk di kantin dan berkawan dengan murid yang tidak berpuasa agar tidak terpengaruh untuk buka puasa ketika berada di sekolah.

iii) Elakkan dari berlari apabila bergerak ke mana-mana di luar kelas, samada ke Makmal, Pusat Sumber, Bilik j-QAF dan lain-lain dan juga ketika waktu rehat dan waktu balik.

iv) Murid-murid diingatkan agar kurangkan bercakap dan bermain di bulan puasa ini.

Perhimpunan diakhiri dengan bacaan surah Al Fatihah untuk adik Ahmad Farouqi bin Ahmad Niza (1 Harmoni) yang meninggal dunia pada hari Sabtu lepas.
Perhimpunan tamat pada pukul 2.00 petang.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Pagi)

Tarikh : 20 Jun 2016
Masa  : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana

Guru Bertugas Kumpulan E:
1.Ust. Zurilazman bin Abdullah
2. Pn. Astina bt Mahad Nor
3. Pn. Norsiah bt Mohd Nor
4. Pn. Roseniza bt Setapa
5. Pn. Juli bt Mahbah
6. Pn. Nurulhuda bt Hasbullah
7. Umi Nazrah bt Saharoni

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi .
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas Ust. Zurilazman bin Abdullah.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Hafiz bin Md Noor.

  • Hasil pemantauan kumpulan beliau, disiplin murid terkawal dan murid-murid juga kurang membuat bising.
  • Aspek kebersihan juga terjaga.
6. Ucapan guru bertugas minggu ini yang disampaikan oleh Ust Zurilazman bin Abdullah.
  • Tema ucapan pada minggu ini ialah Menghormati Ilmu. 
  • Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menghormati ilmu.
  • Proses pembelajaran adalah seumur hidup bermula daripada buaian hingga ke liang lahad.
  • Beliau juga mengingatkan murid-murid agar menghormati guru untuk mendapat keberkatan ilmu.
7. Perkataan Lawad pada minggu ini.
  • Bahasa Melayu : Pepohon bermaksud tumbuhan yang berbatang besar.
  • Bahasa Inggeris : Arch bermaksud lengkungan bawah tapak kaki.
  • Bahasa Arab    : Matoron bermaksud hujan. 
8. Ustazah Norziani bt Zubir mengumumkan tentang Program Menjejak Sibawayh (pakar bahasa Arab). Program ini adalah di bawah Panitia Bahasa Arab. Objektif program ini ialah Panitia Bahasa Arab ingin menjejak murid yang kaya dengan perbendaharaan kata Bahasa Arab.

9. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah bt Mokhlas.
  • Beliau memaklumkan tentang Adik Ahmad Al Farouqi bin Ahmed Niza dari kelas 1 Harmoni dan ibu mertua Puan Rosmawati bt Md Desa telah kembali ke rahmatullah. Adik Ahmad Al Farouqi telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu (18 Jun 2016) manakala ibu mertua Puan Rosmawati pula pada hari Ahad (19 Jun 2016). Guru-guru dan murid-murid bersama-sama membaca surah Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah.
  • Puan Azizah juga memperkenalkan guru-guru baru iaitu:
    • En. Mohd Dzarfan bin Kamar Bahrin
    • Pn. Nor Sakila bt Mohamad
    • Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
    • Pn. Nor Azizati bt Ahmad
  • Beliau juga memaklumkan tentang cuti umum sempena Hari Nuzul Al Quran pada hari Rabu (22 Jun 2016).
  • Selain itu, beliau juga memaklumkan kepada murid-murid, pada waktu rehat bagi murid-murid yang tidak terlibat dengan tadarus agar duduk di dalam kelas. Murid-murid bolehlah membaca buku atau al-quran. Murid-murid dinasihatkan menjaga disiplin dengan tidak berlari dan bermain ketika berada di dalam kelas.
10. Perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi.

Berikut paparan gambar semasa sesi perhimpunan berlangsung.

Adik Khairunnisa sebagai pengacara majlis dan Adik Asyraaf Aqasha mengetuai bacaan ikrar murid.

Barisan guru bertugas minggu ini.

Ust Zurilazman wakil guru bertugas minggu ini memberi ucapan, Cikgu Hafiz wakil guru bertugas minggu lepas menyampaikan laporan, dan Ustazah Ziani membuat pengumuman Program Jejak Sibawayh.

Pn. Azizah bt Mokhlas, Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan ucapan.

Pn. Azizah bersama-sama barisan guru baru.
    
Disediakan oleh :
Roseniza bt Setapa